^^ Banjir oooooo Banjir oooo

Air dah mula naik di kawasan sekitar parit raja nieh. berjaga-jagalah wahai penduduk di parit-parit yang ada di sekitar parit raja neh.. :) Tapi, malam ni hujan dah mula reda dah. Dah takde bunyi rintik-rintik hujan pun, gerimis pun takde hanya angin kuat yang ada.. Alhamdulillah akhirnya hujan dah rede.


^^
Bukan apa, kain-kain basuhan tak kering-kering, walhal sudah 3hari menjemurnya. Matahari tiada, tiada rasa panas, bahang langsung tiada, masuk siang tadi 3 hari berturut-turut hujan tiada henti. Sadis tol. 


^^
Hubby ku kata, rumah kawan dia sudah naik air paras pinggang dan juga paras paha. haaaaa hamekkk! kesianlah haii.. syukur rumah pak mertuaku dan rumah mak ayahku tidak naik air. :) Kalau tidak, kenelah tinggal kat pusat-pusat penempatan banjir plak dahhhh.. 


^^
Harini seharian aku keluar rumah dan teman hubbyku menyiapkan kerja- kerjanya yang last minit tu. hahaha.. Jam 1030am dah keluar rumah, hari memang hujan je lar..nak nampak matahari pun susah. :( On the way ke sekolah hubby tu, air dah mula naik kat kawasan perkampungan tu. boleh dikatakan paras buku lali.. ada juga yang paras betis.. sadisnya. Bila lalu depan rumah-rumah kampung nih, ada yang dah angkut tilam+toto+bantal masuk dalam kereta. Aduyaiiii....dugaan tol..


Maaflah ya, gambar kurang jelas. ^^

Ni jelas sikit, haha teddy nak interprame gak ^^

^^
Harapnya esok mentari muncul kembali.....amin :)

^^ Aku Yang Tak Boleh Turu

Tak tahu kenapa mata ni tak mahu turu. Aiseymen..
Korang tahu tak apa tu turu? Orang-orang jawa kata turu tu tidor. alarr...ngorok-ngorok.. :P


^^
Mata ni tak leh lelap lar, walhal jam dah pukul 1.30 pagi.. Dan sekarang ni tengah layan telemovie kat tv3 ni bertajuk Eh..Eh..Bibah Kahwin lakonan Raja Azura dan Radhi Khalid.. Rasanya cerita ni dah lama lar..time dia berisi lagi. hehe


^^
Patutnya tadi dah nak tidur selepas hubby balik dari main badminton, tapi.. hubby pergi plak rumah sebelah buat kerja emis nya yang last minit tuh. Pastu mesti dia main PS3 plak...aduyaiiiii cian baby malam ni kenelah tidor lewat ye baby? :P sowi bb..sat g ibu tido k, kita tidoq sama-sama ^^


^^
Esok dah plan macam-macam dengan hubby. Actually, hubby yang plan semuanya dan aku ni mengikut arahan saja. :) Pagi sok hubby nak g umah gb dia minta signature tuk spbt. Pastu dia ajak pergi ke PPD hantar spbt dia yang last minit gak tuh. hehe.. Tengahari plak dia kata mahu ke hospital mahu melawat cousinnya yang sakit. Harap-harap cousinnya masih ada lar di hospital.


^^
Dan plan aku nak ke pasar pagi senin esok rasanya macam kurang menjadi jer. :( Hujan masih lagi mencurah-curah ni. Kejap hujan, kejap berhenti dan kemudiannya hujan lagi. Walau tidak lebat, tapi kemungkinan akan mendatangkan banjir di kampung-kampung dan parit-parit khususnya pedalaman. hohoho..almaklumlah kat sini banyak parit.. pelbagai macam parit ada :) parit nipah, parit raja, parit daun, parit sonto dan macam-macam lagi lah. Berdoa lah moga hujan dapat berhenti dengan cepat.


^^
Ingat nak membebel sikit, panjang lebarlah plak. hehe bukan apa, tengah ada mood nak membebel lar malam nih. :)


^^
Oppsss...bb dah tendang-tendang dgn aktifnya.. hehe baik-baik... ibu paham.. turu time.. :) nite u ollsss

^^ Baby in My Stomach

Baby in my stomach. Syukur :) Masuk minggu ni dah 34 minggu dah. Berdebar-debar jantungku berdebar hendak menunggu cukupnya 40 minggu. Hanya tinggal lagi 6 minggu sahaja. EDD aku kalau ikutkan hosp govern adalah pada 11 Mac 2011. Cantikkan nombor tu? hehe.. tapi, kalau ikutkan hosp swasta pula, pada 3 Mac 2011. Pun cantik juga kan tarikh tu? Tapi, tak kisah lah yang mana.. moga baby ku selamat dilahirkan dan moga aku juga selamat melahirkan baby ku ini. amin :)


^^
Firasat seorang ibu ni betol ke? ntah hek...sebabnya, aku dapat rasa yang aku lahirkan baby ni pada hujung bulan februari ni nanti. hehe :) Sepanjang aku preggie ni, 3 kali aku pergi buat scan. Tapi, setakat 2d sahajalah. Sudah memadai.. hehe. Ingat nak buat scan 4d ni, tapi aku tak buat pun.. yelar, katanya bila buat scan 4d ni boleh nampak muka baby. :) Tapi aku suka SURPRISE (ala-ala eric leong gitew). :) 


^^

Jeng Jeng Jeng.. Baby in my stomach.. guess, boboi or gugurl? hehe..ada nampak tak tutt baby? 2 kali aku pergi scan dgn doktor yg sama dan 1 kali pergi scan doktor yang lain.. mereka akan kata.. "nampak tak bebird baby?" hehe well.. baby boboi. InsyaALLAH. 
^^

^^ Perkembangan Janin

Perkembangan Janin..


0-4 Bersaiz 2 mm panjang. Otak, saraf dan tanda muka telah mula terbentuk. terharu..


^^
4-8 Organ-organ lain mula terbentuk, antaranya tulang muka, mata dan warnanya, jari kaki dan tangan juga mula kelihatan. Pada minggu ke enam jantung mula berdenyut. ala comellnya..


^^
8-12 Organ utama bayi telah terbentuk. Saiz kepala bayi adalah lebih besar untuk menampung saiz pembesaran otak. Bentuk hidung, dagu dan kelopak mata telah sempurna. Bayi anda akan mula menendang secara lembut. comel sangat..


^^
12-16 Dengan menggunakan ultrasound bunyi jantung boleh didengar. Pada masa ini juga saluran penafasan nya telah terbentuk. Bayi anda boleh  menyatakan perasaannya dengan mimik mukanya. Bulu mata, bulu kening serta rambut mula tumbuh. Bayi anda boleh memusingkan kepalanya dan membuka mulutnya. perutku ada bb :)


^^
16-20 Bayi anda berupaya bertindak-balas dengan suara anda. Bayi anda juga boleh menghisap ibu jarinya. Deria rasanya juga telah berkembang dan mampu membezakan rasa pahit dan manis. Cap jarinya sedang terbentuk dan disaluti dengan bulu-bulu halus yang dikenali sebagai "lanugo". baby dah boleh rasa.. 


^^
20-24 Badan bayi masih kurus, tapi saiz kepala dan badan telah seimbang. Tulang-tulangnya mula mengeras. Kemaluannya telah terbentuk. Bayi anda telah mula mepelihatkan motion pernafasan. Bayi anda telah mempunyai paten tidurnya tersendiri. dah tahu jantina baby.. syukur


^^
24-28 Bayi anda mula sensitif dengan bunyi dipersekitarannya, ia juga dapat mengenali suara anda. Kadar denyutan jantung bayi anda akan meningkat sekiranya anda bercakap. Pada ketika ini juga bayi anda sedang mempersiapkan dirinya untuk dilahirkan. Lemak mula terbina dibawah kulitnya, rambutnya mula tumbuh, kelopak matanya terbuka dan otaknya mula aktif. baby dah boleh dengar ibu ngaji, nyanyi, cakap, nangis.. hehe


^^
28-32 Bayi anda telah sempurna pembentukannya, bayi anda boleh mengelipkan matanya. Pergerakannya semakin berkurangan kerana berat badanya makin bertambah. Kepalanya tertumpu ke bawah. Kerongkongnya belum lagi matang pembentukannya namun ia mempunyai peratusan yang tinggi untuk selamat jika dilahirkan diwaktu ini. baby sangat aktif bergerak sekarang nih.. suka :)


^^
36 Bayi anda bersedia untuk dilahirkan, bayi anda melakukan latihan penafasan, mengulum dan menelan. Bulu-bulu lembut pada badannya mulai hilang. Dan kedudukan kepala bayi adalah pada pelvis. InsyaALLAH baby dan ibu selamat..amin
^^


# Credit to simanja.com


Dan kini, janinku berusia 34 minggu. Syukur sangat-sangat. Sebenarnya hati dan perasaan ini hanya Tuhan yang tahu bagaimana rasanya. Bila tanya pada kawan-kawan yang sudah punya anak, berbagai-bagai cerita dan pengalamannya. Dan aku hanya berserah pada ALLAH. Moga dipermudahkan segala urusanku. amin :) 


^^
Setakat ni Alhamdulillah segala persiapan dan persediaan nak menyambut orang baru dah siap. Aku hanya perlu menyiapkan diri aku, jasmaniku, emosiku, rohaniku..cewahhhh aku dah masukkan prinsip JERI plak. hehe.. aku bertawakal kepada MU, Ya ALLAH SWT. 


^^
Bersalin di mana? mungkin govern atau mungkin juga swasta. hehe.. bila tiba waktu dan saatnya nanti, ke mana driverku a.k.a hubbyku akan bawa dan tuju..aku ikut aje. hahaha boleh gitew ya? no prob, mana-mana pun ok. 


^^
Chaiyok ibu dan bb.. :)

^^ Start Blogging Semula

Hari ni ntah kenapa aku start blogging balik. mungkin aku rindu nak membebel kat dalam blog, agar orang boleh baca apa yang aku bebelkan. tapi... aku ni jenis yang tak suka nak berkongsi dengan orang tentang cerita aku. hahaha.. tapi masih lagi gatal nak ber'blogging' semula. lantak ko lar fei.. asal tak nyusahkan orang sudah.... 


^^
Dulu aku ada blog gak, tapi aku dah delete dah atas sebab yang aku malas nak hengat. (aku patah jiwa lar).. tu yang aku terus delete blog aku. sbb ada kaitan gak dengan orang yang aku malas nak hengat dah. moga dia bahagia dengan kehidupan baru dia sekarang....(dengarnya dah ada anak dah..baguslah..


^^
Begitu juga dengan aku. sekarang nih tengah preggie 8 bulan lebih. InsyaALLAH bb ku ini bb boboi. Syukur alhamdulillah.. tak sabar rasanya aku nak lahirkan anakku ini. moga aku selamat melahirkannya. amin....


^^
ibu tak sabar nak peluk cium bb :)