^^ 100 Hari...Syukur

Syukur alhamdulillah..Hari ini firas genap 100 hari :)

kejapje rasanya anak aku ni dah 3 bulan..pejam celik, celik pejam..jap je 3bulan. terima kasih YA ALLAH atas kurniaanMU. aku bersyukur.....Firas dah panai ngiring..dn sekarang ni dia tgh cuba-cuba nk tiarap sendiri.. ayooooo...makin lasak ini budak :)

 muka boosan nih..hihihihi
suka bila diagah :)

firas dah bootaq! hahaha.....satu petang tu ayahnya decide nak cukur semula rambut firas. yelarr sbb nenek2 kat kampung bising2 suh cukur balik, kiteorng ni tak kesah...asalkan ada rambut pun okey..tp, hubby kata suh cukur, maka cukurlah rambut firas yg dulu ala-ala profesor tapi kini dh bootaqqq semula..hihi.. moga2 rambutnya tumbuh sekatalah plak..:)

ala-ala profesor ;p

dulu rambut firas adalah seperti di atas, ala-ala prof gitu. tapi, ada gak yg pnggil the flash...hahahah hampeh tol korang..

hohoho minggu nih ada jmputan kat muor...hoooooooooooooooo..harap firas behave ya... :)

Resepi: Lokan Bercili Serai..Rajinnya...... :P

aku tak pernah makan lokan. ape ntah lagi nak masak lokan.. hahah rupa lokan tu camana pun aku tak tahu? hahahah betapa jahilnya aku.. JAKUN sungguh aku nih. hahah org bandor lah katakan :P. bila tengok rupa lokan tu cmana, OOOoooOOo baru tahu....ala-ala kepah dan kerang gak rupanya lokan nih.

masak lokan? hahahahhaa...op kos lah bukan aku yg masak. hubby ku yang masak.hahaha cayalah! sesekali nak rehatkan tangan apalah salahnya kan? hehe..meh aku cite camana blh dapat lokan nih?

........adik ipar aku pegi balik kampung di pt.besar, di perjalanan ternampak kupang. nyum nyum katanya.. apa lagi, banyak betul kupang yang dibelinya. :) dan tiba-tiba..
"eh..eh..lokanlah. abang lan ngidam ni"...(baik betul adik nih, ingat gak kat abangnya) hahahaha.. terus dia menelefon abgnya yang sorang nih.. hubby ku siap pesan sampai 2kilo. mak aihhhh..banyak benor nak makan? hehehe hubby ku ni kalau bab-bab seafood memang laju aje. 

ni lah lokan :)

2 kilo..sape nak 'siang'? hehe

kupang pun ada :)

bila adik ipar aku sampai, aku siap siaga lah nak menyiang kupang dan lokan tuh..hahaha berat sngguh lokan nih. dah lah besar.. bila aku buka plastik tu, eeiiiiiiii bergerakkkkkk! huhuhu ia bergerak2 lah..hahaha (yeke?) ke ilusi aku je? seyessss aku jd seram, hahahaha...apa lagi, aku suh hubby menyiang nya. kuikuikui adalah alasan aku. :) pemalas sungguh bini nih..


aku rasa mula jam 4pm sampai lah ke jam6 baru hubby ku siap menyiang lokan tu. heeeeeeee tahannya. aku gak yg xtahan.. :P..
hubby ku mmg rajin kalau bab-bab seafood nih, dan hasil masakan hubby adalah Lokan Bercili Serai.. hahaha sedap bahhhhhh nyaman

lokan yg sedang dimasak oleh hubby


ni plak kupang yg dah direbus :)

kupang tu aku yang rebus..hahaha setakat rebus, semua pun pandai kan? :) jadi, menu kiteorang semalam adalah seafood..besh!

p/s: padahal kelmarin aku baru ckp ngn hubby, sedapkan kalau dapat makan seafood? (masa tu tgh tgk top rancangan masakan kat tb) :)).. alhamdulillah semalam dapat gak aku makan kupang dan lokan (seafood gak lah tu kan?)

^^ Qiqah Firas n Ziqri :)

Alhamdulillah..majlis qiqah firas dan ziqri telah berlangsung dengan lancarnya tanpa ada sebarang gangguan.. ecehhhhh...hihih..seyessss, majlis qiqah firas dn ziqri berjalan dgn baik. ramai jemputan yg hadir ke majlis nih. majlis qiqah telah dijalankan di rumah mak aku di peserai :) pada minggu lepas 22 mei 2011. hehe..senang citer, sekali dua jalan..hahaha majlis tuk anak aku dan anak balong aku yg ke2..:).. insyallah akhir thun nnt akan buat sekali lagi di a.itam plak..umah tok abah firas plak..hihih adil dan saksama...

oh ye, meh aku citer ttg majlis qiqah ni. sepatutnya majlis ni di buat pada 28mei2011 iaitu start cuti sekolah. tapi........abang long aku plak ada band keroncong kat johor. huhuh..so kenelah di awalkan..kesian aku kat mak aku kene buat tu ini, ini itu...ye lar....mula2 date 28 dah kompem, pastu abang long aku plak ada hal.. kene awal 22 plak. nasib kursus web aku ngn hubby dapat dijalankan serentak seminggu awal..so, date 22 tu mmg available tuk majlis qiqah ni. syukur sangatttt...:)

majlis ni dibuat 2 bahagian, jm 10-12pm tuk yassinan perempuan dan lepas zuhur plak tuk doa selamat lelaki.. selalunya yasinan perempuan akan ada dlm 50-60 org..tapi, alhamdulillah yg dtg melebihi jangkaan..iaitu hmpir 100 org yg dtg..hihihi..plak tu berkat a.k.a nasi bungkus untuk org yassinan cukup2 jer..hihi..mak aku pun terkejut ramai yg hadir yassinan ni...hehehe..agaknya masing2 nk tgk 2 babies ni kot...hohoho..

menu tuk hari tu adalah nasi bukharoh...dan jam 3pm dh habis dh...hihihi.... ramai jmputan, mmg tak dijangka..kwn2 aku pun rmai yg hadir..tq u ollssss....

 suku dari jemputan yg hadir ;)
firas behave dengan nek ru :)..ziqri tnggu giliran :)
 firas sempat tengok kat camera ayah :)
gud boi! :)

harga kambing pun sekarang dah mahal wooooo..sekor dlm rm700..aduiiii....bg yg mampu buat sekali 2 kambing, aku plak kureng mampu..hehe sekor jek. so, lagi sekor akhir tahun lah nampaknya..hehehe

^^ School Holidays.. Yeay!

Yes!
YES!
Yes!
YES!
Yes!
YES!
Yes!
YES!
Yes!
YES!
Yes!
YES!
Yes!
YES!
YES!!!!!!!!!!!!!!!!!

pix ikhsan dr google :)

hahahahaha not Year End Sale okeh...it is School Holidays! YEZARRRRRRRRR..... hahaha at last, cuti sekolah untuk pertengahan tahun telah sampai. hehe..even 2 minggu pun, syukur sangat2 dapat cuti dan merehatkan minda setelah berhempas pulas memikir dan membebel di sekolah. haha anak murid aku pun malas dah nak dengar aku bebel, sebab mood dieorang skarang nih nak cuti ajek. :) ngeh ngeh ngeh..

so, apa plan korang cuti cuti nih? aku? hehehe.....aku tak g mana kot..dok melangut je kat rumah merehatkan diri dan mengemas apa yang patut lar. hehe tapi mungkin akan pergi makan di sweet chat lagi. YES! hahaha tu pun kalau lakiku nak, kalau tak..mimpilarrrrr..

kalau jadi g makan sweet chat, nampaknya ni destinasi pertama yang jauh buat firas lah. hahaha agak2 firas behave tak nanti? huhuhu....MIM NUN JIM ALIF tul anak aku sorang nih. hahah nasib ayahnya larat nak layan, kalau ibu? huh..ibu garang memanjang, kui kui kui... berpada-pada lah... :)

oklah korang, SELAMAT BERCUTI YA. even 2minggu pun, manfaatkan masa yang ada tu bersama kleuarga tercinta.. berhati-hati di mana jua anda berada...ecehhhhhhh (",)

^^ Kami Ber'McD' :)

Petang tadi aku dan hubby serta firas pergi bercanda di mcD. nyum nyum..alhamdulillah, akhirnya dapat jugak kami ber'mcD' setelah sekian lama tidak.. hehe kiteorng ni jarang ber'mcD' disebabkan faktor kejauhan McD tu yang jauh dari rumah kiteornag nih. jadi, tadi ada peluang ke BP, kiteorang singgahlah ke McD BP :)

Aku makan ala carte Mc Chicken je.. hubby plak super deluxe.. hehe kot, lupalah namanya.. n si cinonet firas plak minum susu je okay. hehe..ni kali kedua kiteorng bawa firas keluar makan di luar :). yang pertama kali tu kiteorng bawa firas makan di pizza hut bukit pasir. hehe mmg gudboi lah firas nih. nasib ada carrier, so bolehlah dia dok diam dalam tu. tapi, tak lama pastu hubby tak larat dh nak guna carrier, so dia dukung jer. hehe :)

nak bawa stroller, rasanya nantilah. hehe sbb ibu ngan ayah iras ni konon-kononnya larat lagilah nak bawa firas ni..hehe so layannnnnnnnnzzz gambar-gambar di bawah yer.







hahaha korang jangan gelakkan rambut firas tau...hahah bakal profesor anak aku nih. amin :).. selepas cukur semasa dalam hari, rambutnya tumbuh camni lah..hihih apa orang kata? cukur bantal? hehe agaknyalah kot.. so, rasanya cam nak cukur je balik agar ia tumbuh sekata. hehe...so, nantikan gambar terbaru firas okeh? :))

selepas bercanda di McD, kiteorang decide nak ke K4 tuk membeli barangan dapur yang dah tinggal cinonet dalam esbok tuh. so, hubby nak belanja lebih jadi aku sambar lah apa-apa yang patut. hehe... yeay!

^^ Dah Pandai Goceh..

hari ini firas dah 87 hari. :)..lagi 3 hari genaplah firas 3bulan. wahhh...kejapje 3bulan, pasni 13 bulan, pastu 3tahun, pastu darjah 3, pastu 13 tahun...wahhh..semua 3 tau. hahaha..
firas dah pandai goceh sekarang ni. tahu ke goceh tu apa? :)... goceh tu dah pandai borak2 dan bual2... apa yg dicakapnya tak difahami tapi..nak gak bergoceh goceh..hehehe...

hehe..sukanya aku tengok..masa mula-mula dia goceh tu, hati aku tersentuh sangat. air mata ni bergenang dengan tiba-tiba bila tengok firas goceh..sebab aku gembira sangat-sangat.. alhamdulillah firas membesar dengan baik dan dia membesar depan mata aku. satu-satu perubahan firas aku rasa dan lihat sendiri. akhirnya aku alami sendiri perasaan seorang ibu..

jadual tidur firas pun dah berubah sedikit demi sedikit..syukur. sebelumni, kalau malam dia tidur lebih kurang jam 3 pagi dia akan bangun dan berjagalah sampai ibunya nak ke sekolah. aduyaii..mana lah ibu larat kalau hari-hari begitu. tapi ibu ayankan jer...huhuh dan sekarang ni syukur, firas akan terjaga jam 2 lebih pagi.. dan aku main-main ngn dia, main pok amai-amai, zikir-zikir dgn firas, menari-nari ngn firas..pastu tak lama kemudian pasti dia akan tertidur. dalam jam 3 dia akan tidur dan akan bangun tuk kejutkan ibunya pi sekolah ni dalan jam 5lebih pagi. hehe...

firas..oooOOoOoo firas...mcm-mcm anak ibu nih.. tapi, apapun ibu tetap sayang firas... :)
siapa tak sayang anak oitt......
hanya orang yang tak berperikemanusiaan je yang sanggup buang anak.. aduiii..
manusia...manusia.. hurmm..


firas yang suka goceh :)

oh yer, firas ni guboi bila tinggal dengan pengasuhnya. kakmus tu kata,
"senang akak jaga firas nih, tak banyak ragamnya.."

hehehe...cuma kalau bab nak tidur..aduhh, hanya bapanya saja yang larat mendodoikannya. huhuh..


^^ Selamat Hari Guru 2011

16 Mei 2011..

Selamat Hari Guru pada semua warga pendidik, tidak kira di mana jua anda berada. :) Walau dah lewat satu hari, aku tetap nak wish happy teachers day gak pada diri aku sendiri, pada ayahnda ku tn.hj.hassan, pada makcikku pn.zalilah, pada sepupu-sepapatku, pada rakan-rakan seangkatanku di sktgs, pada rakan-rakan seperjuangan dari IPRM.. rindu korang sangat.. pada rakan blogger ku cikgu atehalong, dan juga pada insan-insan yang bergelar guru. tidak kira guru, tutor, pengajar, pensyarah..hatta sesiapapun...

SELAMAT HARI GURU 2011


oh ye, semalam pm dan tpm telah mengumumkan satu perubahan yang besar untuk warga pendidik.. minggu lepas aku ada baca paper, yang mana pelarasan akan dilakukan. dan, sekarang baru aku paham apakah pelarasan itu. hahahahaha...pelarasan untuk warga-warga pendidik yang 'otai'. TAHNIAH! anda memang berhak, hehehe.. bagi kami yang masih baru dalam dunia pendidikan ni, pesanan aku... SABARJELAH... :)

esok 18mei, sekolahku akan mengadakan sambutan hari guru. hehe..last monday takleh nak buat sbb gb xde..ada audit kt muorrrr...so, aku tak sabar nak tunggu esok.... hehe :)


^^ Dan, Bila Dua Budak Comei Berjumpa....

Malam selasa baru ni aku pergi bawa firas jumpa sepupunya yang sebaya dengannya, anak abang long aku. umur dieorang ni sebaya, cuma si ziqri ni lahir lambat 2 minggu sahaja dari tarikh lahir firas. Ziqri!! Ziqri dah balik dari perak..yeay! abg ziqri, si zahin pun dah besar dn dah nmpak susut plak. aduhaiii cian anak buah aku tu. zahin makin hensem boi!, rambut makin panjang, tp tetap hensem.. hehe nnt aku upload gmbr zahin :)


Dan, bila dua sepupu ni berjumpa...hahaha macam-macam lagak gayanya...
mula-mula tu masing-masing tak nak bertegur sapa. hohoho..kenapa kah?
ziqri (berbaju belang2) : siapa sebelah aku ni? firas ke? hohoho botaq chin betol kepala dia.. dia xde rambut tengah plak tu? ish ish ish..kesiannya... :))
firas (berbaju biru) : hurmm..aku kat mana ni? sebelah aku ni ziqri ke? wow...dia ada rambut lah.. huhuhuh uisshhhh...wahh sedapnya dia kutuk aku? ni xleh jadik ni...

Ziqri: ishhh....sebok betollah firas ni..mengacau je larr, tepilah sana sikit. huh...rimas..rimas, jangan lah baring kat sini...xsuka arr..
firas: ewah...ewah.. eksen yer ko ziqri..arghh...peduli arr, aku nak baring sini gak. hahaha ada aku kesahh? heeeeeee

ziqri: eh eh...xdengar cakap aku yer...meh sini aku siku..wachaaaaa. hahaha tepi tepi! aku rimasss, jangan kacau aku..
firas: uwekkkkk...xnak!xnak! hahahhaa...aku nak dok sini juga.. hahahaha padan muka!!

Tak lama kemudian,

Firas!!! Ziqri!! Behave!! Jangan gado!
firas: alamak ibu kita dah menjerit lar ziqri..takotnya!takotnya!hohoho.... (ai ai ibu) sambil mengangkat tangan..
ziqri: a ah lar firas..takotnya...aku cabut dulu...
larikkkkk

hohohohohohohoho

p/s: dialog di atas adalah rekaan semata-mata.. xde kaitan dgn budak kecik nih. aku tgh bosan, saje menyakat. hahahahaaha

^^ aummmmm

aummm...mcm tu ke bunyiknya? hahaha aku pun taktahu..aku naik sekolah sejak cuti mengandung hari tu, alih2 dah ada haiwan liar ni. aummmmm...


grrrrr..aumm.......haiwan dah pupus ni ada pulak dalam makmal sains nih. :) hohohoh takottttt

yang musykilnya alih-alih tersesat plak haiwan yang ada belalai tuh...apa dia buat kat situ? ape...sama spesis ke? hurrmmm...musykil. apa... tak takottt ke kene baham nanti? hohohoh....

lariiiiiii

^^ Napelar Ko Jauh Sangat Haaaaa?

Bila aku tengok gambar-gambar lama masa aku pregnant dulu, tetiba aku tertengok gambar-gambar kat bawahni. perghhhh melelehje air liur ni bila ingatkan balik. aduhaiiiii..napelar ko jauh sangat haaa sweet chat oit? dahlar sedapppp..lazat plak tu..mengidam plak lar aku ni.. kan best dan bagus yang amat kalau ko ada kat sini sweet chat oit, ade kat johor ni especially area bp nih. sonang den! nasib firas tak 'ngences' masa aku pregnantkan dia dulu.. hahahaha
ngences tu apa? air liur meleleh je org jawa kata..(lebih kurang gitular) :)

Sweet Chat ni ada 4 branch jer, tu pun semuanya kat kl belaka. huhu napelar bp ni jauh ngn kl tu hek? kalaular dok je mcm melaka tu tiap minggu pun aku boleh g. huhu... branch sweet chat ni ada kat berjaya times square, the mines, the curve ngan kat midvalley. masa aku makan last year 2010 tu di berjaya times square ngan adik ipar aku. memang nyaman sekali makanannya. huhuhu...especially durian. hahahaha....


sweet chat berjaya times square
 tengok menu pun dah terliur, belum rasa lagi tu..hehehe
 air pelbagai perisa especially yang cekelat ada eskrem tu. huhuhu
ni namanya kuih tong yuen, rupa ala-ala kuih bom. isinya kacang, tapi rasanya lain dr kuih bom :)
ni pula spagetti daging black pepper.. :)
ni plak pancake durian.. hahaha lazat, kenyal..
mango mauntain..larut di dalam mulut. sodapp!

kesimpulannya memang sodap belaka lah. aku mmg gomar makanan kat sini, korang boleh toray (try) bg yang duk area kl nun sana. aku ni nak g, kene tnggu coti2 sekolah je lar nampak gayanya.. :P

^^ Hari Ibu?...Surpriseeeeeeee!!..

Tak lama lagi hari ibu akan menjelma, atau lebih senang kata hari ibu tahun ni jatuh pada 
8 haribulan mei 2011 iaitu pada minggu depan, minggu kedua bulan mei. Tarikh hari ibu ni tak tetap dan berubah-ubah tiap tahun dan juga berbeza-beza ikut sesebuah negara tu. jadi, korang kenalah simpan duit banyak sikit sebab nak bagi hadiah special sikit tuk ibu kita. Besar pengorbanan ibu dan ayah kita tuk besarkan kita ni tau. huhu. aku ni bila sebutje pasal mak ayah aku, mesti sebak. huhu..tak terbalas aku jasa dieorang nih. hurm..so kawan-kawan sekalian, simpan duit banyak2 yer jangan tak simpan, bagi hadiah okeh, jangan tak bagi..wokehh :).. aku ingat nak bagi hadiah tix naik belon tuk dieorang pi wat umrah.. hohoho.. amin..insyallah satu hari nanti..amin :)


Bercakap tentang hari ibu ni, hahaha memang tak sangka yang aku akan sambut hari ibu pada tahun ni. aduhhhh speechless you know... :) terharu pun ada. sungguh! aku dah menjadi seorang ibu. ibu kepada anak lelaki aku muhammad firas bin muhamad fauzi. 


last year aku pun turut meraikan hari ibu ni, aku meraikan hari ibu special tuk mak aku. hehe.. 
makkkkk! den sayang omak sangat!
last year, aku buat surprise tuk mak aku. hehe.. alar, surprise gitu-gitu jek. tp sangat bermakna buat aku dan mak aku. :) aku surprisekan mak aku dengan cupcakes yang comel lote tu. alar yang kecil kiut miut tu. aku tempah khas dari satu blog cupcakes yang glamer dengan pelbagai deco kek nya itu di area bp nih. kakak ni siap boleh delivery lagi. kakak nih sndiri yg pi hantar kat opis mak aku. mak aku terkejuttt..hehe sayang mak! 


memang kreatif sungguhlah kakak nih. :).. tambahan lagi sempena hari ibu minggu depan nih, kakak ni wat pakej yang special tuk sambut hari ibu nih. last year, kakak ni wat deco camnih tuk cupcakes mak aku. hehe..



tahun ni aku nak wat sendirilah kek tuk mak aku. hahaha...jeng jeng jeng.. kek apa? hahaha kalau jadiklah kek tu, aku uploadlah dalam blog ni.. tapi........ kalau tak jadiklah kek aku tu, aku tak uploadlah kat sini. muahahaha..abaikan yer :)

Moga-moga hubby ku tahulah bila tarikh hari ibu tu yer. hehe mana tahu dapat special present dari dia kan? hehehehe moga-moga :)