Blog Sekolahku ^^


Assalammualaikum WBT dan Salam sejahtera.

Bertemu kembali kita di ruangan kali ini. Pada kali ini aku nak mempromosikan sesuatu. :))
jeng jeng jeng..

BLOG SEKOLAH :)

ni lah blog sekolah aku yang SKM lagi kecil lagi pedalaman nun jauh di hujung tanjong... hehehe iaitu sekolah kebangsaan tanjong semberong. Sajeje aku nak promote blog ni agar semua orang tahu wujudnya sekolah ini yang terletak di parit raja, batu pahat dan bukannya di kluang, johor. Ramai yang salah sangka berikutan terdapatnya empangan semberong dan juga sekolah menengah sains semberong di kluang, maka ramailah yang beranggapan bahawa sekolah kebangsaan tanjong semberong ni di kluang. NO!no!No!NO!..... sambil jari telunjuk bergoyang-goyang kiri ke kanan. (",) Sekali lagi ingin ku tekankan di sini, bahawa sekolah ini terletak di Parit Raja, Batu Pahat... faham? :)

jemputlah baca hasil coretan rakan guruku di sekolah yang membuatnya. 
Salam ZulQaedah ~~~~~~~**


Selamat Hari Raya 2014^^


Selamat Hari Raya dari Ramos Generation 2014

Ni sebahagian keluarga comel Ramos Generation 2014. Ada lagi yang tak masuk ni sebab ada yang beraya di rumah mertua..ada yang balik sambung belajar.. ada yang ada hal.. dan lain2..
Apapun Ramos Generation memang simple and nice ^^


Hopefully family day Ramos tahun ni dapat dibuat di tempat yang happening dan best especially untuk kanak-kanak riang ria agar cuti mereka dimanfaatkan di tempat yang menghiburkan. Pengalaman yang mereka ada ini nanti bakal dikongsi bersama-sama rakan mereka di sekolah dan mudah untuk mereka membuat karangan terutamanya bahasa melayu.
sementara syawal masih ada ini, marilah kita merebut peluang berpuasa 6 di bulan yang mulia. Selamat Hari Raya! :)

Naik Sekolah Dah...

aku kembali ke sekolah

semalam 3 ogos 2014, aku kembali ke sekolah. kini di johor, waktu persekolahan adalah bermula pada hari ahad hingga khamis.


sekejap sangat rasanya cuti raya pada kali ini..rasa sangat tidak puas beraya ke rumah sanak saudara. terutama sekali rumah pakcik makcik sepupu sepapat yang jauh di mata tapi selalu di hati ni. haisshhhhhhh entah bila lah nak sampai rumah sepupu yang kat KL tu...pakcik yang kat Ipoh tu ha.....sabojeler... cuti sekolah jelah jawabnya nak sampai ke sana.

apa2pun cuti seminggu raya memang tak puas dan memang tak pernah cukup. tapi demi anak bangsa ku gagahi juaaa... set di minda, perbetulkan kembali niat.....^^ agak poyo ayat aku ni.. hahahaha biarlah, ada aku kisah? :P

kena get ready untuk mnghadirkn diri ke kursus2, taklimat2, bengkel2, pemantauan dan lain-lain.. jeng jeng jeng..
Gambatte!