Persekolahan 2015 dah nak mula ^^




Korang....

akhirnya.....



Sesi persekolahan 2015 dah nak mula..

Wow..pejam celik pejam celik, sekejap sahaja 4 minggu cuti persekolahan dah berlalu. dan sesi persekolahan bagi tahun 2015 akan bermula tak lama lagi. 
Waduh waduh.... harus siap siaga dari segi emosi mental fizikal ^^
Semangatttttt fei!

Tadi mesyuarat pengurusan pertama untuk tahun 2015. Alhamdulillah PK tetap di hati, manakala BM masih dalam genggaman dan juga Linus pula ditambah.

Adeh......sabar ye fei! yang penting SEMANGAT!!!!!



Resepi : Sambal Sotong Sumbat versi aku^^



Assalammualaikum korang..

Dah lunch? Korang makan apa lunch hari ni? aku tak de idea nak masak apa hari ni. So, aku google lah pakcik google ni mencari resepi yang menarik sambil memikir bahan yang ada dalam fridge. google punya google punya google...... akhirnya..... yessssss

sambal sotong sumbat... nyummmehhh

Dah lama aku tak buat nih. last aku buat, tahun lepas rasanya buat sotong sumbat ni. Macam sedapje kan makan dengan kangkung goreng belacan yang terbayang-bayang dalam otak nih.

Ni resepi yang aku dapat dari pakcik google, tapi aku olah sikitlah ikut versi aku. ^^

Resepi Sambal Sotong Sumbat

Bahan Utama
Sotong

Bahan inti
2 biji telur
bawang merah dadu
bawah putih dadu
daun sup bagi wangi :))

Bahan Sambal
Cili giling
Bawang merah kisar
Bawang putih kisar
Udang kering kisar
bawang merah hiris besar-besar
Air asam
Air sikit
Gula (sikitje)
Garam
Perasa


Cara-cara nak buat:
Korang buat inti dulu
dadarkan telur bersama bahan-bahan tu... jadikan ia berketul-ketul macam scramble egg tu ^^
Dah sejuk barulah korang sumbatkan dalam sotong ye.


Buat Sambal plak
Tumiskan bahan-bahan kisar tadi hingga naik bau..kemudian, masukkan cili giling dan tumiskan ia hingga kering (minyak keluar)..masukkan air asam dan bawang merah hiris tadi... gaul sebati. Masukkan gula sikit, garam, perasa dan air sikit.. barulah masukkan sotong yang telah disumbatkan dengan inti tadi ke dalam sambal tadi. Kacau bagi rata dan empuk. Jangan terlalu lama, sebab kalau lama nanti sotong tu tak jadi. liat! hehehe

Ok..dah jadi...senang je kan?
Korang cubalah ^^

Jum SAPDEK^^..

ni hasil yang aku sumbatkan tadi...(",)




aku makan sekali dengan sayur kangkung goreng belacan.... nyummmmm



ok korang....

chow



Aku dan Retis^^



Assalammualaikum semua...

Dua hari aku tak membebel kat blog ni sebabnya dua tiga hari ni sibuk sikit balik kampung dan menenangkan fikiran yang serabut serabai ni. Alhamdulillah rasanya sekarang ni sudah tenang sedikit. Moga-moga.... insyaAllah..

So, Harini aku nak cerita pasai retis. hehehe..korang mesti tahu apa tu retis kan? ala...artislah...^^. yeappppppp aku jakun. Tak kisahlah kan sebab aku tak susahkan sesiapa pun.. aku cuma susahkan diri aku je. tapi, kalau dah minat...x rasa susahla. asal happy sudahaaa ^^. aku ni kalau boleh semua retis ke, semua yang glamer-glamer ke, pm ke, atlet ke, atau sesiapa saja yang aku minat memang aku nak terjah dan hamek gambar banyak-banyak.. hahahhaha tapi berpada-padalah kot.... Tapi, kalau kang gary, lagi aku sanggup. tahu ke sapa kang gary? sape peminat running man kompem tahu :))... hahahah tapi kalau kena bersesak-sesak, berebut-rebut macam fan meeting dieroang buat november lepas tu..2,3 kali jugaklah aku pikir :))

okay dah melalut.....berbalik pada tajuk kat atas tu....aku nak bagitahu yang aku jumpa retis.... hahahahhaha mula-mula tu aku tak perasan itu dia. tapi aku tengok sekali lagi sebab nak kompemkan...maka kompemlah itu FYNN JAMAL ^^. sangat sempoi berjubah hitam dan bertudung hitam. manis je... maka, aku ikutla dia dari belakang sebab nak amik gambar. kebetulan bateri hp aku kong. sama jugak ngan laki aku. aiseyyyyy x de can lah aku nak hamek gambar ni... nak dijadikan cerita, laki aku rupanya matikan hp dia..bukannya habis bateri. CETTT... maka, aku pun sempatlah kejar dia dr belakang. hahahaha alhamdulillah dia berhenti di booth menjual barangan cenderahati malaysia, dan aku sapa dia.....

"kak fynn, boleh bergambar?"....dia senyum dan......
"assalammualaikum, eh bolehhhhh jumlah"... 

Alahaiii aku yang malu sebab sangat tak sabar dan lupa nak bg salam. hahahah aku tak kisahlah apa orang nak kata pasal dia, yang penting aku minat arjuna beta. BEST lagu tu... dan masa tu juna takde sebab kak fynn nak g meeting... jadi juna x ikut...

so...itu je cerita aku dan retis ^^

p/s: korang msti dah biasa tengok retis kan? yup..aku xbiasa sbb aku hanya orang kampung... hehehheheheheheheh jadi, AAK korang nak kata apa? (",)............


chow



aku, faris dan kak fynn jamal
(masa ni kak fynn peluk aku dari belakang sebab nk bergambar sama (**,)



Resepi: Tortilla Ayam versi aku ^^



Kalini aku dah try buat resepi tortilla ayam hasil carian dalam pakcik google ni. Aku sangat-sangat berterima kasih pada pakcik google sebab bagi aku pelbagai versi resepi yang lazat dan menyelerakan serta unik dan kreatip.

Jadi, hasil carian aku di pakcik google ni..aku telah memilih untuk membuat Tortilla Ayam versi aku menggunakan ayam dan juga balance tortilla yang ada sewaktu buat mini pizza haritu. Disebabkan bahan-bahan yang terhad dalam fridge tu, maka aku guna apa yang ada la. Nasib baikla ada ayam fillet tu..tapi daun-daun hijau sepeti salad mahupun kobis  xde dalam stok...ada daun sup jek ^^..so, aku gunalah apa yang ada. heheheh sadis kan? ^^

so..bahan-bahan yang aku guna adalah


Bahan-Bahan Ayam Panggang
Chicken Fillet @ Isi dada ayam
Minyak Zaitun
Garam
Perasa
Sos Tiram
Daun sup (ini je yang ada dalam stok)
Mozarella
Roti Tortilla

Cara aku: 
Aku goreng ayam tu dulu dan kemudiannya baru aku tumis dengan yang lain. Kemudiannya, aku letak bahan-bahan yang dah siap tumis tu atas wrap tortilla tu berserta dengan mozarella.
Aku bakar dalam microwave dalam 3-5 minit dan SIAP! hahahahaha

sangat simple tortilla wrap versi aku ni. sebabnya nak bawa bekalan makan dalam kete masa pergi holiday haritu.

Simple kan? ni je lah bahan yang ada.. kalau dalam fridge tu ada macam-macam bahan yang lain kompemlah lagi sedap. hehheehee

ni hasilnya..... TADAAAAAAAA



hahahahahhaahahah sikit je bahan-bahannya sebab nak cepat dan dah terlambat nak mulakan perjalanan. ^^


Alamak gambar terbalik.......takpelah samaje... dan yang ni plak isi dalam tortilla tu setelah dibakar dalam microwave. hehehee

Sekian..

chow


Banjir "



Alhamdulillah....

Hakak kembali bersiaran setelah 2 hari akak makan hangin dekat sini-sini aje dan taksempat nak hapdate apa-apa. (",) Korang apa khabar? Sihat? Harap semuanya ok sahaja. 

Tapikan...aku kesian dan simpati dengan nasib yang menimpa rakan-rakan di pantai timur khususnya terengganu. Kali ini banjir besar berlaku di negeri Kelantan, Terengganu, Kuantan dan juga sedikit kawasan di negeri Perak juga dilanda musibah. Subhanallah. Sesungguhnya apa yang dikehendaki oleh Allah SWT tu terjadi jua. Kun Fayakun. Mari kita bersama-sama memanjatkan doa agar hujan akan rede dengan cepat dan mereka yang dilanda musibah akan selamat semuanya. Amin. 



Rakan guru sekolah aku juga ada di sana sekarang bersama-sama dengan suaminya. Moga dia dan keluarga baik-baik sahaja.. Rakan-rakan maktab dahulu pun kebanyakkannya berasal dari pantai timur. Tapi, setelah mendapat tempat posting ramai yang keluar dari timur dan ramai yang mengajar di barat dan juga selatan. Apapun aku harap banjir di#pantaitimur akan surut dan semuanya akan kembali seperti sedia kala dengan segera. 10 hari lagi sekolah bakal di buka..moga murid-murid akan dapat bersekolah seperti biasa. Insyallah

Tapikan korang......aku dengar khabar ada ura-ura mengatakan yang negeri Johor berada dalam keadaan berjaga-jaga 28 Disember ni. Berkemungkinan Johor akan banjir besar juga. Ya Allah.. selamatkanlah kami semua.. Perliharalah kami. 



Hujan adalah rahmat dari yang Esa,  janganlah kita mengeluh ketika turunnya hujan. Doa kita akan mustajab ketika hujan turun dengan izin dariNYA. Maka, Bersyukurlah dengan rahmat yang diberikan Allah. Sesungguhnya ada hikmah dan peringatan yang ingin diberikan oleh Allah SWT. 



#prayforpantaitimur
#prayforjohor



Aku jahit manik..^^



cuti-cuti ni selain daripada aku mencuba resepi-resepi yang ada di pakcik google ni, aku juga ada buat satu lagi hobi ni... ahakssss jahit manik di baju. hehehhe.. aku bukannya profesional tapi baru beginner sahaja.. cewahhhhhh. mula-mula jahit manik ni pun aku belajar dari cikgu kat sekolah dan juga dalam youtube. ^^

aku nak menjahit baju kurung ni aku tak pandai...apatah lagi nak mengait mafla pun aku tak pandai sangat...maka jawapannya adalah menjahit manik je lah yang aku terer sikit pun.. (manik pun mahal kan? hehehe tapi cantik-cantik)..sabarjelah..

ni hasil jahitan manik yang aku buat di lengan tangan. gambar yang aku ambil ni tak berapa cantik sebab handphone aku ni jenis yang murah je. dan juga...jahitan manik yang aku buat ni tak berapa menarik sebab jahit yang simple simple sahaja (beginner kan?) ^^...gambar ada lagi...tapi tak sempat nak upload banyak-banyak. sebabnya aku berperang dan berebut handphone dengan si anak aku yang kecil ni ha.. sabajelarrr lagi..

tadaaaaa.....







Lepas ni nak sambung jahit manik lagi...sebab ada baju baru yang baru siap dijahit, jadi tangan tu nampak kosong jer... so nak acu-acu manik yang sesuai. hehehehe takpelah, slow and steady je. insyaallah berkat kesungguhan dan sabar, ada hikmahnya nanti.Amin

ok. chow

p/s: esok lusa tulat tak dapat nak hapdate blog ni, sebabnya hakak nak g holiday. (dalam negera je pun) dekat aje...^^ yeayyyy alhamdulillah akhirnya dapat juga pergi holiday, setelah hampir 4 minggu terperap di rumah dan minggu depan dah start kene g sekolah.. hohohoho syukur sangat. hehehe


Cat dindingku ^^



Korang pernah dengar tentang warna momento?...haaaaaa pandai bagi siap yang tahu apa itu warna momento. ^^ bagi yang kurang pasti apa itu warna momento..meh aku bagitahu sikit. cewahhhh (",)

warna momento ni adalah cat momento keluaran nippon paint. cat momento ni cantikkkkk sangat macam wallpaper tapi nak buat kenalah ada skill kemahiran yang betol dan caranya yang betol. Aku sukaaaa sangat kaler cat momoneto ni. Konon-kononnya nak buat feature wall lah kan...

contoh cat momento tu adalah cenggini...ia ada 4 jenis kesemuanya.. ada elegant...ada sparkle... ada sparkle gold...ada sparkle silver.... dan coraknya lain-lain bila dah jadi nanti. harganya boleh tahan jugalah... uhuk uhuk uhuk... dalam 160++ 1 set.. adehhhh.. sabau je lor.. tong nya kecil aje.. 1 liter kalau tak silap. :P


Nanti kalau dah siap cat, hasilnya akan lebih kurang macam di bawah ni lah... 



Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal momento ni, korang boleh lah rujuk kat website nippon paint. NIPPON BEST

Aku dah pun pilih dan cat momento ni kat rumah baru aku. tapi,bukan pada setiap dinding aku buat dan cat momento ni. hanya pada satu dinding je aku buat. (bukan aku yang cat, laki aku ler). aku tak reti...hohohoho nak dijadikan cerita, kiteorang dah pun buat dan cat dinding yang nak dibuat momento tu. sangat tak sabar nak tengok hasilnyaaaa.. hahahahahhaha

jeng jeng jeng


aku tak tahulah nak cakap....jadi ke tak...pun x sure..tapi step nya memang dah ikut sebijik sebijik apa yang diarahkan. hahahahahhaha habissss....cam mana nih? adehhhhh 

chow

Mood sedih lagi



mood aku tak berapa nak best hari ni lah.. spoil betol...huhuhuhuhu

sebabnya........ 

aku tak jadi nk g vetnam...huhuhuhuhuhu sedih hakak...hakak dah verangannn plan baik punya nak g sana tu.. verangan nak shopping bagai kat sana. (biasalah pompuan kan..) tapi, apakan daya......dah terlambat. aku pun tak sure sama ada aku yang bagitahu lambat ataupun orang tengah yang sampaikan lambat...uwawawawawawawa :((

tak apalah...xde rezeki hakak nak naik kapal terbang sekarang kot. adehhh

so.... hakak plan nak g tahun depanlah pulak bawak anak-anak sekali...airasia tengah buat promosi gilers babas nih sampai esok. macam menarikje aku tengok. tapi, nak g mana? bali? busan? japang? aussie? chewahhhhhh... memang kaki verangan...^^ tak apalah,nanti rajin-rajin aku skodeng lagi web AA tu. manalah tahu ade rezeki jumpa kang gary kat seoul tu. hahahahahaha best juga verangann nih. ^^



tengok web AA...dan wajib tengok kalendar nih. hehehee sambil nyelam mnum air. pastu baca blogger lain punya cerita..baca experince dieorng g melancong... ambil tips mana yang okay..sedikit sebanyak dapat info yang kita nak.. ye tak?

well well well...

hakak nak blog walking jap ye..

chow



Resepi: Pizza mini versi aku ^^



Hi u ollssss..

Bertemu kembali dilembaran yang baru ini. hari ni aku nak cerita pasai resepi yang aku dok try n error. ye larrr...hakak bukannya chef dik oittt.. dan juga bukannya pandai masak sangat. kalau setakat masak untuk makan sendiri dan juga keluarga tu bolehlakan..

ok..berbalik pada resepi ni sebenarnya aku mintak dan dapat dari kawan aku masa dok matriks kat kl dulu. Anis namanya..tapi aku tak berapa nak sure dia ada blog ataupun tidak.....kalau ada, bolehla aku google resepi dia yang lain-lain. hehehe bukan apa, aku tertarik dengan mini pizza yang dia buat...menyelerakan sungguh especially mozarella yang dia letak kat atas pizza tu.. melempah ruah.. nyumnyummmmmmm

ok...ni lah hasil yang aku dok try n error pizza mini aku tu...:PP



tadaaaaaaaaaa.... ^^

ni aku guna tortilla wrap je. nak uli tepung aku tak pandai...kang tak jadi kang, naya je tepung hakak tu...kikikiki
aku pun xde pepperoni nak diletakkan sebagai topping, cukuplah sekadar sosej saja sebagai topping nya. hehe bukannya lokek atau apa..memang aku tak jumpa semalam kat carefour. hehehe jadi sosej pun bolehlaaaa :))

ok...ni bahan-bahan yang aku guna..simple jek..


tortilla wrap sebagai base
kimball cendawan sebagai sos
mozzarella tu chesse nya
sosej sebagai topping

hehehehe..dan bakarlah dalam oven tu dalam 3-5 minit.. aku bakar dalam microwave jek sebabnya oven hakak rosak dikkkkk...sedih giler babas... pas pindah ni verangan lah nak masak pelbagai menu menggunakan oven..tapiiiiiiii rosakkkkkkkkkk

alahaiiiii mood sedih dahhhh...
ok chow

Bilik anak-anak ^^



Hallluuuuu semua

Harini aku nak citer pasai bilik anak-anak aku. Cer korang tengok gambar-gambar ni. Menarikkan?





Aku ingat nak buat macam ni untuk bilik anak-anak aku nanti. Buat masa sekarang ni bilik anak-anak aku kosong aje lah. Yang ada cuma katil, almari, tikar dan mainan dieorang. Korang dapat bayang kan? kosongggg sangat kan?

Banyak-banyak gambar ni aku berkenan betol gambar akhir sekali. ^^ nampak macam semak..tapi aku suka sebab ada ala-ala pokok pisang tu. hehe..daun pisang tu boleh dapat kat ikea. ala.... yang ala-ala serupalah gitu... aku suka shopping kat ikea tu.. nak pegi hari-hari tak kose lah kan.. setahun sekali dapat g ikea tu pun dah hokay... aku suka berlonggok kat barangan dapur tu..hahahaahah bagilah aku sejam ke dua jam ke..memang tak cukup. satu hari kompem cukup! hehehe... tapi kalau dah pegi dengan askar-askar memang tak dapatlah nak lelama....mimpije laaaaaa

so sekarang ni tengah usha-usha kat pakcik google ni sama ada nak pasang wallpaper atau pun ngecat atau pun tak buat pape. hahahaha

aku nak pikir dulu. sekian.

chow


Aku Letak Cursor Kiut kat Blog ^^



Hai semua!

Sepanjang minggu ni aku asyik dok ngendap komputer je. Bukannya apa, mungkin sebab lagi 2 minggu lebih je nak naik sekolah..jadi aku downloadlah apa yang boleh di download di internet nih. terutama sekali dah tentunya RPT..DS..DSP dan lain-lainlah kan.Bukan tak nak guna yang lama,.. tahu-tahu ajelah...tiap tahun kan berubah. Kejap gitu..kejap gini.. so..layankan sahajalah ^^

Jadi, hasil yang aku dapat untuk hari ini dengan mengadap komputer je ialah..... hehehhee

cara-cara/ tutorial membuat cursor kat blog.

Korang tahu kan apa itu cursor kan? ni haaaa contoh yang ada kat ternet...



hahahahaaaha nampak sangat aku jakun kan? ^^.. sajeje nak mencantikkan blog ini dan juga nak nampak comel, maka aku gunalah cursor yang comel ni. korang nampak rabbit putih tu? heheheh...tu lah cursor aku dapat hasil dari aku belajar dari blog adik ni. Kreatif betol adik ni. murah hati pulak tu...terima kasih banyak ye adik... moga adik suksess selalu (",)

ok aku nak sambung dengan pakcik google nih..

chow


Resepi: Roti Jala Lembut


Post kali ni aku nak kongsikan resepi roti jala yang dah aku buat. sebenarnya dah banyak kali la aku buat cuma yg kali ni aku buat gebus gebas lembut.. aku ni time coti-coti xde keje sangat. (banyak kerja tapi malasssssss) ^^...so aku google lah pakcik coogle ni mencari resepi apa yang ada untuk dimakan. alarrrr tak apalah, sekali sekala..apa salahnya.

ni resepi roti jala yang aku ceduk dari sorang kakak blogger yang pandai masak ni. nyum nyum.. seronok aku tengok blog dia. asyik hapdate resepi yang sedap sedap dan gambar-gambar yang menyelerakan...

nyum nyum..

Roti Jala Lembut
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar marjerin (dicairkan dahulu)
sedikit perwarna kuning
1 sudu kecil garam
sedikit minyak (atas kuali)

Cara-Cara
- Korang campurkan semua bahan ni dalam satu mangkuk dan kacau menggunakan whisker hingga sebati. Lagi mudah kalau korang guna blender. (aku guna blender jek) ^^
- Panaskan kuali..lengserkan minyak sikit atas kuali
- Guna acuan roti jala, korang ceduk adunan dan kiraikannya atas kuali
- Tak perlu balikkan, angkat terus dan letak atas pinggan. kemudian, lipat dan gulung ikut suka korang
- Makan roti jala dengan cicah kari sangat sedap. cubalah ^^


ini lah hasil aku pergi menjala :))



Nanti aku cari resepi yang lain...try dan hapdate kat blog yer.
kalau rajin..... ^^ heehheheheh
chow

Penat



Salam semua..bertemu semula di lembaran yang baru.. lembaran cuti sekolah dah masuk ke minggu yang ketiga. aduyaiiii cepat plak masa berlalu.

wahai waktu,,masa dan jam, perlahan-lahanlah kamu berdetik. sesungguhnya saya memang tak puas nak berehat-rehat di rumah..memanja-manjakan diri dengan dapur baru ni..... sabar yeeeeeer. ^^

Sejak cuti dah masuk minggu kedua ni, badan..minda...masih lagi letih,penat dengan urusan rumah yang tak pernah habis. huhuhuhu...badan masih penat sebab mengangkat kotak-kotak yang bertimbun-timbun masuk ke rumah baru ni. ni pun masih lagi ada barang bertimbun kat bilik belakang yang masih belum selesai..walhal katil, almari, tb, petia ais DLL dah susun dengan sebaik mungkin..tapi barang2 lain tetap ada laie. camno den nak buek ni? adehhh

#sape nak wat parttime? nak nulung aku ngemas? pm :))

bz bz pun, den tetap ingat kat sekolah hokay ^^
hahahaaahah rindu kawan-kawan



nanti hakak sambung lagi hokay

^^

chow