Dua Puluh Satu: Jalan-Jalan Tanjung Bidara


Salam 1 Malaysia... hehehe

Lama aku tak hapdate kat sini. Maaf ye semua, agak sibuk di rumah melayan anak-anak dan sudah tentunya sibuk di sekolah dengan PdP dan program yang diadakan.
Masa cuti Raya Cina minggu lepas, kami empat beranak ambil kesempatan untuk berehat-rehat dan bercuti-cuti dan berjalan-jalan ke Tanjung Bidara, Melaka. Raya Cina kompemlah jalan jammed sana sini kan? tapi alhamdulillah aku bernasib baik tak merempuh jammed di highway dan juga di bandar Melaka. ^^ sebabnya, aku pergi awal sehari sebelum hari raya cina. ngeh ngeh ngeh..
Ini kali pertama kite orang bercuti di Tanjung Bidara dan tak pernah sampai kat area ni. Jadi, on the way ke sana aku yang drive, maka berlakulah kesesatan jalan masuk simpang bulatan kecil di antara Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak. Maps tak boleh pakai betollah...... cettttt!
Pusing punya pusing punya pusing....alhamdulillah kami sampai sana pada pukul 2 suku petang ^^. Kite orang bertolak dari PR ni jam 11 lebih dan ambil masa 3 jam untuk sampai ke Melaka. Jalan agak berliku-liku, turun bukit naik bukit.. fuhhhhhhhh akhirnya sampai. Syukur sangat.

First impression aku tengok TBBR ni *Tanjung Bidara Beach Resort ni memang cantik view kolam, ruangan santainya. Cantik ^^. Nora bagi 3 bintang *** (",)
Sampai sana aku ke kaunter dan terus check in tak perlu tunggu lama di kaunter untuk masuk ke bilik. Nasib baik service baguih. Cuma kite orang tak ambil dengan set breakfast sekali. Tapi xpe, cafe kat sini okje. Macam kat cafe cafe luar. Nak order apa-apa pun boleh. So, petang tu kite orang malas nak drive keluar dan makan je kat cafe tu. 4 orang makan cuma 29.00++.. ok lah kan? kalau makan kfc pun sama je harga. hehehe..nanti aku haplod gambar makannya yer.

Oklah, jum layan gambar dulu yuk... ^^



ni roti TBBR. dalam menu tu tulis cenggini Roti TBBR. Seriously murah dan sedap dan banyak dan tebal. aku dah makan sikit tu. tengah makan baru teringat nak hamek gambor. so, jadilah rupa gitu ^^. berlapis lapis. stiap lapisan roti ni ada telur..ada ayam..ada telur lagi..ada ayam..ada telur. aku makan tak habis dan mintak tapau ke bilik. hahahahaha hada hakak kesah nk bungkuihhh? heheehe kalau kat otel-otel bosar takkan dilayannya aku nih mintak tapau bagai :PP


kentang ni penuh asalnya..anak-anak aku seronok makan sampai tinggai sikit lagu ni lah ^^


nasi ni laki den punya. biasalah orang lelaki memang cari nasik. tak de nasi tak nak makan. hahaha cettt apa punya orang daaaa


ni lah anak-anak aku yang tak sabor nak terjun sat g dalam kolam renang tu. yang luas tu selat melaka, banyak betul kapal lalu lalang kat sini ^^


nampak tak anak-anak aku dah terjun ngan apaknya? aku dok tepi je lah.. belum rasa nak terjun lagi tapi kejapje kat tepi tu...x lama pastu aku join. 


yang tu kolam orang dewasa. kite orang mandi kat kolam kanak-kanak je. hehehe


ni anak aku takot-takot nak mandi..tak lama pastu haishhhhh terjun sendiri sebab tak tinggi mana pun kolam renang kanak-kanak nih ^^. kite orang mandi jam 3lebih.... mulanya tak nak sebab panas lagi. haishhhhhh anak-anak aku buat drama nak mandi time tu juga. aduihhhhhh terpaksa lah layan.habis aku sunburn lah juga sikit. 


balik bilik je anak-anak aku layan mata. lama juga tidor dari jam nam sampai ke isyak. huhuhu bangun-bangun je terus keluar cari port nak makan. sebab apak ngn amaknya dah kelaparan ^^


yang ni keesokan harinya. dengan tak mandi lagi terus round-round kat kolam dan juga tepi pantaai. huhuhuhu jam ni lebih kurang lapan lebih pagi ni. ingat nak tengok matahari terbit. rupa-rupanya salah port. tempat kiteroang ni matahari terbenam je boleh nampak ^^


dieorang takmo mandi pantai sebab takot ombak. haishhhhh jakun betollah anak-anak aku nih. so, kiteorang main air je kat tepi tepi tu.


Kesudahnya, anak-anak aku terjun kolam tanpa tukar baju dieorang. hahahahahahha lantaklah. dapat sejam dua pun jadiklah kan? pas mandi manda naik ke bilik dan get ready nk cek out terus 


Amik gambar instagram kat TBBR.. hehehe gambar ni masa nak cek out. ramai betol orang kat kaunter, so kite orang amiklah gambar kat kawasan nih ^^


Tak lama pas masuk kete, anak-anak aku teruih ngorok kepenatan mandi kolam. ngeh ngeh ngeh.
aku pun layanlah jap mata sejam. sebab balik ni laki den plak yang drive thru...hahah opsss salah...drive balik sampai PR.

Walau dua hari satu malam je, kite orang enjoy jalan-jalan dan mandi-mandi kat TBBR. hakak bagi 3 bintanggggg ***


Sekian

chow




Dua Puluh: Farisssss ooooooo Farissss


Haishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
mengeluh panjang aku malam semalam. anak oooooooo anak. farissssss ooooooo farisssss. haishhh. Alkisahnya anak aku yang kecil ni namanya faris, berumur nak masuk tiga tahun bulan empat ni dan anak aku yang kecil ni sangat menguji kesabaran ibunya yang tak berapa nak sabar semalam. :(
Macamni..

Malam semalam kami berempat makan malam di luar sahaja. laki den nak makan satay (ntah mengidam apa ntah). Malas nak drive, maka kami berempat merempit lah kononnya ke Pekan PR. Niat asal nak makan kat depan gym yang selalu aku pergi, sampai je kami kat sana. haishhhhhhhhhh HAMPA! dan HAMPEH! tak buka pula lah kedai satay ni. laki aku kata kat situ satay nya sedap sebab ada satay kijang. :)) aku teringin jugalah rasa macam mana perasaannya bila makan satay kajang tu, tapi tak kesampaian lah pula sebab TUTUP!!!! alahaaaaaaiiiiiiiiiiiiiiiii

So kami decide lah pergi ke kedai satay yang satu lagi yang mana agak jauh sedikit dari rumah dan kene melintas jalan. haaaaaaaaa ni yang malas nak lintas lintas naik motor, lebih-lebih lagi malam. Tapi dan laki aku mengidam, ikut kan je lah. Sampaije kat sana alhamdulillah tak berapa nak ramai. Jadi,order boleh dapat cepat sikit.

^^ Kiteorang order lah satay lembu 10, satay ayam 10 dan satay kambing 5. Kedai ni takde satay kijang. huhuhuhuhuhu takpolah next time je lah. maka, aku pun makanlah apa yang ada.
anak-anak aku memang penggemar satay terutamanya si abang a.k.a firas. alhamdulillah banyak anak-anak aku makan satay ni. suka aku tengok. ^^
ok..sedang kami makan, anak aku si firas ni berdirilah sebelah meja dan sibuk tengok atas langit
"Adik....kapal terbang..tu tu..." (sambil tunjuk jari atas langit)
"Mana-mana?" kata si adik
"tu.....tu lah adik" ayat biasa si abang..
Si faris sibuklah melompat lompat sambil tunjuk langit "kapal terbang, kapal terbang"...
"adik, jangan lompat-lompat...jatuh kang"(aku melarang)
dan tiba-tiba

BUPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP 

"Farissssssssssssssssssssssss".........(aku menjeritttt)
Cer teka apa jadi??
anak aku jatuh longkang besar. haishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh anakoooooooo anak....... (aku geleng-geleng kepala)... aku cepat-cepatlah angkat si adik dan habisssssssss seluar serta seliparnya berlumur dengan kotoran longkang. heeeeeeeeeeeeeeeeeeee sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr je lah anak aku si faris ni.
apa lagi lah yang boleh anak aku si faris tu buat...? menangislah kuat-kuat.
haishhhhhhhhhhhhhhhhhh malu aku. laki den lah yang bawa dan bersihkan anak aku yang kecil ni dalam toilet kedai tu. habissssssssssssssssss semua orang yang kat situ dok tengok kiteorang buat drama. hahahahahahhahahahahhahahahahahahha malu hakak.....
anakkkkkk oooooo anakkkkkkkk
mak sabarjelah ngan perangai ko ni anak-anak oit




Nampak tak anak aku seksi? haaaaaaaaaaaaaaa disebabkan seluar dan selipar dah habis lencun dek kena kotoran dalam longkang tu maka terpaksalah anak aku seksi tak berseluar untuk sementara aje sehinggalah kami selesai makan. Kalau aku bawa kereta tadi, adalah pakaian anak-anak ni dalam kereta, tapi disebabkan naik motor je, maka terpaksalah faris sejuk sekejap ye faris?
tu lah ibu dah cakap dah...jangan..jangan.. haaaaaaaaaaaaaaaaa kan dah kena.

Si Faris ni memang ligat seligat ligatnya.. haishhhhhhhhhhhhhhhh
jadi, buat ibu-ibu, mak-mak di luar sana tu, bersabarlah dengan karenah anak-anak ye.
tarik nafas...hembus nafas....
huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu......


k chow

sembilan belas: hoore hoore ye ^^



aku baru sahaja selesai menonton cerita hoore hoore muzikal ni, masuk ni aku rasa sudah lebih daripada 10 kali aku menontonnya. sebenarnya cerita ni dah lama dah dari tahun 2012 lagi. tapi aku suka dengan cerita ni. cerita yang sempoi, santai, lain dari yang lain dan yang penting ada pengajaran.

Dalam mengharungi kehidupan,Jangan letak pagar mengelilingi kita 

Allahyarham sudirman hj arshad

kata-kata yang dipetik dari allahyarham sudirman hj arshad. penyanyi tersohor malaysia suatu ketika dahulu.. di dalam kita mengharungi kehidupan ni, jangan kita letak pagar di sekeliling kita.. maksudnya kita keluar dari kebiasaan kita. keluar dari kepompong dan zon selamat kita. kita cipta sesuatu yang unik dan lain untuk kita lebih berjaya. pada aku tak salah kita keluar dari zon selesa serta zon selamat kita. bahkan kita akan lebih puas sebab dapat melakukan perkara yang kita minat, yang kita ada yang mana selama ini kita tak tahu pun sebenarnya kita berbakat, punyai keistimewaan dalam zon baru yang kita cipta tu.

banyak pengajaran yang boleh kita dapat dalam cerita hoore hoore ni. pada aku yang pertama sekali adalah, YAKIN PADA  DIRI SENDIRI. jangan kita terasa rendah diri dengan apa yang kita miliki. kita kena yakin..tanamkan dalam diri tu.."orang lain boleh buat, aku pun mesti boleh buat". Kalau kita asyik negatif sahaja, sampai bila kita tak akan ke mana.

Antara pengajaran lain yang boleh aku dapat dalam cerita ni juga, hormati ibu bapa, guru juga rakan-rakan. Hargai juga nilai persahabatan yang ada dengan menjaga adab dan batas-batas antara lelaki dan perempuan.

Walaupun cerita ni dah lama dibuat, aku tak kan pernah bosan untuk menontonnya walau diulang berapa kali. Sebab yang utama adalah ada AKIM AHMAD!!!!!!!!!!!!!!! 

oh my..oh my.. aku suka dia ^^
(**,) (**,) (**,)

sumber: pakcik google
melting..melting.. :))


sumber: pakcik google
aku blushing...blushing...
ahaksssss....:))


Pelakon utama wanita dalam cerita ini adalah Nurul Iman atau nama sebenarnya Farah Nazirah yang kini sudah pun berusia 22 tahun. Dia ni sedang menuntut di Unisel. Kalau korang pernah tengok cerita ni, si Farah ni bertumbuh gempal bukan? comel lote.. gebu..rendah.. tapi.........tu dulu.. 
Sekarang ni si nurul iman a.k.a Farah Nazirah sudah pun dewasa, cantik..cun melecun.. kurus.. ^^

sumber: pakcik google

cun kan? ....hehe masa dia berlakon dalam cerita tu berat badannya lebih kurang 63kg. dan kini berat dia 53 kg. wowww.... kurusssssssss... aku pun nak!! hehehehe... tips yang dia kongsikan (aku baca dalam blog lain)... dia tak makan nasi untuk kurus. WOW!! mampukah aku??? ^^

*Nurul iman boleh...aku pun bolehhhhhh! chaiyok!!


k chow



lapan belas: aku adalah aku



blog ni adalah blog aku
aku adalah aku
aku tahu ada yang baca
tapi, lebih suka baca daripada mahu berkata-kata
tak mengapa asalkan sudi membaca
terima kasih aku ucapkan

aku adalah aku
aku tulis mana yang aku mampu
aku tulis apa yang aku lalui
aku tulis apa yang aku rasa
sebabnya, aku adalah aku

aku hanya mahu berkongsi
aku hanya mahu mencoret
aku adalah aku
terima kasih sudi bertamu di sini


aku adalah aku
gambar tak proper..maap ^^




till then


tujuh belas: rumput dah panjang



rumput kat luar rumah dah panjang lar. sekejapje dah panjang..haish.. bilalah nak potong ni dan bilalah tukang mesin rumput ni nak lalu depan umah aku ye? hasihhhhh sejak dok sini memang belum pernah potong dan sekarang ni dah nak masuk dua bulan lebih aku masuk sini, rumput dah mula panjang. huhuhu..bukannya apa..takot jugalah kan kalau-kalau ada haiwan liar yang tak sepatutnya ada. heeeeee jauhkanlah.. janganlah ada... huhuhu serammmmm

nak potong a.k.a mesin rumput sendiri memang kami tak ada mesin rumput tu. parents aku ada, tapi kena balik kampunglah dulu untuk meminjamnya. insyallah kalau rajin minggu ni balik dan ambil mesin rumput tu. kalau malas......... jawapannya tunggu jela orang mesin jumput tu mai lalu depan rumah. ^^




korang nampak tak tembok tu? heeeee heeeee baru siap plaster, tak cat lagi pun. hehehe kite orang duduk rumah ni masa tak siap pun lagi.. disebabkan tak nak bayar dua kali sekali gus, maka kiteorang decide duduklah rumah ni walau tak siap tembok lagi. ^^ kalau bukan kiteorang yang start duduk kat kawasan rumah ni, orang lain tak kan duduk. sebab memasing tolak sana tolak sini.. kiteorang pun tawakallah duduk dan jadi orang pertama duduk di taman ni. redha je..

alhamdulillah setakat ni tiada apa-apa. semoga semuanya baik-baik sahaja. korang doakan ye. amin amin

k korang

chow


enam belas: kasut baru


kasut barulah sangat kan?
#xde jenama pung
#biasa-biasa je



^^ xde maknanya okeh. sebenarnya memang kasut baru pun, baru pakai sekali. hehe kira barulah kan? beli semata-mata pakai masa hari sukan tahun lepas. lepas dari hari sukan tu aku tak pernah pakai lagi. hohoho haaaaa nampak sangat kan aku tak bersukan? manalah tak debab, manalah tak makin gebu? manalah seluar makin tak muat? haishhhhh semua ukuran larik 200 meter berganti-ganti. :P

sebelum sebelum ni aku sangat rajin pergi aerobik, tapi setelah geng aerobik aku a.k.a beshpreng haku berpindah balik ke jaybee, maka aku dah takde kaki aerobik. sedih sangattttt. aku berdoa dari hari ke hari agar kat PR ni adalah kelas zumba ke, kelas yoga ke..tapi nampaknya doa aku belum tercapailah. kalau kelas aerobik tu memang adalah, tapi kena cari kaki aerobik yang ngam lepas ni. sape hek? hurmmmmm....

k lah

chow


lima belas: #pridestour


Aku taip guna handphone je malamni sambil melayan mata nak layu sekejap lagi.. jam menunjukkan tepat 11.50pm tapi aku still tak boleh lelap lagilah.. esok dah lah sekolah.. sabtu mlm ahad aku dah terbiasa tidur lambat tapi sejak johor bertukar hari..maka rasa agak susah sikit nak pejamkan mata.

Aku sebenarnya nak cakap pasal #pridestour ni. Pridestour ni sebuah agent yang berjaya bawa aku dan kawan2 ke sentosa minggu lepas. Sebelum ni aku pergi just gamble je dan tak ikut mana mana agent. Tapi kalini aku try guna servise pridestour. Alhamdulillah bagus dan tidak mengecewakan. Agent nya memang ramah dan memberi kerjasama serta penerangan yg jelas dan nyata. Alhamdulillah. Pridestour ni ada banyak menyediakan pakej tour selain sentosa ni.

Korang boleh review page pridestour ni di mukabuku dan juga instagram. Harga memang sangattttt berbaloi baloi. Insyallah tak merugikan. ;)


Gud night..nak ngorok dah ni..

Chow