Empat Belas: Throwback Double F



Assalammualaikum semua

aku tengah synchronized komputer di rumah ni. cewahhhhhhhh synchronized la konon. (^^,) sedang aku belek gambar-gambar lama..aku tertengoklah kat gambar anak-anak aku si firas dan si faris ni. SEPET!. benda pertama yang terpikir kat otak aku bila aku tengok gambar ni. kuat betul gen bapak budak-budak ni. tak apalah, walaupun double f ni tak ikut aku sangat si mata boolat ni..tak mengapalah. asalkan double f ni anak-anak aku. aku yang mengandungkan mereka dan aku yang melahirkan mereka. alhamdulillah. ^^

sampai ke hari ini gen sepet abang a.k.a firas sangat kuat, manakala gen sepet adik a.k.a faris semakin berkurangan bila dah besar ni. si abang berambut lurus dan tebal, si adik pula berambut curly dan nipis . (ambil gen aku kot si adik nih) :))



nombor tiga? ontah lah. yang aku tahu sekarang ni aku nak besarkan anak-anak aku ni dahulu. bagi pendidikan yang baik..selari dengan agama islam. insyallah.

oklah aku nak sambung throwback gambo-gambo lama ni. gambar zaman aku kuruihhhh pun ado. haishhhhhhh beza benor dengan sekarang nih. huhuhuhuhu sabo ajelar.


chow




Tiga Belas: Cover Bukuku


Minggu trasnsisi untuk murid-murid tahun satu dah berakhir minggu lepas. Minggu ni Pdp berjalan seperti biasa dan aku dah bersemangat nak mengajar anak murid aku yang 'ramai' sangat tu. ^^ aku ni takde pengalaman nak mengajar subjek bahasa malaysia tahun satu sebab aku tak pernah mengajar subjek ni directly sebab sebelum ni pun aku ngajar saki baki orang lain. :)) sebelum ni pun aku mengajar subjek english tahap satu dan kali ni subjek bm pula. jadi aku malas nak bertelagah, maka layankan sahajalah.

Aku bernasib baik sebab ada ramai otai-otai yang boleh dihubungi kalau aku tak paham cam mana nak ngajar sebab sekarang ni semua dah tukar kssr lah itu lah inilah, kan bagus kalau kbsr dn ppsmi ni diteruskan... hurmmmm moga-moga anak-anak aku nanti dapatlah catch up apa yang berlaku kat pendidikan negara ni akan datang. insya Allah (",)

jadi tahun baru ni aku semangat sikit nak menghias bagai kat RPH aku. RPH = Rancangan Pengajaran Harian. Tahun ni aku menempah khas 'baju' a.k.a sampul special kat buku RPH aku tu. ^^ dan aku tempah khas dari sorang cikgu ni..pada mulanya aku tak tahu yang elyn ni cikgu, aku dok browse instagram dan kemudian whatsapp dia dan borak dan borak dan borak dan aku menyatakanlah yang aku berminat nak menempah cover rph dengan dia yang mana ianya telah berjaya membuat aku tertarik dengan corak kainnya, design yang ada serta harganya yang berpatutan. ^^
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..




Petit Blour by elyn. Kalau korang berminat boleh search instagram dia Petit  Blour. Macam-macam pattern dia buat, bukan sahaja cover RPH tapi cover passport, zipper pouch, needle case dan macam-macam lagi. Cantik-cantik dan comel-comel belaka design nya. 

Moga aku akan terus bersemangat nak mengajar dan mengajar dan memahamkan anak-anak murid aku. amin amin amin ya robbal alamin.

CHAIYOK FEI! ^^




Dua belas: Aku Cuti-Cuti Singapore



Aku dah janji kan nak cerita kemana aku pergi jumaat lepas? ^^ aku dan kawan-kawan aku ke pulau sentosa, singapura. yeayyyy.
ni kali kedua aku ke sana tapi berlainan tempat. Yang pertama dulu aku ke USS semata-mata. Tapi kali ini aku ke Sea Aquarium Singapura, Muzium Trick eye dan Madame Tussauds Singapura.
Sepatutnya kita orang pergi tme cuti sekolah bulan dua belas yang lepas, tapi disebabkan ada kekangan di pihak aku makan ditunda ke bulan satu. Alhamdulillah dapat kawan-kawan yang memahami. ^^
yang penting encik somi bagi dan dia tolong jaga anak-anak. heheehe nasiblah ye encik somi, dapat puan bini yang suka berjalan-jalan melancong. yang penting juga pandai jaga diri dan maruah suami. insyallah (^^,)

aku dan juli bergerak ke jb pada jam 615pagi dan sampai di danga bay jam 730pagi. nasib baik bus belum bergerak lagi..hehehe 745pagi barulah bas bergerak menuju ke imigresen yang mana memerlukan dua kali kiteroang turun naik bas. satu di imegresen jb dan satu lagi di woodlands. Sakit kaki woooo turun naik turun naik bas plus drive jauh bp ke jb. heheehhe tapi xpe, demi rakan-rakan sekalian ku gagahi jua ^^.

Cuaca sangat baik pada kali ini. nyaman damai dan panas pun tak panas sangat. semuanya rasa tenang dan baik.

Kiteorang sampai jam 1020 pagi dan tempat pertama yang kami tuju adalah SEA AQUARIUM SINGAPORE. besar betul dalamnya dan banyak jenis ikan yang ada dalam ni. Konsep sama seperti Aquaria. akan tetapi SEA AQUARIUM SINGAPORE ni lagiiiiiiiiii besar ^^.
Rata-rata di sini semuanya speaking kerana bahasa utama mereka adalah english. dan nasib baik english aku ok, jadi senanglah sikit untuk berbicara. ^^

Agak banyak juga gambar yang diambil oleh rakan-rakan aku. dan kebanyakkannya ada di dalam FB. kalau korang nak tengok boleh jenguk photo album FB aku k. aku upload sikit je kat sini :))







Suka dapat kawan-kawan yang kaki jalan. So next trip ke manakah kita?
?
?

^^

chow



Sebelas: Aku MC



aku sakit hari ini.
aku tak dapat datang kerja.

aku tak sempat nak berblog
tunggu aku sihat ye.


till then..
chow



Sepuluh: Aku tak sabar dah ni


Lagi dua hari je ni...
sabarlah fei, x lama je lagi..
aku tengah sabarlah ni..kalau boleh hari ni nak juga aku pergi..

hehehehe...cewahhhh intro aku ntah hape hape ntah




aku nak bagitahu sikit je dan aku harap ianya akan terjadi kali ini. Insya Allah. lagi dua hari je hari jumaat nak sampai. aku tak sabar nak keluar dari malaysia ni. ahakssss. bukannya aku tak nak cerita, tapi aku takot tak jadi kali ni dan aku yang rasa sakit nanti.. jadi, biarlah rahsia dulu ye... tunggu aku balik baru aku hapdate ^^

aku nak pergi dengan kawan baik aku yang dah pindah jb bersama-sama dengan kawan aku yang ada kat bp skang ni. Moga semuanya selamat..

Insya Allah..kalau ianya terjadi dan benar-benar berlaku, aku akan hapdate gambar banyak-banyak ye dalam blog ni. amin

korang doakan hakak ye..


chow

**if u happy and u know it clap your hand**
Clap...clap...

(",) (**,)

Sembilan: AJL#29




Pagi tadi on d way pergi ke sekolah aku bukalah radio..semestinya ERA FM. aku suka dengar era sebab ada geng pagi era terutamanya johan. kalau johan takde, x berapa nak ada mood aku ni. cewah... taklah, aku suka segmen mak jemah tu. johan yang bawawatak linda..memang meletops uuuuuu. ketawa sakan gila dalam kereta sorang-sorang pun jadi, kompem orang sekeliling aku heran apahal minah ni ketawa macam orang gila pagi-pagi ni? haaaaaaaaaaada haku kesah? ^^

Okey, berbalik pada cerita aku awal tadi.....aku dengarlah dieorang bertiga ni si hanip, ray dan johan dok sebut cerita pasai ajl ni. tapi, dieorang tak sebut direct ajl tu..dieorang pi sebut pertandingan nyanyi-nyanyi. heheeheh mula-mula aku agak kompius di situ, tapi lepas dapat tangkap rupanya manalah era ni nak geng sangat dengan hotfm a.k.a tv3. hehehe kan era ni geng ngan astro je. hahahaha lantaklah deme, yang penting mak jemah kena selalu ada hokay. kalau xde...haishhhhh xbest lah rasa hati ni. cewahhhhh

aku tengok ajl malam tadi, tapi terus terang aku cakap aku x berapa nak gemar sangat ajl ni. aku hanya tengok persembahan mojo dan dayang je sampai akhir. yang lain, maaflah...aku tak berapa minat. seriously aku terpegun tengok persembahan mojo. terpegun sungguh. rasa sebak masa CB muncul.. semua rasa ada. lagi-lagi dapat standing ovation tu. memang tak sangka edry buat kejutan macam tu dan tak sia-sia aku minat kru dari dulu lagi. hahhahahaa apakah kaitannya? ^^ dan aku tak buat cerita bukan-bukan yang mana aku rasa sebak dan air mata aku mengalir time mojo a.k.a caliph buskers ni menyanyi. Subhanallah. mereka semua sama macam kita...sempurna sifatnya, cuma mereka cacat penglihatan. mereka tiada nikmat penglihatan  bukanlah atas permintaan mereka, akan tetapi tentu ada hikmahnya dari ALLAH yang ESA. TAHNIAH mojo dan CALIPH BUSKERS.^^


gambar dari google ^^


Pagi tadi CB ada datang ERA FM dengarnya, tapikan aku dah start mengajar....nak dengar radio pun tak sompek. sabojeler..


chow





Lapan: Aku sibuk


Lama aku tak tulis kat sini.

Aku sibuk. sungguh aku sibuk. Aku sibuk kat sekolah..aku sibuk siapkan fail-fail. aku sibuk buat ujian.. aku sibuk buat transisi tahun satu. aku sibuk dengan anak-anak kat taska baru. sungguh.. aku takde masa nak cuba resepi baru.. nak masak pun aku sibuk sangat sangat sampaikan masak pun hanya masakan yang biasa-biasa sahaja. mungkin aku perlukan penyusunan masa yang lebih baik untuk aku hapdate dan aktifkan blog aku semula. jika tidak...maka, akan terkuburlah blog aku seperti sebelum ni.

Yang dapat aku katakan..rutin harian aku..
500 pagi aku bangun
600 pagi kejut anak-anak-mandikan-siapkan
650 pagi aku hantar anak-anak ke taska
700 pagi aku gerak terus ke sekolah
715 pagi aku sampai sekolah dan aku punch card
200 petang aku balik terus ambil anak-anak
300 petang get ready nak masak petang sambil melayan anak-anak yang merengek-rengek nak itu dan nak ini
400 petang aku basuh kain-angkat kain semalam-jemur kain yang baru
600 petang siram pokok-pokok-kemas luar yang menyemakkan mata
700 petang get ready nak maghrib-ngaji-iqra'
800 malam buat persediaan untuk esok
1000 malam rehat tengok tv sekejap sebelum mata layu
1100 malam mata layu-tidur

Sekian jadual aku di rumah baru... perlu menyesuaikan diri lagi.



chow

tujuh: ad-hoc pergi ijn


assalammualaikum wbt

korang....

sori, aku baru sempat nak update cerita harini setelah beberapa hari aku diam. aku sibuk sikit. cer korang baca tajuk aku kat atas, ad-hoc pergi ijn. ijn tu Institut Jantung Negara, KL.

ihsan google (",)

*aku lupa nak hamek gambar,korang layan gambar dari pakcik google je lah ye^^

pada mulanya memang takde rancangan langsung nak ke kl. khamis malam jumaat yang lepas aku dapat berita yang MIL (mak mertua) aku panggil semua anak-anaknya ke kl sebab dia akan dibedah jantungnya akibat dua saluran injapnya tersumbat. sebenarnya mak mertua aku memang dah ada di ijn sejak dua minggu lepas untuk rawatan susulan berkaitan dengan saluran jantungnya.

dan sepatutnya pembedahan dilakukan pada hari jumaat tersebut. oleh sebab kondisi nya yang tak stabil dan ada jangkitan kuman di paru-paru, maka pembedahan MIL ditunda pada bulan dua nanti. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan MIL dengan izin dariNYA.

Insyallah

Korang doakan  ye

^^


enam: Live Update from School



Live update from school

Jarang-jarang aku dapat berblog dari sekolah ni. ohoiiiiiiii

Aku kat sekolah lagi hari ini. Aku mengemas lagi kelas yang masih bersepah dan tak menyedapkan mata ini. Biasalah perempuan, walau dah kemas masih tetap juga nak kemas lagi dan lagi dan lagi.
Hari ni line internet alhamdulillah baik sekali dan aku harap dah naik sekolah minggu depan pun masih baik juga dan berfungsi dengan biasa. Biasalah sekolah SKM ni, terceruk di dalam kawasan luar bandar. Walau dah dibetulkan banyak kali line ni masih juga sama.. masaalah utama adalah MONYET. monyet banyak di kawasan skolah ni, hobi utama monyet-monyet ini adalah mengigit wayar, bergayut di pagar hijau dan juga bergoyang-goyang di menara tinggi. Ko menaari disko plak ye monyet? ^^
Jadi, tak boleh buat apa. mahu dihalau, makhluk tuhan juga..sabar ajelah.

Ok, aku melalut pasal internet. Aku nak cerita je yang aku tengah kemas kelas aku yang tak seberapa ni. Tahun ni tak beli apa sangat cuma rak almari buku untuk meletakkan file-file yang banyak. Nasib boleh claim. hehehheeeh ^^

Ni le rupa kelas aku dari luar. dari dalam, maaplah tak boleh show off sebab bersepah sangat. ni pun gambar lama sebab aku dok cari dalam komputer terjumpa yang ini. hehe


aku tak sure tahun berapa ni. rasanya 2013 ni.

aku ngajar pemulihan khas dan selama ini peruntukan tak berapa nak ada, banyak guna duit sendiri dan kalau aku beli yang beratus-ratus barulah aku akan claim. ^^ Kalau setakat yang biasa-biasa ni tak payahlah nak claim bagaipun sebab untuk anak murid aku juga kan (",)


ok chow


lima: Tak Masak^^



Aku tak masak resepi baru harini dan dapur aku tak berasap pun sebabnya GAS AKU HABIS.





Tapi nasib baiklah aku sempat masak nasi goreng untuk anak-anak aku sebelum mereka ke taska, manakala aku plak ke sekolah. Banyak kerja perlu dibuat sebelum nak START ENGINE minggu depan.

aku lupa nak amik gambar taska baru sebab aku adahutang nakciter pasai taska baru anak-anak aku kan? wokeh.. esok aku amik gambar, kalau ingat. insyallah ^^

sekian.

chow





empat: Resepi Masakan 2- 2015: Daging MasakMerah^^



Hai korang..

Hari ini aku nak cerita pasal resepi masakan yang aku cuba dan dapat resepinya melalui pakcik google. :) thank u pakcik google.

Wokeh, mungkin korang dah biasa dah dengan masakan daging ni. hehe alhamdulillah tahniah. Tapi tidak bagi aku. aku jarang nak masak daging sebabnya jarang beli daging kat pasar basah tu. ^^ Tapi, disebabkan laki aku balik 2 minggu lepas bawa daging, maka aku pahamlah yang dia nak suh aku masak daging. hahahaha tak kisahlah masakan apapun asalkan daging...

Baiklah..disebabkan aku rajin harini..maka, balik sekolah tadi aku keluarkan daging dari fridge dan google lah resepi yang ada. cari punya cari..google punya google..mata aku terpaut dengan masakan daging masak merah. ^^ nyum nyum.. resepi yang aku dapat ni pun aku olah sedikit aje ikut rasa lidah dan tekak aku..hehehe baiklah, dah melalut plak..

Bahan utama: Daging yang telah direbus

Bahan lain:
bawang putih diketuk
bawang merah dihiris
lada merah sebatang
cili merah (aku tambah bagi pedas)
cili kisar sedikit
sos tiram sedikit
sos tomato sedikit
sos cili sedikit (sepatutnya sos ikan, tapi aku xdak)
air sedikit
sedikit minyak utk tumis
perasa/ garam
daun sup (hiasan)

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan goreng daging dulu hingga kuning sikit dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang putih dan masukkan cili kisar.
3. Dah garing, masukkan sedikit air dan kacau bagi sebati.
4. Masukkan cili merah, lada merah dan bawang merah. Kacau.
5. Masukkan daging yang telah digoreng tadi beserta dengan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Gaulkan ia hingga sebati.
6. Masukkan perasa dan garam dan boleh tambahkan air sedikit (untuk ada kuah sedikit).
7. Angkat dan taburkan daun sup di atasnya.
SIAP! ^^

Aku lupa nak ambil gambar masa tengah tumis tadi. yang ada hanya gambar yang dah siap dan dah dibedal. hahahahaha (tengah makan baru teringat nak hamek gambar)... sabar ajelah


ni lah hasilnya(",)

ok korang...doakan anak-anak aku okay di taska baru esok. kenapa taska baru? ^^ esok aku cerita ye, insyallah

chow



tiga: Resepi Masakan 1 2015: Ketam Kari Telur


Salam korang..

Ni resepi masakan aku yang pertama untuk tahun baru 2015 ni. Resepi aku untuk lunch tengah hari ini ialah Ketam Kari Telur. Aku ambil resepi dari kawan aku di Facebook dan olah sedikit ikut rasa aku. Thanks Lin. ^^ Lin tarak blog. so, xleh la nak baca. heeeee

Aku beli ketam ni dah lama, hampir dua minggu rasanya. Masa mula-mula shopping kat pasar basah tu tak de niat pun nak makan ketam. Dalam kepala ni hanya ingat ikan, ayam dan udang. hehehehe entah macam mana ntah aku tengah dok belek ikan ternampaklah ketam tu. ketam tu macam panggil aku je..belilah saya..belilah saya.. makanlah saya..makanlah saya.. haishhhhhh xleh jadikni, ketam tu semakin menjerit-jerit plak. Aku ambillah dalam 3-4 ekor je sebab nak buat rasa-rasa yang mana dah lamaaaaaa sangat tak makan. hehe lepas kempunan aku.

Jadi, tadi barulah aku sempat nak masak ketam ni setelah 2 minggu berada kat dalam fridge beku aku tu. Mula-mula tu aku cadang-cadang nak masak ketam masak lemak cili api. Pastukan, aku teringatlah resepi si Lin ni. So, aku masaklah ketam Kari Telur yang mudah ringkas dan cepat. heee Nyummmm...

Resepi
Bahan utama: Ketam

Bahan lain:
rempah tumis (4 sekawan)
bawang merah dihiris
bawang putih dihiris
telur sebiji
serbuk kari dibancuh
perasa/ garam
santan setengah kotak
daun sup
air

Cara-cara:
1. tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2. masukkan kari yang dibancuh berserta dengan perasa.
3. masukkan ketam. gaul dan gaul hingga sebati.
4. masukkan santan dan juga air. kacau perlahan lahan.
5. pecahkan telur untuk pekatkan ia.
6. taburkan daun sup di atas ketam yang dah siap masak tadi.

siap....senang dan mudah je cara nak memasak ketam kari telur ni. walaupun dah dua minggu dalam fridge, rasanya tetap manis lagi. Alhamdulillah habis laki aku makan hingga menjilat jari. heeeeeee bulan depan boleh masak lagi ^^

yang ni dalam kuali (**,)

yang ni dalam mangkuk (",)


aku chow


dua: Maulidur Rasul - 1436H



Salam Maulidur Rasul
3 Januari 2015



Gambar Ikhsan google (",)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang mulia. Rindu padamu, Rasulullah SAW.. 

Mari kite ambil masa seketika untuk menghayati sejenak apa itu pengertian maulidur rasul, Rasul junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Ia jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Nabi Muhammad SAW adalah nabi terakhir yang diutus oleh  Allah Subhanahu Wataala. 
Sesungguhnya dengan bernat sahaja untuk menghadiri majlis maulud nabi, apatah lagi mengadakan majlis maulud nabi, kita sudah mendapat pahala yang berlipat ganda. Alhamdulillah.Benarlah dengan apa yang dikata, berniat sesuatu yang baik akan mendapat ganjaran pahala yang banyak dari yang ESA.
Marilah kita sama-sama menghayati pengertian sebenar Maulidur Rasul ni. Luangkan masa anda seketika untuk menghadiri majlis-majlis ilmu yang akan diadakan. Tinggalkan sejenak keperluan dunia anda dan penuhi ilmu iman di dada. Insyallah 

salam 




satu: Tahun Baru Happy Bestday



Salam 1 Malaysia..

Korang...

Selamat Tahun Baru!

ikhsan google (",)

Alhamdulillah..melangkah lagi kita ke tahun yang baru. Syukur rasanya dapat bersama-sama korang semua di tahun yang baru. Apa azam tahun baru kali ini? azam tahun baru korang yang lepas sudah terlaksana?...atau masih juga azam yang sama di tahun ini? :))

Walau apa pun azam korang semua... kena usaha lebih agar ia terlaksana. Azam aku? hehehehe... azam yang sama juga. jengjeng jeng. ..nak KURUS! hehehe.... berjaya menurunkan berat badan.... kurus tu jauh lagi lah .... kena tekad. kena kuat. kena cekal. kena sabar...

Sabarkah aku? huhuhuhuhuhu... ini yang perlu diperbaiki lagi..!!


oh ye...1.1.2015 ni juga adalah hari lahir somiku. HAPPY BESTDAY untuk laki aku yang ke 3* tahun.

ikhsan google jua (**,)


Sudah tua..umur dah meningkat...anak dah dua.. Moga bertambah matang dan beriman. Sayang kat kami semua.. Dilimpahi rezeki yang luas dan halal. Insyallah.. Amin

Hadiah bestday dah bagi... belanja kami makan boleh? hahahahahha (mcm dia baca blog aku!).. derrrrrrr

* aku dah mula sibuk di sekolah, nak online pun jarang... apepun aku cuba yang termampu ye.. ^^

chow