Tiga puluh empat: musim berubah



korang,
Pernah tak suatu ketika dahulu ada sebuah nama tiba tiba terpahat di hati kita? Luruh..seperti dedaunan di musim gugur. Datangnya bersama angin yang bertiup lembut. Lalu singgah di hati. Dan kemudiannya berlalu pergi bersama deraian hujan.

Aku di sini terdiam. Menatap hampa pada musim yang berubah warna. Merah. Biru. Putih. Kuning. Hijau. Berpandu menjadi dedaunan yang kering dan lapuk. Setiap detik adalah nafas kehidupan untuk tetap teguh berdiri lagi. Berharap agar hidup untuk tidak menjadi sia sia.

Aku tahu, pada akhirnya memang akan seperti ini. Terduduk diam menatap hampa pada waktu yang berlari dan berubah di depan aku. Sedangkan langkah masih terasa berat untuk bangun melangkah.

Suatu ketika, hati ni pernah berbisik sendiri bahawa, " hidup ni perlu diteruskan, meskipun tanpa dia di sisi ". Dan aku akan ingat bahawa monolog itulah jawapan bagi semua penantian selama ini. Tidak ada yg berubah dari firasat hati ini. Bahkan setelah lama aku menanti dan menunggu...aku, kau dan kita masih sama... - GM.

Aku percaya suatu masa nanti, aku akan menemukan musimku sendiri. Musim yg akan memayungiku dengan bunga-bunga. Musim yg tidak mudah luruh dan berubah warna. Musim yg hanya akan aku kunjungi seumur hidup namun akan bertahan di sana selamanya. Itulah musimku.

Angin di penghujung musim itu masih berhembus lembut, membelai sehelsi nipis kain di muka aku yg mulai basah. Daun daun tak henti jauh. Luruh ke bumi. Hiba.

Akhirnya aku berganjak dari tempat aku duduk. Terus melangkah menyusul waktu yg telah lewat. Berharap kau akan baik baik saja di sana. Semoga aku, kau dan kita bahagia dengan musim kita sendiri.

Ehhh
Allah's timing is PERFECT, right? So..please keep sabr.


Nukilan insta @gadis monolog -GM






Tiga puluh tiga: 33?



29 september
And today is my birthday

Alhamdulillah..syukur padaMU YA Allah kerana membenarkan aku untuk bernafas dan hidup lagi di dunia ini. Terima kasih tuhan... 😊

Kebetulan ni post aku yg ke 33 dan hari jadi aku hari ini juga yg ke 33. Wowwwww sudah tua bukan? Tua atau muda bukan ukuran.. amal ibadah sudah cukup untuk menjadi bekalan..? Allahuakbar...

Tepuk dada tanyalah iman..




Apa istimewa di hari lahir kali ini? Hmmmmm..? Tiada apa yg luar biasa..semuanya biasa biasa je.

Alhamdulillah

Terima kasih tuhan.



Tiga puluh dua: sungguh??



Sungguh ke ni? Betulke ni?
Alhamdulillah kalau betul...

Rezeki anak anak. Hehehe
Aku masuk peraduan susu dutch lady dan alhamdulillah ada rezeki aku dalam peraduan ni syukurrrrr sangat.

Tapi....apa apapun tnggu confirmation yang kedua, akan aku kongsikan bersama di sini.

Ahaksssss...


Tiga puluh satu: berubah


Ehh.. susah ke kalau kita nak berubah?

Difficulties in your life dont come to destroy you, but to help you realise your hidden potential. Let your difficulties know that you have Allah Swt.

Kalau kita fikir nak berubah tapi kemudian sama jugak. Kejap gitu, kejap gini..kita dah jd mcm takde pendirian. Blur. Stuck.

Kalau kita yakin nak berbah, nak berhijrah, kita kena tajdid niat berubah. Kita tak boleh fikir apa orang kata setiap masa. Kalau kita fikir dan ambil kisah mulut orang yang tak reti nak tutup ni, sampai matilah kita akan stuck kat situ jek. Kita tak boleh nak berubah.

Faham x?

Kita yang nak berubah kan?, so kita kena usaha sendiri. Gerak sendiri. Berubah atas kaki sendiri. Jatuh bangun kita sendiri, jangan nak harap orang tiap masa.

Nasihat aku senangje, kau nak berubah, kau sendiri kena bangun, pergi cari surau, masjid sendiri, lepas tu kalau ko nak tanya apa-apa, ko tanya sendiri pada org yg lebih baik, alim dan yg lebih berpengalaman!.

Bukan apa, kalau kita dok tanya pada orang yg sebaya, muda muda plus yg berdakwah dlm laman sosial, kita cuma akan dapat sikit. Paling tak, jawapan mereka tak pasti, kot atau juga sabarlah...

Hmmm...kita tak akan puas dgn jawapan gitu. Tak kan puas. Percayalah.
Buat apa apa pun kena usaha sendiri, jgn nak harapkan orang lain semata. Boleh kalau nak tanya....TAPI carilah ustaz dan ustazah yg lebih arif.

Jangan mengeluh kalau kita rasa kita tak kuat nak berubah, sebab kalau kita sering mengeluh, lagi payah dan susah nak berubah. Org yg sabar itu dia sentiasa diam dan tenang. Mulakan dengan perubahan yg kecil dan mudah.

Take it slowly but consistant.

In sha allah.

@gadismonolog





Tiga puluh: Redemption




Korang, aku nak tunjuk kat korang yang aku dengan saje saje nya berjaya me'redeem' astro circle. hahahahaha tahniah fei! ^^




tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku telah berjaya membuat redemption pen drive comel. hahahahahah takpelah kan, dari tak buat ape2 ngan points tu, baiklah aku buat redemption yang belum pernah aku buat. 

so, hopefully ia selamat sampai ke muka pintu rumahku... 
ahaksssssss......

chow~~~



Dua puluh sembilan : pedih monolog



Pedih...

Terkadang dalam kehidupan ini kita harus bersiap sedia untuk diri sendiri.

Tapi, kenapa?

Kerana sedekat manapun sahabat yang kita miliki, seramai apapun kawan kawan yang kita ada, akan sampai satu saat di mana kita memang harus berjuang dan jatuh bangun sendiri.

Ada satu saatnya nanti, ketika kita telah berjuang berulang kali tetapi hasilnya tidak memuaskan mesti kita kecewakan? Kembalikanlah fikiran kita pada perjuangan yg telah kita lakukan itu. Adakah perjuangan yg selama ini kita lakukan dgn ikhlas dan bersungguh sungguh? Hurmm....

Jadi, janganlah melihat serta merasa kesal dengan org lain, lihatlah pada diri kita sendiri. Bagaimanakah kita muhasabah diri kita?

Monolog hati kecil ini sering berkata "walau sedalam manapun kesedihan dan kegagalan yg kita alami dalam hidup ini, BERTAHANLAH kerana pada aku, semakin kuat kita bertahan, semakin besar perjuangan yg kita lakukan untuk itu, semakin banyak jugalah pengajaran dan pelajaran kehidupan yg kita akan alami nanti.

Itulah sebenarnya yg aku alami sejak sejak akhir ini. Sungguh memang sakit. Rasa diri ini nak menjerit, nak lari, nak baling barang barang yang ada kat sini nih, rasa nak tumbuk dinding sampaikan rasa nak baling handphone pun ada...tapi... BERBALOIKE?

ingat boleh settle ke masalah kalau macam tu? TAKK. LANGSUNG TIDAK!

Aku bermonolog sendiri, ALLAH masih sayangkan aku. DIA menegur aku melalui perkara2 seperti ini. Dan seharusnya aku, kau dan kita semua bersyukur sebab kejadian mcm inilah yg akan mengajar kita untuk lebih dewasa dalam menghadapi liku liku kehidupan. Betul tak?

Di sebalik kesulitan ada kemudahan. Di sebalik perjalanan di dalam gua yg gelap itu, di hujung sana kita akan menemukan cahaya utk keluar dari gua tersebut.

In Sha Allah



INSTA Nukilan @gadismonolog



dua puluh lapan: flutter







Seriously sejak dua menjak ni aku rasa hati dan jantung aku sangat berdebar - debar. Petanda apakah ini? aku harap ianya perkara yang baik- baik je. Perkara yang sweet sweet je. Perkara yang best best je. Aku tak sanggup lagi nak hadapi perkara yang boleh buatkan aku sakit. jiwa kacau. murung. sakit hati. sedih. pedih. Cukuplah........ enough is enough. Aku cuma nak happy.

Nak citer sikit. pagi tadi, on d way ke tempat kerja perjalanan aku tak seperti biasa. aku berhenti di tepi jalan untuk seketika sebabnya kepala aku pening, terasa nak pitam. syukur sangat aku dapat berhenti. kalau dibuatnya aku tiba-tiba pitam tengah drive, subhanallah, tak tahu apakah kesudahan aku. Allahuakbar.

Lately aku rasa pening sangat, tak boleh nak diri lama. cepat nak jatuh. Aku ada penyakit ke? Mengandung? ishhhhh tidaklah. nanti-nantilah. aku tak boleh cepat penat.. aku tak boleh stress.. aku tak boleh dah buat apa yang aku boleh buat dulu. Kenapa ye? Allah tarik nikmat aku sikit sikit ye? Subhanallah. Takotnyaaaa..... Banyak dosa aku. Mungkinkah semua ini kifarah atas dosa-dosa aku? Allahuakbar.



atau mungkinkah


ahaks.....

definitely noooooooooo.. ^^
i just need my VITAMIN SEA

#ineedrest
#ineedvacation



dua puluh tujuh: eg tukar



permohonan on line eg tukar dah boleh isi lar..hurmm perlukah aku isi? atau tidak? haishhhh buntu mekkkkk. aku nak kluar setelah aku cukup 10 tahun. tahun depan baru boleh mohon. huhuh lamalah plak.. tapi, aku rasa aku macam tak boleh pindah sebabnya sekarang satu sekolah kena ada gpm dan gpml. jadinya, kalau aku pindah siapa nk replace aku kan? kecualilah aku mohon tukar suka sama suka.

sebabnya nanti bff aku si yaya nk pindah ganu ikut husband.... aku? huhuhuhu sendiri lagi setelah ana pun pindah jb....uwawawawa :(

sekali lagi, tapiiiiii........sape nak masuk skm? haishhhhh walau skm, semua subjek kena ajarrrrr. semua kursus balik balik orang yang sama kena pergi dan juga semua benda kena pegang. kerja-kerja pengkeranian pun kena buat. serabut kepala hotakkkkkk nih.

nyampah pun ada

camana?

buntu.....

istikharah....

insya allah ada jalannya.....