2016 15: Family Day 2016


Salam 1 Malaysia

Pada hari buruh yang lepas, hakak dan family belah omak hakak dah berjaya melaksanakan family day untuk 2016 ini. Alhamdulillah syukur. Dan yang best nya ianya memang sangatttt happening.
Ramos generation di hati. Gitewwwww. Ahaks...
Tahun ni kami semua berjaya melaksanakannya di pekan nenas Pontian iaitu Lata Seri Pulai. Hakak bagi 5 bintang. Syokkkkk betol lata seri pulai nih.
luas. cantik. besar. mewah. cun. melecun. mmg puas hati lah.

kalau diberi peluang mai lagi sini, kompem hakak akan pergi. well tak lah jauh mana pun dari bp ke pekan nanas ni kalau melalui jalan toll. kalau melalui laluan biasa kompemlah jauh danberpusing-pusing. tak kuasa hakakkkk. baiklah lalu toll walau ada bayaran.
haaaaaa nampak tak?nampak tak? demand kan hakak? wellllll
hahahahahhahahaha like a boss ^^

ok ok.. kami bermalam di lata seri pulai selama 2 hari satu malam sahaja, tapi pengisiannya sangat best dan masa sangat ada untuk kita together-gether. actually ahli ramos ni takdelah ramai mana pun dalam sekitar 50 orang sahaja, tapi keramaiannya mengalahkan 100 orang sebab semua pakcik makcik sepupusepapat nih memang kecoh kalau dah berjumpa. belum lagi sebelah ayah hakak... yang tu memang ruamaiiiiiii giler, almost 200 kalau masuk cucu cicit. almaklumlah adik beradik belah ayah hakak ramai, ada 10 orang gitewwww...

ok lah.
hakak bagi gambar sikit ye utk korang tengok ^^















ok nanti kalau ada kelapangan masa lagi, hakak upload gambar okay
baiiiii
tatatatata titittitititi tututututu


2016 14: motif?


Baju sama?

Motif?

Aku syok sendiri. Fullstop.

2016 13: Hahahahahahahahahahahahahahah


Actually aku malu
Aku malu dengan diri aku

Actually aku stress
Aku stress dengan diri aku

Actually aku yg perasan
Aku perasan dan perasaan diri aku

Actually aku sedih
Aku sedih dengan diri aku

Actually aku tak patut
Aku tak patut ada rasa ini

Actually aku patut lari
Aku patut lari dari semua ini

Actually aku cuba utk x ingat
Aku kena cuba utk x ingat apa yg terjadi hari ini

Actually aku tak boleh
Aku tak boleh tak ingat satu hari

Actually biarlah aku dan tuhan sahaja yg tahu semua ini...

2016 12: Semakin


Semakin cuba aku untuk menjauh,
Semakin dekat ia mendatang.

Walau jauh ke mana aku pergi,
Ia tetap nampak di mata.

Duhai hati,
Jagalah diri,
Janganlah disakiti lagi.

2016 11: Legoland Yeay!


Salam 1 Malaysia semua,

Kelmarin hakak sekluarga dan abang, kak ipar, anak2 buah hakak pergi jalan-jalan ke legoland. Alhamdulillah dapat jugak hakak jejakkan kaki ke legoland tu walapun akak ni orang johor dan sejak ia dibuka, inilah kali pertama hakak pergi ke sana.
agak jakun pada mulanya sebab tak pernah sampai sana...
Tapi, bila dah masuk...ohhhhh macam ni rupanya legoland. sangatttttt luas, lebar, macam-macam permainan ada. Fuhhhhh memang masa tak cukup kalau masuk lambat. dan aku masuk dari jam 10pagi hinggalah jam 600petang baru hakak keluar dari legoland tu. hahahahaha Tapiiiiiii kalau nak dibandingkan dengan USS tu of course lah USS lagi besttttt. syokkk. ^^
Kalau diberi pilihan, tentunya nak ke USS lagi. tapi, ntahkan bila sebab mata wang malaysia dah semakin semakin jatuh. Jadi, kalau nak keluar negara sekarang amatlah rugi. Baiklah aku dandiam sahaja dok dalam mesia nih. :)

Ok ok. Actually aku dapat tiket bersempena program English Mania Teacher Promo dan pada asalnya aku saja-saja minta dan alhamdulillah sangat tak sangka aku dapat. hehehe syukurrrrrr. tak lama lepas tu encik somi pun mintak dan dia dapat juga. hehehe alhamdulillah. Makanya, aku pada asalnya ingin membawa boipren dan girlpren tercinta. tapiiiiiiiiiiiii, depa berdua tak mboh. huhuhu agak sedihla juga. Tapi xpelah, hakak pun ajaklah abang dan kakak ipar pergi. ala-ala siblings bonding gitew ^^. kikikikii cuma tak cukup korumlah sbb pakmat takde. takpelah, ada rezeki lagi nnt ajak pak mat pula.

Sebelum tu hakak ada try kan juga untuk guru-guru sekolah berserta anak-anak murid..tapi, memang takde rezeki sebabnya guru-guru tu sendiri yang kena apply sendiri. makanya, nak paksa-paksa mmg tak syok... jadi, maaplah kawan-kawan sekalian....insyallah ada rezeki kita pergi lain kali ye ^^

so, kat bawah ni adalah sikit gambar-gambar hakakberonok-ronok di legoland. dan sangat-sangat bersyukur sebab cuaca tidak panas sangat dan masih lagi terkawal. alhamdulillah. (^^,)


anak bujang posing

abang dan kak ipar tonton teater ninja live

kami semua sebelum terjah legoland

posing posing sebelum dibasahi peluh

cousins ^^


till then
chow


2016 10: My Superhero Birthday



Ahakkksss..
Even though it already past.. me still want to post it here.

Happy birthday to my dearest superhero... superhandsome...supercool... superdaddy... the one and only... my dear ayah.
Moga ayah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan juga diberi kesihatan yang baik. Bahagia dunia akhirat.

You are the greatest ayah that we ever had.

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊




2016 9: Mampukah aku?



agak lama aku tidak mencoret di sini. keadaan kini agak tidak mengizinkan aku untuk berbicara. banyak benda yang bermain dan berlegar-legar di fikiran aku sekarang. mampukah aku? mampukah aku untuk bahagia?

kebahagiaan yang dikehendaki telah dicalari oleh kisah-kisah silam yang cuba untuk aku lupakan. Akan tetapi, ianya agak susah untuk aku hindarkan.

untuk menipu pada mereka tentang kebahagiaan aku yang selama ini hanya Allah swt sahaja yang tahu itu suatu perkara yang susah untuk aku harungi. Selama mana dapat aku hadapi? Hanya Allah yang tahu isi hati ini.

Redha? susah untuk aku katakan di sini. hanya mereka yang paham apa yang telah apa aku hadapi akan dapat mendefinisikan erti redha itu. bukan aku untuk menidakkan ketentuan dari Allah dan jauh sekali untuk tidak mendapat keredhaan dariNYA. satu yang dapat aku simpulkan, aku hanya perlukan MASA.

berikan aku masa dan berikan aku ruang.

#monolog
#kebenaran


2016 8: Pelangi



Pelangi sangat indah. Kadangkan ada kadangkan tiada. Akan tetapi ianya pasti ada usai sahaja hujan dan guruh melanda. Ceritera kau seakan pelangi yang ada. Walau kau jauh untuk digapai, pastinya kau selalu ada tatkala aku bergundah gulana. Pelangi yang indah, hadirnya kau sangat bermakna usai sudah hujan dan guruh tiba. Kau adalah pelangi yang menghiburkan aku biarpun hanya seketika sahaja. Kau mewarnai hari hari aku walau kini kau jauh dari aku.


Bersinarlah untukku wahai pelangi yang cantik. aku mahu menjadi pelangi sepertimu yang dekat denganmu selama-lamanya hingga ke syurga. Moga aku kan selalu bersabar dan Allah akan sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar dan haruslah aku bersabar dan sentiasa tanamkan sifat sabar.



#Monolog diri

2016 7: Resepi kari daging dan lempeng



Kelmarin aku masak resepi nih. Tekak teringin nak makan lempeng. Nak buat pancake bahan tak berapa nak ada. Jadi.. aku buatla lempeng cecah kari daging. Alang2 ayahnda dan bonda nak datang.. aku masakla lebeh 😊.

Oh ye.. sebelum aku cerita lanjut, aku nak bagitahu yang mana pada minggu ni berlaku macam macam perkara yang orang kata unexpected... yang tak dijangka. Ada yang menggembirakan dan juga yang sebaliknya.
Yang happy sebabnya adik aku nak merisik orang. Hehe insha allah tak lama lagi. Kenduri besarnya tu tak pasti lagi bila.
Yang mendukacitakan pula adalah ayahnda kepada rakan baik aku cikgu yaya telah meninggal dunia akibat sel kansernya telah merebak ke hati. Allahuakbar. Kesian sangat... tapi, sahabat aku dan keluarganya pun sudah redha dari awal2 lagi. Ayahnya meninggal tepat jam 10 40pm malam semalam. Moga roh allahyarham pakcik mohamad noh dicucuri rahmat. Al fatihah.

Oklah korang...
Berbalik pada resepi aku tadi.. aku masak daging kari dengan menegur negur pakcik dan makcik google yang ada dalam internet nih. Makanya, aku gabungkan ikut cara aku dan menjadilah kari daging fei. 😁




Ni lah hasil masakan aku pada rabu lepas. Bukannya aku masak hari rabu jak, tetiap hari aku masak sejak cuti sekolahhh ni. Haishhhh. Hehe sabojelar. Jadi mana masakan yang aku rajin nak share.. aku amikla gambar. Mana yg tidak tu maafla.. masakannya hanya biasa2 jer. Yang ni pun actually biasaje dan korang lagi tererrrr masak drp aku. Tapi disebabkn rajinnnnn sgt nak share... aku sharelah. Harappp tak bohsannnn 😆..

Nak resepi ke?? Hehehe hurmmmm tak yahlah sebabbb korang pun dah terer masakkkk. Aku ni biasa biasa je 😅.

Peace..
Till then..





2016 6: Resepi Aku Roti Cheese


Semalam aku masak macam macam sempena cuti sekolah mula. Tapi.... macam macam aku tu masakan biasa aje la. Aku masak nasi goreng.. spagetti bolognoise.. haha sukatije aku hejeee tu.. pastu masak meehun macaroni sup dan juga roti cheese. Hehehe masakan utk dua dewasa dn dua kanak kanak riang. Kuikuikui... bunyi mcm nk kenduri... tapiiiiii sarapan je punnnn 😁.

Okaylah.. aku just nak share resepi roti cheese yg aku buat semalam. Mungkin korang dah tererrrr bangat tapi aku baru nk menererrr nererr kan diri jek 😅.

Kesayangans dua budak kecil yang comel lote tu skang sukaaa mkn cheese dengan mayonis especially si abang. Sooo aku gabungkan keduanya mnjadi satu. Perghh bunyi mcm hebat dan payah kan?? Tapiiii nan hadoo. Benda paling simple jek 😆.

Ok ok melalut... so ni bahan bahannya. Sgt mudah ringkas dan sonanggg jea ^^
..

Roti keping gardenia... sbnrnya mana2 pun ok. Aku dah biasa ngn ni.
Cheese slice. Aku prefer emborg. Haha lupa namanya..
Telur 2 biji... pecahkan dan kacau cam nk buat tlur dadar..
Mayonis...utk sapu atas roti...
Minyak jagung atau butter...


Ni ada gambar....


Roti ni aku dah sapu dengan mayonis di kedua dua bahagian. Kemudian aku letak cheese selai atasnya.

Kemudian dah settle tu..aku potong roti tu kepada 4 bahagian untuk memudahkan anak2 aku makan gigit dan telan 😆

Lepas tu aku salut roti tu ngan telur yang dah dikacau. Hihi tapi kejap je rendamnya jgn lelama sebab kalo lelama ianya lembikk dan x best

Kendiannya terus goreng dan masukkan ke dalam kuali. Aku goreng mnggunakan minyak jagung dan butter amat digalakkan. Tapi hakakk xde... so mnyk jagung je le ^^

Dan ni lah hasilnyaaaa... hehe yang penting cheese tu nmpk trkeluar dan leleh leleh dari roti tersebut... kikikiki
Dan yang sangat penting anak2 hakak makan dengan lazatnyaaaa dan dimulakan dengan bismillah.

Jemput menjamuuu mata mata yang cantikkkkk ye semuaaaa...
Burpppppp
Opsssss maap 😉


Till then...



2016 5: hati



Tak semua akan merasa bahagia dan tak semua tidak merasa bahagia. Kalau rasa itu boleh berkata kata, pastinya semua rahsia diri terbongkar disebabkan rasa.

Kalau kita belum merasa bahagia, ada perkara yang perlu kita cari dan gali. Bukan bermakna hanya dengan duduk goyang kaki menunggu bahagia datang, tapi kita kena usaha mencari dan menggali kebahagiaan itu.

Kita tak akan selalu sampai pada sasaran yang tepat kerana pastinya akan tersasar sedikit dari matlamat asal. jangan takot, jangan risau dengan semua itu. Pastinya Tuhan merencana cerita ceritera yang hebat untuk kita semua.

Rencana Tuhan pastinya tepat untuk kita semua, cuma tidakkan terlalu cepat mahupun lambat. Kita kena yakin dengan perancangan Tuhan.

Mafill qalbi ghairullah.

Sematkan di hati di dada di minda dan di jiwa bahawa yakinlah dengan Allah yang esa.


....monolog diri...

2016 4: sia sia


Disebalik sesuatu, ada rahsia yang menyatukan kita. Sesuatu rasa yang hanya kau dan aku sahaja yang tahu..

Tapi..semuanya sia sia. Manakan mungkin dua hati menjadi satu kerna banyak kelukaan yang perlu hati tempuh..

Monolog hati sering berbisik,

TIADA SIAPA DI HATIKU KECUALI ALLAH SWT.
Mafii qalbi ghairullah

Duhai hati... Kuatlah untuk kesekian kalinya..





2016 3: Terobek2015 adik asthma



TEROBEK##

Si kecil faris ada asthma. uhukkk uhukkk uhukkk.. siannya lah hai anak aku yang kocik ni ha.. ada asthma pulak.. nak kata asthmanya datang daripada keturunan, nan hado. aku takde asthma. cik somi pun takde asthma. dan alhamdulillah si abang firas pun tiada asthma.. si kecil faris ni sekarang dah tak boleh dah kalau terkena dengan cuaca yang sejuk sangat mahupun yang panas sangat. pasti asthmanya akan datang menyerang. Malah, kalau tidur malam pun tidak boleh dengan suhu yang terlampau sejuk... huhuhuh adik...adik...risauuuuuu ibu. ):

Bila keadaannya dah jadi macamni, si kecil faris ni haruslah pantang makan makanan yang sejuk sejuk terutama sekali ice cream. Alahaiiii kesian ko dik, dahlah ice cream tu faveret dia especially flavor chocolate. :( takpelah nakkkk... kuat k!!!

Gambar ni diambil masa kami semua ziarah doktor nge kat klinik nge. hehehe. actually pagi ni aku dah sesiap nak gerak pergi kolumpo ngan ana dan yuli. Tapi, tetiba adik memang takleh nak tahan, so aku postpone nak ke Kolumpo. Sebabnya aku risau kot-kot adik kena warded kat sepital, siannya si kecil ni. susah hati hakakkk. Lagi seminit je jarum jam nak ke pukul jam 800 pagi, kami berempat dah terpacak depan klinik ni. Sedangkan staffnya sedang sibuk mengemop lantai dan menyapu lantai. hehehe kami buat muka tebal ajelah sebab kasihan sangat dengan kondisi adik yang tak berapa okay. ada hakak kesah? hehehe hakakkk memang lagu ni. jangan ikut hakakkk okay? ^^

Opsssss tuk pengetahuan korang dan sebelum korang pikir yang bukan-bukan, anak anak hakakkk ni dah mandi yer. kalau dilihat dari gambar di bawah ni anakku si abang firas tu kelihatannya seakan akan belum mandi lagi kan? dah lah mata tu sepetttt tu sepettttt sangatttt... hehehe tapi opkoslah nak keluar pepagi kena mandi dan kenalah ajar dari sekarang, bangun pepagije kena mandi. (^^,)

Ok, berbalik pada citer adik. Bila diperiksaje, doktor arahkan adik kena pakai nab. Syukur sangat sangat sebab adik tak meragam.. biasalahkan budak kecil ni kalau benda-benda pelik sikit memang tak mahunya. Tapi alhamdulillah semuanya ok. masuk ni kali kedua adik kena pakai nab bila ke klinik. masa first time dulu memang agak meronta ronta tak nak pakai sebab takot. sekarangni, dah okay dan redha dah kena pakai. Jika dilihat di gambar tu, muka adik agak bengkek dengan abang sebab abang sebok interprame dalam gambar ni. Yelah sebabnya yang sakit ni adik, jadi pada fikiran dia biar dia jelah yang ada dalam gambar nih. heeeeeeee sabojelar anak oittttt. ^^

TAPIKAN apa-apa pun yang paling penting adalah gambar hakakkkkk kena nampak cun kan? walhal realitinya nan hadooo! ahaksssssss perasan.

~~~~~~

kbai




2016 2: Nak update blog, tapi!


Salam 1 Malaysia!

Aku update blog dari tab jek..huhu actually mlm ni mmg berhajat nk hapdate blog yg byk tertunggak. Tapi...... baru ku sedar yg gambar2 banyak dalam hp ku dannnn hp ku xde plk selama dua hari. Hp ku masuk wad icu sbb ada minor slekkkk. Jadi, kenalah guna tab utk dua mlm ni.

Oleh sebab tu, aku belek punya belek...aku jumpa gambor nih. Alahaiiiiii anak oooo anak.. sayuje hatini tengok anak anak ni tido ginih. 😀. Hakakkkk haplod gambor ni sebabbbbb.......

Sebabbbb hakakkk suka gambor nih..ngeh ngeh ngeh..😄



Taklahhh...saje suka2 dan antara sebab musababnya ialah...

Pertama, anak anak ni memang lasak. Dahlah dua dua boboiboy jadi kalau main bersama tu kalau tak bergadoh memang tak sah. Sore hakakkkkk lebih nyaringgg dr tarzan. Hoho

Kedua, anak ooo anak.. kete makkkk nih ada tiga seat ataupun aku pggl 3 layer. Haishhhh... kan boleh tido belakang jugak nakkk oit. Sempit2 korang tido gini ye. Huhuhu

Ketiga, adik skang banyak tiru abang. Apa abang buat dia akan ikut. Abang jerit dia teriak. Abang lari dia lompat. Huhu abang nangis dia plak melalak. Dah mcm kombarrr dah anak2 nih.

Takpelah anak anak uit...korang buatlah semua benda, semua perkara bersama sama ye nak.. jadi bestfren dunia akhirat ye. Apepun jadi, korang tetap babies ibu sampai bila bilaaaaaa. Ibu sayang anak anak ibu. Huhuhu nangissssssssss 😢

Kbai....




2016 1 : tahun baru, nombor baru


Happy new year you alls

Lama sungguh hakak tak hapdate di blog ni sejak cuti sekolah tahun lepas. Hakak agak mualasssssss nak menaip sebrnarnya. Kahhhhh

Banyak crita dan kisah yg hakak perammm nih. Pasal resepi.. pasal diri.. pasal kenduri... dan mcm mcm lagi. Ahakssss

Tungguuuuu hakak ada mood dan aura nanti akan hakakkk hapdate satu persatu ye. Korang doa doalah agar akak rajinnnn ye u ollsss.

La ni sekolah dah naik, kelas nak kata packed xde lah sangat.. tapi tak berapa gemar sebab kena ngajar subjek yg hakak x gemarrr. Sakittttttt hati

Tapi.... xpelah. Kena redhakan diri demi anak2 murid ni..

Apa azam baru? Hihihihi seperti biasa... nak kuruihhhhh.
Kahhhhhhhh



Bai