2016 8: Pelangi



Pelangi sangat indah. Kadangkan ada kadangkan tiada. Akan tetapi ianya pasti ada usai sahaja hujan dan guruh melanda. Ceritera kau seakan pelangi yang ada. Walau kau jauh untuk digapai, pastinya kau selalu ada tatkala aku bergundah gulana. Pelangi yang indah, hadirnya kau sangat bermakna usai sudah hujan dan guruh tiba. Kau adalah pelangi yang menghiburkan aku biarpun hanya seketika sahaja. Kau mewarnai hari hari aku walau kini kau jauh dari aku.


Bersinarlah untukku wahai pelangi yang cantik. aku mahu menjadi pelangi sepertimu yang dekat denganmu selama-lamanya hingga ke syurga. Moga aku kan selalu bersabar dan Allah akan sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar dan haruslah aku bersabar dan sentiasa tanamkan sifat sabar.



#Monolog diri

2016 7: Resepi kari daging dan lempeng



Kelmarin aku masak resepi nih. Tekak teringin nak makan lempeng. Nak buat pancake bahan tak berapa nak ada. Jadi.. aku buatla lempeng cecah kari daging. Alang2 ayahnda dan bonda nak datang.. aku masakla lebeh 😊.

Oh ye.. sebelum aku cerita lanjut, aku nak bagitahu yang mana pada minggu ni berlaku macam macam perkara yang orang kata unexpected... yang tak dijangka. Ada yang menggembirakan dan juga yang sebaliknya.
Yang happy sebabnya adik aku nak merisik orang. Hehe insha allah tak lama lagi. Kenduri besarnya tu tak pasti lagi bila.
Yang mendukacitakan pula adalah ayahnda kepada rakan baik aku cikgu yaya telah meninggal dunia akibat sel kansernya telah merebak ke hati. Allahuakbar. Kesian sangat... tapi, sahabat aku dan keluarganya pun sudah redha dari awal2 lagi. Ayahnya meninggal tepat jam 10 40pm malam semalam. Moga roh allahyarham pakcik mohamad noh dicucuri rahmat. Al fatihah.

Oklah korang...
Berbalik pada resepi aku tadi.. aku masak daging kari dengan menegur negur pakcik dan makcik google yang ada dalam internet nih. Makanya, aku gabungkan ikut cara aku dan menjadilah kari daging fei. 😁




Ni lah hasil masakan aku pada rabu lepas. Bukannya aku masak hari rabu jak, tetiap hari aku masak sejak cuti sekolahhh ni. Haishhhh. Hehe sabojelar. Jadi mana masakan yang aku rajin nak share.. aku amikla gambar. Mana yg tidak tu maafla.. masakannya hanya biasa2 jer. Yang ni pun actually biasaje dan korang lagi tererrrr masak drp aku. Tapi disebabkn rajinnnnn sgt nak share... aku sharelah. Harappp tak bohsannnn 😆..

Nak resepi ke?? Hehehe hurmmmm tak yahlah sebabbb korang pun dah terer masakkkk. Aku ni biasa biasa je 😅.

Peace..
Till then..





2016 6: Resepi Aku Roti Cheese


Semalam aku masak macam macam sempena cuti sekolah mula. Tapi.... macam macam aku tu masakan biasa aje la. Aku masak nasi goreng.. spagetti bolognoise.. haha sukatije aku hejeee tu.. pastu masak meehun macaroni sup dan juga roti cheese. Hehehe masakan utk dua dewasa dn dua kanak kanak riang. Kuikuikui... bunyi mcm nk kenduri... tapiiiiii sarapan je punnnn 😁.

Okaylah.. aku just nak share resepi roti cheese yg aku buat semalam. Mungkin korang dah tererrrr bangat tapi aku baru nk menererrr nererr kan diri jek 😅.

Kesayangans dua budak kecil yang comel lote tu skang sukaaa mkn cheese dengan mayonis especially si abang. Sooo aku gabungkan keduanya mnjadi satu. Perghh bunyi mcm hebat dan payah kan?? Tapiiii nan hadoo. Benda paling simple jek 😆.

Ok ok melalut... so ni bahan bahannya. Sgt mudah ringkas dan sonanggg jea ^^
..

Roti keping gardenia... sbnrnya mana2 pun ok. Aku dah biasa ngn ni.
Cheese slice. Aku prefer emborg. Haha lupa namanya..
Telur 2 biji... pecahkan dan kacau cam nk buat tlur dadar..
Mayonis...utk sapu atas roti...
Minyak jagung atau butter...


Ni ada gambar....


Roti ni aku dah sapu dengan mayonis di kedua dua bahagian. Kemudian aku letak cheese selai atasnya.

Kemudian dah settle tu..aku potong roti tu kepada 4 bahagian untuk memudahkan anak2 aku makan gigit dan telan 😆

Lepas tu aku salut roti tu ngan telur yang dah dikacau. Hihi tapi kejap je rendamnya jgn lelama sebab kalo lelama ianya lembikk dan x best

Kendiannya terus goreng dan masukkan ke dalam kuali. Aku goreng mnggunakan minyak jagung dan butter amat digalakkan. Tapi hakakk xde... so mnyk jagung je le ^^

Dan ni lah hasilnyaaaa... hehe yang penting cheese tu nmpk trkeluar dan leleh leleh dari roti tersebut... kikikiki
Dan yang sangat penting anak2 hakak makan dengan lazatnyaaaa dan dimulakan dengan bismillah.

Jemput menjamuuu mata mata yang cantikkkkk ye semuaaaa...
Burpppppp
Opsssss maap 😉


Till then...



2016 5: hati



Tak semua akan merasa bahagia dan tak semua tidak merasa bahagia. Kalau rasa itu boleh berkata kata, pastinya semua rahsia diri terbongkar disebabkan rasa.

Kalau kita belum merasa bahagia, ada perkara yang perlu kita cari dan gali. Bukan bermakna hanya dengan duduk goyang kaki menunggu bahagia datang, tapi kita kena usaha mencari dan menggali kebahagiaan itu.

Kita tak akan selalu sampai pada sasaran yang tepat kerana pastinya akan tersasar sedikit dari matlamat asal. jangan takot, jangan risau dengan semua itu. Pastinya Tuhan merencana cerita ceritera yang hebat untuk kita semua.

Rencana Tuhan pastinya tepat untuk kita semua, cuma tidakkan terlalu cepat mahupun lambat. Kita kena yakin dengan perancangan Tuhan.

Mafill qalbi ghairullah.

Sematkan di hati di dada di minda dan di jiwa bahawa yakinlah dengan Allah yang esa.


....monolog diri...

2016 4: sia sia


Disebalik sesuatu, ada rahsia yang menyatukan kita. Sesuatu rasa yang hanya kau dan aku sahaja yang tahu..

Tapi..semuanya sia sia. Manakan mungkin dua hati menjadi satu kerna banyak kelukaan yang perlu hati tempuh..

Monolog hati sering berbisik,

TIADA SIAPA DI HATIKU KECUALI ALLAH SWT.
Mafii qalbi ghairullah

Duhai hati... Kuatlah untuk kesekian kalinya..