#2017 12 Hari jualan Sekolah Double F


Hi korang.

Hari ni nak cerita pasal throwback yang lepas. Lama dah, tapi still dalam tahun ni juga lah, Well, tengah tak de kelas ni, aku ambil kesempatan sekejap update blog.

Sekolah double F ada buat hari jualan sekolah yang mana dalam hari jualan tu anak2 tadika ni dilatih menjalankan aktiviti menjual makanan dan minuman, membayar makanan dan minuman yang dibeli, memesan makanan dan minuman yang diminta serta menulis pesanan makanan dan minuman yang diorder.

Dalam kejadian hari jualan sekolah double f ni, si abang firas bertindak sebagai pelayan yang menulis segala jenis makanan dan minuman yang telah dipesan oleh kawan-kawan dia. Manakala si abang faris pula berlakon sebagai pelanggan yang memesan makanan dan minuman.

Seronok aku tengok gambar-gambar wassap yang guru-guru iman ni uploadkan. Macam-macam ragam dan peel yang perlu guru-guru ni handle dengan 'kekecohan' oleh anak-anak iman nih.
Banyak benda anak-anak boleh belajar sewaktu hari jualan ni, at least kalau pergi ke kedai makan nanti anak-anak ni pandai macam mana nak buat pesanan dengan adab dan sopan santun yang betul. kannnnnn :)



ni gambar anak-anak iman berposing sebelum hari jualan bermula :). si abang firas seriusnyaaaaa pegang pensel. tak senyum pun. :))


si abang faris standby nak makan dah dengan kawan-kawannya. si abang faris kuat makan walau badannya comel lote. :))

 kbai


#2017 11 Resepi Cucur Viral


Hai korang

Petang semalam akak rajin sikit nak buat cucur. Selama ini memang buat lah cucur tapi versi akak sendirilah. Tapi, semalam rajin sikit nak buat cucur viral. Apa tu cucur viral? hehehe.. akak sekodeng kat facebook cara-cara buat cucur viral ni. senang je. yang membuatkannya boolat boolat adalah air panas :)

#siscuba
#cucurviral

bahan-bahan
2 cawan tepung gandum (akak nak try so akak cuma guna 3 senduk nasi)
2 cawan air panas mendidih (akak guna 1 cawan je, itupun x habis)
3 sudu gula (akak tukar pada susu pekat)
secubit garam

cara-cara
- akak gaul sebati adunan menggunakan senduk
- kemudian, akak masukkan air panas sedikit demi sedikit
- lepastu, akak bentukkan bulat bila adunan mula suam
- akak goreng dengan mnyak yang banyak
- akak kerap terbalik-balikkan cucur / curah minyak dalam kuali
- last sekali angkat dan toskan


Dah siappppp
Sebenarnya akak lupa nak ambil gambar time banyak-banyak tu. Hahahaha yang ni last kopek untuk si abang faris sebab dia tengah tidur time akak buat cucur. Sian plak, nanti tak dapat, menangis plak abang firas dok citer-citer nanti. So, akak tinggalkan lah sedikit. Petang ni kalau aura rajin akak datang kang akak buatlah lagi. (^^,)

Yeay
Selamat mencubaaaaaa