Showing posts with label Doktor. Show all posts
Showing posts with label Doktor. Show all posts

^^ Kompem domammmm...

a ah kompem aku demam dan firas juga demam..ciannya anak ibu.. aku dapat mc 2 hari..aduyaiiiii...
pagi tadi, khamis 7 Julai jam 6.45 pagi..

aku dah sesiap pakai baju, pakai tudung dan pakai segala bagai.. aku kejut firas cam biasa, aku rasa badannya..eh panas lah. demam ke anak aku nih? firas celik dan dia tak senyum plak pagi ni.. uishhh..herannya.. aku agah cam mana pun dia tak sengih cam biasa, senyum sikit jek.. aik? bertambah lagi heran aku nih...

takpelar...aku sedapkan hati aku. mungkin aku kacau dia tido kot..tu yg takde mood tuh. huhuhu.. aku angkat firas sebab nak siap-siapkan dia tukarkan pampers cam biasa..dan tup..tup...
uwekkkkkkkssss... firas muntah..
ya Allah, ciannya anak aku...habis baju aku dan tudung aku terkena muntah firas.. ank aku tak sihat.. aku bgtahu hubby, dan kiteorang decide tuk cuti hari ni.. huhuhu..ciannya firas..

dan pagi ni jugak hidung aku dah start mengeluarkan air dan aku batuk tak henti-henti. aduhh.. seksanya sakit batuk ni, macam nak terkeluar dah semua isi perut aku ni. (padahal lum makan apa-apa pun lagi pagi ni :P) mata aku pun dah pedih-pedih ni, tapi badan aku tak panas.aku cek suhu aku sendiri 35.5 jek.. tak panas, tapi aku rasa sangat tak selesa.. aku cek suhu firas, dan ianya panas 36.7. huhu ciannya anak ibu. aku sesiapkan firas dan kiteorang lelekas pergi poliklinik nge kat area pt.raja ni je. nasib lah tak ramai orang..

Bila tiba giliran, masuk pintu bilik doktor dan doktor dan tersenyum-senyum.. bukan apa, doktor nge nih lah yang aku selalu jumpa sejak preggie kan firas, apa-apa nak tahu terus je jumpa doktor ni. doktor nge nih doktor pakat gynae gak, tp dia decide nak settle down dengan membuka poliklinik sendiri.. malas nak kerja kat spital gamaknya..asyik kene on-call jek. :) aik..melalut dah...

Masa nak tunggu giliran firas dipanggil, firas asyik meragam jek..tak nak duduk.. bila diri, pun tak mo gak.. huhu badan dia tak selesa, tu yg meragam jek ni.. masuk bilik doktor, dan doktor dah sahkan firas demam, batuk dan selsema sikit.. huhuhu..ni semua akibat jangkitan dari ibu.. dan demam tu rasanya firas dapat dr umah pengasuh lah. sebab cucu pengasuh tu demam kelmarin. huhu..tak apalah... hopefully demam firas dapat kebah dengan lekas. cian anak ibu nih.

Doc bagi aku mc..alhamdulillah alang-alang dapat dua hari terus..senang..dan esok aku boleh jaga firas kat rumah sendiri, dan tak perlu hantar rumah pengasuh..biarlah aku jaga anak aku sendiri.. sakit, baik, demam, batuk, semua depan mata aku sendiri..

 ayah suap ubat demam

ayah suap ubat batuk

hubby sedang menyuap ubat kat firas.. gud boi betul bila ayah yg suapkan ubat.. dengan ibu? hurmm... mengada lebih.. hihihi

moga batuk aku lekas pulih dan moga anak ibu kuat melawan penyakit...amin :)

^^ Apakah?..

Apakah tanda-tanda mahu beranak a.k.a melahirkan anak? bagaimanakah tanda-tandanya? selalunya tanda apakah yang akan keluar dahulu? tanda darah kah? tanda air kah? bahawa sesungguhnya aku tak tahu apakah tanda-tandanya..


Satu pagi di hari ahad 20 februari 2011, aku masih lagi ingat waktu itu jam 6.30 pagi..satu tanda yang lain dari biasa aku alami pagi itu. (yelar, sebelum ni aku asyik keluar tanda darah je..dah jumpa doktor, dia kata itu tanda biasa..tapi jika still keluar lagi u datang lagi hosp okeh? ok doc!

Ok, dan pagi tu tanda yang bukan darah telah keluar..aku panggil suamiku dan dia kata..'jum cepat, tu tanda air tu'..aiyark...aku dah gabra, apa nak buat nih? so, kami ambil keputusan akan pergi ke hosp pagi tu tuk rawatan seterusnya. tapi sebelum tu aku sempat pekena roti canai di mamak dan lakiku pula pekena mee goreng mamak. hahaha..aku lapar pagi tu, jadi aku pegi makan dulu..yelar..even nk beranak pun mesti kene makan sumthing..jangan bagi perut tu kosong.. :)


Selesai sudah sarapan pagi, aku dan lakiku terus menuju ke hosp pantai tuk wat pemeriksaan lanjut. tepat jam 9.45am doctor lau datang..'hi, selamat pagi..kenapa? u dah rasa tanda-tanda nak bersalin ke?' aku sengih.. borak punya borak dan doc periksa bukaan ku masih lagi kecil iaitu 2cm. uhuk..uhuk.. tapi, doc nasihatkan aku takut-takut baby terkena jangkitan kuman better lah u masuk ubat. MASUK UBAT? aduiii.. aku tahu apa tuh.. induce okay. due aku lagi 2 minggu, tapi tanda-tanda tu keep on keluar jer. aku risau, lakiku risau, semua risau..so, aku pun kata  'oklah doc..i tak nak baby kene jangkitan kuman.., i setuju'.. jam 10 suku pagi, aku dimasukkan ubat..huhuhu mcm-mcm perasaan aku rasa masa tu. nk terkencing, nk terberak, semua ada. midwife suh aku duk dandiam je dalam labour room sampai rasa sakit tu datang. tapi, aku ni manalah blh dok diam. 'kak, saya rasa nak terberak ni kak. tak tahan dah ni. huhuh..' sungguh aku nak berak, sebab aku tahu perasaannya. bukan rasa nak teran terberanak okay. mungkin perasaan gemuruh, takot, seram tu datang..maka rasa sakit perut nak terberak pun datang. hehe...tapi, paling kesian kat lakiku lah.. dia pun sakit2 perut cam aku, hinggakan 5kali dia masuk kuar toilet kat spital tu. huhu :P cian dia..

Oh ye, aku nak beranak normal. pada mulanya aku ckp kat diri ni, mampu ke aku nak beranak normal? sbb sebelum ni uriku bermasslah. uriku di bawah..so, chance nak bernaka normal adalah tipis. aku rs moral down time tu.. kene operate ke? hurm... mcm-mcm aku cuba agar uri ni dok naik atas semula. aku ckp ngn baby suh naikkan atas uri ni masa pusing2 dalam perut..hehe :) syukur..uri ku kmbali di atas sewaktu di akhir kehamilan :). SAYANG BABY!

Pas aku membuang air besar, midwife suh aku dok dalam wad dulu sebelum masuk kembali ke labour room. disamping tu alat degupan jantung baby di pasang di keliling perutku. huhu tinggi rendah, rendah tinggi degupan jantung anak ku masa tu. aduiiii.. sebab aku gemuruh ke? entah hek..tapi, mcm2 perasaan adalah time tu. aku berdoa moga ank ku selamat lah dalam kandungan ku ni. selamat dilahirkan hendaknya, insyallah. midwife masih lagi memantau keadaan aku dan baby.. last-last dia amik keputusan suh aku terus masuk dalam labour room. hohoho..masa tu jam 12.00pm.. aku ingat lagi dia suh aku ambil ubat tahan sakit. oklah, aku ambil suntikan tahan sakit di bahagian belakangku... masa tu memang tak rasa sakit apa-apa pun. nak tido je rasanya, tapiii....tak boleh! sebab aku dah mula rasa sakit. sakit nya datang kejap kejap.. kejap datang, kejap pergi.. masa tu jam hampir 2pm.. midwife memeriksa bukaanku dan ianya sudah 5cm. aduh... aku dah nak bersalinlah...

Sakit datang lagi. sakit pinggang macam nak patah! aduhhhhh! sungguh aku rasa sakit, aku mengerang.. aku menarik2 baju lakiku.. aduiiii tak tahan sangat...jam 2lebih aku rasa sakit yang amat. aku besyukur sangat lakiku ada di sebelah aku. masa tu adik aku dah datang dah melawat aku di wad. masa aku di labour room, ana dan kakros datang tapi aku tak dapat jumpa. pastu lakiku kata mak ayah aku pun dah datang. masa tu aku rasa aku nak mak aku je masuk teman aku. huhuhuhu...emakkkkk!! heheh... mak mertua ngn pak mertua ku pun dh datang, adik2 iparku dah datang tapi aku tak dapat jumpa mereka semua sbb aku dh masuk labour room.. dari jam 2 hingga jam 5 aku bertarung dengan rasa sakitku ini..huhuhu habis baju lakiku tarik2..napas pun dah tak betol dah. bidan suh aku ambil gas, tapi aku tak mo.. aku tak leh napas dgn betol time tu, inikan pula nak ambil gas... sakit yg amat. hehehe..

Selang sejam, midwife dok seluk bawah dan rasa bukaanku..ohh sudah 8cm..huhuhu... sejam kemudian lagi, oh 9cm sudah.... 'sabar ni, sabar..selawat byk2 ni, selawat...jangan teran dulu..tnggu lagi 1 cm...' midwife tu cakap kat aku.. 'kak, tak tahan kak..huhuhu'

Lebih kurang jam 5.00pm, doc masuk dan aku dah tak tahu dah apa yg dia buat..yg aku tahu cuma rasa sakit nk meneran.. :( aku mengerang dan masih lagi mengerang.. cuma, aku tak nangis. aku tahu aku tak nangis.. aku cuma mengerang kat lakiku, kat bidan tuh..aduyaiiii.... akhirnya doc suh teran..aku teran..teran dan teran hingga 7-8 kali juga rasanya dan akhirnya zuppppppp...... tangisan anakku kedengaran. alhamdulillah... anakku lahir ke dunia..anakku diletakkan di atas dadaku...it's a boy! Muhammad Firas :) syukur ya ALLAH. air mataku menitis.. aku dah jadi ibu.. lakiku mengazankan di telinga bayi kami. ALHAMDULILLAH.. syukur.

'Apa u rasa bila tengok i mcm tu tadi, yang?' aku tanya lakiku setelah aku kembali ke wad biasa..
'I rs terharu..i sedih tengok u sakit...' aku tengok dia dan aku senyum bila lakiku kata macam tuh..

:P Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu itu melahirkan anak memang tiada tolok bandingnya. Kini, aku rasa apa yang mak aku rasa.. Sayangilah mereka selagi mereka masih ada..doakanlah mereka siang malam, setiap masa tidak kira masa dan tempat.. huhuhuhu..


Muhammad Firas bin Muhamad Fauzi

Ibu dan Ayah sayang Firas sangat... be good boy okay, dear :)


^^ Dan, Aku Yang Tiba-Tiba Sakit..

Malam tadi ntah kenapa aku tak boleh tido dengan nyenyaknya. perut mengeras..sakit lama, sakit sekejap sekejap. aduhh tak boleh tahan nih. sakit mengeras yang aku tak pernah rasa. (yelar..first time kan?) tak tahu macam mana rasa dan perasaannya.. 
yang, esok kita g spital lar.. sakit lar..
^^
aku mengadu pada hubby. hubby pun dah dok risau tengok aku yang tak keruan dan tido tak lena.. cianlar hubby, tapi aku dah mmg sangat tak sakit malam tadi nih.. nak tido pun dah tak leh sangat, tido-tido ayam je. Cenggini.. pagi semalam kan Cuti Maulidur Rasul.. bangun dari tido rasa nak terkucil :P dan tengok-tengok ada "tanda" sudah keluar.. (korang tahukan apa?) bukan air tau..yang lagi satu tuh. ok ok nanee, rilexxxx.. aku ingat pesan doc, dia kata if u rasa contraction, u ambil masa.. if setengah jam-setengah jam, u jangan risau..teruskan ambil masa.. tapi, kalau u rasa sakit mengeras tu kerap dan selalu dalam 5-10minit, standby ye. ambil masa dan kemudian terus datang hospital. tapi, u jangan lalu kecemasan..normally kecemasan untuk accident case.. u terus naik ke tingkat 2 dan reg.
ok doc, menurut arahan!
^^
dan pagi tadi aku sms pada gb dan gb reply ok-selamat.. :) aku terus ke hospital dan bila sampai di o&g, aku terus diarahkan tukar baju dan masuk ke labour room. hohoho bunyik mcm nk beranak dah kan? :P TAK!.. ada sorang nurse tu dok pasang mesin kat perut, dengarlah jantung baby yang berdegup laju.. hohoho aku yang nerbes ke baby yang nerbes nih? ambil tekanan darah lar, itulah, inilah. hehehe.. dan tak lama kemudian ada sorang nurse ni datang..aku rasa otai antara nurse-nurse yang ada.. hohoho..


^^
u dah sarapan? aku jawab belumlar sis, tak sempat tadi..terus datang sini.. dia senyum dan geleng kepala :P ok, nanti u nak makan apa? wholemeal bread with milo? bubur?...aku jawablah wholemeal bread n milo.. tapi, aku heran gak nape dia tanya cenggitu.. nape sis? i kene admit ke? a ah mungkin.. tapi tnggu kata doc lah kejap lagi... aiyarkkkkkkkkk dunt want lor..(dalam hati je)..tak kan dah kene admit kot? hurm..cepat sangatlah.. ntah-ntah bukaanku pun masih kecil lagi..


^^
lama gak aku tunggu dalam labour room tu, nasib baik encik hubby boleh masuk teman, dan adalah pemangkin untuk aku mengurangkan nerbes aku nih. hehe..yelar sape yang tak nerbes babe.. dap dup dap dup jantung nih. muka pun risau dah. then, doc pun masuk.. sambil senyum dan macam biasalah..
ok, u kangkang sikit yer..i nak cek. (opssss 18sx) :P
^^
alarrr..lagike? huhuhu..sakitnya mak oihhh. doc pun kata, takde lagi nih. baru 2cm nih. mari i stretch kan lagi..haaaaaaaaaa?? hohoho aku pun nak tak nak redha je lar. terima seadanya. aduhhh..aku menahan sakit, nak berpaut pada hubby, hubby dah keluar pulak dan tak leh tnggu kat dalam. huhuhu..ok ok aku still maintain..then doc pun cakap..
u kene admit ward ye. nanti u jalan-jalan lagi dan ada bukaan lagi.. petang sikit i datang balik cek, dan kalau ada i terus pecahkan ketuban u ok.?
^^
what?? huhuhu..terus aku jawab, tapi kan doc..i tak nak dok ward.. huhuhu kalau i datang petang je nanti dan u cek, ok x? doc dah senyum :) oklah.. u tak payah datang, kalau u rasa sakit yang sangat, dan kerap mengeras..u terus datang ok? kalau tak mengeras, dan ok.. kita jumpa appoinment on 21st feb nanti...(bla...bla...bla...bla...) doc membebel, dan aku yang tak larat nak tulis. aku angguk, aku senyum dan aku mendengar dan bla..bla..bla..bla..  doc bagi green lite, so aku tak payah admit ward. hehe alhamdulillah.. bukan taknak dok ward, sebab aku mengenangkan bukaan yang masih kecil jadi dok rumah lagi ok kot. xjauh sangatlah hospital tu dengan rumah aku, dalam setengah jam jek. :) lagipun encik hubby boleh jadi kimi raikonen lah..dunt worry..hahahaah :P


^^
seyes aku tak tahu macamana nak gambarkan perasaan aku time tuh. sebab musababnya memang takde pengalaman langsung dan aku hanya boleh tanya-tanya pada mak aku, sil aku, kawan-kawan aku je. huhuhu..lain orang lain caranya. ada kawan-kawan aku yang sepatutnya due lagi lewat dari aku tapi sudah selamat bersalin, alhamdulillah.. dan mungkin bb masih lagi seronok duduk dalam perut ibu ya bb? :) 


^^
dan setelah selesai semuanya, aku pergi berpoya-poya dengan hubby makan brunch, breakfast+lunch soto plus begedil di bukit pasir. aduhhh sedapnya menjilat jari dan hubby still dengan faveretnya asam pedas berlaukkan ikan merah. hari ini aku dan hubby tak pi scool dan bila sampai ke rumah, kami terus bantai tido. sian kat hubby sebab malam tadi tak cukup tido..biarlah dia tido. dan aku telah mendapat mc 2 hari, tapi hubby tak dapat. hehehe..(u nak potostat i punya ke yang?) heheehe kalaulah boleh yang oit... u amik cuti tahun aje okeh? :)


^^
dan di saat ini, aku yang tengah standby jek menunggu saatnya dan menghitung hari.. :( 

^^ 1cm Already..

Baby menendang-nendang, baby mengeras.. kejap diam, kejap gerak.. itulah situasi yang aku alami sekarang. Tendanglah sepuas-puasnya anakku sayang, tak lama lagi ibu tak sabar nak peluk cium baby.. jadi anak yang baik ye sayang..


^^
Semalam, ada date dgn gynae di PH. Temujanji jam 3.00pm, tapikan aku sudah terlewat 15minit. uhuk... so sori doctor.. nasib lar doc lau ni sangat friendly dan ok. aku terlambat pun dia kata tak apa, faham..dan lagipun dia banyak patient hari ini. yelar, gynae kan.. mstilah ramai yg nak jumpa dia. 


^^
Soalan pertama yang biasa dia tanya, 
"mcm mana hari ini?.. baby aktif?"
Bb kerap mengeras sekarang..doc kata biasalah tu, nak membesar bb awak nih. aku senyum aje. urine aku ok, bp pun ok alhamdulillah, cuma berat aku semakin naik. hahahaha..naik berapa? opsss... jeng jeng jeng.. melampau okeh. tapi, aku peliklar, aku tak makan banyak sangat pun..cuma kerapje dgn amaun yg sikit.. hurrmmm pelik..pelik..^* dan mcm biasala aku baring dan doc scan perutku. bb bergerak-gerak, tak dok diam bb nih..hehe doc check perutku, kepala bb sudah masuk ke laluannya. syukur sangat.. dan kemudian doc kata lagi..
" kangkang sikit ye, sy nak check bawah.."
Hohohohohohohoho.... aiyarkkkkk, aku sangat malu sebab ni pengalaman pertama aku. ngeh ngeh ngeh..doc seluk dan aku terasa sakit..aduhhh..tapi dalam hati sajelah, nak jugak terjerit.. :P tapi, masih boleh kawal lagi. dan doc cek bukaan aku, dan kini sudah 1 cm. hohoho.. doc kata lagi, jgn risau..lepasni akan ada tanda2 darah utk 1-2 hari ini.. kalau terasa sangat sakit di bawah perut, set masa 10min..10min.. kmdn rasa lagi 5min..5min.. dan dah ada kuar tanda, terus datang ke hospital ok..xoxoxo..ok doc, noted.


^^
Macam-macam aku tanya kat doc, dan doc cakap bb aku membesar dengan baik dan berat bb kini average dalam 3.13kg. Alhamdulillah, syukur. moga bb sihat dan 10hari lagi aku akan berjuma gynae ku lagi.. doc cakap lagi, edd aku kemungkinan akhir bulan ni. opssss....berdebar2 jantungku berdebar.....


Moga dipermudahkan urusanku....amin :)

^^ Semalam Pergi KK..

KK? bunyi macam pergi kota kinabalu kan? hehehe tapi tu dulu..di saat-saat tengah sarat nih nak naik kapal terbang pun dah tak boleh taww..uhuk uhuk ^*..takplear, postpone okeh. Dan semalam aku yang pergi kk. a.k.a Klinik Kesihatan lorr.. masuk ke minggu ni, kandungan aku dah mencecah 35 minggu. berdebar-debar jantungku berdebar..ahaks ahaks..


^^
Dan semalam aku yang pergi ke kk untuk cek dengan doktor sbb doc di kk hanya ada pada hari rabu pagi sahaja setiap minggu. tapi, aku datang dalam jam 12pm bajet nak jadi orang yang terakhir dan boleh lagi diterimalah kan? tapi..uhuk uhuk..dah tak boleh. hohoho doc nak balik HB plak dah. hurmm..padan muka aku, tapi tak mengapalah sebab tujuan utamanya nak minta sign doc untuk GL. hehehe..


^^
Jadi, aku pun pass je borang tuh kat kaunter dan dia pi jumpa doc tuk dapatkan sign, syukur sekejap aje. tak payahlah nak tunggu lama-lama hanya untuk mendapatkan sign doc tuk GL tuh. Masa di kk tu jugak, aku jumpa kwn sejawatan aku dari sekolah yang lain, borak punya borak rupanya due date dia dah lebih 3 hari. wow! @@ walau sudah lebih hari, aku tengok dia still maintain dan takde rasa takot atau cemas langsung. Dia sangat cool dan maintain rilex, kalau aku kat tempat dia..tak dapat nak kata..berdebar sepanjang masa. hehehe..dia rujuk pada doc tentang kes dia yang terlebih hari, doc arahkan agar dia ditahan di hospital bermula sabtu ini. alamak...hohoho, kalau boleh dia tak mahu bersalin secara dipaksa. kalau boleh biarlah baby tu keluar dengan sendirinya..tp, takot juga kalau baby tu dah lemas nanti.. sian kawanku sorang nih.. moga-moga dia dipermudahkan bersalin. amin ^^


^^
Dan esok aku akan berjumpa gynea ku jugak.. heheehe :) dua dalam satu wokeh.. takpelar, moga baby dan ibu selamat.. mudah-mudahan mendapat keredhaan dariNYA, dan dimudahkan segala urusanku dengan keizinan dariNYA. amin 


^^
Dan yang pastinya esok bermacam-macam soalan aku nak tanya, list dah ada nih. hehehe moga-moga apa yang aku nak tanya tak terpesong. hahaha.. 
poyo jek, karang esok lupa dah apa nak ditanyakan.. ngeh..ngeh..ngeh..
* oh yer, kawan sekolah lamaku juga a.k.a gee dah kuar tanda untuk bersalin. dia dan aku hanya beza 1minggu sahaja dan sekarangni dia on d way balik dr KL ke BP. Semoga ko selamat bersalin gee. tak sabar aku nak tengok hatta junior. hehe chaiyok!

^^ Nge'date' dengan Gynae

Minggu depan ni aku ada date ngan gynae a.k.a Dr.Lau. Dah lama tak tengok perkembangan bb since awal bulan yang lepas. So, kali ni, nak tengok perkembangan bb in my tummy. Moga-moga bb sihat dan semuanya ok :) dah lama ibu tak pi check bb ngn doc kan? hehe..doc nak g raya cina lama-lama lar sayang. sayang bertahan okeh? insyaALLAH semuanya ok. 


^^
Aku ingat lagi masa pertama kali appointment dengan dr.lau ni. dia sangat peramah, sangat berilmu, sangat tenang, dan sangat-sangat berpengalaman okeh. lagi satu, bila bab menerangkan (consultation) memang sangat banyak dan cakapnya laju sungguh. aku kene peka dan nasib baik aku ni tak pekak. hahaha. hubby pun cakap, doc ni sangat lagu bila bercakap. terpegun seketika. kuikuikui..



^^
Sehari sebelum jumpa gynea nanti, hari sukan sekolah akan dibuat. Bestnya!..tak sabar nak main game especially game terbuka untuk guru-guru plus ibu bapa :) hahaha.. last year tak menang apa-apa, hanya menang cabutan bertuah. moga tahun ni dapatlah menang, walau satu kategori dan walau tempat ke-3 pun. hahaha.. (bunyik mcm desperado kan?) kuikuikui...tidaklar, aku saja nak happy-happy sebelum tiba saatnya itu. :)