Showing posts with label famili day. Show all posts
Showing posts with label famili day. Show all posts

2016 15: Family Day 2016


Salam 1 Malaysia

Pada hari buruh yang lepas, hakak dan family belah omak hakak dah berjaya melaksanakan family day untuk 2016 ini. Alhamdulillah syukur. Dan yang best nya ianya memang sangatttt happening.
Ramos generation di hati. Gitewwwww. Ahaks...
Tahun ni kami semua berjaya melaksanakannya di pekan nenas Pontian iaitu Lata Seri Pulai. Hakak bagi 5 bintang. Syokkkkk betol lata seri pulai nih.
luas. cantik. besar. mewah. cun. melecun. mmg puas hati lah.

kalau diberi peluang mai lagi sini, kompem hakak akan pergi. well tak lah jauh mana pun dari bp ke pekan nanas ni kalau melalui jalan toll. kalau melalui laluan biasa kompemlah jauh danberpusing-pusing. tak kuasa hakakkkk. baiklah lalu toll walau ada bayaran.
haaaaaa nampak tak?nampak tak? demand kan hakak? wellllll
hahahahahhahahaha like a boss ^^

ok ok.. kami bermalam di lata seri pulai selama 2 hari satu malam sahaja, tapi pengisiannya sangat best dan masa sangat ada untuk kita together-gether. actually ahli ramos ni takdelah ramai mana pun dalam sekitar 50 orang sahaja, tapi keramaiannya mengalahkan 100 orang sebab semua pakcik makcik sepupusepapat nih memang kecoh kalau dah berjumpa. belum lagi sebelah ayah hakak... yang tu memang ruamaiiiiiii giler, almost 200 kalau masuk cucu cicit. almaklumlah adik beradik belah ayah hakak ramai, ada 10 orang gitewwww...

ok lah.
hakak bagi gambar sikit ye utk korang tengok ^^















ok nanti kalau ada kelapangan masa lagi, hakak upload gambar okay
baiiiii
tatatatata titittitititi tututututu


Cuti sekolah datang lagi....


cuti sekolah nak dekat dah ni..
^^ entry aku asyik citer pasai cuti sekolah dan naik cuti sekolah kan? hehehe baru aku perasan.. tapi takpelah kan..layan kan aje sbb dah namanya pun cikgu.. cuti lah benda wajib yang mesti nak citer.. cuti sekolah tinggal lebih kurang tiga minggu je. apa plan? nak bawa family korang ke mana?
aku ada satu tempat nak bagitahu kat korang. tempat ni best.. seriously..

LIMASTIGA.. thumbs up.!!

tempat ni sesuai sangat korang buat family day. rumah-rumah limas di pinggir bandar melaka. nanti ada masa, korang try la cari kat pakcik google. dua tahun lepas, family belah mak aku wat family day kat limastiga ni. yang bestnya terutama sekali tentunya swimming pool nya yang besar.. dan ada juga pool untuk kanak-kanak. ^^

meh aku tunjuk sikit gambar kat limastiga, melaka...




cantik kan?.. rumah-rumah nya cantik. bilik-bilik pun banyak... tempat bersantai pun ada... ada ruang tamu yang besar.. karaoke...cafe kecil dan parking pun luas. tak rugi korang datang sini... cubalah bawa family ke sini... kalau korang nak rasa keunikan rumah-rumah limas di pinggir bandar.. meh lah try semalam dua di limastiga....
korang akan rasa kelainannya.....

cewahhhhh.... selamat meng'review' tempat-tempat menarik untuk cuti sekolah tak lama lagi... yeayyyyy

^^ Family Day @LIMASTIGA



Family Day 4hb Feb 2012 - 5hb Feb 2012
It was HAPPENING! Seriously..:)

Pada 4-5 Feb 2012, family day sebelah my mum telah diadakan di Limastiga, Umbai Melaka. actually Limastiga ni private homestay yang mana khusus untuk orang-orang melayu sahaja. lain dari orang melayu tidak diterima. serious. pada mulanya ingatkan homestay ni tak best, tapi bila tengok wbstte/blog nya agak menarik minat dan teruja untuk pergi ke sana. kenapa LIMASTIGA? sebabnya rumah limas ni ada tiga sahaja yang dibina di homestay ni. ada private pool lagi, jadi sangat seronok nak terjun dan segala bagailah ^^

okayy..

sebelum-sebelum ni famili day memang tak pernah dibuat luar dari johor. hanya sekitar BP dan JB sahaja. tapi tahun ni nak buat kelainan sikit, jadi Limastiga adalah pilihan utama kami. walau hanya bermalam 2 hari 1 malam sahaja, tapi jadual memang packed sangat-sangat yang mana dipenuhi dengan aktiviti yang besh. cayalah team RAKAN MUDA! korang memang besh.

Banyak aktiviti yang telah diadakan especially permainan untuk kategori2 yang disediakan. untuk warga emas biasalah, balingan dart, kupas buah memang dalam genggaman dieorang lah. warga kanak2 dan remaja punya game banyak yang dalam pool. hehe..sejuklah 'demo'.. manakala tuk warga dewasa plak rotate2 lah. ada yang dalam pool, dan ada yang kat luar. sejukk beb!

tiap kali famili day memang tak lepas dari acara karaoke. tahun ni famili aku diwakili oleh adik aku iaitu pak mamat. cayalah.hahaha...bukan apa, kalau aku masuk lagi tahun ni, kompem aku menang cam last year. hehe so, tahun ni bagi can plak kat orang lain. hahahaha..PERASAN LAH KO NANEE!

pada malam tu juga diadakan doa selamat dan tahlil ringkas bersempena dengan maulidur rasul yang jatuh pada hari ahad itu. sebelum berangkat pulang sempat juga buat acara brainstorming dan acara ringkas meneka teka-teki yang sangat besh dan kelakar. kalau ada peluang upload video kang.. aku cuba upload lah yer. ^^

kat bawah ni adalah antara gambar-gambar yang sempat aku download dari FB RAMOS, dan aku upload sikit kat blog nih.. enjoy! ;)

Rumah LIMASTIGA Umbai, Melaka

Lepak2 sambil tunggu giliran nak main game

Mandi dalam pool

main teka-teka: laki aku tgh buat aksi bagi klu..

aku plak tengah cuba meneka apalah laki aku buat nih??

acara aerobik di pagi ahad :)

US.. Firas sejukkkkkkk..'burrr'

Doa selamat dan tahlil ringkas serta karaoke

acara penyampaian hadiah serta brainstorming sbelum balik :)