Family Day 4hb Feb 2012 - 5hb Feb 2012
It was HAPPENING! Seriously..:)
Pada 4-5 Feb 2012, family day sebelah my mum telah diadakan di Limastiga, Umbai Melaka. actually Limastiga ni private homestay yang mana khusus untuk orang-orang melayu sahaja. lain dari orang melayu tidak diterima. serious. pada mulanya ingatkan homestay ni tak best, tapi bila tengok wbstte/blog nya agak menarik minat dan teruja untuk pergi ke sana. kenapa LIMASTIGA? sebabnya rumah limas ni ada tiga sahaja yang dibina di homestay ni. ada private pool lagi, jadi sangat seronok nak terjun dan segala bagailah ^^
okayy..
sebelum-sebelum ni famili day memang tak pernah dibuat luar dari johor. hanya sekitar BP dan JB sahaja. tapi tahun ni nak buat kelainan sikit, jadi Limastiga adalah pilihan utama kami. walau hanya bermalam 2 hari 1 malam sahaja, tapi jadual memang packed sangat-sangat yang mana dipenuhi dengan aktiviti yang besh. cayalah team RAKAN MUDA! korang memang besh.
Banyak aktiviti yang telah diadakan especially permainan untuk kategori2 yang disediakan. untuk warga emas biasalah, balingan dart, kupas buah memang dalam genggaman dieorang lah. warga kanak2 dan remaja punya game banyak yang dalam pool. hehe..sejuklah 'demo'.. manakala tuk warga dewasa plak rotate2 lah. ada yang dalam pool, dan ada yang kat luar. sejukk beb!
tiap kali famili day memang tak lepas dari acara karaoke. tahun ni famili aku diwakili oleh adik aku iaitu pak mamat. cayalah.hahaha...bukan apa, kalau aku masuk lagi tahun ni, kompem aku menang cam last year. hehe so, tahun ni bagi can plak kat orang lain. hahahaha..PERASAN LAH KO NANEE!
pada malam tu juga diadakan doa selamat dan tahlil ringkas bersempena dengan maulidur rasul yang jatuh pada hari ahad itu. sebelum berangkat pulang sempat juga buat acara brainstorming dan acara ringkas meneka teka-teki yang sangat besh dan kelakar. kalau ada peluang upload video kang.. aku cuba upload lah yer. ^^
kat bawah ni adalah antara gambar-gambar yang sempat aku download dari FB RAMOS, dan aku upload sikit kat blog nih.. enjoy! ;)
Rumah LIMASTIGA Umbai, Melaka
Lepak2 sambil tunggu giliran nak main game
Mandi dalam pool
main teka-teka: laki aku tgh buat aksi bagi klu..
aku plak tengah cuba meneka apalah laki aku buat nih??
acara aerobik di pagi ahad :)
US.. Firas sejukkkkkkk..'burrr'
Doa selamat dan tahlil ringkas serta karaoke
acara penyampaian hadiah serta brainstorming sbelum balik :)
0 orang dok baca:
Post a Comment