Showing posts with label faris. Show all posts
Showing posts with label faris. Show all posts
#2017 12 Hari jualan Sekolah Double F
Hi korang.
Hari ni nak cerita pasal throwback yang lepas. Lama dah, tapi still dalam tahun ni juga lah, Well, tengah tak de kelas ni, aku ambil kesempatan sekejap update blog.
Sekolah double F ada buat hari jualan sekolah yang mana dalam hari jualan tu anak2 tadika ni dilatih menjalankan aktiviti menjual makanan dan minuman, membayar makanan dan minuman yang dibeli, memesan makanan dan minuman yang diminta serta menulis pesanan makanan dan minuman yang diorder.
Dalam kejadian hari jualan sekolah double f ni, si abang firas bertindak sebagai pelayan yang menulis segala jenis makanan dan minuman yang telah dipesan oleh kawan-kawan dia. Manakala si abang faris pula berlakon sebagai pelanggan yang memesan makanan dan minuman.
Seronok aku tengok gambar-gambar wassap yang guru-guru iman ni uploadkan. Macam-macam ragam dan peel yang perlu guru-guru ni handle dengan 'kekecohan' oleh anak-anak iman nih.
Banyak benda anak-anak boleh belajar sewaktu hari jualan ni, at least kalau pergi ke kedai makan nanti anak-anak ni pandai macam mana nak buat pesanan dengan adab dan sopan santun yang betul. kannnnnn :)
ni gambar anak-anak iman berposing sebelum hari jualan bermula :). si abang firas seriusnyaaaaa pegang pensel. tak senyum pun. :))
si abang faris standby nak makan dah dengan kawan-kawannya. si abang faris kuat makan walau badannya comel lote. :))
kbai
2016 3: Terobek2015 adik asthma
TEROBEK##
Si kecil faris ada asthma. uhukkk uhukkk uhukkk.. siannya lah hai anak aku yang kocik ni ha.. ada asthma pulak.. nak kata asthmanya datang daripada keturunan, nan hado. aku takde asthma. cik somi pun takde asthma. dan alhamdulillah si abang firas pun tiada asthma.. si kecil faris ni sekarang dah tak boleh dah kalau terkena dengan cuaca yang sejuk sangat mahupun yang panas sangat. pasti asthmanya akan datang menyerang. Malah, kalau tidur malam pun tidak boleh dengan suhu yang terlampau sejuk... huhuhuh adik...adik...risauuuuuu ibu. ):
Bila keadaannya dah jadi macamni, si kecil faris ni haruslah pantang makan makanan yang sejuk sejuk terutama sekali ice cream. Alahaiiii kesian ko dik, dahlah ice cream tu faveret dia especially flavor chocolate. :( takpelah nakkkk... kuat k!!!
Gambar ni diambil masa kami semua ziarah doktor nge kat klinik nge. hehehe. actually pagi ni aku dah sesiap nak gerak pergi kolumpo ngan ana dan yuli. Tapi, tetiba adik memang takleh nak tahan, so aku postpone nak ke Kolumpo. Sebabnya aku risau kot-kot adik kena warded kat sepital, siannya si kecil ni. susah hati hakakkk. Lagi seminit je jarum jam nak ke pukul jam 800 pagi, kami berempat dah terpacak depan klinik ni. Sedangkan staffnya sedang sibuk mengemop lantai dan menyapu lantai. hehehe kami buat muka tebal ajelah sebab kasihan sangat dengan kondisi adik yang tak berapa okay. ada hakak kesah? hehehe hakakkk memang lagu ni. jangan ikut hakakkk okay? ^^
Opsssss tuk pengetahuan korang dan sebelum korang pikir yang bukan-bukan, anak anak hakakkk ni dah mandi yer. kalau dilihat dari gambar di bawah ni anakku si abang firas tu kelihatannya seakan akan belum mandi lagi kan? dah lah mata tu sepetttt tu sepettttt sangatttt... hehehe tapi opkoslah nak keluar pepagi kena mandi dan kenalah ajar dari sekarang, bangun pepagije kena mandi. (^^,)
Ok, berbalik pada citer adik. Bila diperiksaje, doktor arahkan adik kena pakai nab. Syukur sangat sangat sebab adik tak meragam.. biasalahkan budak kecil ni kalau benda-benda pelik sikit memang tak mahunya. Tapi alhamdulillah semuanya ok. masuk ni kali kedua adik kena pakai nab bila ke klinik. masa first time dulu memang agak meronta ronta tak nak pakai sebab takot. sekarangni, dah okay dan redha dah kena pakai. Jika dilihat di gambar tu, muka adik agak bengkek dengan abang sebab abang sebok interprame dalam gambar ni. Yelah sebabnya yang sakit ni adik, jadi pada fikiran dia biar dia jelah yang ada dalam gambar nih. heeeeeeee sabojelar anak oittttt. ^^
TAPIKAN apa-apa pun yang paling penting adalah gambar hakakkkkk kena nampak cun kan? walhal realitinya nan hadooo! ahaksssssss perasan.
~~~~~~
kbai
Dua Puluh: Farisssss ooooooo Farissss
Haishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
mengeluh panjang aku malam semalam. anak oooooooo anak. farissssss ooooooo farisssss. haishhh. Alkisahnya anak aku yang kecil ni namanya faris, berumur nak masuk tiga tahun bulan empat ni dan anak aku yang kecil ni sangat menguji kesabaran ibunya yang tak berapa nak sabar semalam. :(
Macamni..
Malam semalam kami berempat makan malam di luar sahaja. laki den nak makan satay (ntah mengidam apa ntah). Malas nak drive, maka kami berempat merempit lah kononnya ke Pekan PR. Niat asal nak makan kat depan gym yang selalu aku pergi, sampai je kami kat sana. haishhhhhhhhhh HAMPA! dan HAMPEH! tak buka pula lah kedai satay ni. laki aku kata kat situ satay nya sedap sebab ada satay kijang. :)) aku teringin jugalah rasa macam mana perasaannya bila makan satay kajang tu, tapi tak kesampaian lah pula sebab TUTUP!!!! alahaaaaaaiiiiiiiiiiiiiiiii
So kami decide lah pergi ke kedai satay yang satu lagi yang mana agak jauh sedikit dari rumah dan kene melintas jalan. haaaaaaaaa ni yang malas nak lintas lintas naik motor, lebih-lebih lagi malam. Tapi dan laki aku mengidam, ikut kan je lah. Sampaije kat sana alhamdulillah tak berapa nak ramai. Jadi,order boleh dapat cepat sikit.
^^ Kiteorang order lah satay lembu 10, satay ayam 10 dan satay kambing 5. Kedai ni takde satay kijang. huhuhuhuhuhu takpolah next time je lah. maka, aku pun makanlah apa yang ada.
anak-anak aku memang penggemar satay terutamanya si abang a.k.a firas. alhamdulillah banyak anak-anak aku makan satay ni. suka aku tengok. ^^
ok..sedang kami makan, anak aku si firas ni berdirilah sebelah meja dan sibuk tengok atas langit
"Adik....kapal terbang..tu tu..." (sambil tunjuk jari atas langit)
"Mana-mana?" kata si adik
"tu.....tu lah adik" ayat biasa si abang..
Si faris sibuklah melompat lompat sambil tunjuk langit "kapal terbang, kapal terbang"...
"adik, jangan lompat-lompat...jatuh kang"(aku melarang)
dan tiba-tiba
BUPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP
"Farissssssssssssssssssssssss".........(aku menjeritttt)
Cer teka apa jadi??
anak aku jatuh longkang besar. haishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh anakoooooooo anak....... (aku geleng-geleng kepala)... aku cepat-cepatlah angkat si adik dan habisssssssss seluar serta seliparnya berlumur dengan kotoran longkang. heeeeeeeeeeeeeeeeeeee sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr je lah anak aku si faris ni.
apa lagi lah yang boleh anak aku si faris tu buat...? menangislah kuat-kuat.
haishhhhhhhhhhhhhhhhhh malu aku. laki den lah yang bawa dan bersihkan anak aku yang kecil ni dalam toilet kedai tu. habissssssssssssssssss semua orang yang kat situ dok tengok kiteorang buat drama. hahahahahahhahahahahhahahahahahahha malu hakak.....
anakkkkkk oooooo anakkkkkkkk
mak sabarjelah ngan perangai ko ni anak-anak oit
Nampak tak anak aku seksi? haaaaaaaaaaaaaaa disebabkan seluar dan selipar dah habis lencun dek kena kotoran dalam longkang tu maka terpaksalah anak aku seksi tak berseluar untuk sementara aje sehinggalah kami selesai makan. Kalau aku bawa kereta tadi, adalah pakaian anak-anak ni dalam kereta, tapi disebabkan naik motor je, maka terpaksalah faris sejuk sekejap ye faris?
tu lah ibu dah cakap dah...jangan..jangan.. haaaaaaaaaaaaaaaaa kan dah kena.
Si Faris ni memang ligat seligat ligatnya.. haishhhhhhhhhhhhhhhh
jadi, buat ibu-ibu, mak-mak di luar sana tu, bersabarlah dengan karenah anak-anak ye.
tarik nafas...hembus nafas....
huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu......
k chow
Empat Belas: Throwback Double F
Assalammualaikum semua
aku tengah synchronized komputer di rumah ni. cewahhhhhhhh synchronized la konon. (^^,) sedang aku belek gambar-gambar lama..aku tertengoklah kat gambar anak-anak aku si firas dan si faris ni. SEPET!. benda pertama yang terpikir kat otak aku bila aku tengok gambar ni. kuat betul gen bapak budak-budak ni. tak apalah, walaupun double f ni tak ikut aku sangat si mata boolat ni..tak mengapalah. asalkan double f ni anak-anak aku. aku yang mengandungkan mereka dan aku yang melahirkan mereka. alhamdulillah. ^^
sampai ke hari ini gen sepet abang a.k.a firas sangat kuat, manakala gen sepet adik a.k.a faris semakin berkurangan bila dah besar ni. si abang berambut lurus dan tebal, si adik pula berambut curly dan nipis . (ambil gen aku kot si adik nih) :))
nombor tiga? ontah lah. yang aku tahu sekarang ni aku nak besarkan anak-anak aku ni dahulu. bagi pendidikan yang baik..selari dengan agama islam. insyallah.
oklah aku nak sambung throwback gambo-gambo lama ni. gambar zaman aku kuruihhhh pun ado. haishhhhhhh beza benor dengan sekarang nih. huhuhuhuhu sabo ajelar.
chow
^^ My Second Baby : Faris
Salam semua..
agak lama menyepi dari dunia blogger. bukan apa, semasa di akhir-akhir kehamilan aku rasakan agak malas nak mengemaskini blog aku disebabkan kondisi yang tidak berapa nak stabil. dan kini aku sedang berpantang. alhamdulillah.
Syukur sangat..aku telah selamat melahirkan baby boi ku yang ke dua. ^^ sungguh rapatkan? well, aku pun tak sangka akan ada anak serapat ini. tapi, dah rezeki aku. aku bersyukur atas kurniaan dari yang ESA. anak aku yang ke dua ni sesihat abangnya firas. dipermudahkan urusanku dalam melahirkan baby faris ni. oh yer, baby yang ke dua ni namanya muhammad faris. cuma terbalik sahaja dengan abangya muhammad firas :).
jadi inilah muhammad faris bin muhamad fauzi :)
Sesepet abangnya dan juga baka kuat sepet dari ayahnya. huhu gen aku yang bermata bulat ni telah dikalahkan oleh gen sepet ayahnya :).
Kelahiran kali ini adalah tanpa induce. huhuh..walaupun tanpa induce, tetapi sakitnya seperti induce juga cuma tidak kerap. aduyaiii. sakitnya hanya Allah yang maha mengetahui dan aku sangat berterima kasih dengan suamiku yang sentiasa ada di sisi ketika aku sedang sakit sesakit-sakitnya. huhuhu thanks yang! ^^
ok..sekarang ni firas macam sudah memahami akan kehadiran faris. jadi, aku kene bersedia mental dan fizikal. huhu..firas anak yang baik kan? jadi abang yang baik ye sayang... huhuhuhu :)
agak lama menyepi dari dunia blogger. bukan apa, semasa di akhir-akhir kehamilan aku rasakan agak malas nak mengemaskini blog aku disebabkan kondisi yang tidak berapa nak stabil. dan kini aku sedang berpantang. alhamdulillah.
Syukur sangat..aku telah selamat melahirkan baby boi ku yang ke dua. ^^ sungguh rapatkan? well, aku pun tak sangka akan ada anak serapat ini. tapi, dah rezeki aku. aku bersyukur atas kurniaan dari yang ESA. anak aku yang ke dua ni sesihat abangnya firas. dipermudahkan urusanku dalam melahirkan baby faris ni. oh yer, baby yang ke dua ni namanya muhammad faris. cuma terbalik sahaja dengan abangya muhammad firas :).
jadi inilah muhammad faris bin muhamad fauzi :)
Sesepet abangnya dan juga baka kuat sepet dari ayahnya. huhu gen aku yang bermata bulat ni telah dikalahkan oleh gen sepet ayahnya :).
Kelahiran kali ini adalah tanpa induce. huhuh..walaupun tanpa induce, tetapi sakitnya seperti induce juga cuma tidak kerap. aduyaiii. sakitnya hanya Allah yang maha mengetahui dan aku sangat berterima kasih dengan suamiku yang sentiasa ada di sisi ketika aku sedang sakit sesakit-sakitnya. huhuhu thanks yang! ^^
ok..sekarang ni firas macam sudah memahami akan kehadiran faris. jadi, aku kene bersedia mental dan fizikal. huhu..firas anak yang baik kan? jadi abang yang baik ye sayang... huhuhuhu :)
Subscribe to:
Posts (Atom)






