Showing posts with label Kfc. Show all posts
Showing posts with label Kfc. Show all posts

^^ Dah Tak Kempunan Dah..

Hehehehe..alhamdulillah dah tak kempunan dah. siapa? hahaha siapa lagi, hubby aku lar. kan sebelum ini aku ada post entry yang hubby aku kempunan nak makan donut kfc tu kan? jadi, tadi akhirnya dapatlah kami menikmati kenikmatan donut kfc yang comel lote tu. 


^^
aku hengatkan besar gedabak, rupa-rupanya kecik comel lote jek donut fish tu. tapi, dah memang faveret hubby suka makan ikan..jadi, donut fish yang comel lote tu pun dia kata sedap. hahaha..heran..heran..pelik..pelik.. hubby...ooo hubby..:P biarlah, pada aku donut comel lote tu rasanya biasa-biasa jek. ikan dori lar, alarrrrr yang nemo tu.. ikan tu lar. hahaha hubby yang cakaplah, aku tak kesahlar..aku telan jek. :)


^^
Pastu, hubby cakap yang dia ingin sangat nak makan jemput-jemput gula durian. alahaiii..nnt aku cek kat fridge tu ada ke dak lagi gula durian tu. macam-macam plak hubby ni, aku yang preggie, hubby plak yang idam itu ini. :P di saat-saat akhir kehamilan plak tu. hehehe..dulu tidaklah pulak macam nih. Takpelar, ikutkan aje lar ye hubby oitt :)


^^
#pix credit to google

Inilah donut fish tu..kalau beli secara ala-carte dalam rm 4.95, tu tak masuk cukai lagi. kalau beli yang combo fish tu dalam rm11.00 dapat ayam, air lagi. hahaha baik beli combo jek. aku rasalah kan, perasaan makan donut nih biasa-biasa je kot.. ayamnya lagi sodaplah..nak-nak lagi yang spicy. muahahahaha....

^^
Pasni nak pegi check dalam fridge, ada ke dak lagi gula durian tuh. hohohoho.. hubby ooo hubby..mengidam plak ler.. :P


^^ Kempunan Pulak Dahhhhhhh..

Aku sangat suka sebab baru dapat makan kfc. yeay! nyum-nyum sebab hubby belanja kawan dia makan sebab kawan dia dah tolong betulkan motor hubby yang pancit tayarnya disebabkan sebab musabab yang tidak diketahui. hehehe.. disebabkan hubby nak belanja makan kfc, so aku nak ikut gak! kalau hubby just nak belanja mamak kat kawan dia tu, xdenya aku nak ikut. muahahahaha jahat aku!


^^
Dalam pala hotak ni dah macam-macam pikir nak makan apa kat kfc. makan kat kfc ni, yang sedapnya ayamnya, especially ayam spicy. original? nope!!!! itu rasanya mcm ayam goreng jek. sebelum ni ada ayam blackpaper lah, inilah, itulah, tapi original jugaklar yang orang carikkk. ngeh..ngeh..ngeh.. ok, dah plan macam-macam nak makan sedap kat kfc nih. nak makan nasi ayam kfc lah, burger kfc lah, itulah, inilah..tapi last-last aku makan cheezy wedges dan air milo wajib jek. hehehehe sedap woooo..


^^
Cheezy wedges yang wajib dimakan tiap kali g KayEpChi (kfc)


Air milo wajibun ku :)

^^
Nak dijadikan cerita, hubby aku ni dah berangan nak makan menu baru yang ada kat kfc nih iaitu donut kfc yang intinya ikan tu. alaaaa.. yang iklan kat tibi tu 1 famili tengah makan, pastu budak lelaki tu teropong guna donut, nampak satu famili jadi ikan. hehehehe..
inilah donutnya.. sebab hubby ni mmg faveretnya ikan. tak kisah apa jenis ikan pun dia makan, especially ikan sungai ^^

^^
So, dengan berkobarnya hubbby nak pi order, tapi........tup tup tengok kat kaunternya NOT AVAILABLE! hohohoho.. habis sudahhh. donut dah habislah, orang dah ramai yang makan sejak dari pagi tadi. So, kempunanlah hubby nak makan. Dan-Dan, hubby letak syarat next time pi kfc aku plak yang belanja donut. eh..eh.. ewahhhh...tetiba je ya? ^^ :) takpelar, aku on jer. lagipun hubby nak makan kan? ngidam gaknya...mengalahkan aku :)

^^
Last-last hubby order x-large burger je tuk dia. alalalalala ciannya, kempunan hek :P

Kata x-large tapi mcm saiz S jek? :P


Sedapke hubby? haha layan je k :)


^^
Dan kawan hubby tu plak makan nasi ayam kfc. sedap jek aku tengok dia makan, berselera betol. hehehe takpelar, orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa.. :) tak gitew? :P