Showing posts with label hubby. Show all posts
Showing posts with label hubby. Show all posts

Resepi: Cokelat cip versi aku :P

aku try buat cokelat cip tau. bersungguh dok pi beli bahan-bahan tuk buat cokelat cip. bukan apa, hubby dah sound..
'oven tu dah bersawang dah, dah lama tak berasap kan yang?' 
aisey...kena perli plak dah aku ngan hubby. hurm..aku sengih jek :)

esoknya terus aku suh hubby teman g beli barang-barang nak wat kuih cokelat cip. hahaha...sonokkk! semua bahan aku amik, hubby bayor. cantek ahhh... pe lagi, mcm-mcm aku hamek..yg takde kaitan dengan bahan nk wat cokelat cip pun aku hamek..hehehe..(mik kesempatan :P)

maka, kelmarin..aku buatlah cokelat cip nih. beria-ia aku wat, dahlah pose haritu..huhu baunya menusuk-nusuk hidung, mengoda-goda tekak rasa cam nak buka pose time tu gak..hihhihihi syukurrr iman aku kuat lagi :)

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..ni lah hasil cokelat cip aku :)

hehehe...ni versi kuih bangkit yo ;P

hahahaa..hasilnya sebijik cam kuih bangkit.. hubby siap perli,
'sodap nya cokelat cip bangkit ni ye yang?'

adehhhhh...hahahaha aku yang tak pandai atau resepi yang salah? hahahah...(time ni lah nak salahkan resepi konon...cettttt!)

kalau korang rajin, torailah yo....aku ni cube-cube jek :)
ni resepinya


 Bahan-Bahan:
 180gm butter

       120gm gula kastor
       450gm tepung naik sendiri
       50gm tepung jagung
       2 biji telur
       cokelat cip


       Pukul butter dan gula hingga berkrim, masukkan telur dan kacau rata. kemudian masukkan semua bahan lain     tu    satu persatu, gaul hingga mesra. buat bulat-bulat dan letak cokelat cip. Bakar pada 180 darjah celcius,               
       masak sehingga 10-15 minit.         

       korang jangan lupa letak serbuk koko yer, biar lg golap..aku lupa nk beli..hihih tu yg nampak cam kuih 
       bangkit.. hihihih

^^ Jalan Time! Hoyeeeeeh

Petang tadi aku bawa firas berjalan-jalan di sekitar taman aku nih. sebab cuaca yang memberangsangkan, tidak panas dan tidak sejuk, maka kami ambil keputusan untuk bawa firas jenjalan naik stroller.. hoyehhhhh!
sebenarnya planning nak pusing-pusing taman ni dah lama, tapi sebelum ni waktu petang je asyik panas, petang jek asyik hujan, tak hujan lebat, hujan renyai-renyai....huhuhu rosak plan lah kan? so, tadi kami tengok cuaca agak okeh dan dengan segeranya aku menyiapkan si kecik firas dan kelengkapannya..

Alhamdulillah, walaupun kami pusing sekitar taman ni sahaja, firas amat behave. yelar, sebelum ni asyik dok dalam rumah je, bohsan gaknya si firas nih. hehe..dan mungkin juga dia teruja gaknya ibu dan ayahnya bawa pusing-pusing taman naik stroller tanpa berdukung bagai. hohoho..semangat dah anak ibu nih, tangan aku pun dah lelenguh je nih. nasib ayah firas ada..:)


cewahhh ibu nak interframe ngan firas :) 

ecehhh..ayah nak gak

lorrrr lentok plak dah, senangnya firas tido :)

larrr sampai umah pun tak sedar...

Firas suka jalan-jalan tengok luar.. matanya bulat je masa mula-mula naik stroller. baguslah haiiiii anak ibu ni.. tapi tak lama pastu alih-alih si firas dah tertidur pula.. hahaha baguslah pulak anak ibu ni tido.. kalau kat umah, tak adanya nak tido..matanya segar bugar.. agaknya stroller ni bergoyang-goyang..sedap gaknya nak tido :)) 

Hinggakan sampai ke rumah pun firas masih lagi tidur..siannya anak ibu nih, jadi kami biarkan saja firas tido sekejap dalam strollernya sambil hubby dok berkebun menanam sayur bendi.. hahaha bagus bagus, pasni takyah beli-beli kat pasar lagi ya..sayur bendi dah ada di rumah ni..:)

*kangkung ada, bendi ada, cili ada, limau kasturi ada, daun pandan ada..hehehe hubby aku tu terlebih rajinlah pulak...:P

^^ Masa Untuk Wayang :)

semalam aku tengok wayang..yeay!

kejadian hari isnin...di suatu pagi,
Yang, jum tengok NKTM..macam best je i dengar. kawan2 kat sekolah pun kata besh..air mata meleleh-leleh menengoknya. i teruja lah yang.. (aku cakap kat hubby)

hurmm..NKTM? Nur Kasih? alerr..u pi tengok soranglah.. i nak tengok x-men. besh! (hubby jawab..ringkas.simple)

alar....jumlah yang, nk tgk NKTM.. huhu (aku cuba memujuk)

........... (perbualan senyap. hubby xde respon)

huh! xsyiokkknyaaaa hubby aku nih. xsuka tengok cite melayu, nak tengok citer bukan melayu jek..huhuh :P uwekkkkks..paling aku ingat, cerita melayu yang aku berjaya pujuk dia adalah cerita CINTA. hehehe tu jer..the one and only..

yolah..layankan jek...so, aku kalau nak tengok cite2 melayu yang besh-besh..aku akan pergi dengan kawan baik aku je anna..hahaha sbb hubby xmo tengok, dia tak kesah aku g tengok dgn anna..:)) yess!

dan semalam adalah hari selasa, aku pergi tengok wayang dengan hubby..syoknya.. hehehe firas?? hehe..mana lagi, dengan bbsitter lah. hehe..nek mus on jek, lagipun xde baby nak dijaga..firas soranglah yg dia jaga skrng nih. hurm..makin manjalah anak ibu sorang nih. aishhhh

heheheh..

x-men...first class..mmg superb lah..aku ni mmg tgk x-men, tapi tidaklah mengikutinya secara details. nasib baik ada hubby yang dok explain kan kat aku sepanjang cerita tu berlansung. hahaha cian hubby tak concentrate..:P..aku ni mmg suka tnya bnyk kalau aku lupa dan tak paham.. dolu-dolu hubby tak suka aku tanya-tanya time movie brlngsung, tapi skang dia dah tak leh kata apa sbb aku mmg cenggini. hihihi....

besh

cian dia...muka berkerut tak nak g umah nek mus :) ciann

muka ibu dan ayah yang berpoya-poya..hahaha

1 wayang jek, bajet nak tengok banyak? hahaha tak sampai hati sbb ingat firas jek ibu nih :P

well..well..well.. lepas ni ada 2 cerita besarrrrr punya yang aku dan hubby nak tengok..hubby mmg follow cite ni, iaitu harry potter dan transformers..heheh aku ni lompat2, nasiblah hubby ada tuk ceritakan kat aku semua kisah harry potter ni kat aku...cayalaha yang :)



firas? hehehe..nek mus lah, nak bawa kecik lagilah sayang....cian anak ibu. hehe..

^^ Pergi Kenduri Kahwin Tanpa....

Semalam, aku pergi majlis kenduri kahwin di S.Renggam. Kazen aku kahwin iaitu mak kakak (nama manja). hehehe.. kazen aku nih anak kepada pakcik aku belah ayah (abg ayah aku), kazen aku ni anak ke 4 dari 5 beradik. cantik woooo.. cun.
dan semalam aku telah pergi ke kenduri kahwin itu tanpa ditemani oleh hubby dan anakku. huhuhu sedihhhh (mood sedih ni)..ye arr selama ni kalau ke mana-mana kami akan pergi bertiga, tapi semalam aku keseorangan. uwawawa..... hurmm tapi kenapa?
sebabnya........
hubby aku demam dan badan anak ku dedar-dedar gitu.. hangat-hangat jek tapi tak demam, ni mungkin kesan dari kesan injection selasa lepas. huhuhu cian nya anak ibu ni. hubby plak demam sebab tak cukup rehat dan badannya panas dalam. mana tidaknya hari jumaat dan sabtu kelmarin dia sibuk dengan majlis nikah dan kahwin kawan baik dia.. yeke kawan baik? ahaksss.....

so, aku ambil keputusan pergi ke majlis kahwin itu sorang-sorang. kalau aku tak pergi lagilah melampau kan? yelar, kazen aku..anak pakcik aku plak tu. uishhhh tak elok lah kalau tak pergi.. lagipun tak lah jauh mana.. 1jam je perjalanan..hohoho :) dah lama aku tak survive drive sorang-sorang larr.. masa anak dara pergi ke mana-mana saje sorang-sorang.. JB? KL? Melaka? N.9?..sorang-sorang pun jadi je..hahahahaha

hubby larat lagi nak jaga firas walaupun demam. huhu cayalah! tapi, aku pergi pun kejap je.. aku pergi jam 11 pagi dan pulang jam 3petang..tak sampai hati nak tinggal lama-lama. kat rumah kazen aku tu pun aku dok asyik tengok jam dan kol hubby tanya keadaan.. so far ok.. huhuhu.. bila aku kol hubby, firas tengah melalak.. aku tanya hubby kenapa tu? hubby kata firas nak tidooo..ooooo lega aku.. aku ingat kenapa lah tadi..

di majlis kahwin tu rata-rata makcik, pakcik sepupu sepapat tanya mana hubby dan anak? huhuh.... jawapan aku..demammmm.. ciannn..:P

ni lar muka hubby dan firas yang demam..alolololololo ciannyaaaa...

hubby tgh tidoo...tak sedoooor langsung...

firas yang nyenyakkk...cian anak ibu..

alhamdulillah hari ini hubby dan firas dah sehat seperti sedia kala..cuma hubby batuk-batuk tu biasalah... "rajin sangat" makan ubat..sebab tu lah.. hehehe
dan firas pun ceria seperti selalu, setia dengan gocehnya yang hanya difahami oleh dia...heheehe :)

ni lah mak kakak..kazen aku yang kahwin semalam :)
jelita kan?..

sebelah mak kakak ni adalah aku, heheh tapi gambar terpaksa di "cut" atas sebab keselebetan aku..hahaha (aku comot larr)..so, kita tengok pengantin yang jelita je ini ya?
hahahhaaha