Showing posts with label Put-Put. Show all posts
Showing posts with label Put-Put. Show all posts

^^ McD Yang Mengasyikkan

Aku ni bukan jenis yang nak makan fastfood sangat, tapi kalau dah ada depan mata aku bedal je lar. :) Yelar..rezeki janganlah ditolak-tolak, dah ada depan mata..makan je lar kan? tak gitu? :P Jadi, malam semalam aku dan hubby telah berjaya membedal McD yang selama ini diidamkan oleh hubby. ecehhh.. kalau tak silap aku, last aku makan McD adalah sewaktu cuti sekolah yang lepas iaitu bulan 12 yang lalu. Tempatnya di JJ Bukit Indah, JB yang mana telah dibelanja oleh kawan baikku Puteri a.k.a Put-Put :) hahaha. Put-Put ni mengajar di Sabah, jadi orang-orang Sabah kan kaya bah....so, aku ngn hubby berjaya menge'pau' put-put nih. (jahat x?) hahaha..no prob lar, put-put ni sporting.. Sayang Put!


^^
Kali terakhir yang aku makan masa tu burger prosperity beef. Nyaman bah..sedap, pedas pun marvellous.. Tapi, malam tadi tekak tak lalu nak makan prosperity sebab tekak ni ingin makan chicken McDuluxe. Sedap jugak..tapi sayangnya, SHAKER tuk fries dah tak dikeluarkan lagi. hampanya rasa hati. tp, dah ter'order' kan? so, layan jek. Hubby plak makan double prosperity. muahahaha..dia rasa dia tahan pedas, hahaha hamek! last-last hubby tak habis makan, sebab kepedasan dan kekenyangan yang amat. :)


^^
Hubby tak sabar nak makan, dia dah 'ngap' dulu.. :P


Ni lar burger yang hubby makan, sebelah je habis..lagi satu tak larat dah :P


^^
Malam tadi nak makan nasi ayam, tapi nasi ayam tu laku betol. jam 9lebih dah habis. hohohoho dahsyat tol orang-orang bp nieh. :P Aku ajak hubby ke McD, ramainya orang bukan main ehhh.. mcm pasar borong!. tempat pun agak full.. ingat nak je drive thru, tapi aku nak makan kat situ jugak. so, hubby layankan jek. hehehe


Sabau ye yang... :P

^^ Nak Makan Ni.....Tapi....

Aku baru lepas tengok gambar-gambar lama masa zaman gemilang aku nih. :P tiba-tiba aku terpandang gambar-gambar makanan. Perut jadi lapar, tekak jadi ngidam, aduhh.. Nasi Lalapan!!!! aduhhh..mana aku nak cari nasi lalapan kat sini? xoxoxoxo.. takkan nak terbang ke Miri semata-mata nak makan nasi lalapan nih? aduhaii... nape lar mata ni dok tengok makanan yang mustahil nak dapat dikala-kala keadaan aku camnih (preggie). hohohoh :( 


^^
Korang nak tengok cam mana rupa nasi lalapan tuh? lalapan tu ulam kot, orang jawa kata. ^^ aduhhhh... sedap, enak, nyaman! dah rasa sekali, korang akan nak makan lagi berkali-kali :)


sedap! enak! lazat! nyaman! aku nakkkkkkk!
^^
Kalau kat sini, nasi lalapan ni ala-ala nasi ayam penyet. korang penah makan nasi ayam penyet x? Nasi ayam penyet tu plak, rupanya lagu nieh...
#Pix credit to google :P
^^
Kalau korang penah rasa nasi ayam penyet yang mcm atas ni, rasa nasi ayam lalapan ni ala-ala gitew lar.. Tapi, apepun aku nak nasi lalapan yang ori nih! nasi lalapan ni ada banyak pilihan, korang boleh makan nasi ayam lalapan, nasi ikan keli lalapan, nasi ikan bawal lalapan, nasi daging lalapan dan lain-lain lagi lar. 

^^
Apa istimewanya Nasi lalapan nih? pada aku yang sedapnya adalah ayam gorengya yang sangat-sangat crispy :) dan juga sambalnya yang sedap tuh. sambal belacan plus tomato plus 100 plus.. haha 100 plus tu aku tmbh jek. memamng marvelouuuuuusssssss! meletopppp nyah! phewitttttt!!

^^
Kalau kat miri tuh, tempat yang paling glamer adalah kat Restoren Muara, Waterfront Miri. Bilalah aku dapat pergi ke miri lagi ya?Dulu time hubby kat sana rajinlar aku turun sana. Tiap kali ke sana, wajib makan nasi lalapan nieh. Misi aku seterusnya nak ke Miri lah. tapi, bila? :) hehe..nantilah hjg tahun ke kan? takpun, tahun depan ke kan? ajak hubby ngn bb naik flite lagi ke MIRI! insyaALLAH. Moga rezeki lebeh. Amin :) 

^^

Rindu nak makan lagi nasi lalapan dengan hubby dan puteri a.k.a put-put :)