Showing posts with label Firas. Show all posts
Showing posts with label Firas. Show all posts

#2017 12 Hari jualan Sekolah Double F


Hi korang.

Hari ni nak cerita pasal throwback yang lepas. Lama dah, tapi still dalam tahun ni juga lah, Well, tengah tak de kelas ni, aku ambil kesempatan sekejap update blog.

Sekolah double F ada buat hari jualan sekolah yang mana dalam hari jualan tu anak2 tadika ni dilatih menjalankan aktiviti menjual makanan dan minuman, membayar makanan dan minuman yang dibeli, memesan makanan dan minuman yang diminta serta menulis pesanan makanan dan minuman yang diorder.

Dalam kejadian hari jualan sekolah double f ni, si abang firas bertindak sebagai pelayan yang menulis segala jenis makanan dan minuman yang telah dipesan oleh kawan-kawan dia. Manakala si abang faris pula berlakon sebagai pelanggan yang memesan makanan dan minuman.

Seronok aku tengok gambar-gambar wassap yang guru-guru iman ni uploadkan. Macam-macam ragam dan peel yang perlu guru-guru ni handle dengan 'kekecohan' oleh anak-anak iman nih.
Banyak benda anak-anak boleh belajar sewaktu hari jualan ni, at least kalau pergi ke kedai makan nanti anak-anak ni pandai macam mana nak buat pesanan dengan adab dan sopan santun yang betul. kannnnnn :)



ni gambar anak-anak iman berposing sebelum hari jualan bermula :). si abang firas seriusnyaaaaa pegang pensel. tak senyum pun. :))


si abang faris standby nak makan dah dengan kawan-kawannya. si abang faris kuat makan walau badannya comel lote. :))

 kbai


Dua puluh dua: Happy Besday yang ke 4 tahun Firas


Assalammualaikum semua

Lama rasanya aku tak hapdate kat sini kan? hampir 12 hari aku tak hapdate kat blog ni. haisshhhhhhhhh maaplah ye semua. sekarangni untuk pengetahuan semua, akak dah tak dok internet kat rumah. aduhhhhhhhh payah sungguh rasanya nak buat kerja-kerja yang memerlukan online nih. jadinya, akak hanya menggunakan mobile data akak yang kat telefon cenonet ni je lah.

Tapi....yang sekarang ni akak kat kampung, jadi akak bolehlah hapdate blog kat kampung i uollss. haaaaaaaa nampak tak? mak ayah kat kampung akak pun guna internet. akak yang dok kat PR tu x de internet. kesian tak? haaaaaaaaa miskin benor i nih. sabojelar. entah bila laki aku nak pasang ternet pun aku x tahu. hmmmmm payah tau....payahhhh. huhhh

ok ok dah.. aku membebel lain plak, walhal tajuk aku lain. ^^. aku nak citer sikit dan nak bagitahu je yang mana anak sulung aku muhammad firas bin muhamad fauzi dah masuk 4 tahun. alhamdulillah anak ibu dah besar tapi janganlah membesar dengan cepat sayang.. huhuhuhuhuhu tak puas ibu nak gomol-gomol kamu wahai anakku (^^,)

Tiada sambutan majlis besar-besaran untuk Firas. hanya kecil-kecilan di kampung dan juga malam sebelum besday, kite orang sambut di KFC AH dan ibu dan ayah firas menghadiahkan sebuah basikal comel beroda tiga untuk dia. heehehehe alhamdulillah firas suka.

Lagi dua tahun Firas akan ke Pra sekolah dan kemudiannya akan bersekolah. aduhaiiiiii cepatnya sayanggggggggggg...




ok

baiiiiii

Empat Belas: Throwback Double F



Assalammualaikum semua

aku tengah synchronized komputer di rumah ni. cewahhhhhhhh synchronized la konon. (^^,) sedang aku belek gambar-gambar lama..aku tertengoklah kat gambar anak-anak aku si firas dan si faris ni. SEPET!. benda pertama yang terpikir kat otak aku bila aku tengok gambar ni. kuat betul gen bapak budak-budak ni. tak apalah, walaupun double f ni tak ikut aku sangat si mata boolat ni..tak mengapalah. asalkan double f ni anak-anak aku. aku yang mengandungkan mereka dan aku yang melahirkan mereka. alhamdulillah. ^^

sampai ke hari ini gen sepet abang a.k.a firas sangat kuat, manakala gen sepet adik a.k.a faris semakin berkurangan bila dah besar ni. si abang berambut lurus dan tebal, si adik pula berambut curly dan nipis . (ambil gen aku kot si adik nih) :))



nombor tiga? ontah lah. yang aku tahu sekarang ni aku nak besarkan anak-anak aku ni dahulu. bagi pendidikan yang baik..selari dengan agama islam. insyallah.

oklah aku nak sambung throwback gambo-gambo lama ni. gambar zaman aku kuruihhhh pun ado. haishhhhhhh beza benor dengan sekarang nih. huhuhuhuhu sabo ajelar.


chow




^^ My Second Baby : Faris

Salam semua..
agak lama menyepi dari dunia blogger. bukan apa, semasa di akhir-akhir kehamilan aku rasakan agak malas nak mengemaskini blog aku disebabkan kondisi yang tidak berapa nak stabil. dan kini aku sedang berpantang. alhamdulillah.

Syukur sangat..aku telah selamat melahirkan baby boi ku yang ke dua. ^^ sungguh rapatkan? well, aku pun tak sangka akan ada anak serapat ini. tapi, dah rezeki aku. aku bersyukur atas kurniaan dari yang ESA. anak aku yang ke dua ni sesihat abangnya firas. dipermudahkan urusanku dalam melahirkan baby faris ni. oh yer, baby yang ke dua ni namanya muhammad faris. cuma terbalik sahaja dengan abangya muhammad firas :).

jadi inilah muhammad faris bin muhamad fauzi :)


Sesepet abangnya dan juga baka kuat sepet dari ayahnya. huhu gen aku yang bermata bulat ni telah dikalahkan oleh gen sepet ayahnya :).
Kelahiran kali ini adalah tanpa induce. huhuh..walaupun tanpa induce, tetapi sakitnya seperti induce juga cuma tidak kerap. aduyaiii. sakitnya hanya Allah yang maha mengetahui dan aku sangat berterima kasih dengan suamiku yang sentiasa ada di sisi ketika aku sedang sakit sesakit-sakitnya. huhuhu thanks yang! ^^

ok..sekarang ni firas macam sudah memahami akan kehadiran faris. jadi, aku kene bersedia mental dan fizikal. huhu..firas anak yang baik kan? jadi abang yang baik ye sayang... huhuhuhu :)

^^ HB 1st Dear



20 Feb 2012

Hari jadi fras yang pertama. selamat hari jadi anak ibu. ibu dan ayah sayang sangat kat firas. moga firas menjadi anak yang soleh, bijak, baik, mendengar kata orang tua, hormat pada orang tua, dan segala-galanya yang baik. jauhkanlah firas dari anasir-anasir jahat. :)

dan, pada hari kelmarin (khamis) barulah ibu dan ayah sempat menyambut hari jadi firas yang pertama ini. itupun setelah gaji masyuk, barulah ibu dan ayah sempat nak menyambutnya. hehe..kesian anak ibu. tapi, sebenarnya mgu lepas pada 19hb feb pun kami sempat sambut bday firas secara kecil-kecilan di rumah atok dan maktok. tapi, hanya makan bubur merah sahajalah yang mana ianya dimasak oleh buyut firas (nenek sedara aku-nek ngot). hehe bersempena keberangkatan atok dan maktok yang pergi mengerjakan umrah bermula 20hb feb 2012 sehingga 2 mac 2012 ni.

Jadi, pada hari khamis kelmarin, kiteorang sambut bday firas secara kecil-kecilan juga di rumah atok abah di air hitam.. firas teruja nak tiup lilin :), sebenarnya ayah dan ibu nya yang tolong tiupkan sekali. hehe..
terima kasih pada atok abah, nenek, makcik2 firas, pakcik2 firas yang sama-sama celebrate bday firas. firas sayang korang. hehe..

p/s: jangan lupa adiah firas hek..firas tungguuuuuuuu ^^

^^ Hepi New Year 2012 and Hepi Chinese New Year u ollss..

27 januari 2012 :)
lambat tak aku nak wish selamat tahun baru dan selamat tahun baru cina? haha.. aku yg dah lama tak hapdate. kejap ada, kejap xde..mcm biskut chipsmore kan? tapi..biskut chipsmore pun tak macam aku..sentiasa je ada kalau nak makan biskut tu. haha..aku melalut..

sejak dua menjak ni aku malas nk hapdate, mungkin disebabkan kondisi aku yang tak berapa nak ok dan tak berapa nak mengizinkan. maka, mood aku mempengaruhi jugaklah kerja-kerja nak menghapdate blog nih. perut semakin memboyot dan semakin kedepan menyebabkan aku agak malas. haha..eh tapi seriously, preggie kali ni alhamdulillah tidak banyak karenahnya. good lah adik ni. ni yg ibu sayang nih :)..
hehe..officially aku hapdate kat blog yg aku preggie :) alhamdulillah bulan 4 ni, firas akan dapat adik. moga semuanya dipermudahkan oleh NYA dan mendapat keredhaan dari yang ESA. amin.
jantina? hehe..tunggu..apapun jantinanya, aku ok jer. as long as firas dapat kawan dan boleh berdikari. insyallah

ok, tak ada yg menarik sangat cerita kali ni. cerita bab sekolah, benda yang sama lah. cuma tahun ni aku masih lagi kena mengajar english tahap satu. aduii.. dah lah grammar and vocab berterabur, sian aku kat murid2 aku tu, ntah paham ntah tak. :)).. takpelah..yg penting aku kene berusaha. chaiyok!..

cerita tentang firas pula, dia semakin membesar dengan sihat dan kuat. alhamdulillah..semakin bijak pun iye. hehe..sudah ada 6 batang gg..kerjanya asyik mahu mengigit sahaja..dan juga makan. alhamdulillah. setakat ni apa yang ibu dan ayahnya makan, mesti firas nak rasa juga..:).. tak lama lagi firas bakal berumur setahun.. alhamdulillah.. nanti ibu beli kek sedap2 ya firas..kita sambut together2 ngan ayah dan adik..

sekarang ni aku tengah dok lepak depan tb tengok cerita tv3. si firas plak sedang tidur setelah ngamuk2 nak ikut ayahnya g solat jumaat. hehe..ibu suh baring je, tidolah dia... gud boi!..

hai kawan2..sy sduah ada 6 btg gg..mari sy gigit kawan2..hahaha

^^ Macam Mualaf... :)

Salam kawan-kawan..



macam mualaf tak firas? hehehe.... alhamdulillah anakku memang islam :) ayahnya dok tengah ngaji, dia sibuk nak pakai songkok juak. ayahnya semayang, dok nengok je ayahnya semayang kat tepi sejadah.. firas..firas.. lekaslah berjalan wahai anak..ibu tak larat nak dukung awak. huhuhu...semangat!


nasib ayahnya memang amat rajin mendukung firas kalau keluar ke mana-mana sahaja. malas nak bawak stroller katanya.. haiiii membazir lah stroller tu gamaknya, nampaknya jadik hak milik adik lah nanti ye? :)


aku tgh tgk tb cter ffm 24 nih, anuar zain plak yg dok nyanyi..alahaiiiiii.... sedapnya sore :)

^^ Lamanya Tak Hupdate

Salam

Lamanya aku tak hupdate lah kat sini.
sibuk dengan kerja-kerja kat sekolah, membataskan aku untuk hupdate dan bercerita kat blog nih.
biasalah tu..
kejap rajin, kejap malas... aku ler tu :P

Tapi, kehidupan lately ni macam biasa je. tiada apa yang luar biasa..

cuma, minggu cuti sempena perayaan hari deepavali baru-baru ni aku 1 famili bersama-sama dengan famili adik ipar telah pergi bercoti-coti mesia bawak firas naik kapal terbang ke langkawi. yeay!

so far firas amat behave. cuma, biasalah naik flite kompem telinga berdenggung dan firas amat tidak selesa dengan keadaan itu menyebabkan firas agak tidak mahu duduk diam. cian anak ibu..

kalau kerajinan aku ada, aku hupdatelah gambar-gambar di sana yer....ku bilang KALAU... :P

ni gambar aku ngah dukung firas bila tiba di airport langkawi.. boleh plak dia tidur....
:P

^^ Hobi Firas the Latest


tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....




ini lah hobi terbaru firas. sekarang ni, pantang dah nampak stereng.. pandai! kalau ayahnya tengah drive, sibuk sungguh nak ikut ayahnya..nak pegang stereng a.k.a isap stereng.. kalau tak dibagi, melalak lah sekejap.. heeeeeee dirty lah firas...


tapi, dah namanya budak...semua nak di rasanya. hehehe...

^^ Akibat tak mo duk diam...



ni lah akibatnya kalo anak ibu tak dengar cakap ibu..
hurmm....anak ibu yang tak mo dok diam..
aku sarungkan, terus diam...


terkebil-kebil matanya..hehehe :))



p/s: gambar di atas sewaktu aku nak tukarkan pampers firas.. cian anak ibu, kena buli ngan ibu..heheh :))

^^ Jalan Time! Hoyeeeeeh

Petang tadi aku bawa firas berjalan-jalan di sekitar taman aku nih. sebab cuaca yang memberangsangkan, tidak panas dan tidak sejuk, maka kami ambil keputusan untuk bawa firas jenjalan naik stroller.. hoyehhhhh!
sebenarnya planning nak pusing-pusing taman ni dah lama, tapi sebelum ni waktu petang je asyik panas, petang jek asyik hujan, tak hujan lebat, hujan renyai-renyai....huhuhu rosak plan lah kan? so, tadi kami tengok cuaca agak okeh dan dengan segeranya aku menyiapkan si kecik firas dan kelengkapannya..

Alhamdulillah, walaupun kami pusing sekitar taman ni sahaja, firas amat behave. yelar, sebelum ni asyik dok dalam rumah je, bohsan gaknya si firas nih. hehe..dan mungkin juga dia teruja gaknya ibu dan ayahnya bawa pusing-pusing taman naik stroller tanpa berdukung bagai. hohoho..semangat dah anak ibu nih, tangan aku pun dah lelenguh je nih. nasib ayah firas ada..:)


cewahhh ibu nak interframe ngan firas :) 

ecehhh..ayah nak gak

lorrrr lentok plak dah, senangnya firas tido :)

larrr sampai umah pun tak sedar...

Firas suka jalan-jalan tengok luar.. matanya bulat je masa mula-mula naik stroller. baguslah haiiiii anak ibu ni.. tapi tak lama pastu alih-alih si firas dah tertidur pula.. hahaha baguslah pulak anak ibu ni tido.. kalau kat umah, tak adanya nak tido..matanya segar bugar.. agaknya stroller ni bergoyang-goyang..sedap gaknya nak tido :)) 

Hinggakan sampai ke rumah pun firas masih lagi tidur..siannya anak ibu nih, jadi kami biarkan saja firas tido sekejap dalam strollernya sambil hubby dok berkebun menanam sayur bendi.. hahaha bagus bagus, pasni takyah beli-beli kat pasar lagi ya..sayur bendi dah ada di rumah ni..:)

*kangkung ada, bendi ada, cili ada, limau kasturi ada, daun pandan ada..hehehe hubby aku tu terlebih rajinlah pulak...:P

^^ Pergi Kenduri Kahwin Tanpa....

Semalam, aku pergi majlis kenduri kahwin di S.Renggam. Kazen aku kahwin iaitu mak kakak (nama manja). hehehe.. kazen aku nih anak kepada pakcik aku belah ayah (abg ayah aku), kazen aku ni anak ke 4 dari 5 beradik. cantik woooo.. cun.
dan semalam aku telah pergi ke kenduri kahwin itu tanpa ditemani oleh hubby dan anakku. huhuhu sedihhhh (mood sedih ni)..ye arr selama ni kalau ke mana-mana kami akan pergi bertiga, tapi semalam aku keseorangan. uwawawa..... hurmm tapi kenapa?
sebabnya........
hubby aku demam dan badan anak ku dedar-dedar gitu.. hangat-hangat jek tapi tak demam, ni mungkin kesan dari kesan injection selasa lepas. huhuhu cian nya anak ibu ni. hubby plak demam sebab tak cukup rehat dan badannya panas dalam. mana tidaknya hari jumaat dan sabtu kelmarin dia sibuk dengan majlis nikah dan kahwin kawan baik dia.. yeke kawan baik? ahaksss.....

so, aku ambil keputusan pergi ke majlis kahwin itu sorang-sorang. kalau aku tak pergi lagilah melampau kan? yelar, kazen aku..anak pakcik aku plak tu. uishhhh tak elok lah kalau tak pergi.. lagipun tak lah jauh mana.. 1jam je perjalanan..hohoho :) dah lama aku tak survive drive sorang-sorang larr.. masa anak dara pergi ke mana-mana saje sorang-sorang.. JB? KL? Melaka? N.9?..sorang-sorang pun jadi je..hahahahaha

hubby larat lagi nak jaga firas walaupun demam. huhu cayalah! tapi, aku pergi pun kejap je.. aku pergi jam 11 pagi dan pulang jam 3petang..tak sampai hati nak tinggal lama-lama. kat rumah kazen aku tu pun aku dok asyik tengok jam dan kol hubby tanya keadaan.. so far ok.. huhuhu.. bila aku kol hubby, firas tengah melalak.. aku tanya hubby kenapa tu? hubby kata firas nak tidooo..ooooo lega aku.. aku ingat kenapa lah tadi..

di majlis kahwin tu rata-rata makcik, pakcik sepupu sepapat tanya mana hubby dan anak? huhuh.... jawapan aku..demammmm.. ciannn..:P

ni lar muka hubby dan firas yang demam..alolololololo ciannyaaaa...

hubby tgh tidoo...tak sedoooor langsung...

firas yang nyenyakkk...cian anak ibu..

alhamdulillah hari ini hubby dan firas dah sehat seperti sedia kala..cuma hubby batuk-batuk tu biasalah... "rajin sangat" makan ubat..sebab tu lah.. hehehe
dan firas pun ceria seperti selalu, setia dengan gocehnya yang hanya difahami oleh dia...heheehe :)

ni lah mak kakak..kazen aku yang kahwin semalam :)
jelita kan?..

sebelah mak kakak ni adalah aku, heheh tapi gambar terpaksa di "cut" atas sebab keselebetan aku..hahaha (aku comot larr)..so, kita tengok pengantin yang jelita je ini ya?
hahahhaaha


^^ Dan Bila Bapa-Bapa Menjaga Anak :)

Hehehehe aku suka! suka sangat...tapi kenapa? hehe sesekali bapak-bapak menjaga anak, seronok bukan? so para ibu-ibu boleh relakssss kejap dan yang penting dapat bergosipp gurlsss.. ahaksss.. suka tau :). aku, kak ipar aku dan mak aku berborak2 lah tanpa hiraukan bapak-bapak menjaga babies ni. hehe.. bukan apa, aku tahu yang hubby aku lagi pandai jaga anak :) berbanding aku. sebabnya dia punya adik beradik yang ramai dan sewaktu adik2 nya kecil, hubby ku lah yang jaga, bagi susu, mandikan bb, tukarkan dipaers. :) hehehe untung aku. hahahahahha 
yelar, aku ni mana ada pengalaman jaga baby sangat, anak buah tu pun setakat jaga gitu-gitu aje.. heheheheh



manakala abanglong aku ni dah punya sorang anak, so memang tak menjadi masalah lah nak menjaga si comel ziqri aqil nih :).. gambar kat bawah ni abang long aku baru balik kerja dengan tak tukar baju lagi terus mendodoikan aqil tidoo :)

ni abang aku...sengeh apa tu? rela ke xrela jaga aqil tu? hehe

hubby dok zikir kat firas..sampai senget2 pala anak tu..cian eh

kejadian ni dah lama berlaku, waktu tu awal bulan 5 2011..hehe di rumah mak aku. dan kini ianya tetap berlaku dan berterusan lah terutamanya bila kami pulang ke rumah mak. hahaha.. aku, kakiparku dan mak ku bergosip..manakala ayahku memantau para bapa menjaga anak..

cayalah atok! hehehe

^^ Kene Enjek Lagi...:P

Semalam firas kene enjek 3 bulan. syukur alhamdulillah semuanya ok :).. bulan depan tak payah enjek dah. rehat jap yoooo..sian aku tgk firas kene enjek..meraungggggg bagai, tapi jap je. pastu dah ok sebab kene pujuk ngn ayah. hahaha..ibu tukang pegang kaki firas, ayah plak tukang pujuk..yeay!

jap je anak aku nih dah 3 bulan..syukur..mmg tak sangka aku dah ada anak. jadual memang bertukar dah wehh.. takleh nak rehat sangat.. sementara nak tunggu dia membesar kan? :)
anak ke dua? bila?  heehehe.. bila aku betol2 dah bersedia..ecehhhh..tunggu firas besar dululah..hahahaha (xsedarke umur ko tu dah berapa?) :))..

sedang menunggu giliran untuk di enjek. :)


sibuk nak melepaskan diri dari pelukan ayah..heeeeeee ayah dh geram

mak aku ngn mak mertua aku kata muka firas cam aku, cuma tang mata firas je ikut mata ayah. hehe.. akhirnyaaaaaaaa ada gak rupa firas ni ikut aku. hahaha boleh gitu? aku tak kesahlah ikut sapepun firas ni, asalkan anak aku sihat membesar dengan baik.....aku sangat bersyukur.

amin :)

p/s: jumaat ni ibu kene duty kat skool, harap firas behave dengan ayah..hehehe malas haku nak hantar pengasuh.. biarlah bz cmana pun, aku nk jg anak aku sendiri time coti2 nih :)

^^ 100 Hari...Syukur

Syukur alhamdulillah..Hari ini firas genap 100 hari :)

kejapje rasanya anak aku ni dah 3 bulan..pejam celik, celik pejam..jap je 3bulan. terima kasih YA ALLAH atas kurniaanMU. aku bersyukur.....Firas dah panai ngiring..dn sekarang ni dia tgh cuba-cuba nk tiarap sendiri.. ayooooo...makin lasak ini budak :)

 muka boosan nih..hihihihi
suka bila diagah :)

firas dah bootaq! hahaha.....satu petang tu ayahnya decide nak cukur semula rambut firas. yelarr sbb nenek2 kat kampung bising2 suh cukur balik, kiteorng ni tak kesah...asalkan ada rambut pun okey..tp, hubby kata suh cukur, maka cukurlah rambut firas yg dulu ala-ala profesor tapi kini dh bootaqqq semula..hihi.. moga2 rambutnya tumbuh sekatalah plak..:)

ala-ala profesor ;p

dulu rambut firas adalah seperti di atas, ala-ala prof gitu. tapi, ada gak yg pnggil the flash...hahahah hampeh tol korang..

hohoho minggu nih ada jmputan kat muor...hoooooooooooooooo..harap firas behave ya... :)

^^ Kami Ber'McD' :)

Petang tadi aku dan hubby serta firas pergi bercanda di mcD. nyum nyum..alhamdulillah, akhirnya dapat jugak kami ber'mcD' setelah sekian lama tidak.. hehe kiteorng ni jarang ber'mcD' disebabkan faktor kejauhan McD tu yang jauh dari rumah kiteornag nih. jadi, tadi ada peluang ke BP, kiteorang singgahlah ke McD BP :)

Aku makan ala carte Mc Chicken je.. hubby plak super deluxe.. hehe kot, lupalah namanya.. n si cinonet firas plak minum susu je okay. hehe..ni kali kedua kiteorng bawa firas keluar makan di luar :). yang pertama kali tu kiteorng bawa firas makan di pizza hut bukit pasir. hehe mmg gudboi lah firas nih. nasib ada carrier, so bolehlah dia dok diam dalam tu. tapi, tak lama pastu hubby tak larat dh nak guna carrier, so dia dukung jer. hehe :)

nak bawa stroller, rasanya nantilah. hehe sbb ibu ngan ayah iras ni konon-kononnya larat lagilah nak bawa firas ni..hehe so layannnnnnnnnzzz gambar-gambar di bawah yer.







hahaha korang jangan gelakkan rambut firas tau...hahah bakal profesor anak aku nih. amin :).. selepas cukur semasa dalam hari, rambutnya tumbuh camni lah..hihih apa orang kata? cukur bantal? hehe agaknyalah kot.. so, rasanya cam nak cukur je balik agar ia tumbuh sekata. hehe...so, nantikan gambar terbaru firas okeh? :))

selepas bercanda di McD, kiteorang decide nak ke K4 tuk membeli barangan dapur yang dah tinggal cinonet dalam esbok tuh. so, hubby nak belanja lebih jadi aku sambar lah apa-apa yang patut. hehe... yeay!

^^ Dah Pandai Goceh..

hari ini firas dah 87 hari. :)..lagi 3 hari genaplah firas 3bulan. wahhh...kejapje 3bulan, pasni 13 bulan, pastu 3tahun, pastu darjah 3, pastu 13 tahun...wahhh..semua 3 tau. hahaha..
firas dah pandai goceh sekarang ni. tahu ke goceh tu apa? :)... goceh tu dah pandai borak2 dan bual2... apa yg dicakapnya tak difahami tapi..nak gak bergoceh goceh..hehehe...

hehe..sukanya aku tengok..masa mula-mula dia goceh tu, hati aku tersentuh sangat. air mata ni bergenang dengan tiba-tiba bila tengok firas goceh..sebab aku gembira sangat-sangat.. alhamdulillah firas membesar dengan baik dan dia membesar depan mata aku. satu-satu perubahan firas aku rasa dan lihat sendiri. akhirnya aku alami sendiri perasaan seorang ibu..

jadual tidur firas pun dah berubah sedikit demi sedikit..syukur. sebelumni, kalau malam dia tidur lebih kurang jam 3 pagi dia akan bangun dan berjagalah sampai ibunya nak ke sekolah. aduyaii..mana lah ibu larat kalau hari-hari begitu. tapi ibu ayankan jer...huhuh dan sekarang ni syukur, firas akan terjaga jam 2 lebih pagi.. dan aku main-main ngn dia, main pok amai-amai, zikir-zikir dgn firas, menari-nari ngn firas..pastu tak lama kemudian pasti dia akan tertidur. dalam jam 3 dia akan tidur dan akan bangun tuk kejutkan ibunya pi sekolah ni dalan jam 5lebih pagi. hehe...

firas..oooOOoOoo firas...mcm-mcm anak ibu nih.. tapi, apapun ibu tetap sayang firas... :)
siapa tak sayang anak oitt......
hanya orang yang tak berperikemanusiaan je yang sanggup buang anak.. aduiii..
manusia...manusia.. hurmm..


firas yang suka goceh :)

oh yer, firas ni guboi bila tinggal dengan pengasuhnya. kakmus tu kata,
"senang akak jaga firas nih, tak banyak ragamnya.."

hehehe...cuma kalau bab nak tidur..aduhh, hanya bapanya saja yang larat mendodoikannya. huhuh..


^^ Dan, Bila Dua Budak Comei Berjumpa....

Malam selasa baru ni aku pergi bawa firas jumpa sepupunya yang sebaya dengannya, anak abang long aku. umur dieorang ni sebaya, cuma si ziqri ni lahir lambat 2 minggu sahaja dari tarikh lahir firas. Ziqri!! Ziqri dah balik dari perak..yeay! abg ziqri, si zahin pun dah besar dn dah nmpak susut plak. aduhaiii cian anak buah aku tu. zahin makin hensem boi!, rambut makin panjang, tp tetap hensem.. hehe nnt aku upload gmbr zahin :)


Dan, bila dua sepupu ni berjumpa...hahaha macam-macam lagak gayanya...
mula-mula tu masing-masing tak nak bertegur sapa. hohoho..kenapa kah?
ziqri (berbaju belang2) : siapa sebelah aku ni? firas ke? hohoho botaq chin betol kepala dia.. dia xde rambut tengah plak tu? ish ish ish..kesiannya... :))
firas (berbaju biru) : hurmm..aku kat mana ni? sebelah aku ni ziqri ke? wow...dia ada rambut lah.. huhuhuh uisshhhh...wahh sedapnya dia kutuk aku? ni xleh jadik ni...

Ziqri: ishhh....sebok betollah firas ni..mengacau je larr, tepilah sana sikit. huh...rimas..rimas, jangan lah baring kat sini...xsuka arr..
firas: ewah...ewah.. eksen yer ko ziqri..arghh...peduli arr, aku nak baring sini gak. hahaha ada aku kesahh? heeeeeee

ziqri: eh eh...xdengar cakap aku yer...meh sini aku siku..wachaaaaa. hahaha tepi tepi! aku rimasss, jangan kacau aku..
firas: uwekkkkk...xnak!xnak! hahahhaa...aku nak dok sini juga.. hahahaha padan muka!!

Tak lama kemudian,

Firas!!! Ziqri!! Behave!! Jangan gado!
firas: alamak ibu kita dah menjerit lar ziqri..takotnya!takotnya!hohoho.... (ai ai ibu) sambil mengangkat tangan..
ziqri: a ah lar firas..takotnya...aku cabut dulu...
larikkkkk

hohohohohohohoho

p/s: dialog di atas adalah rekaan semata-mata.. xde kaitan dgn budak kecik nih. aku tgh bosan, saje menyakat. hahahahaaha

^^Akhirnya Bercinta Berdating Berdua :)

Hikhikhik...(ketawa gedik okehh) hahaha.....gatalnya aku..:) 


Malam tadi, aku pergi bercinta berdating berdua sahaja dengan hubbyku. ehem ehemm...hihi apa taknya dah lama kiteorng tak pi berdating berdua je setelah lahirnya firas :)
dating berdua je? firas mana?......................


:) Seperti biasa tiap hujung minggu aku akan pulang ke bp, dan aku mlm td aku saje2 ckp ngn mak aku minta tolong tuk tengok2kan firas untuk malam nih. hehe dan mak aku okje, no prob mak aku kata. 


"pergilah, dah lama tak kuarkan. takpe mak boleh jaga firas."


hihihih sayangnya aku kt mak aku..memahami ;). aku dan hubby apa lagi, suka bagai! :) 
Aku ngn hubby punyai hobi yang sama iaitu menonton wayang yang latest. tapi tengoklah cerita apa yang best dan meletopssss. Kiteorang g dating kat wayang jer, tengok cerita THOR. hahaha.. post entry mcm dating jauh je kan?macam g honeymun berdua jek..padahal g tengok wayang aje. hahaha....wayang tu start jam 830 malam dan abis kira2 10suku malam. 


Tgh dok tgk wayang tu, dalam masa yang sama gak hatini bagai tak tenteram ingatkan firas ngn mak tok kat rumah. hehe..firas ragam ke? susahkan mak tok ke? aduyaii... pala ni asyik dok ingat firas je, sampaikan hubby aku perasan..


"ni nak tengok wayang ke, nak tengok jam je?"


hahahaha..aku sengih. aku ingat kt firas je dn asyik dok tengok jam bila nak habis citer ni. tapi aku khusyuk gak tengok citer THOR ni. mitosss aje, tapi macam best jer orang omputih ni buat citer. kagum aku! Dalam wayang tu sejuknya aircond, tak hengattttt!mengigil aku tak pernah2 mcm tu. kat luar shopping mall tu hujanjer..huhu sejuknya, cptla hbis wyg nih. padahal dh pakai baju sejuk pun masih terasa sejuknya hingga ke tulang nih..


Jam 10suku, citer pun habih. Hubby dok ajak pi ngeteh jap kat mamak. :P tapi, aku tak nak.. sebab aku asyik dok hengat kat firassss... aku takot dia meragam je. bukannya apa pun. huhuh so, tak jadiklah ngeteh. cian aku tgk hubby. huuhuhu..sori yang..hohoho.. on d way back, ada plak ler road block kat depan umah..aler...rajin benor wat kerja tgh2 malam nih. huhuh..sabau je lar..


pix dr google image..
not bad lar..:)
hubby kata akan ada sambungannya sebab loki tak mati. heheheheheh


p/s: Tak sabar nak tnggu umur Firas 8bulan.sekarang ni baru 2bulan lebih.. hehe sebab apa? sebab nak bawa Firas jalan2 makan hangin naik belon..amin insyallah. moga2 dapat makan hangin together2 ngn ibu, ayah dan Firas :)

^^ Enjek Enjek Semuttt...auwww

Firas kene enjek-enjek semut selasa lalu. huhuhu...firas gud boi sgt..nangis ms enjek jer, pas nurse tarik jarum..terus firas diam..hihihi gud boi anak ibu nih :)
Kemudian, balik dari klinik tu terus je bagi firas ubat demam..huhu takot2 dia demam..cepat2 bagi dia ubat. alhamdulillah firas kuat mcm ibu, firas tak demam... hihihi sayang firas!


ni ubat demam yang kk bagi, 2.5 sekali bagi. aduiyaiiii..melalak jap firas pekena ubat kk yg tak sedap nih. hahahaha

kesan enjek, tak nampak sangat sebab kamera hendpone je wehhh..hahaha hp tak canggih pung :P



nyenyak betol tido setelah diberi makan ubat. huhuhu..cian anak ibu setelah penat melalak. hehe

so, next meeting adalah pada hujung bulan 5 nanti. hohoho makin nak membesar, makin besar jugaklah cabarannya. hehe..sayang firas!