Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts

Dua Puluh Satu: Jalan-Jalan Tanjung Bidara


Salam 1 Malaysia... hehehe

Lama aku tak hapdate kat sini. Maaf ye semua, agak sibuk di rumah melayan anak-anak dan sudah tentunya sibuk di sekolah dengan PdP dan program yang diadakan.
Masa cuti Raya Cina minggu lepas, kami empat beranak ambil kesempatan untuk berehat-rehat dan bercuti-cuti dan berjalan-jalan ke Tanjung Bidara, Melaka. Raya Cina kompemlah jalan jammed sana sini kan? tapi alhamdulillah aku bernasib baik tak merempuh jammed di highway dan juga di bandar Melaka. ^^ sebabnya, aku pergi awal sehari sebelum hari raya cina. ngeh ngeh ngeh..
Ini kali pertama kite orang bercuti di Tanjung Bidara dan tak pernah sampai kat area ni. Jadi, on the way ke sana aku yang drive, maka berlakulah kesesatan jalan masuk simpang bulatan kecil di antara Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak. Maps tak boleh pakai betollah...... cettttt!
Pusing punya pusing punya pusing....alhamdulillah kami sampai sana pada pukul 2 suku petang ^^. Kite orang bertolak dari PR ni jam 11 lebih dan ambil masa 3 jam untuk sampai ke Melaka. Jalan agak berliku-liku, turun bukit naik bukit.. fuhhhhhhhh akhirnya sampai. Syukur sangat.

First impression aku tengok TBBR ni *Tanjung Bidara Beach Resort ni memang cantik view kolam, ruangan santainya. Cantik ^^. Nora bagi 3 bintang *** (",)
Sampai sana aku ke kaunter dan terus check in tak perlu tunggu lama di kaunter untuk masuk ke bilik. Nasib baik service baguih. Cuma kite orang tak ambil dengan set breakfast sekali. Tapi xpe, cafe kat sini okje. Macam kat cafe cafe luar. Nak order apa-apa pun boleh. So, petang tu kite orang malas nak drive keluar dan makan je kat cafe tu. 4 orang makan cuma 29.00++.. ok lah kan? kalau makan kfc pun sama je harga. hehehe..nanti aku haplod gambar makannya yer.

Oklah, jum layan gambar dulu yuk... ^^



ni roti TBBR. dalam menu tu tulis cenggini Roti TBBR. Seriously murah dan sedap dan banyak dan tebal. aku dah makan sikit tu. tengah makan baru teringat nak hamek gambor. so, jadilah rupa gitu ^^. berlapis lapis. stiap lapisan roti ni ada telur..ada ayam..ada telur lagi..ada ayam..ada telur. aku makan tak habis dan mintak tapau ke bilik. hahahahaha hada hakak kesah nk bungkuihhh? heheehe kalau kat otel-otel bosar takkan dilayannya aku nih mintak tapau bagai :PP


kentang ni penuh asalnya..anak-anak aku seronok makan sampai tinggai sikit lagu ni lah ^^


nasi ni laki den punya. biasalah orang lelaki memang cari nasik. tak de nasi tak nak makan. hahaha cettt apa punya orang daaaa


ni lah anak-anak aku yang tak sabor nak terjun sat g dalam kolam renang tu. yang luas tu selat melaka, banyak betul kapal lalu lalang kat sini ^^


nampak tak anak-anak aku dah terjun ngan apaknya? aku dok tepi je lah.. belum rasa nak terjun lagi tapi kejapje kat tepi tu...x lama pastu aku join. 


yang tu kolam orang dewasa. kite orang mandi kat kolam kanak-kanak je. hehehe


ni anak aku takot-takot nak mandi..tak lama pastu haishhhhh terjun sendiri sebab tak tinggi mana pun kolam renang kanak-kanak nih ^^. kite orang mandi jam 3lebih.... mulanya tak nak sebab panas lagi. haishhhhhh anak-anak aku buat drama nak mandi time tu juga. aduihhhhhh terpaksa lah layan.habis aku sunburn lah juga sikit. 


balik bilik je anak-anak aku layan mata. lama juga tidor dari jam nam sampai ke isyak. huhuhu bangun-bangun je terus keluar cari port nak makan. sebab apak ngn amaknya dah kelaparan ^^


yang ni keesokan harinya. dengan tak mandi lagi terus round-round kat kolam dan juga tepi pantaai. huhuhuhu jam ni lebih kurang lapan lebih pagi ni. ingat nak tengok matahari terbit. rupa-rupanya salah port. tempat kiteroang ni matahari terbenam je boleh nampak ^^


dieorang takmo mandi pantai sebab takot ombak. haishhhhh jakun betollah anak-anak aku nih. so, kiteorang main air je kat tepi tepi tu.


Kesudahnya, anak-anak aku terjun kolam tanpa tukar baju dieorang. hahahahahahha lantaklah. dapat sejam dua pun jadiklah kan? pas mandi manda naik ke bilik dan get ready nk cek out terus 


Amik gambar instagram kat TBBR.. hehehe gambar ni masa nak cek out. ramai betol orang kat kaunter, so kite orang amiklah gambar kat kawasan nih ^^


Tak lama pas masuk kete, anak-anak aku teruih ngorok kepenatan mandi kolam. ngeh ngeh ngeh.
aku pun layanlah jap mata sejam. sebab balik ni laki den plak yang drive thru...hahah opsss salah...drive balik sampai PR.

Walau dua hari satu malam je, kite orang enjoy jalan-jalan dan mandi-mandi kat TBBR. hakak bagi 3 bintanggggg ***


Sekian

chow




Dua belas: Aku Cuti-Cuti Singapore



Aku dah janji kan nak cerita kemana aku pergi jumaat lepas? ^^ aku dan kawan-kawan aku ke pulau sentosa, singapura. yeayyyy.
ni kali kedua aku ke sana tapi berlainan tempat. Yang pertama dulu aku ke USS semata-mata. Tapi kali ini aku ke Sea Aquarium Singapura, Muzium Trick eye dan Madame Tussauds Singapura.
Sepatutnya kita orang pergi tme cuti sekolah bulan dua belas yang lepas, tapi disebabkan ada kekangan di pihak aku makan ditunda ke bulan satu. Alhamdulillah dapat kawan-kawan yang memahami. ^^
yang penting encik somi bagi dan dia tolong jaga anak-anak. heheehe nasiblah ye encik somi, dapat puan bini yang suka berjalan-jalan melancong. yang penting juga pandai jaga diri dan maruah suami. insyallah (^^,)

aku dan juli bergerak ke jb pada jam 615pagi dan sampai di danga bay jam 730pagi. nasib baik bus belum bergerak lagi..hehehe 745pagi barulah bas bergerak menuju ke imigresen yang mana memerlukan dua kali kiteroang turun naik bas. satu di imegresen jb dan satu lagi di woodlands. Sakit kaki woooo turun naik turun naik bas plus drive jauh bp ke jb. heheehhe tapi xpe, demi rakan-rakan sekalian ku gagahi jua ^^.

Cuaca sangat baik pada kali ini. nyaman damai dan panas pun tak panas sangat. semuanya rasa tenang dan baik.

Kiteorang sampai jam 1020 pagi dan tempat pertama yang kami tuju adalah SEA AQUARIUM SINGAPORE. besar betul dalamnya dan banyak jenis ikan yang ada dalam ni. Konsep sama seperti Aquaria. akan tetapi SEA AQUARIUM SINGAPORE ni lagiiiiiiiiii besar ^^.
Rata-rata di sini semuanya speaking kerana bahasa utama mereka adalah english. dan nasib baik english aku ok, jadi senanglah sikit untuk berbicara. ^^

Agak banyak juga gambar yang diambil oleh rakan-rakan aku. dan kebanyakkannya ada di dalam FB. kalau korang nak tengok boleh jenguk photo album FB aku k. aku upload sikit je kat sini :))







Suka dapat kawan-kawan yang kaki jalan. So next trip ke manakah kita?
?
?

^^

chow



Aku dan Retis^^



Assalammualaikum semua...

Dua hari aku tak membebel kat blog ni sebabnya dua tiga hari ni sibuk sikit balik kampung dan menenangkan fikiran yang serabut serabai ni. Alhamdulillah rasanya sekarang ni sudah tenang sedikit. Moga-moga.... insyaAllah..

So, Harini aku nak cerita pasai retis. hehehe..korang mesti tahu apa tu retis kan? ala...artislah...^^. yeappppppp aku jakun. Tak kisahlah kan sebab aku tak susahkan sesiapa pun.. aku cuma susahkan diri aku je. tapi, kalau dah minat...x rasa susahla. asal happy sudahaaa ^^. aku ni kalau boleh semua retis ke, semua yang glamer-glamer ke, pm ke, atlet ke, atau sesiapa saja yang aku minat memang aku nak terjah dan hamek gambar banyak-banyak.. hahahhaha tapi berpada-padalah kot.... Tapi, kalau kang gary, lagi aku sanggup. tahu ke sapa kang gary? sape peminat running man kompem tahu :))... hahahah tapi kalau kena bersesak-sesak, berebut-rebut macam fan meeting dieroang buat november lepas tu..2,3 kali jugaklah aku pikir :))

okay dah melalut.....berbalik pada tajuk kat atas tu....aku nak bagitahu yang aku jumpa retis.... hahahahhaha mula-mula tu aku tak perasan itu dia. tapi aku tengok sekali lagi sebab nak kompemkan...maka kompemlah itu FYNN JAMAL ^^. sangat sempoi berjubah hitam dan bertudung hitam. manis je... maka, aku ikutla dia dari belakang sebab nak amik gambar. kebetulan bateri hp aku kong. sama jugak ngan laki aku. aiseyyyyy x de can lah aku nak hamek gambar ni... nak dijadikan cerita, laki aku rupanya matikan hp dia..bukannya habis bateri. CETTT... maka, aku pun sempatlah kejar dia dr belakang. hahahaha alhamdulillah dia berhenti di booth menjual barangan cenderahati malaysia, dan aku sapa dia.....

"kak fynn, boleh bergambar?"....dia senyum dan......
"assalammualaikum, eh bolehhhhh jumlah"... 

Alahaiii aku yang malu sebab sangat tak sabar dan lupa nak bg salam. hahahah aku tak kisahlah apa orang nak kata pasal dia, yang penting aku minat arjuna beta. BEST lagu tu... dan masa tu juna takde sebab kak fynn nak g meeting... jadi juna x ikut...

so...itu je cerita aku dan retis ^^

p/s: korang msti dah biasa tengok retis kan? yup..aku xbiasa sbb aku hanya orang kampung... hehehheheheheheheh jadi, AAK korang nak kata apa? (",)............


chow



aku, faris dan kak fynn jamal
(masa ni kak fynn peluk aku dari belakang sebab nk bergambar sama (**,)



Aku jahit manik..^^



cuti-cuti ni selain daripada aku mencuba resepi-resepi yang ada di pakcik google ni, aku juga ada buat satu lagi hobi ni... ahakssss jahit manik di baju. hehehhe.. aku bukannya profesional tapi baru beginner sahaja.. cewahhhhhh. mula-mula jahit manik ni pun aku belajar dari cikgu kat sekolah dan juga dalam youtube. ^^

aku nak menjahit baju kurung ni aku tak pandai...apatah lagi nak mengait mafla pun aku tak pandai sangat...maka jawapannya adalah menjahit manik je lah yang aku terer sikit pun.. (manik pun mahal kan? hehehe tapi cantik-cantik)..sabarjelah..

ni hasil jahitan manik yang aku buat di lengan tangan. gambar yang aku ambil ni tak berapa cantik sebab handphone aku ni jenis yang murah je. dan juga...jahitan manik yang aku buat ni tak berapa menarik sebab jahit yang simple simple sahaja (beginner kan?) ^^...gambar ada lagi...tapi tak sempat nak upload banyak-banyak. sebabnya aku berperang dan berebut handphone dengan si anak aku yang kecil ni ha.. sabajelarrr lagi..

tadaaaaa.....







Lepas ni nak sambung jahit manik lagi...sebab ada baju baru yang baru siap dijahit, jadi tangan tu nampak kosong jer... so nak acu-acu manik yang sesuai. hehehehe takpelah, slow and steady je. insyaallah berkat kesungguhan dan sabar, ada hikmahnya nanti.Amin

ok. chow

p/s: esok lusa tulat tak dapat nak hapdate blog ni, sebabnya hakak nak g holiday. (dalam negera je pun) dekat aje...^^ yeayyyy alhamdulillah akhirnya dapat juga pergi holiday, setelah hampir 4 minggu terperap di rumah dan minggu depan dah start kene g sekolah.. hohohoho syukur sangat. hehehe


Mood sedih lagi



mood aku tak berapa nak best hari ni lah.. spoil betol...huhuhuhuhu

sebabnya........ 

aku tak jadi nk g vetnam...huhuhuhuhuhu sedih hakak...hakak dah verangannn plan baik punya nak g sana tu.. verangan nak shopping bagai kat sana. (biasalah pompuan kan..) tapi, apakan daya......dah terlambat. aku pun tak sure sama ada aku yang bagitahu lambat ataupun orang tengah yang sampaikan lambat...uwawawawawawawa :((

tak apalah...xde rezeki hakak nak naik kapal terbang sekarang kot. adehhh

so.... hakak plan nak g tahun depanlah pulak bawak anak-anak sekali...airasia tengah buat promosi gilers babas nih sampai esok. macam menarikje aku tengok. tapi, nak g mana? bali? busan? japang? aussie? chewahhhhhh... memang kaki verangan...^^ tak apalah,nanti rajin-rajin aku skodeng lagi web AA tu. manalah tahu ade rezeki jumpa kang gary kat seoul tu. hahahahahaha best juga verangann nih. ^^



tengok web AA...dan wajib tengok kalendar nih. hehehee sambil nyelam mnum air. pastu baca blogger lain punya cerita..baca experince dieorng g melancong... ambil tips mana yang okay..sedikit sebanyak dapat info yang kita nak.. ye tak?

well well well...

hakak nak blog walking jap ye..

chow



Aku Letak Cursor Kiut kat Blog ^^



Hai semua!

Sepanjang minggu ni aku asyik dok ngendap komputer je. Bukannya apa, mungkin sebab lagi 2 minggu lebih je nak naik sekolah..jadi aku downloadlah apa yang boleh di download di internet nih. terutama sekali dah tentunya RPT..DS..DSP dan lain-lainlah kan.Bukan tak nak guna yang lama,.. tahu-tahu ajelah...tiap tahun kan berubah. Kejap gitu..kejap gini.. so..layankan sahajalah ^^

Jadi, hasil yang aku dapat untuk hari ini dengan mengadap komputer je ialah..... hehehhee

cara-cara/ tutorial membuat cursor kat blog.

Korang tahu kan apa itu cursor kan? ni haaaa contoh yang ada kat ternet...



hahahahaaaha nampak sangat aku jakun kan? ^^.. sajeje nak mencantikkan blog ini dan juga nak nampak comel, maka aku gunalah cursor yang comel ni. korang nampak rabbit putih tu? heheheh...tu lah cursor aku dapat hasil dari aku belajar dari blog adik ni. Kreatif betol adik ni. murah hati pulak tu...terima kasih banyak ye adik... moga adik suksess selalu (",)

ok aku nak sambung dengan pakcik google nih..

chow


Resepi: Roti Jala Lembut


Post kali ni aku nak kongsikan resepi roti jala yang dah aku buat. sebenarnya dah banyak kali la aku buat cuma yg kali ni aku buat gebus gebas lembut.. aku ni time coti-coti xde keje sangat. (banyak kerja tapi malasssssss) ^^...so aku google lah pakcik coogle ni mencari resepi apa yang ada untuk dimakan. alarrrr tak apalah, sekali sekala..apa salahnya.

ni resepi roti jala yang aku ceduk dari sorang kakak blogger yang pandai masak ni. nyum nyum.. seronok aku tengok blog dia. asyik hapdate resepi yang sedap sedap dan gambar-gambar yang menyelerakan...

nyum nyum..

Roti Jala Lembut
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar marjerin (dicairkan dahulu)
sedikit perwarna kuning
1 sudu kecil garam
sedikit minyak (atas kuali)

Cara-Cara
- Korang campurkan semua bahan ni dalam satu mangkuk dan kacau menggunakan whisker hingga sebati. Lagi mudah kalau korang guna blender. (aku guna blender jek) ^^
- Panaskan kuali..lengserkan minyak sikit atas kuali
- Guna acuan roti jala, korang ceduk adunan dan kiraikannya atas kuali
- Tak perlu balikkan, angkat terus dan letak atas pinggan. kemudian, lipat dan gulung ikut suka korang
- Makan roti jala dengan cicah kari sangat sedap. cubalah ^^


ini lah hasil aku pergi menjala :))



Nanti aku cari resepi yang lain...try dan hapdate kat blog yer.
kalau rajin..... ^^ heehheheheh
chow

Penat



Salam semua..bertemu semula di lembaran yang baru.. lembaran cuti sekolah dah masuk ke minggu yang ketiga. aduyaiiii cepat plak masa berlalu.

wahai waktu,,masa dan jam, perlahan-lahanlah kamu berdetik. sesungguhnya saya memang tak puas nak berehat-rehat di rumah..memanja-manjakan diri dengan dapur baru ni..... sabar yeeeeeer. ^^

Sejak cuti dah masuk minggu kedua ni, badan..minda...masih lagi letih,penat dengan urusan rumah yang tak pernah habis. huhuhuhu...badan masih penat sebab mengangkat kotak-kotak yang bertimbun-timbun masuk ke rumah baru ni. ni pun masih lagi ada barang bertimbun kat bilik belakang yang masih belum selesai..walhal katil, almari, tb, petia ais DLL dah susun dengan sebaik mungkin..tapi barang2 lain tetap ada laie. camno den nak buek ni? adehhh

#sape nak wat parttime? nak nulung aku ngemas? pm :))

bz bz pun, den tetap ingat kat sekolah hokay ^^
hahahaaahah rindu kawan-kawan



nanti hakak sambung lagi hokay

^^

chow

Cuti Sekolah November 2014


korang tahukan tak lama lagi nak cuti sekolah? tak lama apekebndanya? esok last day sekolah bagi negeri johor. maka dengan ini kami akan start cuti pada jumaat lusa ni la. weeeeeehuuuuuuuuuuuu syok. tapi x berapa nak syok sebab cuti tak pegi mana pun. TETTTTTTT! BOHSAN HOKAY!!!! tapi kenapa????

sebab pertama..rumah nak siap, maka kena pindah...nak pindah kenalah berkemas bagai. kena sediakan kotak. kena buang apa yang tak guna. nak buat garage sale, macam xmasuk dek akal. kalau kat kl lainlah..kompem ramai pembeli. kat parit raja?? hahaha nan adooooo. okey sila janganlah berangan nak buat garage sale bagai. mebbe bagi dan sedekahkan kat sape2 ataupun bagi kat kitar semula lah jawapannya. hahahaha sedekahkan banyak pahala...... ^^

kedua...sebab nakmasuk umah baruni, maka duit banyak habis...hahahahhah YE!!! jawapan yang tepat!.
duit mengalir bak air terjun yang takkan berhentinya. yang takde trapic lite. yang xde penghujungnya...

huhuhuh sekian :)

Cuti sekolah datang lagi....


cuti sekolah nak dekat dah ni..
^^ entry aku asyik citer pasai cuti sekolah dan naik cuti sekolah kan? hehehe baru aku perasan.. tapi takpelah kan..layan kan aje sbb dah namanya pun cikgu.. cuti lah benda wajib yang mesti nak citer.. cuti sekolah tinggal lebih kurang tiga minggu je. apa plan? nak bawa family korang ke mana?
aku ada satu tempat nak bagitahu kat korang. tempat ni best.. seriously..

LIMASTIGA.. thumbs up.!!

tempat ni sesuai sangat korang buat family day. rumah-rumah limas di pinggir bandar melaka. nanti ada masa, korang try la cari kat pakcik google. dua tahun lepas, family belah mak aku wat family day kat limastiga ni. yang bestnya terutama sekali tentunya swimming pool nya yang besar.. dan ada juga pool untuk kanak-kanak. ^^

meh aku tunjuk sikit gambar kat limastiga, melaka...




cantik kan?.. rumah-rumah nya cantik. bilik-bilik pun banyak... tempat bersantai pun ada... ada ruang tamu yang besar.. karaoke...cafe kecil dan parking pun luas. tak rugi korang datang sini... cubalah bawa family ke sini... kalau korang nak rasa keunikan rumah-rumah limas di pinggir bandar.. meh lah try semalam dua di limastiga....
korang akan rasa kelainannya.....

cewahhhhh.... selamat meng'review' tempat-tempat menarik untuk cuti sekolah tak lama lagi... yeayyyyy

^^Permulaan cuti sekolah...


Assalammualaikum wbt

Bertemu kembali di lembaran kali ini.....
Yeay! cuti sekolah u olss!... even seminggu pun, amat bermakna. hehehe tapi di permulaan cuti sekolahku, berlaku perkara yang tak diingini. Anakku si Faris keracunan makanan dan dimasukkan ke hospital selama
3 hari dua malam. Kesian sangat...

Bila anakku dah discharge, somiku pula sakit dan terlantar kat rumah jer. Harini masuk hari ke tiga. manakala ayahku pula juga disahkan keracunan makanan balik dari JB. alahai......satu persatu
perkara menimpa famili aku. Allahuakbar.

Moga aku dan familiku tabah menghadapi dugaan ini. Allah SWT tak akan membebani hambaNYA
jika hambaNYA itu tidak mampu menanganinya. Insyallah aku boleh.

Amin.


^^ Jadual Cuti-Cuti 2012

Salam semua...

:) Cuti masih lagi berbaki 4 minggu, tapi aku dah update plak jadual cuti-cuti untuk tahun 2012 nanti. hahaha nampak sangat aku nak cuti aje kan? :P


ni aku search kat google.com

ni pun aku search kat google.com gak

kejap je cuti kan? pejam celik pejam celik dah nak naik. rasa nak cuti je lama-lama-lama-lama lagi. :) ha..ah yelah tu,buat sekolah depan umah ler...

^^ Masa Rehat Kembali Lagi


Alhamdulillah.. cuti sekolah kembali lagi. :) masa untuk berehat-rehat.. yeay!
Rehat pun tidaklah rehat sangat sebab apapun kena jaga sekolah juga untuk 2 hari dalam seminggu. hohohoho bukan tiap-tiap minggu ya, tetapi setiap guru mesti hadir 2 hari ke sekolah sepanjang cuti sekolah berlangsung. :)

oklah tu kan 2 hari je? sebelum-sebelum ni kena hadir 1 minggu.. hehehe..nasib baik GB baru ni 'baiklah sesangatttt'..hahahaha

baiklah, aku dah melalut.. cuti-cuti ni rasanya tak ke mana pun. dan kompem akan sangat buhsan dok rumah je.. hmm...hubby pun tak de perancangan..just tunggu dan lihat sahajalah mana tahu ada ad-hoc planning ke kan? mana tahu ada surprise planning dari hubby ke kan? hohohoho (berangan je lahhhh) xde maknanya.. :P

apapun jemputan kahwin tetiap minggu tetap ada.. kena standby hadiah dan duit becek je lah nampaknya.. huhuhuhuhu..

^^ Lamanya Tak Hupdate

Salam

Lamanya aku tak hupdate lah kat sini.
sibuk dengan kerja-kerja kat sekolah, membataskan aku untuk hupdate dan bercerita kat blog nih.
biasalah tu..
kejap rajin, kejap malas... aku ler tu :P

Tapi, kehidupan lately ni macam biasa je. tiada apa yang luar biasa..

cuma, minggu cuti sempena perayaan hari deepavali baru-baru ni aku 1 famili bersama-sama dengan famili adik ipar telah pergi bercoti-coti mesia bawak firas naik kapal terbang ke langkawi. yeay!

so far firas amat behave. cuma, biasalah naik flite kompem telinga berdenggung dan firas amat tidak selesa dengan keadaan itu menyebabkan firas agak tidak mahu duduk diam. cian anak ibu..

kalau kerajinan aku ada, aku hupdatelah gambar-gambar di sana yer....ku bilang KALAU... :P

ni gambar aku ngah dukung firas bila tiba di airport langkawi.. boleh plak dia tidur....
:P

^^ Ramadhan Tiba Lagi..



Alhamdulillah....


Ramadhan tiba lagi...


Selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia ini..


marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepadaNYA..


amin..


Selamat berpuasa rakan-rakan sekalian...


Selamat bertarawikh....


Jangan ponteng-ponteng puasa tau..



Dan hari ini JOHOR cuti...yeay! alhamdulillah...hehehe boleh rehat-rehat untuk 1 hari ini :)

Ramadhan bulan yang mulia (",)

-Ikhlas dari Firas, ibu firas dan ayah firas.. :)

^^ Kompem domammmm...

a ah kompem aku demam dan firas juga demam..ciannya anak ibu.. aku dapat mc 2 hari..aduyaiiiii...
pagi tadi, khamis 7 Julai jam 6.45 pagi..

aku dah sesiap pakai baju, pakai tudung dan pakai segala bagai.. aku kejut firas cam biasa, aku rasa badannya..eh panas lah. demam ke anak aku nih? firas celik dan dia tak senyum plak pagi ni.. uishhh..herannya.. aku agah cam mana pun dia tak sengih cam biasa, senyum sikit jek.. aik? bertambah lagi heran aku nih...

takpelar...aku sedapkan hati aku. mungkin aku kacau dia tido kot..tu yg takde mood tuh. huhuhu.. aku angkat firas sebab nak siap-siapkan dia tukarkan pampers cam biasa..dan tup..tup...
uwekkkkkkkssss... firas muntah..
ya Allah, ciannya anak aku...habis baju aku dan tudung aku terkena muntah firas.. ank aku tak sihat.. aku bgtahu hubby, dan kiteorang decide tuk cuti hari ni.. huhuhu..ciannya firas..

dan pagi ni jugak hidung aku dah start mengeluarkan air dan aku batuk tak henti-henti. aduhh.. seksanya sakit batuk ni, macam nak terkeluar dah semua isi perut aku ni. (padahal lum makan apa-apa pun lagi pagi ni :P) mata aku pun dah pedih-pedih ni, tapi badan aku tak panas.aku cek suhu aku sendiri 35.5 jek.. tak panas, tapi aku rasa sangat tak selesa.. aku cek suhu firas, dan ianya panas 36.7. huhu ciannya anak ibu. aku sesiapkan firas dan kiteorang lelekas pergi poliklinik nge kat area pt.raja ni je. nasib lah tak ramai orang..

Bila tiba giliran, masuk pintu bilik doktor dan doktor dan tersenyum-senyum.. bukan apa, doktor nge nih lah yang aku selalu jumpa sejak preggie kan firas, apa-apa nak tahu terus je jumpa doktor ni. doktor nge nih doktor pakat gynae gak, tp dia decide nak settle down dengan membuka poliklinik sendiri.. malas nak kerja kat spital gamaknya..asyik kene on-call jek. :) aik..melalut dah...

Masa nak tunggu giliran firas dipanggil, firas asyik meragam jek..tak nak duduk.. bila diri, pun tak mo gak.. huhu badan dia tak selesa, tu yg meragam jek ni.. masuk bilik doktor, dan doktor dah sahkan firas demam, batuk dan selsema sikit.. huhuhu..ni semua akibat jangkitan dari ibu.. dan demam tu rasanya firas dapat dr umah pengasuh lah. sebab cucu pengasuh tu demam kelmarin. huhu..tak apalah... hopefully demam firas dapat kebah dengan lekas. cian anak ibu nih.

Doc bagi aku mc..alhamdulillah alang-alang dapat dua hari terus..senang..dan esok aku boleh jaga firas kat rumah sendiri, dan tak perlu hantar rumah pengasuh..biarlah aku jaga anak aku sendiri.. sakit, baik, demam, batuk, semua depan mata aku sendiri..

 ayah suap ubat demam

ayah suap ubat batuk

hubby sedang menyuap ubat kat firas.. gud boi betul bila ayah yg suapkan ubat.. dengan ibu? hurmm... mengada lebih.. hihihi

moga batuk aku lekas pulih dan moga anak ibu kuat melawan penyakit...amin :)

^^ School Holidays.. Yeay!

Yes!
YES!
Yes!
YES!
Yes!
YES!
Yes!
YES!
Yes!
YES!
Yes!
YES!
Yes!
YES!
YES!!!!!!!!!!!!!!!!!

pix ikhsan dr google :)

hahahahaha not Year End Sale okeh...it is School Holidays! YEZARRRRRRRRR..... hahaha at last, cuti sekolah untuk pertengahan tahun telah sampai. hehe..even 2 minggu pun, syukur sangat2 dapat cuti dan merehatkan minda setelah berhempas pulas memikir dan membebel di sekolah. haha anak murid aku pun malas dah nak dengar aku bebel, sebab mood dieorang skarang nih nak cuti ajek. :) ngeh ngeh ngeh..

so, apa plan korang cuti cuti nih? aku? hehehe.....aku tak g mana kot..dok melangut je kat rumah merehatkan diri dan mengemas apa yang patut lar. hehe tapi mungkin akan pergi makan di sweet chat lagi. YES! hahaha tu pun kalau lakiku nak, kalau tak..mimpilarrrrr..

kalau jadi g makan sweet chat, nampaknya ni destinasi pertama yang jauh buat firas lah. hahaha agak2 firas behave tak nanti? huhuhu....MIM NUN JIM ALIF tul anak aku sorang nih. hahah nasib ayahnya larat nak layan, kalau ibu? huh..ibu garang memanjang, kui kui kui... berpada-pada lah... :)

oklah korang, SELAMAT BERCUTI YA. even 2minggu pun, manfaatkan masa yang ada tu bersama kleuarga tercinta.. berhati-hati di mana jua anda berada...ecehhhhhhh (",)

^^ Napelar Ko Jauh Sangat Haaaaa?

Bila aku tengok gambar-gambar lama masa aku pregnant dulu, tetiba aku tertengok gambar-gambar kat bawahni. perghhhh melelehje air liur ni bila ingatkan balik. aduhaiiiii..napelar ko jauh sangat haaa sweet chat oit? dahlar sedapppp..lazat plak tu..mengidam plak lar aku ni.. kan best dan bagus yang amat kalau ko ada kat sini sweet chat oit, ade kat johor ni especially area bp nih. sonang den! nasib firas tak 'ngences' masa aku pregnantkan dia dulu.. hahahaha
ngences tu apa? air liur meleleh je org jawa kata..(lebih kurang gitular) :)

Sweet Chat ni ada 4 branch jer, tu pun semuanya kat kl belaka. huhu napelar bp ni jauh ngn kl tu hek? kalaular dok je mcm melaka tu tiap minggu pun aku boleh g. huhu... branch sweet chat ni ada kat berjaya times square, the mines, the curve ngan kat midvalley. masa aku makan last year 2010 tu di berjaya times square ngan adik ipar aku. memang nyaman sekali makanannya. huhuhu...especially durian. hahahaha....


sweet chat berjaya times square
 tengok menu pun dah terliur, belum rasa lagi tu..hehehe
 air pelbagai perisa especially yang cekelat ada eskrem tu. huhuhu
ni namanya kuih tong yuen, rupa ala-ala kuih bom. isinya kacang, tapi rasanya lain dr kuih bom :)
ni pula spagetti daging black pepper.. :)
ni plak pancake durian.. hahaha lazat, kenyal..
mango mauntain..larut di dalam mulut. sodapp!

kesimpulannya memang sodap belaka lah. aku mmg gomar makanan kat sini, korang boleh toray (try) bg yang duk area kl nun sana. aku ni nak g, kene tnggu coti2 sekolah je lar nampak gayanya.. :P

^^ Dan, Aku Yang Tiba-Tiba Sakit..

Malam tadi ntah kenapa aku tak boleh tido dengan nyenyaknya. perut mengeras..sakit lama, sakit sekejap sekejap. aduhh tak boleh tahan nih. sakit mengeras yang aku tak pernah rasa. (yelar..first time kan?) tak tahu macam mana rasa dan perasaannya.. 
yang, esok kita g spital lar.. sakit lar..
^^
aku mengadu pada hubby. hubby pun dah dok risau tengok aku yang tak keruan dan tido tak lena.. cianlar hubby, tapi aku dah mmg sangat tak sakit malam tadi nih.. nak tido pun dah tak leh sangat, tido-tido ayam je. Cenggini.. pagi semalam kan Cuti Maulidur Rasul.. bangun dari tido rasa nak terkucil :P dan tengok-tengok ada "tanda" sudah keluar.. (korang tahukan apa?) bukan air tau..yang lagi satu tuh. ok ok nanee, rilexxxx.. aku ingat pesan doc, dia kata if u rasa contraction, u ambil masa.. if setengah jam-setengah jam, u jangan risau..teruskan ambil masa.. tapi, kalau u rasa sakit mengeras tu kerap dan selalu dalam 5-10minit, standby ye. ambil masa dan kemudian terus datang hospital. tapi, u jangan lalu kecemasan..normally kecemasan untuk accident case.. u terus naik ke tingkat 2 dan reg.
ok doc, menurut arahan!
^^
dan pagi tadi aku sms pada gb dan gb reply ok-selamat.. :) aku terus ke hospital dan bila sampai di o&g, aku terus diarahkan tukar baju dan masuk ke labour room. hohoho bunyik mcm nk beranak dah kan? :P TAK!.. ada sorang nurse tu dok pasang mesin kat perut, dengarlah jantung baby yang berdegup laju.. hohoho aku yang nerbes ke baby yang nerbes nih? ambil tekanan darah lar, itulah, inilah. hehehe.. dan tak lama kemudian ada sorang nurse ni datang..aku rasa otai antara nurse-nurse yang ada.. hohoho..


^^
u dah sarapan? aku jawab belumlar sis, tak sempat tadi..terus datang sini.. dia senyum dan geleng kepala :P ok, nanti u nak makan apa? wholemeal bread with milo? bubur?...aku jawablah wholemeal bread n milo.. tapi, aku heran gak nape dia tanya cenggitu.. nape sis? i kene admit ke? a ah mungkin.. tapi tnggu kata doc lah kejap lagi... aiyarkkkkkkkkk dunt want lor..(dalam hati je)..tak kan dah kene admit kot? hurm..cepat sangatlah.. ntah-ntah bukaanku pun masih kecil lagi..


^^
lama gak aku tunggu dalam labour room tu, nasib baik encik hubby boleh masuk teman, dan adalah pemangkin untuk aku mengurangkan nerbes aku nih. hehe..yelar sape yang tak nerbes babe.. dap dup dap dup jantung nih. muka pun risau dah. then, doc pun masuk.. sambil senyum dan macam biasalah..
ok, u kangkang sikit yer..i nak cek. (opssss 18sx) :P
^^
alarrr..lagike? huhuhu..sakitnya mak oihhh. doc pun kata, takde lagi nih. baru 2cm nih. mari i stretch kan lagi..haaaaaaaaaa?? hohoho aku pun nak tak nak redha je lar. terima seadanya. aduhhh..aku menahan sakit, nak berpaut pada hubby, hubby dah keluar pulak dan tak leh tnggu kat dalam. huhuhu..ok ok aku still maintain..then doc pun cakap..
u kene admit ward ye. nanti u jalan-jalan lagi dan ada bukaan lagi.. petang sikit i datang balik cek, dan kalau ada i terus pecahkan ketuban u ok.?
^^
what?? huhuhu..terus aku jawab, tapi kan doc..i tak nak dok ward.. huhuhu kalau i datang petang je nanti dan u cek, ok x? doc dah senyum :) oklah.. u tak payah datang, kalau u rasa sakit yang sangat, dan kerap mengeras..u terus datang ok? kalau tak mengeras, dan ok.. kita jumpa appoinment on 21st feb nanti...(bla...bla...bla...bla...) doc membebel, dan aku yang tak larat nak tulis. aku angguk, aku senyum dan aku mendengar dan bla..bla..bla..bla..  doc bagi green lite, so aku tak payah admit ward. hehe alhamdulillah.. bukan taknak dok ward, sebab aku mengenangkan bukaan yang masih kecil jadi dok rumah lagi ok kot. xjauh sangatlah hospital tu dengan rumah aku, dalam setengah jam jek. :) lagipun encik hubby boleh jadi kimi raikonen lah..dunt worry..hahahaah :P


^^
seyes aku tak tahu macamana nak gambarkan perasaan aku time tuh. sebab musababnya memang takde pengalaman langsung dan aku hanya boleh tanya-tanya pada mak aku, sil aku, kawan-kawan aku je. huhuhu..lain orang lain caranya. ada kawan-kawan aku yang sepatutnya due lagi lewat dari aku tapi sudah selamat bersalin, alhamdulillah.. dan mungkin bb masih lagi seronok duduk dalam perut ibu ya bb? :) 


^^
dan setelah selesai semuanya, aku pergi berpoya-poya dengan hubby makan brunch, breakfast+lunch soto plus begedil di bukit pasir. aduhhh sedapnya menjilat jari dan hubby still dengan faveretnya asam pedas berlaukkan ikan merah. hari ini aku dan hubby tak pi scool dan bila sampai ke rumah, kami terus bantai tido. sian kat hubby sebab malam tadi tak cukup tido..biarlah dia tido. dan aku telah mendapat mc 2 hari, tapi hubby tak dapat. hehehe..(u nak potostat i punya ke yang?) heheehe kalaulah boleh yang oit... u amik cuti tahun aje okeh? :)


^^
dan di saat ini, aku yang tengah standby jek menunggu saatnya dan menghitung hari.. :( 

^^ Esok Dah Naik Sekolah Balik....

Hohohohohohohoho esok dah mula sekolah dah, rasanya cuti seminggu ni tak cukup plak. :P Pejam celik, celik pejam..dah seminggu dah cuti rupanya, eh bukan seminggu lar tapi dah 9 hari cuti. aduhhh.. tak puas lorrr.. :) hehe tapi tak mengapalah, tak lama lagi bakal bercuti panjang. insyaALLAH dipermudahkan semuanya. :)


^^ 
Hari ini sangat bohsan! :( tak buat apa-apa pun hanya membuat kerja-kerja rutin seperti biasalah memasak, membasuh, mencuci, menidurkan diri semula, menggosok baju-baju kerja dan menonton tb. haisshhhhhh! hurmmm takpelah, sebab esok dah naik sekolah, jadi kenalah menyiapkan diri tuk kerja-kerja di sekolah pula. 


^^
La ni, hubby dok pi main badminton kat dewan cina sana. So, bertambahlah lagi kebosanan aku. tb lah menjadi peneman di kala ini. Star Movies, the Princess and The Frog. first time tengok cerita nih.. dengarnya kurang mendapat sambutan, so sebab tu lah aku nak tengok cerita nih. mana lebih dan kurangnya :)


#pix credit to google.com

#Pic credit to google.com
^^
Sambil menyelam, minum air. jadi, sambil aku tengok cerita cartoon nih sambil aku ber'blog' :) sebab cerita nih banyak nyanyi-nyanyi mcm cerita rapunzel :P
takpelar, layankan jerrr...