Dua belas: Aku Cuti-Cuti Singapore
Aku dah janji kan nak cerita kemana aku pergi jumaat lepas? ^^ aku dan kawan-kawan aku ke pulau sentosa, singapura. yeayyyy.
ni kali kedua aku ke sana tapi berlainan tempat. Yang pertama dulu aku ke USS semata-mata. Tapi kali ini aku ke Sea Aquarium Singapura, Muzium Trick eye dan Madame Tussauds Singapura.
Sepatutnya kita orang pergi tme cuti sekolah bulan dua belas yang lepas, tapi disebabkan ada kekangan di pihak aku makan ditunda ke bulan satu. Alhamdulillah dapat kawan-kawan yang memahami. ^^
yang penting encik somi bagi dan dia tolong jaga anak-anak. heheehe nasiblah ye encik somi, dapat puan bini yang suka berjalan-jalan melancong. yang penting juga pandai jaga diri dan maruah suami. insyallah (^^,)
aku dan juli bergerak ke jb pada jam 615pagi dan sampai di danga bay jam 730pagi. nasib baik bus belum bergerak lagi..hehehe 745pagi barulah bas bergerak menuju ke imigresen yang mana memerlukan dua kali kiteroang turun naik bas. satu di imegresen jb dan satu lagi di woodlands. Sakit kaki woooo turun naik turun naik bas plus drive jauh bp ke jb. heheehhe tapi xpe, demi rakan-rakan sekalian ku gagahi jua ^^.
Cuaca sangat baik pada kali ini. nyaman damai dan panas pun tak panas sangat. semuanya rasa tenang dan baik.
Kiteorang sampai jam 1020 pagi dan tempat pertama yang kami tuju adalah SEA AQUARIUM SINGAPORE. besar betul dalamnya dan banyak jenis ikan yang ada dalam ni. Konsep sama seperti Aquaria. akan tetapi SEA AQUARIUM SINGAPORE ni lagiiiiiiiiii besar ^^.
Rata-rata di sini semuanya speaking kerana bahasa utama mereka adalah english. dan nasib baik english aku ok, jadi senanglah sikit untuk berbicara. ^^
Agak banyak juga gambar yang diambil oleh rakan-rakan aku. dan kebanyakkannya ada di dalam FB. kalau korang nak tengok boleh jenguk photo album FB aku k. aku upload sikit je kat sini :))
Suka dapat kawan-kawan yang kaki jalan. So next trip ke manakah kita?
?
?
^^
chow
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 orang dok baca:
Post a Comment