dua: Maulidur Rasul - 1436H



Salam Maulidur Rasul
3 Januari 2015



Gambar Ikhsan google (",)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang mulia. Rindu padamu, Rasulullah SAW.. 

Mari kite ambil masa seketika untuk menghayati sejenak apa itu pengertian maulidur rasul, Rasul junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Ia jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Nabi Muhammad SAW adalah nabi terakhir yang diutus oleh  Allah Subhanahu Wataala. 
Sesungguhnya dengan bernat sahaja untuk menghadiri majlis maulud nabi, apatah lagi mengadakan majlis maulud nabi, kita sudah mendapat pahala yang berlipat ganda. Alhamdulillah.Benarlah dengan apa yang dikata, berniat sesuatu yang baik akan mendapat ganjaran pahala yang banyak dari yang ESA.
Marilah kita sama-sama menghayati pengertian sebenar Maulidur Rasul ni. Luangkan masa anda seketika untuk menghadiri majlis-majlis ilmu yang akan diadakan. Tinggalkan sejenak keperluan dunia anda dan penuhi ilmu iman di dada. Insyallah 

salam 




0 orang dok baca: