Tiga Belas: Cover Bukuku


Minggu trasnsisi untuk murid-murid tahun satu dah berakhir minggu lepas. Minggu ni Pdp berjalan seperti biasa dan aku dah bersemangat nak mengajar anak murid aku yang 'ramai' sangat tu. ^^ aku ni takde pengalaman nak mengajar subjek bahasa malaysia tahun satu sebab aku tak pernah mengajar subjek ni directly sebab sebelum ni pun aku ngajar saki baki orang lain. :)) sebelum ni pun aku mengajar subjek english tahap satu dan kali ni subjek bm pula. jadi aku malas nak bertelagah, maka layankan sahajalah.

Aku bernasib baik sebab ada ramai otai-otai yang boleh dihubungi kalau aku tak paham cam mana nak ngajar sebab sekarang ni semua dah tukar kssr lah itu lah inilah, kan bagus kalau kbsr dn ppsmi ni diteruskan... hurmmmm moga-moga anak-anak aku nanti dapatlah catch up apa yang berlaku kat pendidikan negara ni akan datang. insya Allah (",)

jadi tahun baru ni aku semangat sikit nak menghias bagai kat RPH aku. RPH = Rancangan Pengajaran Harian. Tahun ni aku menempah khas 'baju' a.k.a sampul special kat buku RPH aku tu. ^^ dan aku tempah khas dari sorang cikgu ni..pada mulanya aku tak tahu yang elyn ni cikgu, aku dok browse instagram dan kemudian whatsapp dia dan borak dan borak dan borak dan aku menyatakanlah yang aku berminat nak menempah cover rph dengan dia yang mana ianya telah berjaya membuat aku tertarik dengan corak kainnya, design yang ada serta harganya yang berpatutan. ^^
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..




Petit Blour by elyn. Kalau korang berminat boleh search instagram dia Petit  Blour. Macam-macam pattern dia buat, bukan sahaja cover RPH tapi cover passport, zipper pouch, needle case dan macam-macam lagi. Cantik-cantik dan comel-comel belaka design nya. 

Moga aku akan terus bersemangat nak mengajar dan mengajar dan memahamkan anak-anak murid aku. amin amin amin ya robbal alamin.

CHAIYOK FEI! ^^




0 orang dok baca: