Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

2016 7: Resepi kari daging dan lempeng



Kelmarin aku masak resepi nih. Tekak teringin nak makan lempeng. Nak buat pancake bahan tak berapa nak ada. Jadi.. aku buatla lempeng cecah kari daging. Alang2 ayahnda dan bonda nak datang.. aku masakla lebeh 😊.

Oh ye.. sebelum aku cerita lanjut, aku nak bagitahu yang mana pada minggu ni berlaku macam macam perkara yang orang kata unexpected... yang tak dijangka. Ada yang menggembirakan dan juga yang sebaliknya.
Yang happy sebabnya adik aku nak merisik orang. Hehe insha allah tak lama lagi. Kenduri besarnya tu tak pasti lagi bila.
Yang mendukacitakan pula adalah ayahnda kepada rakan baik aku cikgu yaya telah meninggal dunia akibat sel kansernya telah merebak ke hati. Allahuakbar. Kesian sangat... tapi, sahabat aku dan keluarganya pun sudah redha dari awal2 lagi. Ayahnya meninggal tepat jam 10 40pm malam semalam. Moga roh allahyarham pakcik mohamad noh dicucuri rahmat. Al fatihah.

Oklah korang...
Berbalik pada resepi aku tadi.. aku masak daging kari dengan menegur negur pakcik dan makcik google yang ada dalam internet nih. Makanya, aku gabungkan ikut cara aku dan menjadilah kari daging fei. 😁




Ni lah hasil masakan aku pada rabu lepas. Bukannya aku masak hari rabu jak, tetiap hari aku masak sejak cuti sekolahhh ni. Haishhhh. Hehe sabojelar. Jadi mana masakan yang aku rajin nak share.. aku amikla gambar. Mana yg tidak tu maafla.. masakannya hanya biasa2 jer. Yang ni pun actually biasaje dan korang lagi tererrrr masak drp aku. Tapi disebabkn rajinnnnn sgt nak share... aku sharelah. Harappp tak bohsannnn 😆..

Nak resepi ke?? Hehehe hurmmmm tak yahlah sebabbb korang pun dah terer masakkkk. Aku ni biasa biasa je 😅.

Peace..
Till then..





Lima puluh enam: Resepi Ikan Dori Masak Pedas



Assalammualaikum wbt.

Bertemu semula di lembaran baru. Lama sungguh aku menyepi dari blog nih, (lama ke?) tak lah... senyap kejapje sebabnya sibuk dengan hal-hal rumah dan hal-hal berjalan jalan ke sana sini. cuti sekolahlah katakan dan ianya dah pun bermulaaaaa. Yeay! pejam celik, pejam celik dah pun seminggu cuti sekolah berlalu dan ada lagi lebih kurang 4 minggu lagi cuti sekolah akan berakhir sebelum minggu mesyuarat bermula.

ohoiiiiiiiiiiii mualassssssssnya, bak kata orang jawa. Hepppppppppppp! jangan memalas feiiiiiii.

Aku baru balik dari jenjalan dengan kawan-kawan aku si gonjeng gonjol ana dan juli. hahahaha tahun ni kami x jenjalan jauh manapun weh. bajet lari pecut 100meter ^^. So, tahun ni kiteorg plan memang nak ke ikea dan round-round kl je weh. bolehlarr, dan next year baru plan jauh sikit nek ketapi thomas and friends :)). mana destinasinya? ahaksss... mari verangan dahulu.

Ok. Aku melalut. So aku nak citer je kali ni yang aku masak resepi ikan dori masak pedas. Yeay! Rabu lepas aku pergi sheshoping kat carrefour dan belilah ikan dori ni. Sebabnya aku memang suka makan ikan dori pun. Pastu semalam, aku dok ngendap kat pakcik google ni ternampaklah resepi ikan dori masak pedas. Sonangje masaknya. meh aku bagi resepi cara aku.

Bahan utama:
Ikan dori


Bahan kisar:
Bawang putih, halia, cilipadi - korang agak2 ye


Bahan sos (satukan dahulu):
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
Air

Kiub ayam


Cara-Caranya:
Korang goreng ikan dori tu dengan tepung sebab nak bagi lazat. Pastu angkat ikan dori tu. korang ambil minyak gorengan ikan dori tu dalam 3 sudu dan tumiskan dengan bahan-bahan yang korang kisar tu. goreng dan goreng dan goreng dan goreng bagi naik bau. (^^,)

Pastu, korang masukkanlah bahan-bahan sos yang dah korang satukan tadi. Korang kacau, kacau dan gaul dan gaul lagi sos yang korang masukkan tu dan barulah bubuh kiub ayam tu. aku buh separuh je, kang termasin plak. hehehehe last sekali ikan dori tu masukkan dalam sos tadi ataupun korang bolehje tuangkan sos ni atas ikan dori yang telah digoreng tadi. Dua-dua punboleh ^^.
Masakan yang aku masakni xbuh garam sebab sos-sos dan kiub tu dah sedia ada masinnya. :))

Korang boleh masukkan juga sayur-sayur kegemaran korang. lobak ke, asparagus ke, lada benggala ke, kacang panjang ke, kacang buncit ke...ehhh buncis ke.. hehehe ikut korangla. aku nak cepat, so tak buh sayur pun. hahahahah sila jangan tiru hakak.. ^^

jadi, dah siappppppppp. senang aje bohhhhh :))

meh aku show off gambar. kahhhhhhhhhhhhhhh..


Hasilnya.....  hehehe aku campor gak dengan tauhu jepun. hehehe lazat ^^

so, silakan kalau nak cubaa......(^^,)



till then




lima: Tak Masak^^



Aku tak masak resepi baru harini dan dapur aku tak berasap pun sebabnya GAS AKU HABIS.





Tapi nasib baiklah aku sempat masak nasi goreng untuk anak-anak aku sebelum mereka ke taska, manakala aku plak ke sekolah. Banyak kerja perlu dibuat sebelum nak START ENGINE minggu depan.

aku lupa nak amik gambar taska baru sebab aku adahutang nakciter pasai taska baru anak-anak aku kan? wokeh.. esok aku amik gambar, kalau ingat. insyallah ^^

sekian.

chow





Resepi : Sambal Sotong Sumbat versi aku^^



Assalammualaikum korang..

Dah lunch? Korang makan apa lunch hari ni? aku tak de idea nak masak apa hari ni. So, aku google lah pakcik google ni mencari resepi yang menarik sambil memikir bahan yang ada dalam fridge. google punya google punya google...... akhirnya..... yessssss

sambal sotong sumbat... nyummmehhh

Dah lama aku tak buat nih. last aku buat, tahun lepas rasanya buat sotong sumbat ni. Macam sedapje kan makan dengan kangkung goreng belacan yang terbayang-bayang dalam otak nih.

Ni resepi yang aku dapat dari pakcik google, tapi aku olah sikitlah ikut versi aku. ^^

Resepi Sambal Sotong Sumbat

Bahan Utama
Sotong

Bahan inti
2 biji telur
bawang merah dadu
bawah putih dadu
daun sup bagi wangi :))

Bahan Sambal
Cili giling
Bawang merah kisar
Bawang putih kisar
Udang kering kisar
bawang merah hiris besar-besar
Air asam
Air sikit
Gula (sikitje)
Garam
Perasa


Cara-cara nak buat:
Korang buat inti dulu
dadarkan telur bersama bahan-bahan tu... jadikan ia berketul-ketul macam scramble egg tu ^^
Dah sejuk barulah korang sumbatkan dalam sotong ye.


Buat Sambal plak
Tumiskan bahan-bahan kisar tadi hingga naik bau..kemudian, masukkan cili giling dan tumiskan ia hingga kering (minyak keluar)..masukkan air asam dan bawang merah hiris tadi... gaul sebati. Masukkan gula sikit, garam, perasa dan air sikit.. barulah masukkan sotong yang telah disumbatkan dengan inti tadi ke dalam sambal tadi. Kacau bagi rata dan empuk. Jangan terlalu lama, sebab kalau lama nanti sotong tu tak jadi. liat! hehehe

Ok..dah jadi...senang je kan?
Korang cubalah ^^

Jum SAPDEK^^..

ni hasil yang aku sumbatkan tadi...(",)




aku makan sekali dengan sayur kangkung goreng belacan.... nyummmmm



ok korang....

chow



Resepi: Roti Jala Lembut


Post kali ni aku nak kongsikan resepi roti jala yang dah aku buat. sebenarnya dah banyak kali la aku buat cuma yg kali ni aku buat gebus gebas lembut.. aku ni time coti-coti xde keje sangat. (banyak kerja tapi malasssssss) ^^...so aku google lah pakcik coogle ni mencari resepi apa yang ada untuk dimakan. alarrrr tak apalah, sekali sekala..apa salahnya.

ni resepi roti jala yang aku ceduk dari sorang kakak blogger yang pandai masak ni. nyum nyum.. seronok aku tengok blog dia. asyik hapdate resepi yang sedap sedap dan gambar-gambar yang menyelerakan...

nyum nyum..

Roti Jala Lembut
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar marjerin (dicairkan dahulu)
sedikit perwarna kuning
1 sudu kecil garam
sedikit minyak (atas kuali)

Cara-Cara
- Korang campurkan semua bahan ni dalam satu mangkuk dan kacau menggunakan whisker hingga sebati. Lagi mudah kalau korang guna blender. (aku guna blender jek) ^^
- Panaskan kuali..lengserkan minyak sikit atas kuali
- Guna acuan roti jala, korang ceduk adunan dan kiraikannya atas kuali
- Tak perlu balikkan, angkat terus dan letak atas pinggan. kemudian, lipat dan gulung ikut suka korang
- Makan roti jala dengan cicah kari sangat sedap. cubalah ^^


ini lah hasil aku pergi menjala :))



Nanti aku cari resepi yang lain...try dan hapdate kat blog yer.
kalau rajin..... ^^ heehheheheh
chow

^^ Masak-Masak Plak Dah...

Skang kat skool tiap hari ada giliran a.k.a take turn memasak kat kantin scool.. hahaha terkejut berook aku pas 2 hari aku tak datang sekolah disebabkan demam, tup tup..depa wat decision nak men masak-masak tiap hari kat sekolah lar plak...

bukan apa, skool aku kocik jo..so takdelah kantin..sebelum2 ni, ada RMT..tapi la ni dah start kene bawak bekal sendiri dr umah.. tapi, sekarang plak depa nak suh masak2 plak kat sekolah. aiyarrkkkk... dah lah kelas full, mana ada time nak main masak-masak lagi...? urmm...

so, aku ngan partner aku decide nak masak dari umah jer..sonang... kelas aku banyak yang sebelum rehat dan selepas rehat, so...aku takot kang ada gak yang tak pi ngajar plak kang.. hehehe...
patutnya senin lepas ni turn aku ngn partner masak...tapi, disebabkan aku tak mai skool khmis dan jumaat lepas..maka partner lah yang kene masak.. hehehe..minggu depan baru lah aku dapat masak..
so, minggu ni cikgu2 lain dah start masak-masak dah..nyumm nyumm..
macam-macam lauk ada... :)

tadaaaaaaaaaaaaaaaa..........

ni ayam masak hijau

ni sayur lemak

sambal tumis udang, sambal tempoyak, telur dadar, ikan kering


ada idea tak nak masak masakan apa yang muai tuk semua orng?
poning pala den pikir nih...huhuhu :P

Resepi: Cokelat cip versi aku :P

aku try buat cokelat cip tau. bersungguh dok pi beli bahan-bahan tuk buat cokelat cip. bukan apa, hubby dah sound..
'oven tu dah bersawang dah, dah lama tak berasap kan yang?' 
aisey...kena perli plak dah aku ngan hubby. hurm..aku sengih jek :)

esoknya terus aku suh hubby teman g beli barang-barang nak wat kuih cokelat cip. hahaha...sonokkk! semua bahan aku amik, hubby bayor. cantek ahhh... pe lagi, mcm-mcm aku hamek..yg takde kaitan dengan bahan nk wat cokelat cip pun aku hamek..hehehe..(mik kesempatan :P)

maka, kelmarin..aku buatlah cokelat cip nih. beria-ia aku wat, dahlah pose haritu..huhu baunya menusuk-nusuk hidung, mengoda-goda tekak rasa cam nak buka pose time tu gak..hihhihihi syukurrr iman aku kuat lagi :)

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..ni lah hasil cokelat cip aku :)

hehehe...ni versi kuih bangkit yo ;P

hahahaa..hasilnya sebijik cam kuih bangkit.. hubby siap perli,
'sodap nya cokelat cip bangkit ni ye yang?'

adehhhhh...hahahaha aku yang tak pandai atau resepi yang salah? hahahah...(time ni lah nak salahkan resepi konon...cettttt!)

kalau korang rajin, torailah yo....aku ni cube-cube jek :)
ni resepinya


 Bahan-Bahan:
 180gm butter

       120gm gula kastor
       450gm tepung naik sendiri
       50gm tepung jagung
       2 biji telur
       cokelat cip


       Pukul butter dan gula hingga berkrim, masukkan telur dan kacau rata. kemudian masukkan semua bahan lain     tu    satu persatu, gaul hingga mesra. buat bulat-bulat dan letak cokelat cip. Bakar pada 180 darjah celcius,               
       masak sehingga 10-15 minit.         

       korang jangan lupa letak serbuk koko yer, biar lg golap..aku lupa nk beli..hihih tu yg nampak cam kuih 
       bangkit.. hihihih

^^ Orang sibuk NE, aku plak sibuk dengan TC

Hehehe..apa tu NE? apa tu TC? hehehe...jeng jeng jeng..

NE tu Nora Elena..TC plak Top Chef..walau aku minat dengan cerita melayu, tapi di kala waktu jam 7petang pasti aku akan menonton top chef di saluran DIVA 702. aku semayang okeh, pandai-pandailah bahagi masa ya kawan-kawan. :) hahaha seyesss tak leh miss walau 1 episod. kalau miss 1 saat ke 1 minit ke 10 minit ke tu aku tak kesahlar...1 episod? hehe sungguh aku takleh miss.. aku jadi jatuh cinta plak ngan rancangan top chef. hebat masakan yang dieorang ni masak.. especially cara masakan dan juga hasil masakan yg dieorng masak. dalam tb nampak macam lazatt tapi tak de lar sampai aku nak tiru2.. :)) ye arrr...dieorang kan omputeh, kebanyakan masakan dieoang tu jadi lazat sebab banyak campuran wine. heeeeeeeeeee....

TADAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Ni lar top chef
host nya PADMA LAKSHMI. dia nih pelakon, model, pengacara, pengarang buku masakan.. korang agak berapa umur dia ni? well..well..well..umur dia dah 41 tau..(tak macam bukan?) perghhh badan cantik tu, muka pun cun :)..
dan chef nya TOM COLICCHIO. dia nih celebrity chef

wine? opkos lah haram bah..tapi memang nampak simple dan sikit orang-orang omputeh ni makan, tapi sekali makan sampai 3-4 dishes. perghh..agaknya perut dieorang ni banyak lagi ruang kosong gak nya. aku ni makan nasi 2-3 senduk pun dah kenyang bangatttt apatah lagi sampai 3-4 dishes. plak tu berat-berat makanan yang dieorang ni makan..contohnya cam daging rusa lah, daging kambinglah, daging burung merpati lah dalam satu masa yangg sama. ada sekali tu aku tengok dieorang kena masak buaya! hahahaha heeeeeeeeeeeeee... ntah hape ntah rasanya tu..uwekkkk :P

Sebenarnya aku ni takdelar tengok dari mula top chef ni. season 1 pun aku tak tengok. bila buka DIVA 702 ni aku mula-mula jatuh hati dan tangkap cintan dengan top chef 2..hehehe kenapa?? sebabnya ade SAM TALBOT. aku suka dia wehhh..dia ni cool. hahahaha cara dia masak pun nampak cool jer, orang lain cam gelabah tapi die ni ok jer..hahaha tambahan plak HENSEMMMMMM.. pada aku lar. uishhhhhhh pempuan, pempuan..(sambil geleng pala)..hehehe nk tahu tak yg mana sam? ni haaaa...tadaaaaa


aku suka! korang juga suka? bagus! bagus!...:) apa? korang tak suka? heee...sukati koranglah ya, yang penting aku suka! :)
Sam ni ada di musim yang ke 2 top chef. hehe.. dia ni masuk 3 orang cef yang ke final, tapi tak menang sebab tak de LUCKSS..hehe
dalam musim ke 2 top chef aku suka sam dan Iian Hall.. heehehe Iian tu aku suka gitu2 jer, mungkin sbb dia pemenangnya..so, aku pun jadi suka lah muahahahha.

dia nie bru 29tahun je, muda belia lg cam aku ni. cewahhhh..hihih..aisshhhh bestnya muda2 dah jd top chef :)
pastu kan, dalam top chef 2 ni gak ada sorang mamat chef nih perasan bagus, namanya marcel vignoren. heeeee...nama payahnya nak nyebut. :P aku xsuka dia! sebab dia berlagak bagussss, menyombong. heeeee kemudian dia ni suka menyendiri plak tuh. irritating betol. uwekkkk  yang tak tahannya, rambutnya ala-ala wolverine tu haaaaaa..heeeee i dont likeeee. euwww...


depa bertiga kat atas ni semuanya dari top chef musim ke 2. hahaha sebab mereka di atas ni lah aku dah start jatuh cintan nak tengok Top Chef....tadaaaaaaaa..peserta top chef musim ke2


Selepas musim ke dua patutnya musim ke3 kan? hehehe tapi di DIVA ni, ia lompat ke musim 5 dulu. hehehe aku yang ketinggalan atau diva ni main lompat2? hehe :P aku agakje..

Ini lar peserta musim ke 5..

heheeh pemenang tuk season 5 ni adalah hosea.. musim 5 ni ramai peserta yang boootaqqqq tau..:PP. sajeje lah tu dieorang ni nak tambat hati ketua juri iaitu Tom. mentang2 tom botak, saje nak botak gak depa nih :). Dan di musim ke 5 ni juga ada 'drama cintan'...flirt gitewwww antara hosea ni dengan leah. leah ni comeiii gak. dua-dua ni masing2 dah ada pakwe makwe, tapi still menggatal dalam top chef ni. chetttt!! curang tol. tapi kejap je..depa ni mangaku ianya satu kesilapan. (haimeh? hurmmmm)

ni lar hosea nya..

Dan petang tadi baru je top chef musim ke3 melabuhkan tirainya...hehehe sebenarnya ni semuanya ulangan, aku yang ketinggalan nak tengok. hahaha... beria benor aku ni kan? well....like i said, sukati aku lah :))
dan pemenang top chef musim 3 adalah HUNG...ni lah HUNG..


dia ni asal dari vietnam, tp dibesarkan di massachusetts..umur pun baru 29 jek. hihihih...kalau korang tgk top chef musim 3 ni, hung ni kalau buat kerja lajuuuuuuuu gilers. cepat..dan ada dalam 1 episod tu dia ni sgt careless, dengan jalannya yang sgt laju smbil membwa pisau hingga kan pisau tu hampir2 nak terkena Casey. perghh bahaya tol hung nih. masak mmg laju, tapi adakalanya ober konpiden sampai lupa nak perah jus lemon walhal menu tu namanya ikan salmon jus lemon..heeee kalutla hung ni! :P

ni lar peserta top chef musim ke 3


dan aku tak sabar nak tunggu minggu depan plak, top chef season berapa plak yang akan dimainkan di DIVA 702 nih? hehe.. nak masuk TC? berangannnnn! masuk jaguh kampung? hahaha pun jauh panggang dari api lah. hahaa sebabnya aku ni tak pandai masak masakan yang hebattttt! kalau setakat masak tu memang pandai.. hahahaha 

Dan kini, aku mmg suka tgk top chef. hihihi...:)