Assalammualaikum wbt.
Bertemu semula di lembaran baru. Lama sungguh aku menyepi dari blog nih, (lama ke?) tak lah... senyap kejapje sebabnya sibuk dengan hal-hal rumah dan hal-hal berjalan jalan ke sana sini. cuti sekolahlah katakan dan ianya dah pun bermulaaaaa. Yeay! pejam celik, pejam celik dah pun seminggu cuti sekolah berlalu dan ada lagi lebih kurang 4 minggu lagi cuti sekolah akan berakhir sebelum minggu mesyuarat bermula.
ohoiiiiiiiiiiii mualassssssssnya, bak kata orang jawa. Hepppppppppppp! jangan memalas feiiiiiii.
Aku baru balik dari jenjalan dengan kawan-kawan aku si gonjeng gonjol ana dan juli. hahahaha tahun ni kami x jenjalan jauh manapun weh. bajet lari pecut 100meter ^^. So, tahun ni kiteorg plan memang nak ke ikea dan round-round kl je weh. bolehlarr, dan next year baru plan jauh sikit nek ketapi thomas and friends :)). mana destinasinya? ahaksss... mari verangan dahulu.
Ok. Aku melalut. So aku nak citer je kali ni yang aku masak resepi ikan dori masak pedas. Yeay! Rabu lepas aku pergi sheshoping kat carrefour dan belilah ikan dori ni. Sebabnya aku memang suka makan ikan dori pun. Pastu semalam, aku dok ngendap kat pakcik google ni ternampaklah resepi ikan dori masak pedas. Sonangje masaknya. meh aku bagi resepi cara aku.
Bahan utama:
Ikan dori
Bahan kisar:
Bawang putih, halia, cilipadi - korang agak2 ye
Bahan sos (satukan dahulu):
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
Air
Kiub ayam
Cara-Caranya:
Korang goreng ikan dori tu dengan tepung sebab nak bagi lazat. Pastu angkat ikan dori tu. korang ambil minyak gorengan ikan dori tu dalam 3 sudu dan tumiskan dengan bahan-bahan yang korang kisar tu. goreng dan goreng dan goreng dan goreng bagi naik bau. (^^,)
Pastu, korang masukkanlah bahan-bahan sos yang dah korang satukan tadi. Korang kacau, kacau dan gaul dan gaul lagi sos yang korang masukkan tu dan barulah bubuh kiub ayam tu. aku buh separuh je, kang termasin plak. hehehehe last sekali ikan dori tu masukkan dalam sos tadi ataupun korang bolehje tuangkan sos ni atas ikan dori yang telah digoreng tadi. Dua-dua punboleh ^^.
Masakan yang aku masakni xbuh garam sebab sos-sos dan kiub tu dah sedia ada masinnya. :))
Korang boleh masukkan juga sayur-sayur kegemaran korang. lobak ke, asparagus ke, lada benggala ke, kacang panjang ke, kacang buncit ke...ehhh buncis ke.. hehehe ikut korangla. aku nak cepat, so tak buh sayur pun. hahahahah sila jangan tiru hakak.. ^^
jadi, dah siappppppppp. senang aje bohhhhh :))
meh aku show off gambar. kahhhhhhhhhhhhhhh..
Hasilnya..... hehehe aku campor gak dengan tauhu jepun. hehehe lazat ^^
so, silakan kalau nak cubaa......(^^,)
till then
0 orang dok baca:
Post a Comment