Empat puluh sembilan: rombongan cik kiah ke melaka



Alhamdulillah...
Ungkapan pertama yang dapat aku katakan apabila rombongan berjaya dilaksanakan. Syukur alhamdulillah. Jutaan trima kasih diucapkan kepada kapten rombongan pada tahun ini iaitu cg. Shahril di atas kejayaan beliau mengendalikan rombongan cik kiah ke melaka setelah sekian lama tidak membuat rombongan. Malah, rombongan cik kiah kali terakhir adalah pada tahun 2009 iaitu di Teluk Gorek, mersing johor.

6 tahun tanpa ada apa apa. Itulah nasib kami di SKM. Tabah, sabar, redha perlu ada dalam kamus kami sebagai pendidik di SKM terutama sekali.

Rombongan telah berjaya dilaksanakan pada hari semalam 5 november 2015 bertempat di kawasan persekitaran negeri Melaka. Antara tempat yang dilawati adalah Taman Mini Malaysia, Planetarium Sains Melaka, Masjid Selat, Muzium Samudera, Muzium Melaka, Banda Hilir dan juga River Cruise.

Walaupun ada beberapa Muzium tidak dapat dilawati mengikut perancangan asal seperti Muzium Islam dan Muzium Seni, disebabkan kerana kekangan masa. Tapi, itu semua tidak mematahkan semangat kami. Bahkan kami berasa gembira dan bersemangat walaupun kaki sakit. ;))

Moga moga aktiviti seperti ini dapat dikekalkan untuk tahun tahun yang mendatang. In sha allah.

Akan aku kongsikan beberapa keping gambar antara tempat tempat yang dilawati semasa di Melaka semalam.








Walau sedikit, kami tetap happy.
Well, thank you for the sweet memory guys.
Kipidap
Dongibab


Till then




0 orang dok baca: