Showing posts with label Gynae. Show all posts
Showing posts with label Gynae. Show all posts

^^ 1cm Already..

Baby menendang-nendang, baby mengeras.. kejap diam, kejap gerak.. itulah situasi yang aku alami sekarang. Tendanglah sepuas-puasnya anakku sayang, tak lama lagi ibu tak sabar nak peluk cium baby.. jadi anak yang baik ye sayang..


^^
Semalam, ada date dgn gynae di PH. Temujanji jam 3.00pm, tapikan aku sudah terlewat 15minit. uhuk... so sori doctor.. nasib lar doc lau ni sangat friendly dan ok. aku terlambat pun dia kata tak apa, faham..dan lagipun dia banyak patient hari ini. yelar, gynae kan.. mstilah ramai yg nak jumpa dia. 


^^
Soalan pertama yang biasa dia tanya, 
"mcm mana hari ini?.. baby aktif?"
Bb kerap mengeras sekarang..doc kata biasalah tu, nak membesar bb awak nih. aku senyum aje. urine aku ok, bp pun ok alhamdulillah, cuma berat aku semakin naik. hahahaha..naik berapa? opsss... jeng jeng jeng.. melampau okeh. tapi, aku peliklar, aku tak makan banyak sangat pun..cuma kerapje dgn amaun yg sikit.. hurrmmm pelik..pelik..^* dan mcm biasala aku baring dan doc scan perutku. bb bergerak-gerak, tak dok diam bb nih..hehe doc check perutku, kepala bb sudah masuk ke laluannya. syukur sangat.. dan kemudian doc kata lagi..
" kangkang sikit ye, sy nak check bawah.."
Hohohohohohohoho.... aiyarkkkkk, aku sangat malu sebab ni pengalaman pertama aku. ngeh ngeh ngeh..doc seluk dan aku terasa sakit..aduhhh..tapi dalam hati sajelah, nak jugak terjerit.. :P tapi, masih boleh kawal lagi. dan doc cek bukaan aku, dan kini sudah 1 cm. hohoho.. doc kata lagi, jgn risau..lepasni akan ada tanda2 darah utk 1-2 hari ini.. kalau terasa sangat sakit di bawah perut, set masa 10min..10min.. kmdn rasa lagi 5min..5min.. dan dah ada kuar tanda, terus datang ke hospital ok..xoxoxo..ok doc, noted.


^^
Macam-macam aku tanya kat doc, dan doc cakap bb aku membesar dengan baik dan berat bb kini average dalam 3.13kg. Alhamdulillah, syukur. moga bb sihat dan 10hari lagi aku akan berjuma gynae ku lagi.. doc cakap lagi, edd aku kemungkinan akhir bulan ni. opssss....berdebar2 jantungku berdebar.....


Moga dipermudahkan urusanku....amin :)

^^ Semalam Pergi KK..

KK? bunyi macam pergi kota kinabalu kan? hehehe tapi tu dulu..di saat-saat tengah sarat nih nak naik kapal terbang pun dah tak boleh taww..uhuk uhuk ^*..takplear, postpone okeh. Dan semalam aku yang pergi kk. a.k.a Klinik Kesihatan lorr.. masuk ke minggu ni, kandungan aku dah mencecah 35 minggu. berdebar-debar jantungku berdebar..ahaks ahaks..


^^
Dan semalam aku yang pergi ke kk untuk cek dengan doktor sbb doc di kk hanya ada pada hari rabu pagi sahaja setiap minggu. tapi, aku datang dalam jam 12pm bajet nak jadi orang yang terakhir dan boleh lagi diterimalah kan? tapi..uhuk uhuk..dah tak boleh. hohoho doc nak balik HB plak dah. hurmm..padan muka aku, tapi tak mengapalah sebab tujuan utamanya nak minta sign doc untuk GL. hehehe..


^^
Jadi, aku pun pass je borang tuh kat kaunter dan dia pi jumpa doc tuk dapatkan sign, syukur sekejap aje. tak payahlah nak tunggu lama-lama hanya untuk mendapatkan sign doc tuk GL tuh. Masa di kk tu jugak, aku jumpa kwn sejawatan aku dari sekolah yang lain, borak punya borak rupanya due date dia dah lebih 3 hari. wow! @@ walau sudah lebih hari, aku tengok dia still maintain dan takde rasa takot atau cemas langsung. Dia sangat cool dan maintain rilex, kalau aku kat tempat dia..tak dapat nak kata..berdebar sepanjang masa. hehehe..dia rujuk pada doc tentang kes dia yang terlebih hari, doc arahkan agar dia ditahan di hospital bermula sabtu ini. alamak...hohoho, kalau boleh dia tak mahu bersalin secara dipaksa. kalau boleh biarlah baby tu keluar dengan sendirinya..tp, takot juga kalau baby tu dah lemas nanti.. sian kawanku sorang nih.. moga-moga dia dipermudahkan bersalin. amin ^^


^^
Dan esok aku akan berjumpa gynea ku jugak.. heheehe :) dua dalam satu wokeh.. takpelar, moga baby dan ibu selamat.. mudah-mudahan mendapat keredhaan dariNYA, dan dimudahkan segala urusanku dengan keizinan dariNYA. amin 


^^
Dan yang pastinya esok bermacam-macam soalan aku nak tanya, list dah ada nih. hehehe moga-moga apa yang aku nak tanya tak terpesong. hahaha.. 
poyo jek, karang esok lupa dah apa nak ditanyakan.. ngeh..ngeh..ngeh..
* oh yer, kawan sekolah lamaku juga a.k.a gee dah kuar tanda untuk bersalin. dia dan aku hanya beza 1minggu sahaja dan sekarangni dia on d way balik dr KL ke BP. Semoga ko selamat bersalin gee. tak sabar aku nak tengok hatta junior. hehe chaiyok!

^^ Nge'date' dengan Gynae

Minggu depan ni aku ada date ngan gynae a.k.a Dr.Lau. Dah lama tak tengok perkembangan bb since awal bulan yang lepas. So, kali ni, nak tengok perkembangan bb in my tummy. Moga-moga bb sihat dan semuanya ok :) dah lama ibu tak pi check bb ngn doc kan? hehe..doc nak g raya cina lama-lama lar sayang. sayang bertahan okeh? insyaALLAH semuanya ok. 


^^
Aku ingat lagi masa pertama kali appointment dengan dr.lau ni. dia sangat peramah, sangat berilmu, sangat tenang, dan sangat-sangat berpengalaman okeh. lagi satu, bila bab menerangkan (consultation) memang sangat banyak dan cakapnya laju sungguh. aku kene peka dan nasib baik aku ni tak pekak. hahaha. hubby pun cakap, doc ni sangat lagu bila bercakap. terpegun seketika. kuikuikui..



^^
Sehari sebelum jumpa gynea nanti, hari sukan sekolah akan dibuat. Bestnya!..tak sabar nak main game especially game terbuka untuk guru-guru plus ibu bapa :) hahaha.. last year tak menang apa-apa, hanya menang cabutan bertuah. moga tahun ni dapatlah menang, walau satu kategori dan walau tempat ke-3 pun. hahaha.. (bunyik mcm desperado kan?) kuikuikui...tidaklar, aku saja nak happy-happy sebelum tiba saatnya itu. :)