tujuh: ad-hoc pergi ijn


assalammualaikum wbt

korang....

sori, aku baru sempat nak update cerita harini setelah beberapa hari aku diam. aku sibuk sikit. cer korang baca tajuk aku kat atas, ad-hoc pergi ijn. ijn tu Institut Jantung Negara, KL.

ihsan google (",)

*aku lupa nak hamek gambar,korang layan gambar dari pakcik google je lah ye^^

pada mulanya memang takde rancangan langsung nak ke kl. khamis malam jumaat yang lepas aku dapat berita yang MIL (mak mertua) aku panggil semua anak-anaknya ke kl sebab dia akan dibedah jantungnya akibat dua saluran injapnya tersumbat. sebenarnya mak mertua aku memang dah ada di ijn sejak dua minggu lepas untuk rawatan susulan berkaitan dengan saluran jantungnya.

dan sepatutnya pembedahan dilakukan pada hari jumaat tersebut. oleh sebab kondisi nya yang tak stabil dan ada jangkitan kuman di paru-paru, maka pembedahan MIL ditunda pada bulan dua nanti. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan MIL dengan izin dariNYA.

Insyallah

Korang doakan  ye

^^


0 orang dok baca: