^^ Movie Harry Potter Lasttttttt :)

aku suka tengok harry potter.. seyes...
dulu masa mula mula movie harry potter ni kuar tahun 2001, aku tgh study kat utm. hehehe.. aku tak tengok kat wayang, tapi aku tengok kat tb. yelarr...masa tu tak movie fan sangat.. budak tgh blajar..hoho poyo.. masa tu tengah cuti sem tak silap, balik umah tertengok citer ni kat tb.. terus tangkap cintan..

1. aku bermula dengan harry potter and the sorcerer's stone, 2001

2. sambung menyambung hingga ke harry potter and the chamber of secrets, 2002

3. terus ke harry potter and the prisoner of akzaban, 2004

4. Jatuh cintan lagi kat harry potter and the goblet of fire, 2005

5. aku tengok harry, hermonine dan ron membesar dalam movie yang seterusnya harry potter and the order of the pheonix, 2007

6. harry potter and the half blood-prince, 2009

7. dan finally harry potter and the deathly hallows, 2010-2011

Dan, malam semalam aku g tengok HARRY POTTER yang LAST :)..firas? cam biasa..main-main ngan mak tok larrrr...
citer yang last ni BESTTTTT..memandangkan aku ikut dari yang awal hingga yang akhir, maka aku memang suka citer ni..5bintang..hahahah yo yo o jer...
kalau ikutkan buku ceritanya, endingnya bukan 'macam tu'...tapi, dah namanya movie...hahahah
'macam tu?'...hihihi jeng jeng jeng...korang g tengok eh.. cuma yg tak bestnya kat episod sebelum ni yg dumbledoore mati kan...so, cm x besh.. hhihii...
dan prof snape tu sebenarnya yang hantar rusa tu ..opsssssss...hihii..:), yang lain korang g tgk sndiri wokeh....


budak 3 orang ni membesar dalam 1 cerita...


dari kecik, remaja dan hinggalah dewasa.... comeiiiii

SEKIAN :)) 


^^ Malam ni..


malam ni adalah malam Nisfu Syaaban, iaitu malam yang dikenali sebagai malam pengampunan. segala amalan kita selama setahun ni akan diangkat ke langit dan diganti dengan catatan buku yang baru. Janganlah kita sia-siakan akan kelebihan malam nisfu syaban ini. Nisfu Syaaban malam pengampunan bagi kita hamba Allah yang kurang lagi daif ini untuk kita menadah tangan berdoa. Mudah-mudahan segala amalan kita diterimaNYA dan dosa-dosa kita mendapat keampunan dari yang ESA. INSYALLAH. amin


Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.


Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci"  (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).


Tiada sandaran dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW tentang amalam membaca yasin sebanyak 3 kali,. Namun, tak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut. Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI baca yasin 3x. Itulah yang salah.


Selamat MALAM NISFU SYABAN....:)


^^ Masak-Masak Plak Dah...

Skang kat skool tiap hari ada giliran a.k.a take turn memasak kat kantin scool.. hahaha terkejut berook aku pas 2 hari aku tak datang sekolah disebabkan demam, tup tup..depa wat decision nak men masak-masak tiap hari kat sekolah lar plak...

bukan apa, skool aku kocik jo..so takdelah kantin..sebelum2 ni, ada RMT..tapi la ni dah start kene bawak bekal sendiri dr umah.. tapi, sekarang plak depa nak suh masak2 plak kat sekolah. aiyarrkkkk... dah lah kelas full, mana ada time nak main masak-masak lagi...? urmm...

so, aku ngan partner aku decide nak masak dari umah jer..sonang... kelas aku banyak yang sebelum rehat dan selepas rehat, so...aku takot kang ada gak yang tak pi ngajar plak kang.. hehehe...
patutnya senin lepas ni turn aku ngn partner masak...tapi, disebabkan aku tak mai skool khmis dan jumaat lepas..maka partner lah yang kene masak.. hehehe..minggu depan baru lah aku dapat masak..
so, minggu ni cikgu2 lain dah start masak-masak dah..nyumm nyumm..
macam-macam lauk ada... :)

tadaaaaaaaaaaaaaaaa..........

ni ayam masak hijau

ni sayur lemak

sambal tumis udang, sambal tempoyak, telur dadar, ikan kering


ada idea tak nak masak masakan apa yang muai tuk semua orng?
poning pala den pikir nih...huhuhu :P

^^ Kahhhhhh..

Amacam geng ada gaya tak? gaya prof...
gaya GABAN mungkin.. hahahaha xpun geng Ugly Betty.....
Kahhhhhh......

wordless wednesday......
nak gak ikut cam ..kawan aku yang sorang nih....:PP

^^ Kompem domammmm...

a ah kompem aku demam dan firas juga demam..ciannya anak ibu.. aku dapat mc 2 hari..aduyaiiiii...
pagi tadi, khamis 7 Julai jam 6.45 pagi..

aku dah sesiap pakai baju, pakai tudung dan pakai segala bagai.. aku kejut firas cam biasa, aku rasa badannya..eh panas lah. demam ke anak aku nih? firas celik dan dia tak senyum plak pagi ni.. uishhh..herannya.. aku agah cam mana pun dia tak sengih cam biasa, senyum sikit jek.. aik? bertambah lagi heran aku nih...

takpelar...aku sedapkan hati aku. mungkin aku kacau dia tido kot..tu yg takde mood tuh. huhuhu.. aku angkat firas sebab nak siap-siapkan dia tukarkan pampers cam biasa..dan tup..tup...
uwekkkkkkkssss... firas muntah..
ya Allah, ciannya anak aku...habis baju aku dan tudung aku terkena muntah firas.. ank aku tak sihat.. aku bgtahu hubby, dan kiteorang decide tuk cuti hari ni.. huhuhu..ciannya firas..

dan pagi ni jugak hidung aku dah start mengeluarkan air dan aku batuk tak henti-henti. aduhh.. seksanya sakit batuk ni, macam nak terkeluar dah semua isi perut aku ni. (padahal lum makan apa-apa pun lagi pagi ni :P) mata aku pun dah pedih-pedih ni, tapi badan aku tak panas.aku cek suhu aku sendiri 35.5 jek.. tak panas, tapi aku rasa sangat tak selesa.. aku cek suhu firas, dan ianya panas 36.7. huhu ciannya anak ibu. aku sesiapkan firas dan kiteorang lelekas pergi poliklinik nge kat area pt.raja ni je. nasib lah tak ramai orang..

Bila tiba giliran, masuk pintu bilik doktor dan doktor dan tersenyum-senyum.. bukan apa, doktor nge nih lah yang aku selalu jumpa sejak preggie kan firas, apa-apa nak tahu terus je jumpa doktor ni. doktor nge nih doktor pakat gynae gak, tp dia decide nak settle down dengan membuka poliklinik sendiri.. malas nak kerja kat spital gamaknya..asyik kene on-call jek. :) aik..melalut dah...

Masa nak tunggu giliran firas dipanggil, firas asyik meragam jek..tak nak duduk.. bila diri, pun tak mo gak.. huhu badan dia tak selesa, tu yg meragam jek ni.. masuk bilik doktor, dan doktor dah sahkan firas demam, batuk dan selsema sikit.. huhuhu..ni semua akibat jangkitan dari ibu.. dan demam tu rasanya firas dapat dr umah pengasuh lah. sebab cucu pengasuh tu demam kelmarin. huhu..tak apalah... hopefully demam firas dapat kebah dengan lekas. cian anak ibu nih.

Doc bagi aku mc..alhamdulillah alang-alang dapat dua hari terus..senang..dan esok aku boleh jaga firas kat rumah sendiri, dan tak perlu hantar rumah pengasuh..biarlah aku jaga anak aku sendiri.. sakit, baik, demam, batuk, semua depan mata aku sendiri..

 ayah suap ubat demam

ayah suap ubat batuk

hubby sedang menyuap ubat kat firas.. gud boi betul bila ayah yg suapkan ubat.. dengan ibu? hurmm... mengada lebih.. hihihi

moga batuk aku lekas pulih dan moga anak ibu kuat melawan penyakit...amin :)

^^ Batuk dan Batuk lagi..

aku tak sihat...
aku batuk-batuk..
aku batuk yang menyakitkan...
sakit dada...
sakit kerongkong...
sakit tekak...
sakit hidung..
rasa nak demam pun ada...
aduyaii...




aku dah lama tak batuk-batuk, dah lama tak selsema, dan dah lama tak demam.. mungkin pasni kompem aku demam. dah telan banyak ubat batuk tapi masih juga macam ni. aku takot berjangkit kat firas plak nanti.. dan, kalau dia tido mesti carik aku.. camana nih? huhuhu..moga antibodi firas kuat...

aku rasa sangat tak sihat, petang tadi lepas pulang dari taklimat di ppd terus balik rumah dan masak-masak, basuh baju, jemur baju, main ngan firas, main ngn johnny.. aduhhh.. penat badan.. pastu GB suh plak taip surat tuk hantar ke ppd esok. aduhhhh... lagi...

hurm... sabar jelarr... moga-moga SKT aku cemerlang..hahaha ecehhhh....

^^ Transformers-Dark Of The Moon Was Ok-Ok Je

Malam semalam g tengok wayang citer transformers - dark of the moon dengan hubby, kawan hubby dan isteri serta adik-adik ipar aku kat square one.



tayangan mula jam 8 dan habis dalam 1030pm.. Firas? hehe..malam semalam, mak tok available dan tak busy. so that mak tok boleh main-main ngan firas :) yeay!
aku pun g dating lah kejap ngn hubby, balik rumah dalan jam 11 lebih walaupun tayangan habis jam 1030pm.. hahaha bukannya apa, hubby ajak g mamam kat McD, and GCB was superb u oll.. hahaha nyaman jek rasanya.

ok, berbalik kepada cerita Transformers yang aku g tengok malam semalam..bintang yang boleh dibagi hanyalah 4 bintang dari 5 bintang je lar. huhuh..bukannya apa, aku rasa yang final nih macam tak besh sangat lah...especially tang makwe baru yang tak cun sangat. :))


Rosie Huntington ni menggantikan Megan Fox yang dah tak mo berlakon dalam Transformers 3 nih. huhuhu.. Megan Fox lagi cun..hahaha


hehehe..tapi semalam was ok-ok je lar..excited lebih nak tengok optimus ngan bumblebee jek. kesian dengan ironhead kene bunuh ngan decepticon yang jahat-jahat belaka tuh. :))
hubby peminat transformers pun cakap citer ni biasa-biasa jek. heheh..well, semua orang ada pandangan masing-masing..dan ini apa yang aku dan hubby rasa bila selesai menonton cerita tu malam semalam. :)
oh ya, dan rasa sangat kesian juga dengan optimus sebab 'tercedera'... aduyaii...nasiblah hanya robot semata-mata..hahahaa

Dan, tak lama lagi akan keluar Harry Potter....huhuhu rasa sangat tidak sabar :))
woooooooo............weeewiitt