Cat dindingku ^^



Korang pernah dengar tentang warna momento?...haaaaaa pandai bagi siap yang tahu apa itu warna momento. ^^ bagi yang kurang pasti apa itu warna momento..meh aku bagitahu sikit. cewahhhh (",)

warna momento ni adalah cat momento keluaran nippon paint. cat momento ni cantikkkkk sangat macam wallpaper tapi nak buat kenalah ada skill kemahiran yang betol dan caranya yang betol. Aku sukaaaa sangat kaler cat momoneto ni. Konon-kononnya nak buat feature wall lah kan...

contoh cat momento tu adalah cenggini...ia ada 4 jenis kesemuanya.. ada elegant...ada sparkle... ada sparkle gold...ada sparkle silver.... dan coraknya lain-lain bila dah jadi nanti. harganya boleh tahan jugalah... uhuk uhuk uhuk... dalam 160++ 1 set.. adehhhh.. sabau je lor.. tong nya kecil aje.. 1 liter kalau tak silap. :P


Nanti kalau dah siap cat, hasilnya akan lebih kurang macam di bawah ni lah... 



Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal momento ni, korang boleh lah rujuk kat website nippon paint. NIPPON BEST

Aku dah pun pilih dan cat momento ni kat rumah baru aku. tapi,bukan pada setiap dinding aku buat dan cat momento ni. hanya pada satu dinding je aku buat. (bukan aku yang cat, laki aku ler). aku tak reti...hohohoho nak dijadikan cerita, kiteorang dah pun buat dan cat dinding yang nak dibuat momento tu. sangat tak sabar nak tengok hasilnyaaaa.. hahahahahhaha

jeng jeng jeng


aku tak tahulah nak cakap....jadi ke tak...pun x sure..tapi step nya memang dah ikut sebijik sebijik apa yang diarahkan. hahahahahhaha habissss....cam mana nih? adehhhhh 

chow

Mood sedih lagi



mood aku tak berapa nak best hari ni lah.. spoil betol...huhuhuhuhu

sebabnya........ 

aku tak jadi nk g vetnam...huhuhuhuhuhu sedih hakak...hakak dah verangannn plan baik punya nak g sana tu.. verangan nak shopping bagai kat sana. (biasalah pompuan kan..) tapi, apakan daya......dah terlambat. aku pun tak sure sama ada aku yang bagitahu lambat ataupun orang tengah yang sampaikan lambat...uwawawawawawawa :((

tak apalah...xde rezeki hakak nak naik kapal terbang sekarang kot. adehhh

so.... hakak plan nak g tahun depanlah pulak bawak anak-anak sekali...airasia tengah buat promosi gilers babas nih sampai esok. macam menarikje aku tengok. tapi, nak g mana? bali? busan? japang? aussie? chewahhhhhh... memang kaki verangan...^^ tak apalah,nanti rajin-rajin aku skodeng lagi web AA tu. manalah tahu ade rezeki jumpa kang gary kat seoul tu. hahahahahaha best juga verangann nih. ^^



tengok web AA...dan wajib tengok kalendar nih. hehehee sambil nyelam mnum air. pastu baca blogger lain punya cerita..baca experince dieorng g melancong... ambil tips mana yang okay..sedikit sebanyak dapat info yang kita nak.. ye tak?

well well well...

hakak nak blog walking jap ye..

chow



Resepi: Pizza mini versi aku ^^



Hi u ollssss..

Bertemu kembali dilembaran yang baru ini. hari ni aku nak cerita pasai resepi yang aku dok try n error. ye larrr...hakak bukannya chef dik oittt.. dan juga bukannya pandai masak sangat. kalau setakat masak untuk makan sendiri dan juga keluarga tu bolehlakan..

ok..berbalik pada resepi ni sebenarnya aku mintak dan dapat dari kawan aku masa dok matriks kat kl dulu. Anis namanya..tapi aku tak berapa nak sure dia ada blog ataupun tidak.....kalau ada, bolehla aku google resepi dia yang lain-lain. hehehe bukan apa, aku tertarik dengan mini pizza yang dia buat...menyelerakan sungguh especially mozarella yang dia letak kat atas pizza tu.. melempah ruah.. nyumnyummmmmmm

ok...ni lah hasil yang aku dok try n error pizza mini aku tu...:PP



tadaaaaaaaaaa.... ^^

ni aku guna tortilla wrap je. nak uli tepung aku tak pandai...kang tak jadi kang, naya je tepung hakak tu...kikikiki
aku pun xde pepperoni nak diletakkan sebagai topping, cukuplah sekadar sosej saja sebagai topping nya. hehe bukannya lokek atau apa..memang aku tak jumpa semalam kat carefour. hehehe jadi sosej pun bolehlaaaa :))

ok...ni bahan-bahan yang aku guna..simple jek..


tortilla wrap sebagai base
kimball cendawan sebagai sos
mozzarella tu chesse nya
sosej sebagai topping

hehehehe..dan bakarlah dalam oven tu dalam 3-5 minit.. aku bakar dalam microwave jek sebabnya oven hakak rosak dikkkkk...sedih giler babas... pas pindah ni verangan lah nak masak pelbagai menu menggunakan oven..tapiiiiiiii rosakkkkkkkkkk

alahaiiiii mood sedih dahhhh...
ok chow

Bilik anak-anak ^^



Hallluuuuu semua

Harini aku nak citer pasai bilik anak-anak aku. Cer korang tengok gambar-gambar ni. Menarikkan?





Aku ingat nak buat macam ni untuk bilik anak-anak aku nanti. Buat masa sekarang ni bilik anak-anak aku kosong aje lah. Yang ada cuma katil, almari, tikar dan mainan dieorang. Korang dapat bayang kan? kosongggg sangat kan?

Banyak-banyak gambar ni aku berkenan betol gambar akhir sekali. ^^ nampak macam semak..tapi aku suka sebab ada ala-ala pokok pisang tu. hehe..daun pisang tu boleh dapat kat ikea. ala.... yang ala-ala serupalah gitu... aku suka shopping kat ikea tu.. nak pegi hari-hari tak kose lah kan.. setahun sekali dapat g ikea tu pun dah hokay... aku suka berlonggok kat barangan dapur tu..hahahaahah bagilah aku sejam ke dua jam ke..memang tak cukup. satu hari kompem cukup! hehehe... tapi kalau dah pegi dengan askar-askar memang tak dapatlah nak lelama....mimpije laaaaaa

so sekarang ni tengah usha-usha kat pakcik google ni sama ada nak pasang wallpaper atau pun ngecat atau pun tak buat pape. hahahaha

aku nak pikir dulu. sekian.

chow


Aku Letak Cursor Kiut kat Blog ^^



Hai semua!

Sepanjang minggu ni aku asyik dok ngendap komputer je. Bukannya apa, mungkin sebab lagi 2 minggu lebih je nak naik sekolah..jadi aku downloadlah apa yang boleh di download di internet nih. terutama sekali dah tentunya RPT..DS..DSP dan lain-lainlah kan.Bukan tak nak guna yang lama,.. tahu-tahu ajelah...tiap tahun kan berubah. Kejap gitu..kejap gini.. so..layankan sahajalah ^^

Jadi, hasil yang aku dapat untuk hari ini dengan mengadap komputer je ialah..... hehehhee

cara-cara/ tutorial membuat cursor kat blog.

Korang tahu kan apa itu cursor kan? ni haaaa contoh yang ada kat ternet...



hahahahaaaha nampak sangat aku jakun kan? ^^.. sajeje nak mencantikkan blog ini dan juga nak nampak comel, maka aku gunalah cursor yang comel ni. korang nampak rabbit putih tu? heheheh...tu lah cursor aku dapat hasil dari aku belajar dari blog adik ni. Kreatif betol adik ni. murah hati pulak tu...terima kasih banyak ye adik... moga adik suksess selalu (",)

ok aku nak sambung dengan pakcik google nih..

chow


Resepi: Roti Jala Lembut


Post kali ni aku nak kongsikan resepi roti jala yang dah aku buat. sebenarnya dah banyak kali la aku buat cuma yg kali ni aku buat gebus gebas lembut.. aku ni time coti-coti xde keje sangat. (banyak kerja tapi malasssssss) ^^...so aku google lah pakcik coogle ni mencari resepi apa yang ada untuk dimakan. alarrrr tak apalah, sekali sekala..apa salahnya.

ni resepi roti jala yang aku ceduk dari sorang kakak blogger yang pandai masak ni. nyum nyum.. seronok aku tengok blog dia. asyik hapdate resepi yang sedap sedap dan gambar-gambar yang menyelerakan...

nyum nyum..

Roti Jala Lembut
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar marjerin (dicairkan dahulu)
sedikit perwarna kuning
1 sudu kecil garam
sedikit minyak (atas kuali)

Cara-Cara
- Korang campurkan semua bahan ni dalam satu mangkuk dan kacau menggunakan whisker hingga sebati. Lagi mudah kalau korang guna blender. (aku guna blender jek) ^^
- Panaskan kuali..lengserkan minyak sikit atas kuali
- Guna acuan roti jala, korang ceduk adunan dan kiraikannya atas kuali
- Tak perlu balikkan, angkat terus dan letak atas pinggan. kemudian, lipat dan gulung ikut suka korang
- Makan roti jala dengan cicah kari sangat sedap. cubalah ^^


ini lah hasil aku pergi menjala :))



Nanti aku cari resepi yang lain...try dan hapdate kat blog yer.
kalau rajin..... ^^ heehheheheh
chow

Penat



Salam semua..bertemu semula di lembaran yang baru.. lembaran cuti sekolah dah masuk ke minggu yang ketiga. aduyaiiii cepat plak masa berlalu.

wahai waktu,,masa dan jam, perlahan-lahanlah kamu berdetik. sesungguhnya saya memang tak puas nak berehat-rehat di rumah..memanja-manjakan diri dengan dapur baru ni..... sabar yeeeeeer. ^^

Sejak cuti dah masuk minggu kedua ni, badan..minda...masih lagi letih,penat dengan urusan rumah yang tak pernah habis. huhuhuhu...badan masih penat sebab mengangkat kotak-kotak yang bertimbun-timbun masuk ke rumah baru ni. ni pun masih lagi ada barang bertimbun kat bilik belakang yang masih belum selesai..walhal katil, almari, tb, petia ais DLL dah susun dengan sebaik mungkin..tapi barang2 lain tetap ada laie. camno den nak buek ni? adehhh

#sape nak wat parttime? nak nulung aku ngemas? pm :))

bz bz pun, den tetap ingat kat sekolah hokay ^^
hahahaaahah rindu kawan-kawan



nanti hakak sambung lagi hokay

^^

chow