2016 5: hati



Tak semua akan merasa bahagia dan tak semua tidak merasa bahagia. Kalau rasa itu boleh berkata kata, pastinya semua rahsia diri terbongkar disebabkan rasa.

Kalau kita belum merasa bahagia, ada perkara yang perlu kita cari dan gali. Bukan bermakna hanya dengan duduk goyang kaki menunggu bahagia datang, tapi kita kena usaha mencari dan menggali kebahagiaan itu.

Kita tak akan selalu sampai pada sasaran yang tepat kerana pastinya akan tersasar sedikit dari matlamat asal. jangan takot, jangan risau dengan semua itu. Pastinya Tuhan merencana cerita ceritera yang hebat untuk kita semua.

Rencana Tuhan pastinya tepat untuk kita semua, cuma tidakkan terlalu cepat mahupun lambat. Kita kena yakin dengan perancangan Tuhan.

Mafill qalbi ghairullah.

Sematkan di hati di dada di minda dan di jiwa bahawa yakinlah dengan Allah yang esa.


....monolog diri...

2016 4: sia sia


Disebalik sesuatu, ada rahsia yang menyatukan kita. Sesuatu rasa yang hanya kau dan aku sahaja yang tahu..

Tapi..semuanya sia sia. Manakan mungkin dua hati menjadi satu kerna banyak kelukaan yang perlu hati tempuh..

Monolog hati sering berbisik,

TIADA SIAPA DI HATIKU KECUALI ALLAH SWT.
Mafii qalbi ghairullah

Duhai hati... Kuatlah untuk kesekian kalinya..





2016 3: Terobek2015 adik asthma



TEROBEK##

Si kecil faris ada asthma. uhukkk uhukkk uhukkk.. siannya lah hai anak aku yang kocik ni ha.. ada asthma pulak.. nak kata asthmanya datang daripada keturunan, nan hado. aku takde asthma. cik somi pun takde asthma. dan alhamdulillah si abang firas pun tiada asthma.. si kecil faris ni sekarang dah tak boleh dah kalau terkena dengan cuaca yang sejuk sangat mahupun yang panas sangat. pasti asthmanya akan datang menyerang. Malah, kalau tidur malam pun tidak boleh dengan suhu yang terlampau sejuk... huhuhuh adik...adik...risauuuuuu ibu. ):

Bila keadaannya dah jadi macamni, si kecil faris ni haruslah pantang makan makanan yang sejuk sejuk terutama sekali ice cream. Alahaiiii kesian ko dik, dahlah ice cream tu faveret dia especially flavor chocolate. :( takpelah nakkkk... kuat k!!!

Gambar ni diambil masa kami semua ziarah doktor nge kat klinik nge. hehehe. actually pagi ni aku dah sesiap nak gerak pergi kolumpo ngan ana dan yuli. Tapi, tetiba adik memang takleh nak tahan, so aku postpone nak ke Kolumpo. Sebabnya aku risau kot-kot adik kena warded kat sepital, siannya si kecil ni. susah hati hakakkk. Lagi seminit je jarum jam nak ke pukul jam 800 pagi, kami berempat dah terpacak depan klinik ni. Sedangkan staffnya sedang sibuk mengemop lantai dan menyapu lantai. hehehe kami buat muka tebal ajelah sebab kasihan sangat dengan kondisi adik yang tak berapa okay. ada hakak kesah? hehehe hakakkk memang lagu ni. jangan ikut hakakkk okay? ^^

Opsssss tuk pengetahuan korang dan sebelum korang pikir yang bukan-bukan, anak anak hakakkk ni dah mandi yer. kalau dilihat dari gambar di bawah ni anakku si abang firas tu kelihatannya seakan akan belum mandi lagi kan? dah lah mata tu sepetttt tu sepettttt sangatttt... hehehe tapi opkoslah nak keluar pepagi kena mandi dan kenalah ajar dari sekarang, bangun pepagije kena mandi. (^^,)

Ok, berbalik pada citer adik. Bila diperiksaje, doktor arahkan adik kena pakai nab. Syukur sangat sangat sebab adik tak meragam.. biasalahkan budak kecil ni kalau benda-benda pelik sikit memang tak mahunya. Tapi alhamdulillah semuanya ok. masuk ni kali kedua adik kena pakai nab bila ke klinik. masa first time dulu memang agak meronta ronta tak nak pakai sebab takot. sekarangni, dah okay dan redha dah kena pakai. Jika dilihat di gambar tu, muka adik agak bengkek dengan abang sebab abang sebok interprame dalam gambar ni. Yelah sebabnya yang sakit ni adik, jadi pada fikiran dia biar dia jelah yang ada dalam gambar nih. heeeeeeee sabojelar anak oittttt. ^^

TAPIKAN apa-apa pun yang paling penting adalah gambar hakakkkkk kena nampak cun kan? walhal realitinya nan hadooo! ahaksssssss perasan.

~~~~~~

kbai




2016 2: Nak update blog, tapi!


Salam 1 Malaysia!

Aku update blog dari tab jek..huhu actually mlm ni mmg berhajat nk hapdate blog yg byk tertunggak. Tapi...... baru ku sedar yg gambar2 banyak dalam hp ku dannnn hp ku xde plk selama dua hari. Hp ku masuk wad icu sbb ada minor slekkkk. Jadi, kenalah guna tab utk dua mlm ni.

Oleh sebab tu, aku belek punya belek...aku jumpa gambor nih. Alahaiiiiii anak oooo anak.. sayuje hatini tengok anak anak ni tido ginih. 😀. Hakakkkk haplod gambor ni sebabbbbb.......

Sebabbbb hakakkk suka gambor nih..ngeh ngeh ngeh..😄



Taklahhh...saje suka2 dan antara sebab musababnya ialah...

Pertama, anak anak ni memang lasak. Dahlah dua dua boboiboy jadi kalau main bersama tu kalau tak bergadoh memang tak sah. Sore hakakkkkk lebih nyaringgg dr tarzan. Hoho

Kedua, anak ooo anak.. kete makkkk nih ada tiga seat ataupun aku pggl 3 layer. Haishhhh... kan boleh tido belakang jugak nakkk oit. Sempit2 korang tido gini ye. Huhuhu

Ketiga, adik skang banyak tiru abang. Apa abang buat dia akan ikut. Abang jerit dia teriak. Abang lari dia lompat. Huhu abang nangis dia plak melalak. Dah mcm kombarrr dah anak2 nih.

Takpelah anak anak uit...korang buatlah semua benda, semua perkara bersama sama ye nak.. jadi bestfren dunia akhirat ye. Apepun jadi, korang tetap babies ibu sampai bila bilaaaaaa. Ibu sayang anak anak ibu. Huhuhu nangissssssssss 😢

Kbai....




2016 1 : tahun baru, nombor baru


Happy new year you alls

Lama sungguh hakak tak hapdate di blog ni sejak cuti sekolah tahun lepas. Hakak agak mualasssssss nak menaip sebrnarnya. Kahhhhh

Banyak crita dan kisah yg hakak perammm nih. Pasal resepi.. pasal diri.. pasal kenduri... dan mcm mcm lagi. Ahakssss

Tungguuuuu hakak ada mood dan aura nanti akan hakakkk hapdate satu persatu ye. Korang doa doalah agar akak rajinnnn ye u ollsss.

La ni sekolah dah naik, kelas nak kata packed xde lah sangat.. tapi tak berapa gemar sebab kena ngajar subjek yg hakak x gemarrr. Sakittttttt hati

Tapi.... xpelah. Kena redhakan diri demi anak2 murid ni..

Apa azam baru? Hihihihi seperti biasa... nak kuruihhhhh.
Kahhhhhhhh



Bai

Lima puluh sembilan: Luka



Aku yang berpura pura atau terlalu menahan luka?

Rupanya berpura pura tidak semudah yang aku sangkakan. Hati ini bermonolog lagi, berkata-kata dengan diri agar bersabar. Meskipun dengan cara itu juga ianya akan melukai. Tapi, apa pilihan yang ada lagi?

Pilihan aku hanya ada dua, pilih luka dengan menutup mata iaitu berpura pura tidak ada apa apa atau pilih luka yang membenarkan semuanya terjadi.

Entah kenapa hari ini aku lemah. Ada sedih yang aku pendam. Ada luka yang aku genggam. Hingga mereka nampak yang aku kuat, Namun sebenarnya tidak.

Ada sesuatu dalam diri dan rasa sakit hati yang tak tertahan dan entahkan sampai bila ianya akan bertahan.

Redha?
Itulah jawapan yang aku ada kini.



@gadismonolog dan aku...




Lima puluh lapan: my new obsession



Ahaks...tajuk entry tak menahan uollsss. Obsession la sangattttt ^^

Tapi kan korang, memang ye pun. Sekarangni aku ada hobby baru sejak sejak cuti sekolah ni la. Hehehe nak cuba resepi masakan baru, tak berapa nak rajin masak hari hari. (Hehehe kantoi di sini). Kahhhhhhhhh..

Kemudian,  nak masak resepi kek baru malangnya plak oven rosakkkkk. Sebenarnya bolehje pun kalau guna kukus. tapi, alasan banyak betol hakak ni. Hahahaha reject jadi bini hokay! heheeh dan aku pun dah tanya kedai kalau hantar pi baiki semula harganya lebih kurang sama kalau beli baru. Jadi, beli baru je la gamaknya. Tapiiiiiiiiiii kan, nak beli baruuuuuu tu ntahkan bile. Haishhhhh sabo bebanyak nih.
(^^,)

Ok, skang masuk tajuk. Hehehe.. aku ada hobby baru la ni. Doakan aku rajin ye korang. Nak mencuba sesuatu yang baru je ni. Hehe nak melancong jenjalan satu dunia skangni belum kayaaaa. Tunggu time tu datang in sha allah aku kaya...aku jalan satu dunia. Hehehe aku melalut lagi.

Ok ok
Jeng jeng jeng...ni la my new obsession currently. Hahahaha gigih pi belajar dengan orang. Hopefully nanti jadilah sesuatu yang boleh digunapakai. Wowwwww tinggi cita cita hakakkk.




Yang ini namanya jahitan tali air. hehehe ni pun cikgu tu yang cakap ngan aku... kena handalkan yang ini dulu barulah dapat buat bentuk bentuk yang lain. Moga2 aku tekun dan yang penting istiqomah. Cewahhhhh

kbai

(^^,)