Cuti sekolah datang lagi....


cuti sekolah nak dekat dah ni..
^^ entry aku asyik citer pasai cuti sekolah dan naik cuti sekolah kan? hehehe baru aku perasan.. tapi takpelah kan..layan kan aje sbb dah namanya pun cikgu.. cuti lah benda wajib yang mesti nak citer.. cuti sekolah tinggal lebih kurang tiga minggu je. apa plan? nak bawa family korang ke mana?
aku ada satu tempat nak bagitahu kat korang. tempat ni best.. seriously..

LIMASTIGA.. thumbs up.!!

tempat ni sesuai sangat korang buat family day. rumah-rumah limas di pinggir bandar melaka. nanti ada masa, korang try la cari kat pakcik google. dua tahun lepas, family belah mak aku wat family day kat limastiga ni. yang bestnya terutama sekali tentunya swimming pool nya yang besar.. dan ada juga pool untuk kanak-kanak. ^^

meh aku tunjuk sikit gambar kat limastiga, melaka...




cantik kan?.. rumah-rumah nya cantik. bilik-bilik pun banyak... tempat bersantai pun ada... ada ruang tamu yang besar.. karaoke...cafe kecil dan parking pun luas. tak rugi korang datang sini... cubalah bawa family ke sini... kalau korang nak rasa keunikan rumah-rumah limas di pinggir bandar.. meh lah try semalam dua di limastiga....
korang akan rasa kelainannya.....

cewahhhhh.... selamat meng'review' tempat-tempat menarik untuk cuti sekolah tak lama lagi... yeayyyyy

^^Permulaan cuti sekolah...


Assalammualaikum wbt

Bertemu kembali di lembaran kali ini.....
Yeay! cuti sekolah u olss!... even seminggu pun, amat bermakna. hehehe tapi di permulaan cuti sekolahku, berlaku perkara yang tak diingini. Anakku si Faris keracunan makanan dan dimasukkan ke hospital selama
3 hari dua malam. Kesian sangat...

Bila anakku dah discharge, somiku pula sakit dan terlantar kat rumah jer. Harini masuk hari ke tiga. manakala ayahku pula juga disahkan keracunan makanan balik dari JB. alahai......satu persatu
perkara menimpa famili aku. Allahuakbar.

Moga aku dan familiku tabah menghadapi dugaan ini. Allah SWT tak akan membebani hambaNYA
jika hambaNYA itu tidak mampu menanganinya. Insyallah aku boleh.

Amin.


4 Sekawan^^



taraaaaaaaaaa...................



inilah cucu cucu mak eton dan tok acan peserai. empat sekawan ni pantang berjumpa. kalau berjumpa kompem bergadoh. hahahaha nak buat macam mana, cucu cucu lelaki memang sangat aktif dan "ganaz". mereka berempat ni kalau tengok komputer, x lain tak bukan mesti akan menonton upin ipin... trucks.. pocoyo... tu larrr budak lelaki, gamat rumah! agaknya kalau cucu cucu perempuan mesti senyap dan aman je rumah kan? ^^

cepat betol budak-budak ni membesar,tahun depan zahin dah darjah satu. firas dan aqil dah 4 tahun. faris plak dah 3 tahun. well...well..well.. double F kena masuk school jugaklah tahun depan. takkan nak dok taska selamanya kan? kat mana tadika yang terima budak umur 3 dan 4 tahun ek area parit raja ni?
hurrrmmmmmmm.........
kalaulah tadika balong ngan kak mala ni kat parit raja je, akan ku masukkan anak2ku di situ..tapi jauh la kat batu pahat sana..haishhh.....

Blog Sekolahku ^^


Assalammualaikum WBT dan Salam sejahtera.

Bertemu kembali kita di ruangan kali ini. Pada kali ini aku nak mempromosikan sesuatu. :))
jeng jeng jeng..

BLOG SEKOLAH :)

ni lah blog sekolah aku yang SKM lagi kecil lagi pedalaman nun jauh di hujung tanjong... hehehe iaitu sekolah kebangsaan tanjong semberong. Sajeje aku nak promote blog ni agar semua orang tahu wujudnya sekolah ini yang terletak di parit raja, batu pahat dan bukannya di kluang, johor. Ramai yang salah sangka berikutan terdapatnya empangan semberong dan juga sekolah menengah sains semberong di kluang, maka ramailah yang beranggapan bahawa sekolah kebangsaan tanjong semberong ni di kluang. NO!no!No!NO!..... sambil jari telunjuk bergoyang-goyang kiri ke kanan. (",) Sekali lagi ingin ku tekankan di sini, bahawa sekolah ini terletak di Parit Raja, Batu Pahat... faham? :)

jemputlah baca hasil coretan rakan guruku di sekolah yang membuatnya. 
Salam ZulQaedah ~~~~~~~**


Selamat Hari Raya 2014^^


Selamat Hari Raya dari Ramos Generation 2014

Ni sebahagian keluarga comel Ramos Generation 2014. Ada lagi yang tak masuk ni sebab ada yang beraya di rumah mertua..ada yang balik sambung belajar.. ada yang ada hal.. dan lain2..
Apapun Ramos Generation memang simple and nice ^^


Hopefully family day Ramos tahun ni dapat dibuat di tempat yang happening dan best especially untuk kanak-kanak riang ria agar cuti mereka dimanfaatkan di tempat yang menghiburkan. Pengalaman yang mereka ada ini nanti bakal dikongsi bersama-sama rakan mereka di sekolah dan mudah untuk mereka membuat karangan terutamanya bahasa melayu.
sementara syawal masih ada ini, marilah kita merebut peluang berpuasa 6 di bulan yang mulia. Selamat Hari Raya! :)

Naik Sekolah Dah...

aku kembali ke sekolah

semalam 3 ogos 2014, aku kembali ke sekolah. kini di johor, waktu persekolahan adalah bermula pada hari ahad hingga khamis.


sekejap sangat rasanya cuti raya pada kali ini..rasa sangat tidak puas beraya ke rumah sanak saudara. terutama sekali rumah pakcik makcik sepupu sepapat yang jauh di mata tapi selalu di hati ni. haisshhhhhhh entah bila lah nak sampai rumah sepupu yang kat KL tu...pakcik yang kat Ipoh tu ha.....sabojeler... cuti sekolah jelah jawabnya nak sampai ke sana.

apa2pun cuti seminggu raya memang tak puas dan memang tak pernah cukup. tapi demi anak bangsa ku gagahi juaaa... set di minda, perbetulkan kembali niat.....^^ agak poyo ayat aku ni.. hahahaha biarlah, ada aku kisah? :P

kena get ready untuk mnghadirkn diri ke kursus2, taklimat2, bengkel2, pemantauan dan lain-lain.. jeng jeng jeng..
Gambatte!

Ramadhan 2014


Salam Ramadhan 2014

Hari ini sudah 14 hari di bulan ramadhan kita berpuasa. Alhamdulillah kerana dipertemukan kembali di bulan yang mulia ini.

Semoga segala amalan kita mendapat keberkatan dari yang ESA. Mari kita merebut mencari keredhaan ALLAH SWT di bulan yang suci ini.

#PrayforPalestine