Cuti Sekolah November 2014


korang tahukan tak lama lagi nak cuti sekolah? tak lama apekebndanya? esok last day sekolah bagi negeri johor. maka dengan ini kami akan start cuti pada jumaat lusa ni la. weeeeeehuuuuuuuuuuuu syok. tapi x berapa nak syok sebab cuti tak pegi mana pun. TETTTTTTT! BOHSAN HOKAY!!!! tapi kenapa????

sebab pertama..rumah nak siap, maka kena pindah...nak pindah kenalah berkemas bagai. kena sediakan kotak. kena buang apa yang tak guna. nak buat garage sale, macam xmasuk dek akal. kalau kat kl lainlah..kompem ramai pembeli. kat parit raja?? hahaha nan adooooo. okey sila janganlah berangan nak buat garage sale bagai. mebbe bagi dan sedekahkan kat sape2 ataupun bagi kat kitar semula lah jawapannya. hahahaha sedekahkan banyak pahala...... ^^

kedua...sebab nakmasuk umah baruni, maka duit banyak habis...hahahahhah YE!!! jawapan yang tepat!.
duit mengalir bak air terjun yang takkan berhentinya. yang takde trapic lite. yang xde penghujungnya...

huhuhuh sekian :)

Ternet Terhad


Assalammualaikum.

ternet terhad..ni adalah tajuk post aku pada kali ni. disebabkan ternet yang terhad, maka aku agak payah dah susah nak hapdate blog. mana yang dan je aku sempatlah haplod. tak ada cerita yang best mana pun..kehidupan harian macam biasa. tak ada yang best..dan tak ada yang tak best. semuanya ok ok aje.

ternet aku terhad ni disebabkan aku xde modem kat umah..broadband pun xde.. apa tah lagi yang lain-lain. ternet terhad ni adalah kerana laki aku bawa balik yes kat umah. sebab tu lah aku boleh pakai ternet, tapi.....terhad. ala..nak dijadikan cter, laki aku bawa balik yes bila ada benda penting je nak buat yang tak sempat nak settle kat sekolah..dia bawalah balik..pinjamla sekejap.. haishhhhhhhh takkanlah x bagi pinjam.. yg nak dibuat pun kerja sekolah..bukan kerja hape pun. hmmmm.... nak akhir akhir sekolah ni lah macam-macam benda nak kene settle..

unpredictable..

rumah belum settle... rumah ni pun belum siap mengemas. apapun tak boleh. malassssss sangat nak buat apa-apa. pemaju pun macam tah*.... heeeeeee malas nak crita pasal rumah..

sekian





Cuti sekolah datang lagi....


cuti sekolah nak dekat dah ni..
^^ entry aku asyik citer pasai cuti sekolah dan naik cuti sekolah kan? hehehe baru aku perasan.. tapi takpelah kan..layan kan aje sbb dah namanya pun cikgu.. cuti lah benda wajib yang mesti nak citer.. cuti sekolah tinggal lebih kurang tiga minggu je. apa plan? nak bawa family korang ke mana?
aku ada satu tempat nak bagitahu kat korang. tempat ni best.. seriously..

LIMASTIGA.. thumbs up.!!

tempat ni sesuai sangat korang buat family day. rumah-rumah limas di pinggir bandar melaka. nanti ada masa, korang try la cari kat pakcik google. dua tahun lepas, family belah mak aku wat family day kat limastiga ni. yang bestnya terutama sekali tentunya swimming pool nya yang besar.. dan ada juga pool untuk kanak-kanak. ^^

meh aku tunjuk sikit gambar kat limastiga, melaka...




cantik kan?.. rumah-rumah nya cantik. bilik-bilik pun banyak... tempat bersantai pun ada... ada ruang tamu yang besar.. karaoke...cafe kecil dan parking pun luas. tak rugi korang datang sini... cubalah bawa family ke sini... kalau korang nak rasa keunikan rumah-rumah limas di pinggir bandar.. meh lah try semalam dua di limastiga....
korang akan rasa kelainannya.....

cewahhhhh.... selamat meng'review' tempat-tempat menarik untuk cuti sekolah tak lama lagi... yeayyyyy

^^Permulaan cuti sekolah...


Assalammualaikum wbt

Bertemu kembali di lembaran kali ini.....
Yeay! cuti sekolah u olss!... even seminggu pun, amat bermakna. hehehe tapi di permulaan cuti sekolahku, berlaku perkara yang tak diingini. Anakku si Faris keracunan makanan dan dimasukkan ke hospital selama
3 hari dua malam. Kesian sangat...

Bila anakku dah discharge, somiku pula sakit dan terlantar kat rumah jer. Harini masuk hari ke tiga. manakala ayahku pula juga disahkan keracunan makanan balik dari JB. alahai......satu persatu
perkara menimpa famili aku. Allahuakbar.

Moga aku dan familiku tabah menghadapi dugaan ini. Allah SWT tak akan membebani hambaNYA
jika hambaNYA itu tidak mampu menanganinya. Insyallah aku boleh.

Amin.


4 Sekawan^^



taraaaaaaaaaa...................



inilah cucu cucu mak eton dan tok acan peserai. empat sekawan ni pantang berjumpa. kalau berjumpa kompem bergadoh. hahahaha nak buat macam mana, cucu cucu lelaki memang sangat aktif dan "ganaz". mereka berempat ni kalau tengok komputer, x lain tak bukan mesti akan menonton upin ipin... trucks.. pocoyo... tu larrr budak lelaki, gamat rumah! agaknya kalau cucu cucu perempuan mesti senyap dan aman je rumah kan? ^^

cepat betol budak-budak ni membesar,tahun depan zahin dah darjah satu. firas dan aqil dah 4 tahun. faris plak dah 3 tahun. well...well..well.. double F kena masuk school jugaklah tahun depan. takkan nak dok taska selamanya kan? kat mana tadika yang terima budak umur 3 dan 4 tahun ek area parit raja ni?
hurrrmmmmmmm.........
kalaulah tadika balong ngan kak mala ni kat parit raja je, akan ku masukkan anak2ku di situ..tapi jauh la kat batu pahat sana..haishhh.....

Blog Sekolahku ^^


Assalammualaikum WBT dan Salam sejahtera.

Bertemu kembali kita di ruangan kali ini. Pada kali ini aku nak mempromosikan sesuatu. :))
jeng jeng jeng..

BLOG SEKOLAH :)

ni lah blog sekolah aku yang SKM lagi kecil lagi pedalaman nun jauh di hujung tanjong... hehehe iaitu sekolah kebangsaan tanjong semberong. Sajeje aku nak promote blog ni agar semua orang tahu wujudnya sekolah ini yang terletak di parit raja, batu pahat dan bukannya di kluang, johor. Ramai yang salah sangka berikutan terdapatnya empangan semberong dan juga sekolah menengah sains semberong di kluang, maka ramailah yang beranggapan bahawa sekolah kebangsaan tanjong semberong ni di kluang. NO!no!No!NO!..... sambil jari telunjuk bergoyang-goyang kiri ke kanan. (",) Sekali lagi ingin ku tekankan di sini, bahawa sekolah ini terletak di Parit Raja, Batu Pahat... faham? :)

jemputlah baca hasil coretan rakan guruku di sekolah yang membuatnya. 
Salam ZulQaedah ~~~~~~~**


Selamat Hari Raya 2014^^


Selamat Hari Raya dari Ramos Generation 2014

Ni sebahagian keluarga comel Ramos Generation 2014. Ada lagi yang tak masuk ni sebab ada yang beraya di rumah mertua..ada yang balik sambung belajar.. ada yang ada hal.. dan lain2..
Apapun Ramos Generation memang simple and nice ^^


Hopefully family day Ramos tahun ni dapat dibuat di tempat yang happening dan best especially untuk kanak-kanak riang ria agar cuti mereka dimanfaatkan di tempat yang menghiburkan. Pengalaman yang mereka ada ini nanti bakal dikongsi bersama-sama rakan mereka di sekolah dan mudah untuk mereka membuat karangan terutamanya bahasa melayu.
sementara syawal masih ada ini, marilah kita merebut peluang berpuasa 6 di bulan yang mulia. Selamat Hari Raya! :)