^^ Perkembangan Janin

Perkembangan Janin..


0-4 Bersaiz 2 mm panjang. Otak, saraf dan tanda muka telah mula terbentuk. terharu..


^^
4-8 Organ-organ lain mula terbentuk, antaranya tulang muka, mata dan warnanya, jari kaki dan tangan juga mula kelihatan. Pada minggu ke enam jantung mula berdenyut. ala comellnya..


^^
8-12 Organ utama bayi telah terbentuk. Saiz kepala bayi adalah lebih besar untuk menampung saiz pembesaran otak. Bentuk hidung, dagu dan kelopak mata telah sempurna. Bayi anda akan mula menendang secara lembut. comel sangat..


^^
12-16 Dengan menggunakan ultrasound bunyi jantung boleh didengar. Pada masa ini juga saluran penafasan nya telah terbentuk. Bayi anda boleh  menyatakan perasaannya dengan mimik mukanya. Bulu mata, bulu kening serta rambut mula tumbuh. Bayi anda boleh memusingkan kepalanya dan membuka mulutnya. perutku ada bb :)


^^
16-20 Bayi anda berupaya bertindak-balas dengan suara anda. Bayi anda juga boleh menghisap ibu jarinya. Deria rasanya juga telah berkembang dan mampu membezakan rasa pahit dan manis. Cap jarinya sedang terbentuk dan disaluti dengan bulu-bulu halus yang dikenali sebagai "lanugo". baby dah boleh rasa.. 


^^
20-24 Badan bayi masih kurus, tapi saiz kepala dan badan telah seimbang. Tulang-tulangnya mula mengeras. Kemaluannya telah terbentuk. Bayi anda telah mula mepelihatkan motion pernafasan. Bayi anda telah mempunyai paten tidurnya tersendiri. dah tahu jantina baby.. syukur


^^
24-28 Bayi anda mula sensitif dengan bunyi dipersekitarannya, ia juga dapat mengenali suara anda. Kadar denyutan jantung bayi anda akan meningkat sekiranya anda bercakap. Pada ketika ini juga bayi anda sedang mempersiapkan dirinya untuk dilahirkan. Lemak mula terbina dibawah kulitnya, rambutnya mula tumbuh, kelopak matanya terbuka dan otaknya mula aktif. baby dah boleh dengar ibu ngaji, nyanyi, cakap, nangis.. hehe


^^
28-32 Bayi anda telah sempurna pembentukannya, bayi anda boleh mengelipkan matanya. Pergerakannya semakin berkurangan kerana berat badanya makin bertambah. Kepalanya tertumpu ke bawah. Kerongkongnya belum lagi matang pembentukannya namun ia mempunyai peratusan yang tinggi untuk selamat jika dilahirkan diwaktu ini. baby sangat aktif bergerak sekarang nih.. suka :)


^^
36 Bayi anda bersedia untuk dilahirkan, bayi anda melakukan latihan penafasan, mengulum dan menelan. Bulu-bulu lembut pada badannya mulai hilang. Dan kedudukan kepala bayi adalah pada pelvis. InsyaALLAH baby dan ibu selamat..amin
^^


# Credit to simanja.com


Dan kini, janinku berusia 34 minggu. Syukur sangat-sangat. Sebenarnya hati dan perasaan ini hanya Tuhan yang tahu bagaimana rasanya. Bila tanya pada kawan-kawan yang sudah punya anak, berbagai-bagai cerita dan pengalamannya. Dan aku hanya berserah pada ALLAH. Moga dipermudahkan segala urusanku. amin :) 


^^
Setakat ni Alhamdulillah segala persiapan dan persediaan nak menyambut orang baru dah siap. Aku hanya perlu menyiapkan diri aku, jasmaniku, emosiku, rohaniku..cewahhhh aku dah masukkan prinsip JERI plak. hehe.. aku bertawakal kepada MU, Ya ALLAH SWT. 


^^
Bersalin di mana? mungkin govern atau mungkin juga swasta. hehe.. bila tiba waktu dan saatnya nanti, ke mana driverku a.k.a hubbyku akan bawa dan tuju..aku ikut aje. hahaha boleh gitew ya? no prob, mana-mana pun ok. 


^^
Chaiyok ibu dan bb.. :)

1 orang dok baca:

FeiZura said...

ALLAH MAHA KUASA.
MASYALLAH ^^