^^ Luar Tak Nampak, Dalam Baru Nampak..

Apa tu?tu lar, pagi tadi aku pun baru tahu.. banjir rupanya on d way pergi sekolah aku. Dari luar tak nampak, tapi bila dah masuk dalam baru tahu keadaan sebenar dan nampak keadaan yang tragis sungguh. nasib baiklah tak kronik mana situasinya, masih lagi boleh lalu jalanraya kecik tu. walau berselisih dengan kereta- kereta yang lain, tapi masih lagi ok. cuma aku tak sangkalah, yang kawasan dalam perkampungan ke sekolahku ini banjir..hehe.


^^
Syukur kerana rumah aku ni dekat dengan kawasan bandar dan bukannya di dalam kawasan perkampungan nih. :) Tapi, memang tidak disangka-sangka air akan naik dan takut-takut juga kalau banjir besar akan melanda semula seperti tahun 2007 yang lalu. Kalau yang itu, memang dahsyatlah sebab nak masuk ke sekolah pun kene naik dan dayung perahu. kenderaan-kenderaan yang berenjin kuasa tinggi mmg takleh masuk lah kecuali motobot. :P tahun 2007 tu, banjir memang sangat teruk sebab dah di peringkat ke-7 dan kalau nak dibandingkan dengan situasi sekarangni bezanya di peringkat ke-3. kawan aku kat sekolah kata, tak lama lagi gelombang kedua akan dilepaskan..berjaga-jagalah nampaknya wahai penduduk kampung, sebabnya sekolah aku ni memang dekat benor dengan empangan semberong. kawasan dato' hishamudin tu. hehehe


^^
On d way pergi ke sekolah pagi tadi dah berderau dah rasanya diri ni. Gelap je kawasannya dan kenderaan memang kurang. yang memusykilkan aku, aku ni menuju ke sekolah, tapi kereta yang datang dari arah bertentangan tu pula yang banyak. dalam hati ni,
"kenapa ni? jalan putuske? jalan dah tak boleh lalu ke?"..
tapi, aku nekad je lalu dan aku tengok kiri kanan air dah naik dan ada dua jalan utama yang dah putus dua.
"Nak patah balik ke tidak?"
aku berkira-kira dalam hati..tapi, aku teruskan saja. nekad. Alhamdulillah, tidaklah seteruk mana cuma jalan banyak yang berlubang akibat hujan yang turun tidak berhenti-henti selama 5 hari.


^^
Jalan berlobang lobang..rosak tayar kete den


tuan rumahni dah pndh mana ntah..cianler


uishh...takotje kalau ada 'benda' yg xdiingini..huhu


hampir nak surut nih..chaiyok2!


habis kebun orang nih..tanam limau..harap2 hidupler...

^^
Rupanya perjalanan hubby lagi sadis lar hai.. pagi ni berkobar2 keluar pergi ke sekolah awal sebab hubby bertugas minggu nih. tapi, malang menimpa plak. patutlah semalam hubby ada cakap
"rasa tak sedap hati je 2,3 hari ni, kenapa hek?".
aku pun tak boleh nak jawab apa yang hubby tanya, aku cuma kata jangan pikir sangat. positif k..positif :) . Hubby kalau pergi sekolah memang naik motor dan lalu short cut, tapi laluan short cut yang selalu dilalui itu banjir teruk! paras peha okay. hohoho..cian motor hubby masuk air, tak boleh jalan dan stuck di situ. hubby kol, dia kata kalau tak settle2 nanti amik dia kat sana..aku ok jer :P Kemudian, jam 8lebih aku kol dan syukur dia dah sampai sekolah. ada pakcik2 yang lalu lalang kat situ tolong hubby. hehe nasib gb coti 2 hari hubby oit, kalau tak..masaklerrrrr..ngeh ngeh ngeh

^^
Sekolah aku juga jadi penempatan mangsa-mangsa banjir di sekitar perkampungan kat situ. dushhhhhh.. aduyaiiiii....esok aku update ya. huhuhuhuhu :P


1 orang dok baca:

FeiZura said...

air dah mula surut berbanding hari semalam. phewwww...lambat hek