^^ Apakah?..

Apakah tanda-tanda mahu beranak a.k.a melahirkan anak? bagaimanakah tanda-tandanya? selalunya tanda apakah yang akan keluar dahulu? tanda darah kah? tanda air kah? bahawa sesungguhnya aku tak tahu apakah tanda-tandanya..


Satu pagi di hari ahad 20 februari 2011, aku masih lagi ingat waktu itu jam 6.30 pagi..satu tanda yang lain dari biasa aku alami pagi itu. (yelar, sebelum ni aku asyik keluar tanda darah je..dah jumpa doktor, dia kata itu tanda biasa..tapi jika still keluar lagi u datang lagi hosp okeh? ok doc!

Ok, dan pagi tu tanda yang bukan darah telah keluar..aku panggil suamiku dan dia kata..'jum cepat, tu tanda air tu'..aiyark...aku dah gabra, apa nak buat nih? so, kami ambil keputusan akan pergi ke hosp pagi tu tuk rawatan seterusnya. tapi sebelum tu aku sempat pekena roti canai di mamak dan lakiku pula pekena mee goreng mamak. hahaha..aku lapar pagi tu, jadi aku pegi makan dulu..yelar..even nk beranak pun mesti kene makan sumthing..jangan bagi perut tu kosong.. :)


Selesai sudah sarapan pagi, aku dan lakiku terus menuju ke hosp pantai tuk wat pemeriksaan lanjut. tepat jam 9.45am doctor lau datang..'hi, selamat pagi..kenapa? u dah rasa tanda-tanda nak bersalin ke?' aku sengih.. borak punya borak dan doc periksa bukaan ku masih lagi kecil iaitu 2cm. uhuk..uhuk.. tapi, doc nasihatkan aku takut-takut baby terkena jangkitan kuman better lah u masuk ubat. MASUK UBAT? aduiii.. aku tahu apa tuh.. induce okay. due aku lagi 2 minggu, tapi tanda-tanda tu keep on keluar jer. aku risau, lakiku risau, semua risau..so, aku pun kata  'oklah doc..i tak nak baby kene jangkitan kuman.., i setuju'.. jam 10 suku pagi, aku dimasukkan ubat..huhuhu mcm-mcm perasaan aku rasa masa tu. nk terkencing, nk terberak, semua ada. midwife suh aku duk dandiam je dalam labour room sampai rasa sakit tu datang. tapi, aku ni manalah blh dok diam. 'kak, saya rasa nak terberak ni kak. tak tahan dah ni. huhuh..' sungguh aku nak berak, sebab aku tahu perasaannya. bukan rasa nak teran terberanak okay. mungkin perasaan gemuruh, takot, seram tu datang..maka rasa sakit perut nak terberak pun datang. hehe...tapi, paling kesian kat lakiku lah.. dia pun sakit2 perut cam aku, hinggakan 5kali dia masuk kuar toilet kat spital tu. huhu :P cian dia..

Oh ye, aku nak beranak normal. pada mulanya aku ckp kat diri ni, mampu ke aku nak beranak normal? sbb sebelum ni uriku bermasslah. uriku di bawah..so, chance nak bernaka normal adalah tipis. aku rs moral down time tu.. kene operate ke? hurm... mcm-mcm aku cuba agar uri ni dok naik atas semula. aku ckp ngn baby suh naikkan atas uri ni masa pusing2 dalam perut..hehe :) syukur..uri ku kmbali di atas sewaktu di akhir kehamilan :). SAYANG BABY!

Pas aku membuang air besar, midwife suh aku dok dalam wad dulu sebelum masuk kembali ke labour room. disamping tu alat degupan jantung baby di pasang di keliling perutku. huhu tinggi rendah, rendah tinggi degupan jantung anak ku masa tu. aduiiii.. sebab aku gemuruh ke? entah hek..tapi, mcm2 perasaan adalah time tu. aku berdoa moga ank ku selamat lah dalam kandungan ku ni. selamat dilahirkan hendaknya, insyallah. midwife masih lagi memantau keadaan aku dan baby.. last-last dia amik keputusan suh aku terus masuk dalam labour room. hohoho..masa tu jam 12.00pm.. aku ingat lagi dia suh aku ambil ubat tahan sakit. oklah, aku ambil suntikan tahan sakit di bahagian belakangku... masa tu memang tak rasa sakit apa-apa pun. nak tido je rasanya, tapiii....tak boleh! sebab aku dah mula rasa sakit. sakit nya datang kejap kejap.. kejap datang, kejap pergi.. masa tu jam hampir 2pm.. midwife memeriksa bukaanku dan ianya sudah 5cm. aduh... aku dah nak bersalinlah...

Sakit datang lagi. sakit pinggang macam nak patah! aduhhhhh! sungguh aku rasa sakit, aku mengerang.. aku menarik2 baju lakiku.. aduiiii tak tahan sangat...jam 2lebih aku rasa sakit yang amat. aku besyukur sangat lakiku ada di sebelah aku. masa tu adik aku dah datang dah melawat aku di wad. masa aku di labour room, ana dan kakros datang tapi aku tak dapat jumpa. pastu lakiku kata mak ayah aku pun dah datang. masa tu aku rasa aku nak mak aku je masuk teman aku. huhuhuhu...emakkkkk!! heheh... mak mertua ngn pak mertua ku pun dh datang, adik2 iparku dah datang tapi aku tak dapat jumpa mereka semua sbb aku dh masuk labour room.. dari jam 2 hingga jam 5 aku bertarung dengan rasa sakitku ini..huhuhu habis baju lakiku tarik2..napas pun dah tak betol dah. bidan suh aku ambil gas, tapi aku tak mo.. aku tak leh napas dgn betol time tu, inikan pula nak ambil gas... sakit yg amat. hehehe..

Selang sejam, midwife dok seluk bawah dan rasa bukaanku..ohh sudah 8cm..huhuhu... sejam kemudian lagi, oh 9cm sudah.... 'sabar ni, sabar..selawat byk2 ni, selawat...jangan teran dulu..tnggu lagi 1 cm...' midwife tu cakap kat aku.. 'kak, tak tahan kak..huhuhu'

Lebih kurang jam 5.00pm, doc masuk dan aku dah tak tahu dah apa yg dia buat..yg aku tahu cuma rasa sakit nk meneran.. :( aku mengerang dan masih lagi mengerang.. cuma, aku tak nangis. aku tahu aku tak nangis.. aku cuma mengerang kat lakiku, kat bidan tuh..aduyaiiii.... akhirnya doc suh teran..aku teran..teran dan teran hingga 7-8 kali juga rasanya dan akhirnya zuppppppp...... tangisan anakku kedengaran. alhamdulillah... anakku lahir ke dunia..anakku diletakkan di atas dadaku...it's a boy! Muhammad Firas :) syukur ya ALLAH. air mataku menitis.. aku dah jadi ibu.. lakiku mengazankan di telinga bayi kami. ALHAMDULILLAH.. syukur.

'Apa u rasa bila tengok i mcm tu tadi, yang?' aku tanya lakiku setelah aku kembali ke wad biasa..
'I rs terharu..i sedih tengok u sakit...' aku tengok dia dan aku senyum bila lakiku kata macam tuh..

:P Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu itu melahirkan anak memang tiada tolok bandingnya. Kini, aku rasa apa yang mak aku rasa.. Sayangilah mereka selagi mereka masih ada..doakanlah mereka siang malam, setiap masa tidak kira masa dan tempat.. huhuhuhu..


Muhammad Firas bin Muhamad Fauzi

Ibu dan Ayah sayang Firas sangat... be good boy okay, dear :)


2 orang dok baca:

faiez said...

tersentuh baca entry nieh...emm mmg sakit kan...faiz sakit 24 hrs...tp jln xbukak...

FeiZura said...

ooo yeke paiez? syukur selamat semuanya dah. bila ingat2 balik, mmg fobia..tapi ada anak ramai..bestkan? meriahje rumah hehehe