^^ Picnic Time :))



Salam semua...


Dah lama aku tak pergi picnic lar..dan hari ni aku berpeluang pi picnic..yeayea..besh betol walaupun tak mandi, just main-main air jer, tapi, memang seronok pergi beramai-ramai dengan adik-adik ipar aku. (adik hubby :))


kiteorang pergi area johor jugak, iaitu hutan lipur gunung berlumut di kahang, kluang. area g mersing.. :) tempatnya agak jauh ke dalam dan perjalanannya sangat bersimpang siur. memeningkan dan mencabar. dan hari ni aku pulak yang kene drive dari bp ke kahang, disebabkan kecederaan salah bantal yang dialami oleh hubby, maka aku lah yang kene drive. huhuhuhu..sangat sangat mencabar :)


antara cabaran yang aku alami, yang pertama..


jalan yang aku tak familiar membuatkan aku tension sebab perjalanannya yang jauh dan memeningkan kepala...:))


kebetulan baru lepas hujan, maka jalan raya menjadi licin dan membuatkan pemanduan semakin mencabar...


firas! hehehe...first time bawa firas jenjalan g masuk hutan dan main air di sungai.... hehehe dengan keadaan dia yang sekarang suka menjerit-jerit..hehe salah satu cara dia berkomunikasi dengan orang kelilinglah tu.. hehehe.... cabarannya adalah sewaktu dia nak tido!! hehehe :))
lentok bahu salah, duk atas riba salah, dodoikan pun tak mo..hahah last-last masukkan dalam keta, susukan dan kemudian akhirnya dia tertido...aduyaii..anak...anak...(sambil menggeleng pala) :PP


dan cabaran terakhir, g makan pizza hut kat kluang mall... hahahah dah tunjuk taring dah anak aku ni. dia dah lalok, tapi keadaan shopping mall yang sangat bising...menyebabkan dia semakin menjerit-jerit..hehehe last-last bawa dia pusing-pusing keliling pentas utama kluang mall yang kebetulan tengah buat acara make up pengantin dan andaman kebanyakan oleh 'golongan au'..heheehehe..macam-macam pesen aku tengok :))..dan tak lama pastu dia terlentok atas bahu aku...cian anak ibu nih...


bergambar di jambatan nak roboh ni :))

takmo main air...hehe

takot nak men air sebab sejukkkk :))

dah suka dah main air, walaupun sejuk :))

us :))

makan pizza hut..nyummm

pizza yang lazattt

air float sedappp...sejuk jer...


so, post kali ni banyak pulak aku letak gambar kan?...hehehe hari-hari akhir sebelum menjelangnya hari puasa..maka, aku penuhi masa dengan berjalan-jalan dengan keluarga tercinta... bagi kawan-kawan yang lum habis ganti puasa tu..sempat pose lagi, tapi 1 hari jelarr.. ngeh..ngeh..ngeh..


ok kawan-kawan.....


selamat berpuasa kawan-kawan....
selamat bertarawikh.....


semoga segala amalan kita diberkati oleh yang ESA. amin. :)

0 orang dok baca: