sembilan belas: hoore hoore ye ^^



aku baru sahaja selesai menonton cerita hoore hoore muzikal ni, masuk ni aku rasa sudah lebih daripada 10 kali aku menontonnya. sebenarnya cerita ni dah lama dah dari tahun 2012 lagi. tapi aku suka dengan cerita ni. cerita yang sempoi, santai, lain dari yang lain dan yang penting ada pengajaran.

Dalam mengharungi kehidupan,Jangan letak pagar mengelilingi kita 

Allahyarham sudirman hj arshad

kata-kata yang dipetik dari allahyarham sudirman hj arshad. penyanyi tersohor malaysia suatu ketika dahulu.. di dalam kita mengharungi kehidupan ni, jangan kita letak pagar di sekeliling kita.. maksudnya kita keluar dari kebiasaan kita. keluar dari kepompong dan zon selamat kita. kita cipta sesuatu yang unik dan lain untuk kita lebih berjaya. pada aku tak salah kita keluar dari zon selesa serta zon selamat kita. bahkan kita akan lebih puas sebab dapat melakukan perkara yang kita minat, yang kita ada yang mana selama ini kita tak tahu pun sebenarnya kita berbakat, punyai keistimewaan dalam zon baru yang kita cipta tu.

banyak pengajaran yang boleh kita dapat dalam cerita hoore hoore ni. pada aku yang pertama sekali adalah, YAKIN PADA  DIRI SENDIRI. jangan kita terasa rendah diri dengan apa yang kita miliki. kita kena yakin..tanamkan dalam diri tu.."orang lain boleh buat, aku pun mesti boleh buat". Kalau kita asyik negatif sahaja, sampai bila kita tak akan ke mana.

Antara pengajaran lain yang boleh aku dapat dalam cerita ni juga, hormati ibu bapa, guru juga rakan-rakan. Hargai juga nilai persahabatan yang ada dengan menjaga adab dan batas-batas antara lelaki dan perempuan.

Walaupun cerita ni dah lama dibuat, aku tak kan pernah bosan untuk menontonnya walau diulang berapa kali. Sebab yang utama adalah ada AKIM AHMAD!!!!!!!!!!!!!!! 

oh my..oh my.. aku suka dia ^^
(**,) (**,) (**,)

sumber: pakcik google
melting..melting.. :))


sumber: pakcik google
aku blushing...blushing...
ahaksssss....:))


Pelakon utama wanita dalam cerita ini adalah Nurul Iman atau nama sebenarnya Farah Nazirah yang kini sudah pun berusia 22 tahun. Dia ni sedang menuntut di Unisel. Kalau korang pernah tengok cerita ni, si Farah ni bertumbuh gempal bukan? comel lote.. gebu..rendah.. tapi.........tu dulu.. 
Sekarang ni si nurul iman a.k.a Farah Nazirah sudah pun dewasa, cantik..cun melecun.. kurus.. ^^

sumber: pakcik google

cun kan? ....hehe masa dia berlakon dalam cerita tu berat badannya lebih kurang 63kg. dan kini berat dia 53 kg. wowww.... kurusssssssss... aku pun nak!! hehehehe... tips yang dia kongsikan (aku baca dalam blog lain)... dia tak makan nasi untuk kurus. WOW!! mampukah aku??? ^^

*Nurul iman boleh...aku pun bolehhhhhh! chaiyok!!


k chow



0 orang dok baca: