Hai guys
lamanya tak bersiaran
maaf sangat, agak sibuk dengan perjalanan di sekolah, aktiviti harian di rumah serta aktiviti diri yang mana seminggu 2 kali akan ke fitness untuk dance-dance.
Cewah..yo yo o je kan
So, nak cerita sikit ni. Pada jumaat sabtu 22-23september yang lepas, sekolah telah mengadakan family day di telok gorek mersing. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tuk pengetahuan korang, dah lama sekolah tak buat family day yang mana family day yang sebelum ini adalah pada tahun ke dua aku mengajar di sini. 2009. hehehe almaklumlah sekolah kecil ni bukannya ada banyak peruntukan pun untuk ke sana sini kecuali ada sponsor dari sesiapa.
Dan disebabkan penyelaras program kali ini iaitu mr ridzuan, beliau sangat bertanggungjawab dan berwibawa dengan mencari sumbangan-sumbangan dari pihak-pihak swasta seperti syarikat timbang sawit, pejabat umno kawasan dan lain-lain. Hasil sumbangan sedikit sebanyak dapat menampung kos-kos yang diperlukan dalam hari kluarga ini.
Pada kali ini, sekolah membawa 10 orang murid ke telok gorek dan seramai 10 orang guru dan seorang staf sekolah berserta keluarga dapat menghadirkan ke hari keluarga kali ini. Seronok sangat sebab dapat having fun together-gether. :))
Walau kami kecil, kami tetap ada :)
ada beberapa keping gambar yang akan aku upload dan share dengan korang.
murid baru selesai makan sarapan
anak-anakku yang aktif tak kira masa :)
senaman pagi oleh instructor mr.shahril
murid tak sabar nak join aktiviti
rebut air laut
bowling kelapa
kami (^^,)
my sayangssss. alhamdulillah tak banyak meragam
pemenang nombor 3
pemenang nombor 2
johan! :)
ok semua.
till then
.
.
.
.
.
.
0 orang dok baca:
Post a Comment