Showing posts with label berubah. Show all posts
Showing posts with label berubah. Show all posts

Tiga puluh empat: musim berubah



korang,
Pernah tak suatu ketika dahulu ada sebuah nama tiba tiba terpahat di hati kita? Luruh..seperti dedaunan di musim gugur. Datangnya bersama angin yang bertiup lembut. Lalu singgah di hati. Dan kemudiannya berlalu pergi bersama deraian hujan.

Aku di sini terdiam. Menatap hampa pada musim yang berubah warna. Merah. Biru. Putih. Kuning. Hijau. Berpandu menjadi dedaunan yang kering dan lapuk. Setiap detik adalah nafas kehidupan untuk tetap teguh berdiri lagi. Berharap agar hidup untuk tidak menjadi sia sia.

Aku tahu, pada akhirnya memang akan seperti ini. Terduduk diam menatap hampa pada waktu yang berlari dan berubah di depan aku. Sedangkan langkah masih terasa berat untuk bangun melangkah.

Suatu ketika, hati ni pernah berbisik sendiri bahawa, " hidup ni perlu diteruskan, meskipun tanpa dia di sisi ". Dan aku akan ingat bahawa monolog itulah jawapan bagi semua penantian selama ini. Tidak ada yg berubah dari firasat hati ini. Bahkan setelah lama aku menanti dan menunggu...aku, kau dan kita masih sama... - GM.

Aku percaya suatu masa nanti, aku akan menemukan musimku sendiri. Musim yg akan memayungiku dengan bunga-bunga. Musim yg tidak mudah luruh dan berubah warna. Musim yg hanya akan aku kunjungi seumur hidup namun akan bertahan di sana selamanya. Itulah musimku.

Angin di penghujung musim itu masih berhembus lembut, membelai sehelsi nipis kain di muka aku yg mulai basah. Daun daun tak henti jauh. Luruh ke bumi. Hiba.

Akhirnya aku berganjak dari tempat aku duduk. Terus melangkah menyusul waktu yg telah lewat. Berharap kau akan baik baik saja di sana. Semoga aku, kau dan kita bahagia dengan musim kita sendiri.

Ehhh
Allah's timing is PERFECT, right? So..please keep sabr.


Nukilan insta @gadis monolog -GM






Tiga puluh satu: berubah


Ehh.. susah ke kalau kita nak berubah?

Difficulties in your life dont come to destroy you, but to help you realise your hidden potential. Let your difficulties know that you have Allah Swt.

Kalau kita fikir nak berubah tapi kemudian sama jugak. Kejap gitu, kejap gini..kita dah jd mcm takde pendirian. Blur. Stuck.

Kalau kita yakin nak berbah, nak berhijrah, kita kena tajdid niat berubah. Kita tak boleh fikir apa orang kata setiap masa. Kalau kita fikir dan ambil kisah mulut orang yang tak reti nak tutup ni, sampai matilah kita akan stuck kat situ jek. Kita tak boleh nak berubah.

Faham x?

Kita yang nak berubah kan?, so kita kena usaha sendiri. Gerak sendiri. Berubah atas kaki sendiri. Jatuh bangun kita sendiri, jangan nak harap orang tiap masa.

Nasihat aku senangje, kau nak berubah, kau sendiri kena bangun, pergi cari surau, masjid sendiri, lepas tu kalau ko nak tanya apa-apa, ko tanya sendiri pada org yg lebih baik, alim dan yg lebih berpengalaman!.

Bukan apa, kalau kita dok tanya pada orang yg sebaya, muda muda plus yg berdakwah dlm laman sosial, kita cuma akan dapat sikit. Paling tak, jawapan mereka tak pasti, kot atau juga sabarlah...

Hmmm...kita tak akan puas dgn jawapan gitu. Tak kan puas. Percayalah.
Buat apa apa pun kena usaha sendiri, jgn nak harapkan orang lain semata. Boleh kalau nak tanya....TAPI carilah ustaz dan ustazah yg lebih arif.

Jangan mengeluh kalau kita rasa kita tak kuat nak berubah, sebab kalau kita sering mengeluh, lagi payah dan susah nak berubah. Org yg sabar itu dia sentiasa diam dan tenang. Mulakan dengan perubahan yg kecil dan mudah.

Take it slowly but consistant.

In sha allah.

@gadismonolog