Blog Sekolahku ^^


Assalammualaikum WBT dan Salam sejahtera.

Bertemu kembali kita di ruangan kali ini. Pada kali ini aku nak mempromosikan sesuatu. :))
jeng jeng jeng..

BLOG SEKOLAH :)

ni lah blog sekolah aku yang SKM lagi kecil lagi pedalaman nun jauh di hujung tanjong... hehehe iaitu sekolah kebangsaan tanjong semberong. Sajeje aku nak promote blog ni agar semua orang tahu wujudnya sekolah ini yang terletak di parit raja, batu pahat dan bukannya di kluang, johor. Ramai yang salah sangka berikutan terdapatnya empangan semberong dan juga sekolah menengah sains semberong di kluang, maka ramailah yang beranggapan bahawa sekolah kebangsaan tanjong semberong ni di kluang. NO!no!No!NO!..... sambil jari telunjuk bergoyang-goyang kiri ke kanan. (",) Sekali lagi ingin ku tekankan di sini, bahawa sekolah ini terletak di Parit Raja, Batu Pahat... faham? :)

jemputlah baca hasil coretan rakan guruku di sekolah yang membuatnya. 
Salam ZulQaedah ~~~~~~~**


Selamat Hari Raya 2014^^


Selamat Hari Raya dari Ramos Generation 2014

Ni sebahagian keluarga comel Ramos Generation 2014. Ada lagi yang tak masuk ni sebab ada yang beraya di rumah mertua..ada yang balik sambung belajar.. ada yang ada hal.. dan lain2..
Apapun Ramos Generation memang simple and nice ^^


Hopefully family day Ramos tahun ni dapat dibuat di tempat yang happening dan best especially untuk kanak-kanak riang ria agar cuti mereka dimanfaatkan di tempat yang menghiburkan. Pengalaman yang mereka ada ini nanti bakal dikongsi bersama-sama rakan mereka di sekolah dan mudah untuk mereka membuat karangan terutamanya bahasa melayu.
sementara syawal masih ada ini, marilah kita merebut peluang berpuasa 6 di bulan yang mulia. Selamat Hari Raya! :)

Naik Sekolah Dah...

aku kembali ke sekolah

semalam 3 ogos 2014, aku kembali ke sekolah. kini di johor, waktu persekolahan adalah bermula pada hari ahad hingga khamis.


sekejap sangat rasanya cuti raya pada kali ini..rasa sangat tidak puas beraya ke rumah sanak saudara. terutama sekali rumah pakcik makcik sepupu sepapat yang jauh di mata tapi selalu di hati ni. haisshhhhhhh entah bila lah nak sampai rumah sepupu yang kat KL tu...pakcik yang kat Ipoh tu ha.....sabojeler... cuti sekolah jelah jawabnya nak sampai ke sana.

apa2pun cuti seminggu raya memang tak puas dan memang tak pernah cukup. tapi demi anak bangsa ku gagahi juaaa... set di minda, perbetulkan kembali niat.....^^ agak poyo ayat aku ni.. hahahaha biarlah, ada aku kisah? :P

kena get ready untuk mnghadirkn diri ke kursus2, taklimat2, bengkel2, pemantauan dan lain-lain.. jeng jeng jeng..
Gambatte!

Ramadhan 2014


Salam Ramadhan 2014

Hari ini sudah 14 hari di bulan ramadhan kita berpuasa. Alhamdulillah kerana dipertemukan kembali di bulan yang mulia ini.

Semoga segala amalan kita mendapat keberkatan dari yang ESA. Mari kita merebut mencari keredhaan ALLAH SWT di bulan yang suci ini.

#PrayforPalestine


Betul2 Menyepi Kan?

Salam 1 Malaysia...

Apa-apapun aku nak senyum dulu. sebabnya, sejak kelahiran faris aku dah tak aktif menghapdate blog. wahhhhhhhh sangat dahsyat dan memang xde masa langsung nak berblogger seperti dulu. dan sekarang ni tatkala anak tgh tidur, dptlah nak berehat-rehat dan mengarang sedikit cerita yang dapat dikongsikan. Maaf sangat kepada kawan-kawan blogger yang lain.

Ok, sekarangni nak cerita tentang anakku si abang firas sedah masuk setahun sepuluh bulan dan adiknya si faris telah pun berusia 8 bulan. wahhhhhh...sekejapje rasanya ada anak 2 orang dan sedang membesar di depan mata aku ni. memang besar betul cabaran nak membesarkan dua orang ni. jadi, aku sangat respect pada mereka yang mempunyai anak kembar 2, 3, 4, 5 dan sebagainya sebab berjaya membesarkan anak dan tahan dengan karenah anak yang pelbagai ni.

Bukan nak cakap yang aku ni tak sabar, cuma kadang2 tu hilang juga kesabaran nih. hehehe... tipulah kalau ckp aku ni penyabar sangat...hilang juga kadang-kadang tu, tapi xdelah sampai nak menyebat-nyebat. heeeeeeee. saya sayang anak saya okehhhhh...^^

Cuti sekolah kali ni sangat menyeronokkan sebab dapat pergi berjalan-jalan ke kl, cameron, raub, gambang dan kuantan. memang cuti-cuti malaysia betol...





Apa-apapun sat g nanti aku hapdate gmbar-gambar aku pi berjalan2 satu mesia okay? :)

bai


^^ My Second Baby : Faris

Salam semua..
agak lama menyepi dari dunia blogger. bukan apa, semasa di akhir-akhir kehamilan aku rasakan agak malas nak mengemaskini blog aku disebabkan kondisi yang tidak berapa nak stabil. dan kini aku sedang berpantang. alhamdulillah.

Syukur sangat..aku telah selamat melahirkan baby boi ku yang ke dua. ^^ sungguh rapatkan? well, aku pun tak sangka akan ada anak serapat ini. tapi, dah rezeki aku. aku bersyukur atas kurniaan dari yang ESA. anak aku yang ke dua ni sesihat abangnya firas. dipermudahkan urusanku dalam melahirkan baby faris ni. oh yer, baby yang ke dua ni namanya muhammad faris. cuma terbalik sahaja dengan abangya muhammad firas :).

jadi inilah muhammad faris bin muhamad fauzi :)


Sesepet abangnya dan juga baka kuat sepet dari ayahnya. huhu gen aku yang bermata bulat ni telah dikalahkan oleh gen sepet ayahnya :).
Kelahiran kali ini adalah tanpa induce. huhuh..walaupun tanpa induce, tetapi sakitnya seperti induce juga cuma tidak kerap. aduyaiii. sakitnya hanya Allah yang maha mengetahui dan aku sangat berterima kasih dengan suamiku yang sentiasa ada di sisi ketika aku sedang sakit sesakit-sakitnya. huhuhu thanks yang! ^^

ok..sekarang ni firas macam sudah memahami akan kehadiran faris. jadi, aku kene bersedia mental dan fizikal. huhu..firas anak yang baik kan? jadi abang yang baik ye sayang... huhuhuhu :)

^^ Family Day @LIMASTIGA



Family Day 4hb Feb 2012 - 5hb Feb 2012
It was HAPPENING! Seriously..:)

Pada 4-5 Feb 2012, family day sebelah my mum telah diadakan di Limastiga, Umbai Melaka. actually Limastiga ni private homestay yang mana khusus untuk orang-orang melayu sahaja. lain dari orang melayu tidak diterima. serious. pada mulanya ingatkan homestay ni tak best, tapi bila tengok wbstte/blog nya agak menarik minat dan teruja untuk pergi ke sana. kenapa LIMASTIGA? sebabnya rumah limas ni ada tiga sahaja yang dibina di homestay ni. ada private pool lagi, jadi sangat seronok nak terjun dan segala bagailah ^^

okayy..

sebelum-sebelum ni famili day memang tak pernah dibuat luar dari johor. hanya sekitar BP dan JB sahaja. tapi tahun ni nak buat kelainan sikit, jadi Limastiga adalah pilihan utama kami. walau hanya bermalam 2 hari 1 malam sahaja, tapi jadual memang packed sangat-sangat yang mana dipenuhi dengan aktiviti yang besh. cayalah team RAKAN MUDA! korang memang besh.

Banyak aktiviti yang telah diadakan especially permainan untuk kategori2 yang disediakan. untuk warga emas biasalah, balingan dart, kupas buah memang dalam genggaman dieorang lah. warga kanak2 dan remaja punya game banyak yang dalam pool. hehe..sejuklah 'demo'.. manakala tuk warga dewasa plak rotate2 lah. ada yang dalam pool, dan ada yang kat luar. sejukk beb!

tiap kali famili day memang tak lepas dari acara karaoke. tahun ni famili aku diwakili oleh adik aku iaitu pak mamat. cayalah.hahaha...bukan apa, kalau aku masuk lagi tahun ni, kompem aku menang cam last year. hehe so, tahun ni bagi can plak kat orang lain. hahahaha..PERASAN LAH KO NANEE!

pada malam tu juga diadakan doa selamat dan tahlil ringkas bersempena dengan maulidur rasul yang jatuh pada hari ahad itu. sebelum berangkat pulang sempat juga buat acara brainstorming dan acara ringkas meneka teka-teki yang sangat besh dan kelakar. kalau ada peluang upload video kang.. aku cuba upload lah yer. ^^

kat bawah ni adalah antara gambar-gambar yang sempat aku download dari FB RAMOS, dan aku upload sikit kat blog nih.. enjoy! ;)

Rumah LIMASTIGA Umbai, Melaka

Lepak2 sambil tunggu giliran nak main game

Mandi dalam pool

main teka-teka: laki aku tgh buat aksi bagi klu..

aku plak tengah cuba meneka apalah laki aku buat nih??

acara aerobik di pagi ahad :)

US.. Firas sejukkkkkkk..'burrr'

Doa selamat dan tahlil ringkas serta karaoke

acara penyampaian hadiah serta brainstorming sbelum balik :)