Lima puluh sembilan: Luka



Aku yang berpura pura atau terlalu menahan luka?

Rupanya berpura pura tidak semudah yang aku sangkakan. Hati ini bermonolog lagi, berkata-kata dengan diri agar bersabar. Meskipun dengan cara itu juga ianya akan melukai. Tapi, apa pilihan yang ada lagi?

Pilihan aku hanya ada dua, pilih luka dengan menutup mata iaitu berpura pura tidak ada apa apa atau pilih luka yang membenarkan semuanya terjadi.

Entah kenapa hari ini aku lemah. Ada sedih yang aku pendam. Ada luka yang aku genggam. Hingga mereka nampak yang aku kuat, Namun sebenarnya tidak.

Ada sesuatu dalam diri dan rasa sakit hati yang tak tertahan dan entahkan sampai bila ianya akan bertahan.

Redha?
Itulah jawapan yang aku ada kini.



@gadismonolog dan aku...




Lima puluh lapan: my new obsession



Ahaks...tajuk entry tak menahan uollsss. Obsession la sangattttt ^^

Tapi kan korang, memang ye pun. Sekarangni aku ada hobby baru sejak sejak cuti sekolah ni la. Hehehe nak cuba resepi masakan baru, tak berapa nak rajin masak hari hari. (Hehehe kantoi di sini). Kahhhhhhhhh..

Kemudian,  nak masak resepi kek baru malangnya plak oven rosakkkkk. Sebenarnya bolehje pun kalau guna kukus. tapi, alasan banyak betol hakak ni. Hahahaha reject jadi bini hokay! heheeh dan aku pun dah tanya kedai kalau hantar pi baiki semula harganya lebih kurang sama kalau beli baru. Jadi, beli baru je la gamaknya. Tapiiiiiiiiiii kan, nak beli baruuuuuu tu ntahkan bile. Haishhhhh sabo bebanyak nih.
(^^,)

Ok, skang masuk tajuk. Hehehe.. aku ada hobby baru la ni. Doakan aku rajin ye korang. Nak mencuba sesuatu yang baru je ni. Hehe nak melancong jenjalan satu dunia skangni belum kayaaaa. Tunggu time tu datang in sha allah aku kaya...aku jalan satu dunia. Hehehe aku melalut lagi.

Ok ok
Jeng jeng jeng...ni la my new obsession currently. Hahahaha gigih pi belajar dengan orang. Hopefully nanti jadilah sesuatu yang boleh digunapakai. Wowwwww tinggi cita cita hakakkk.




Yang ini namanya jahitan tali air. hehehe ni pun cikgu tu yang cakap ngan aku... kena handalkan yang ini dulu barulah dapat buat bentuk bentuk yang lain. Moga2 aku tekun dan yang penting istiqomah. Cewahhhhh

kbai

(^^,)

Lima puluh tujuh: Friends



True friends are there even when they think you are fool.


Ahaks...


Alhamdulillah...

Aku bertuah ada sahabat yang memahami, yang ada tiap suka dan duka, yang kaki jalan, yang kepala gonjol dan dan yang kepala gonjeng. Yang penting kami baik. (^^,)
Walau aku macamni, orang ingat aku ramai kawan. Walhal, aku tak seramai kawan yang mereka ingatkan. Hanya segelintir sahaja yang rapat dengan aku. Hanya sedikit yang nak berbaik dengan aku. Orang baik dengan kita, kita baik dengan semua orang. Orang buat jahat dengan kita, aku diam dan redha dengan semuanya. Dari dulu aku baik dengan semua orang, tapi tak pastilah kenapa tak semua orang baik dengan aku. Mungkin aku ada kekurangan yang aku tak nampak tapi mereka nampak. Tak mengapa, aku perlu muhasabah diri aku lagi.


Aku tidak memilih kawan, jauh sekali untuk pilih kawan yang ni, kawan yang tu, yang layak jadi kawan aku. Aku siapa? dan Siapalah aku nak buat semua tu.


Thanks sahabat.


Friend is someone who makes you laugh even when you think you will never laugh again.




till then



bai




Lima puluh enam: Resepi Ikan Dori Masak Pedas



Assalammualaikum wbt.

Bertemu semula di lembaran baru. Lama sungguh aku menyepi dari blog nih, (lama ke?) tak lah... senyap kejapje sebabnya sibuk dengan hal-hal rumah dan hal-hal berjalan jalan ke sana sini. cuti sekolahlah katakan dan ianya dah pun bermulaaaaa. Yeay! pejam celik, pejam celik dah pun seminggu cuti sekolah berlalu dan ada lagi lebih kurang 4 minggu lagi cuti sekolah akan berakhir sebelum minggu mesyuarat bermula.

ohoiiiiiiiiiiii mualassssssssnya, bak kata orang jawa. Hepppppppppppp! jangan memalas feiiiiiii.

Aku baru balik dari jenjalan dengan kawan-kawan aku si gonjeng gonjol ana dan juli. hahahaha tahun ni kami x jenjalan jauh manapun weh. bajet lari pecut 100meter ^^. So, tahun ni kiteorg plan memang nak ke ikea dan round-round kl je weh. bolehlarr, dan next year baru plan jauh sikit nek ketapi thomas and friends :)). mana destinasinya? ahaksss... mari verangan dahulu.

Ok. Aku melalut. So aku nak citer je kali ni yang aku masak resepi ikan dori masak pedas. Yeay! Rabu lepas aku pergi sheshoping kat carrefour dan belilah ikan dori ni. Sebabnya aku memang suka makan ikan dori pun. Pastu semalam, aku dok ngendap kat pakcik google ni ternampaklah resepi ikan dori masak pedas. Sonangje masaknya. meh aku bagi resepi cara aku.

Bahan utama:
Ikan dori


Bahan kisar:
Bawang putih, halia, cilipadi - korang agak2 ye


Bahan sos (satukan dahulu):
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
Air

Kiub ayam


Cara-Caranya:
Korang goreng ikan dori tu dengan tepung sebab nak bagi lazat. Pastu angkat ikan dori tu. korang ambil minyak gorengan ikan dori tu dalam 3 sudu dan tumiskan dengan bahan-bahan yang korang kisar tu. goreng dan goreng dan goreng dan goreng bagi naik bau. (^^,)

Pastu, korang masukkanlah bahan-bahan sos yang dah korang satukan tadi. Korang kacau, kacau dan gaul dan gaul lagi sos yang korang masukkan tu dan barulah bubuh kiub ayam tu. aku buh separuh je, kang termasin plak. hehehehe last sekali ikan dori tu masukkan dalam sos tadi ataupun korang bolehje tuangkan sos ni atas ikan dori yang telah digoreng tadi. Dua-dua punboleh ^^.
Masakan yang aku masakni xbuh garam sebab sos-sos dan kiub tu dah sedia ada masinnya. :))

Korang boleh masukkan juga sayur-sayur kegemaran korang. lobak ke, asparagus ke, lada benggala ke, kacang panjang ke, kacang buncit ke...ehhh buncis ke.. hehehe ikut korangla. aku nak cepat, so tak buh sayur pun. hahahahah sila jangan tiru hakak.. ^^

jadi, dah siappppppppp. senang aje bohhhhh :))

meh aku show off gambar. kahhhhhhhhhhhhhhh..


Hasilnya.....  hehehe aku campor gak dengan tauhu jepun. hehehe lazat ^^

so, silakan kalau nak cubaa......(^^,)



till then




Lima puluh lima: Dosa




Banyak dosa dosa aku.
Adakah Allah boleh memaafkan segala dosa dosa aku?
Hanya itu yang aku nak tahu...
Hanya perkara itu yang aku nak tahu, adakah dosa dosaku diampunkan okeh Allah SWT?


Aku hanya inginkan keampunan dariMU YA ALLAH, sebab banyak dosa yang telahku lakukan. Seringkali dosa dosa ini menghantui diri ini.


YA ALLAH...


Aku tidak takut untuk meninggalkan duniawi ini, kerna aku hanya kisahkan kemaafan dariMU.
Aku takuttttt.
Aku takuttttt jika aku tidak mendapat kemaafan dari Allah SWT.
Aku takut tak dapat masuk syurgaMU.
Aku takutttttttttt.


Ya Allah, ampunkan dosaku.
.....
.....
.....
.....



Sesungguhnya aku ingin ke syurgaMU, Ya Allah.....
Bimbinglah aku ke jalanMu.
Tetapkan imanku.


Tabahkanlah aku.





Lima puluh empat: moody



I'm not in the mood

I'm not in the mood to update blog.

Hopefully everything's will be fine.

Hopefully everything's gonna be okay.

Only Allah knows



Semoga baik baik saja.

Elok2 ya hati.



Lima puluh tiga: i is..



I is kecewa...

Depressed











Ok bai