#2017 17 Eh Eh!


Eh! Eh!

Tajuk entri kali ini

Kenapa eh eh?

Hahahahaha sebab ada sesuatu pada hari ini.

Hehehehehe marilah kita SS.

(^^,)


#2017 16 Apa Khabar Dia?


Apa khabar agaknya dia di sana?
lama sungguh tiada khabar ku dengar.
Moga dia baik-baik sahaja di sana.

Tuhan
Tolong jagakan dia untukku.


Ada yang datang dan pergi dari hidup kita
Namun yang indah tak selamanya selalu dengan kita
Siapa pun mereka di hati kita dahulu atau kini
Moga-moga rasa itu sentiasa ada..
-GM-



.
.
.
.
.
.
.
.



#2017 15 Family Day SKTS 2017


Hai guys
lamanya tak bersiaran
maaf sangat, agak sibuk dengan perjalanan di sekolah, aktiviti harian di rumah serta aktiviti diri yang mana seminggu 2 kali akan ke fitness untuk dance-dance.
Cewah..yo yo o je kan

So, nak cerita sikit ni. Pada jumaat sabtu 22-23september yang lepas, sekolah telah mengadakan family day di telok gorek mersing. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tuk pengetahuan korang, dah lama sekolah tak buat family day yang mana family day yang sebelum ini adalah pada tahun ke dua aku mengajar di sini. 2009. hehehe almaklumlah sekolah kecil ni bukannya ada banyak peruntukan pun untuk ke sana sini kecuali ada sponsor dari sesiapa.

Dan disebabkan penyelaras program kali ini iaitu mr ridzuan, beliau sangat bertanggungjawab dan berwibawa dengan mencari sumbangan-sumbangan dari pihak-pihak swasta seperti syarikat timbang sawit, pejabat umno kawasan dan lain-lain. Hasil sumbangan sedikit sebanyak dapat menampung kos-kos yang diperlukan dalam hari kluarga ini.

Pada kali ini, sekolah membawa 10 orang murid ke telok gorek dan seramai 10 orang guru dan seorang staf sekolah berserta keluarga dapat menghadirkan ke hari keluarga kali ini. Seronok sangat sebab dapat having fun together-gether. :))

Walau kami kecil, kami tetap ada :)

ada beberapa keping gambar yang akan aku upload dan share dengan korang.

 murid baru selesai makan sarapan

 anak-anakku yang aktif tak kira masa :)
 senaman pagi oleh instructor mr.shahril

 murid tak sabar nak join aktiviti
 rebut air laut
 bowling kelapa


 kami (^^,)
 my sayangssss. alhamdulillah tak banyak meragam
 pemenang nombor 3
 pemenang nombor 2
johan! :)


ok semua.

till then
.
.
.
.
.
.


#2017 14 Kembara Mahkota Johor 2017


2 hari yang lepas iaitu pada hari Selasa, KMJ telah melalui jalan parit raja Ayer hitam.
Warga sekolah dan murid murid mengambil peluang berkumpul di tepi jalan untuk meraikan program KMJ pada kali ini.
Orang ramai tidak ketinggalan untuk menyertai dan melihat Sultan Johor yang disayangi ramai dengan lebih dekat. Tidak hanya dari kaum Melayu sahaja, bahkan kaum India cina Bangladesh vietnam juga turut sama memeriahkan.


 Suka gambar ni. Ada sesuatu di sini 😉

          2 ibu dan seorang anak dara.

         Sultan Johor yang sporting


Ini antara gambar sempena KMJ di parit raja.

Sekarang tengah mood exam. Walaupun bukan aku yang ambil dan anak2 murid yang ambil..aku rasa nervous plak walau tak ajar mereka. Hehehe
Kau rasa??

Okbai