Betul2 Menyepi Kan?

Salam 1 Malaysia...

Apa-apapun aku nak senyum dulu. sebabnya, sejak kelahiran faris aku dah tak aktif menghapdate blog. wahhhhhhhh sangat dahsyat dan memang xde masa langsung nak berblogger seperti dulu. dan sekarang ni tatkala anak tgh tidur, dptlah nak berehat-rehat dan mengarang sedikit cerita yang dapat dikongsikan. Maaf sangat kepada kawan-kawan blogger yang lain.

Ok, sekarangni nak cerita tentang anakku si abang firas sedah masuk setahun sepuluh bulan dan adiknya si faris telah pun berusia 8 bulan. wahhhhhh...sekejapje rasanya ada anak 2 orang dan sedang membesar di depan mata aku ni. memang besar betul cabaran nak membesarkan dua orang ni. jadi, aku sangat respect pada mereka yang mempunyai anak kembar 2, 3, 4, 5 dan sebagainya sebab berjaya membesarkan anak dan tahan dengan karenah anak yang pelbagai ni.

Bukan nak cakap yang aku ni tak sabar, cuma kadang2 tu hilang juga kesabaran nih. hehehe... tipulah kalau ckp aku ni penyabar sangat...hilang juga kadang-kadang tu, tapi xdelah sampai nak menyebat-nyebat. heeeeeeee. saya sayang anak saya okehhhhh...^^

Cuti sekolah kali ni sangat menyeronokkan sebab dapat pergi berjalan-jalan ke kl, cameron, raub, gambang dan kuantan. memang cuti-cuti malaysia betol...





Apa-apapun sat g nanti aku hapdate gmbar-gambar aku pi berjalan2 satu mesia okay? :)

bai


^^ My Second Baby : Faris

Salam semua..
agak lama menyepi dari dunia blogger. bukan apa, semasa di akhir-akhir kehamilan aku rasakan agak malas nak mengemaskini blog aku disebabkan kondisi yang tidak berapa nak stabil. dan kini aku sedang berpantang. alhamdulillah.

Syukur sangat..aku telah selamat melahirkan baby boi ku yang ke dua. ^^ sungguh rapatkan? well, aku pun tak sangka akan ada anak serapat ini. tapi, dah rezeki aku. aku bersyukur atas kurniaan dari yang ESA. anak aku yang ke dua ni sesihat abangnya firas. dipermudahkan urusanku dalam melahirkan baby faris ni. oh yer, baby yang ke dua ni namanya muhammad faris. cuma terbalik sahaja dengan abangya muhammad firas :).

jadi inilah muhammad faris bin muhamad fauzi :)


Sesepet abangnya dan juga baka kuat sepet dari ayahnya. huhu gen aku yang bermata bulat ni telah dikalahkan oleh gen sepet ayahnya :).
Kelahiran kali ini adalah tanpa induce. huhuh..walaupun tanpa induce, tetapi sakitnya seperti induce juga cuma tidak kerap. aduyaiii. sakitnya hanya Allah yang maha mengetahui dan aku sangat berterima kasih dengan suamiku yang sentiasa ada di sisi ketika aku sedang sakit sesakit-sakitnya. huhuhu thanks yang! ^^

ok..sekarang ni firas macam sudah memahami akan kehadiran faris. jadi, aku kene bersedia mental dan fizikal. huhu..firas anak yang baik kan? jadi abang yang baik ye sayang... huhuhuhu :)

^^ Family Day @LIMASTIGA



Family Day 4hb Feb 2012 - 5hb Feb 2012
It was HAPPENING! Seriously..:)

Pada 4-5 Feb 2012, family day sebelah my mum telah diadakan di Limastiga, Umbai Melaka. actually Limastiga ni private homestay yang mana khusus untuk orang-orang melayu sahaja. lain dari orang melayu tidak diterima. serious. pada mulanya ingatkan homestay ni tak best, tapi bila tengok wbstte/blog nya agak menarik minat dan teruja untuk pergi ke sana. kenapa LIMASTIGA? sebabnya rumah limas ni ada tiga sahaja yang dibina di homestay ni. ada private pool lagi, jadi sangat seronok nak terjun dan segala bagailah ^^

okayy..

sebelum-sebelum ni famili day memang tak pernah dibuat luar dari johor. hanya sekitar BP dan JB sahaja. tapi tahun ni nak buat kelainan sikit, jadi Limastiga adalah pilihan utama kami. walau hanya bermalam 2 hari 1 malam sahaja, tapi jadual memang packed sangat-sangat yang mana dipenuhi dengan aktiviti yang besh. cayalah team RAKAN MUDA! korang memang besh.

Banyak aktiviti yang telah diadakan especially permainan untuk kategori2 yang disediakan. untuk warga emas biasalah, balingan dart, kupas buah memang dalam genggaman dieorang lah. warga kanak2 dan remaja punya game banyak yang dalam pool. hehe..sejuklah 'demo'.. manakala tuk warga dewasa plak rotate2 lah. ada yang dalam pool, dan ada yang kat luar. sejukk beb!

tiap kali famili day memang tak lepas dari acara karaoke. tahun ni famili aku diwakili oleh adik aku iaitu pak mamat. cayalah.hahaha...bukan apa, kalau aku masuk lagi tahun ni, kompem aku menang cam last year. hehe so, tahun ni bagi can plak kat orang lain. hahahaha..PERASAN LAH KO NANEE!

pada malam tu juga diadakan doa selamat dan tahlil ringkas bersempena dengan maulidur rasul yang jatuh pada hari ahad itu. sebelum berangkat pulang sempat juga buat acara brainstorming dan acara ringkas meneka teka-teki yang sangat besh dan kelakar. kalau ada peluang upload video kang.. aku cuba upload lah yer. ^^

kat bawah ni adalah antara gambar-gambar yang sempat aku download dari FB RAMOS, dan aku upload sikit kat blog nih.. enjoy! ;)

Rumah LIMASTIGA Umbai, Melaka

Lepak2 sambil tunggu giliran nak main game

Mandi dalam pool

main teka-teka: laki aku tgh buat aksi bagi klu..

aku plak tengah cuba meneka apalah laki aku buat nih??

acara aerobik di pagi ahad :)

US.. Firas sejukkkkkkk..'burrr'

Doa selamat dan tahlil ringkas serta karaoke

acara penyampaian hadiah serta brainstorming sbelum balik :)



^^ HB 1st Dear



20 Feb 2012

Hari jadi fras yang pertama. selamat hari jadi anak ibu. ibu dan ayah sayang sangat kat firas. moga firas menjadi anak yang soleh, bijak, baik, mendengar kata orang tua, hormat pada orang tua, dan segala-galanya yang baik. jauhkanlah firas dari anasir-anasir jahat. :)

dan, pada hari kelmarin (khamis) barulah ibu dan ayah sempat menyambut hari jadi firas yang pertama ini. itupun setelah gaji masyuk, barulah ibu dan ayah sempat nak menyambutnya. hehe..kesian anak ibu. tapi, sebenarnya mgu lepas pada 19hb feb pun kami sempat sambut bday firas secara kecil-kecilan di rumah atok dan maktok. tapi, hanya makan bubur merah sahajalah yang mana ianya dimasak oleh buyut firas (nenek sedara aku-nek ngot). hehe bersempena keberangkatan atok dan maktok yang pergi mengerjakan umrah bermula 20hb feb 2012 sehingga 2 mac 2012 ni.

Jadi, pada hari khamis kelmarin, kiteorang sambut bday firas secara kecil-kecilan juga di rumah atok abah di air hitam.. firas teruja nak tiup lilin :), sebenarnya ayah dan ibu nya yang tolong tiupkan sekali. hehe..
terima kasih pada atok abah, nenek, makcik2 firas, pakcik2 firas yang sama-sama celebrate bday firas. firas sayang korang. hehe..

p/s: jangan lupa adiah firas hek..firas tungguuuuuuuu ^^

^^ Hepi New Year 2012 and Hepi Chinese New Year u ollss..

27 januari 2012 :)
lambat tak aku nak wish selamat tahun baru dan selamat tahun baru cina? haha.. aku yg dah lama tak hapdate. kejap ada, kejap xde..mcm biskut chipsmore kan? tapi..biskut chipsmore pun tak macam aku..sentiasa je ada kalau nak makan biskut tu. haha..aku melalut..

sejak dua menjak ni aku malas nk hapdate, mungkin disebabkan kondisi aku yang tak berapa nak ok dan tak berapa nak mengizinkan. maka, mood aku mempengaruhi jugaklah kerja-kerja nak menghapdate blog nih. perut semakin memboyot dan semakin kedepan menyebabkan aku agak malas. haha..eh tapi seriously, preggie kali ni alhamdulillah tidak banyak karenahnya. good lah adik ni. ni yg ibu sayang nih :)..
hehe..officially aku hapdate kat blog yg aku preggie :) alhamdulillah bulan 4 ni, firas akan dapat adik. moga semuanya dipermudahkan oleh NYA dan mendapat keredhaan dari yang ESA. amin.
jantina? hehe..tunggu..apapun jantinanya, aku ok jer. as long as firas dapat kawan dan boleh berdikari. insyallah

ok, tak ada yg menarik sangat cerita kali ni. cerita bab sekolah, benda yang sama lah. cuma tahun ni aku masih lagi kena mengajar english tahap satu. aduii.. dah lah grammar and vocab berterabur, sian aku kat murid2 aku tu, ntah paham ntah tak. :)).. takpelah..yg penting aku kene berusaha. chaiyok!..

cerita tentang firas pula, dia semakin membesar dengan sihat dan kuat. alhamdulillah..semakin bijak pun iye. hehe..sudah ada 6 batang gg..kerjanya asyik mahu mengigit sahaja..dan juga makan. alhamdulillah. setakat ni apa yang ibu dan ayahnya makan, mesti firas nak rasa juga..:).. tak lama lagi firas bakal berumur setahun.. alhamdulillah.. nanti ibu beli kek sedap2 ya firas..kita sambut together2 ngan ayah dan adik..

sekarang ni aku tengah dok lepak depan tb tengok cerita tv3. si firas plak sedang tidur setelah ngamuk2 nak ikut ayahnya g solat jumaat. hehe..ibu suh baring je, tidolah dia... gud boi!..

hai kawan2..sy sduah ada 6 btg gg..mari sy gigit kawan2..hahaha