Empat puluh enam: spagetti carbonara pula



Alhamdulillah, barakallah..
Berjumpa lagi kita di lembaran yang baru ini. Syukur padaMU Ya Allah kerna memberikan aku kenikmatan bernafas pada hari ini. Syukurrr...

Hari ini aku telah membuat resepi masakan aku sendiri. Aku selalu berpegang pada kata kata ni dlm bidang masakan khususnya..iaitu, "tak pe, kita yg buat dia"  ;)

Korang nk tahu kenapa? Sebabnya dalam bab masak memasak ni besar cabarannya terutama drp pengomen pengomen netizen yg berada di rumah ini. Food tester yg ada di rumah ni sgt tinggi citarasanya..bukan sorang shj, bahkan ketiga tiga putera raja di rumah ni sgt cerewet. Makanya, aku haruslah masak masakan yg sesuai dan aku selalu bermonolog pada diri aku sndiri,

Ehhh, takpe..kita yg buat ia.

Maksudnya, takpelah..kita yg masak masakan ini. Kita yg buat ia. Kita yg olah ia. Jadi, haruslah terima bukan?? The key word is YAKIN. hahaha even semberono pun, haruslah yakin. Kalau tak mengena, tak apa..jgnla kecewa. Cuba dan cuba lagi... ahakss (^^,)

Ok ok.. aku sudah mula melalut. Maafkan aku yang hina ini ya.. baiklah, hari ni resepi aku seperti semalam juga. Sama sahaja bahan2 dan cara masakannya. Akan tetapi, bahan utamanya aku gunakan spagetti dan bukan makaroni seperti semalam.. semuanya sama sahaja, cara masakannya, bahannya.. sebab apa? Sebabnyaaa, KITA YANG BUAT IA... (^^,) kikikiki

Jadi, aku pun terlupa nk snap gambor. Ahakssss... maaf sekali lagi..

Chow
Till then




Empat puluh lima: resepi makaroni carbonara sempoi



Salam semua

Lama rasanya aku tak menghapdate resepi masakan di sini bukan? Maap sangat sangat ye korang. Bukan apa, sekarangni aku lebih banyak menghapdate blog ke arah monolog, kata kata, madah madah yang ntah apa apa. Kesukaan aku sekarang ini, barangkali juga...kan?

Okeylah, sudah melalut... sekarangni aku nak share resepi yang paling sempoi aku masak pagi ni. Satu resepi yang mana aku rasakan korang semua boleh buat, dan tentunya boleh buat lebih baik dari aku pastinya. Ahakss..

Aku masak makaroni carbonara...taraaaaaaa. actually rasa di hati nak masak spagetti carbonara, akan tetapi anak2 tak berapa gemar spagetti, maka aku pun tukarlah kepada makaroni.

Baiklah, bahan bahannya sangat mudah, ringkas, lekas, cepat dan sempoi.

Bahan2nya..
Dua sudu minyak jagung.. ikut korang minyak apa yg ada k
Bawang putih...cincang halus
Bawang merah...cincang halus
Lobak....potong kecik2
Kentang...potong kecik2
Susu segar...susu cair pun boleh
Mayonis....ni nak letak atau xletakpun xpe. Aku letak sbb nk rasa masam2 sikit
Ikan dori...ni aku guna sebab bahan lain xdok. Ayam n daging xde. Hehee
Makaroni gemok dan kurus boleh campor..rebus dulu


Cara2nya..
Tumis bawang2 dalam kuali..apabila seakan2 garing..korang masukkan ikan dori...kentang...lobak....gaul gaul serasi dan rasa rasa korang dah ok...masukkan lah susu cair tu...dan juga mayonis...
Korang gaul gaul dan biarkan ianya masak sebentar..
Kemudiannya korang masukkanlah makaroni yang telah korang rebus dahulu tadi....gaul gaul lagi bagi sebati...

Korang boleh juga masukkan lada sulah ke..blackpaper ke bg yg nak rasa pedas.. sayur capsicum ke..bg korang yg suka warna warni dalam masakan.

Tadaaaaaaa dah siap. Senang je aku masak, campak campak dah siap. Alhamdulillah anak2 makan dengan berselera sekali. Ahaksss... syukur..

Jadi, nanti kalau korang boring dengan masakan yg selalu korang masak tu, cubalah resepi ni. Ianya sangat mudah, ringkas, cepat dan sedap. In sha Allah.

(^^,)




selamat mencuba....chow.






empat puluh empat: fesyen



salahkah kita untuk berfesyen?

Sesungguhnya islam tidak melarang umatnya untuk mengenakan sesuatu fesyen sama ada dalam bentuk pakaian ataupun aksesori kecantikan.

Sesungguhnya Allah menyukai hambaNYA yang menjaga keterampilan diri dan kecantikan. Malah Allah SWT menyukai sesuatu perkara yang cantik dan indah.

Bila berfesyen itu, cubalah apapun asalkan ianya tidak menentang syariah islam, menepati syariah dan sangat selesa untuk dipakai.

Sebagai manusia naluri kita memang menghendaki sesuatu yang indah dan cantik. Setiap manusia suka melihat sesuatu yang cantik dan indah. Tipulah kalau mereka mengatakan yang mereka tidak gemar akan kecantikan. Kecantikan itu sesuatu yang disenangi Allah SWT.


#kredit to @usrahsantai





(^^,)



Empat puluh tiga: sesuatu



Aku rasa sesuatu
Tapi, aku tak pasti rasa apakah itu.

Sesuatu yg dah lama aku tak rasa.

Sesuatu yg aku rasa aku senang akan ia.

Sesuatu yg aku rasa, aku suka tentangnya.


Tapi,
Apakah rasa itu...
























#####rasanakkentut






#larikkkkkk

empat puluh dua: pilihan



hurmm...pernah tak kita terfikir segala pilihan yang kita buat, sebenarnya telah ditentukan oleh Allah SWT.?Tak Pernah? hek? SEBAB tu awak susah redha. Ehh!

Boleh ke kita memilih?

Terkadang kita terfikir, kenapa buat pilihan begitu begini. Terkadang kita berharap masa berputar kembali supaya kita boleh membuat pilihan yang lain. Yang lebih baik.

Sebenarnya...
Kita silap. Kalau semua benda boleh diputar kembali, tidak adalah benda yang dipanggil HIKMAH, bukan?

Kita buat pilihan, tapi pilihan tu tak mebahagiakan kita. Kenapa? Adakah kita salah pilih? TIDAK! sebab ia dah ditakdirkan. Ehhh! bukan maksudnya kita kena salahkan takdir. Pilihan yang kita buat itu sebenarnya atas izin ALLAH SWT.
"KUN FAYAKUN"
Ingat! semua ini berlaku atas izin-NYA! Ada sebab kenapa terkadang Allah jadikan pilihan kita salah. Sebabnya ALLAH nak kita belajar sesuatu dari situ.......HIKMAH -GM.

Contohnya..kita suka pada seseorang. akan tetapi orang tu mengkhianati kita. Kita mesti fikir, "Alangkah bagusnya masa boleh diputarkan kembali, dah tentu kita tak pilih dia". Tapi, kita silap.. Allah izinkan kita rasa cinta dan kecewa sebab Allah nak ajar, ada cinta yang tak perlu dilayan jika belum tiba masanya.

Tapi, bagaimana pula dengan rasa cinta pada seseorang yang lain sedangkan kita sudah berpunya? Tepuk dada tanya hati. tanya iman.

Allah itu maha mengetahui. Dia tahu setiap nafas, setiap upaya, setiap rasa kita hambaNYA. Bukan sengaja DIA bagi rasa sedih kecewa duka. Tidak sama sekali!

Allah maha berkuasa. Allah bekerja dengan penuh rahsia. penuh dengan rasa cinta dan kasih pada hambaNYA. DIA berikan kita kesedihan supaya kita belajar sesuatu dari pilihan. Jika pilihan yang kita buat sekarang menyedihkan. move on.! Di hadapan kita ada pelbagai pilihan yang lebih baik. IN SHA ALLAH.

Tiada gunanya kita bersedih tentang pilihan yang salah setiap hari. Sedangkan Allah berikan kita nafas supaya kita teruskan hidup serta menghadapi hari-hari mendatang.

Dan apa jua pilihan yang kita buat, sama ada akhirnya kita gembira, suka mahupun kecewa kita belum mati. Masih ada masa untuk buat sesuatu.
Kecewa, bahagia, senyum, menangis, gembira, there's so much to LIVE in this life and it's all worth it.

So, live your life, smile and always pray to Allah.

Nukulan @gadismonolog insta

-sekian

-till then



Empat puluh satu: Alhamdulillahhhhhh Syukur


Ahaksssss

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Syukurrrrrrrr sangat..

Kenapa?

Ahakssss...Rezeki anak-anak
Aku menang contestttttttttt. Hihihihihi
Memang tak sangka. Masuk hanya untuk suka suka dan alhamdulillah ada rezeki aku dan anak anak dalam contest ini..


Alhamdulillahhhhhhh sangat.. ada nama aku di atas dan ada rezeki kami di dalam contest ni. Hanya hantar lbh kurang 5,6 penyertaan dan tak sangka kali ini ada rezekinya.

Itu janji Allah SWT, rezeki Allah itu luas. Yang penting kita berusaha. Insya allah rezeki ini untuk anak-anak. Stok susu anak2... bw jalan2...g makan..masuk bank.


Alhamdulillah

Ahakssss


Till then


empat puluh: Peringatan bersama




Selagi umur masih ada, pintu taubat masih terbuka.

Hijrahlah.
Perbaiki diri.
Sedari diri.

Kita di penghujung zaman.
Perhatikanlah.
Sudah banyak Allah beri petanda pada kita.

Tentang petanda-petanda, Musibah yang melanda.
Tapi, sering kali manusia lupa. Lalai.
Pura-pura buta.

"Alahh..kiamat lambat lagi lah."

Akan datang suatu ketika, bumi ini akan hancur.
Hancur sehancur-hancurnya.

Sampai bila mahu hidup,
Bermatlamatkan duniawi semata.
Semua yang ada di dunia ini,
Pasti akan binasa.

Tiada yang, kekal abadi.

Hanya ALLAH YANG ESA.



Tiga puluh lapan: Gadis itu



Siapa tahu, gadis itu yang sentiasa tersenyum riang di khayalak ramai. Tapi, terkadang kalanya dia menangis ketika sendirian. Kelihatannya, dia sangat bersemangat. Namun, hakikatnya dia yang memerlukan semangat itu.

Kelihatannya dia sangat kuat, tapi hakikatnya dia sangat lemah dan hanya memberikan senyuman palsu untuk menceriakan dirinya.

Siapa tahu, gadis itu yang sentiasa mempunyai masalahnya sendiri. Namun, dalam masa yang sama dia boleh menyelesaikan masalah orang lain, sedangkan diri gadis itu masih punyai masalah yang jauh lebih besar yang belum selesai.

Ya, gadis itulah!

Gadis itu juga sentiasa menyakinkan orang lain. Namun, sebenarnya dia yang sedang menyakinkan dan kekuatan dalam diri sendiri. Gadis itu sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan mengembirakan hati orang lain walau hatinya sering sakit. Sentiasa menjaga hati manusia lain walau hakikatnya dia sering pendam rasa.

Ya, gadis itu masih lagi mampu mengukir senyuman.

Sering gaids itu mengadu masalahnya pada sang Pencipta. Namun, tekanan sekeliling membuatkan gadis itu menangis tanpa sedar.

Gadis itu memerlukan insan untuk mengadu. Tetapi, aduan itu disalah ertikan. Lalu, gadis itu terus menyimpan perasaan itu sehingga dipendam di dalam dasar hatinya sendiri. Pendam hingga terpadam, itulah adalah yang terbaik bagi gadis itu.

Terang itu tidak bererti selamanya terang. Terkadang sepi dan gelap juga tetap akan menghantui kita. Sepi itu datang bukannya sendiri, hakikatnya sepi itu datang dengan berjuta pengharapan dari Tuhan. Tuhan meminta kita sujud mengenangkannya. Tuhan minta kita sentiasa ingat padaNYA. Melebihi ingatan kita pada makhluknya yang lain. -bait bait kata @gadismonolog




Siapa sahaja yang mahu mendengar masalah gadis itu.?
-Tiada siapa

Hanya Allah hang maha mendengar. Setia mendengar rintihan gadis itu. Kerana sesungguhnya DIA adalah sebaik-baik pendengar. Allah tempat gadis itu berlindung dan bergantung harap. Bukan lagi manusia.

Adakah sampai saat ini, gadis itu masih merintih? Tiada yang tahu, hanya Allah maha mengetahui.

Akan ku sampaikan pesanan pada gadis itu bahawa Allah ada sentiasa bersamanya. Kuat wahai gadis itu!





Ya, aku akan kuat!
In Sha Allah, Allah sentiasa bersamaku (^^,)




tiga puluh tujuh: istana pasir



Hari semakin larut. Aku gunakan sedikit masa ini untuk mencoret rasa hati sebelum meneruskan langkah yang tidak pernah akan balas.

pernah hati kecil ini bermonolog sendiri, ujian boleh diibaratkan seperti membina istana pasir yang sukup cantik di tepi pantai. Puas kita menjaga istana pasir itu dengan berhati-hati agar tak merosakkan mana-mana bahagian yang telah siap. Penat kita mengambil masa berjam-jam malah berhari-hari untuk membina istana itu tanpa pernah menyangka ia akan musnah akhirnya kerna........ianya dibina di tepi pantai.

Tapikan...
hakikatnya di sudut hati kita telah mengetahui bahawa pastinya istana pasir yang kita bina itu bakal dibadai ombak, kan? Tapi..kita tetap meneruskan jua walaupun tahu ianya tak kan bertahan lama.

Ya.

Begitu jugalah dengan kehidupan. Segala apa yang kita ada pada hari ini sudah pasti akan dipulangkan kepada Allah. Tuhan yang mencipta kita. Well said, itulah hakikatnya. Walau sebanyak mana vitamin yang kita makan, sekuat mana kita bersenam, hanya dengan lafaz kun faya kun, semuanya boleh terjadi. Kalau dah dijemput malaikat, maka puanglah jua kita kepada Tuhan yang berkuasa.

Tapi, sentiasalah bersangka baik kepada Allah. Seperti mana apabila dihilangkan mentari dan didatangkan dengan guruh dan kilat, diikuti pula hujan serta ribut yang membadai ombak. Kelihatannya sangat dahsat dan menggerunkan. Kita tak tahu, rupa-rupanya pelangi bakal menjelma.

Firman Allah dalam surat cintaNYA, Surah Aq-Qaf,16: "Sesungguhnya telah kami jadikan manusia dan kami ketahui apa-apa uang diwas-waskan (dibisikkan) oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri".

Jadi, jika kita menyangka yang buruk-buruk kepada Allah maka buruklah jadinya. Sebaliknya, jika kita berfikir positif dan sentiasa bersyukur, pastinya Allah itu dekat, lebih dekat daripada apa yang kita sangkakan.

Terkadangkan,

Allah hilangkan sekejap mentari dan Dia datangkan pula guruh serta kilat. Puas kita menangis, merintih, menunggu dan mencari ke mana hilangnya mentari. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.

Manis, bukan?


Nukilan: @gadismonolog insta


Tiga puluh enam: Wowww sampai dah!


Pon! Pon! Pon!

No response

Pon! Pon! Pon!

Ok confirm... bunyi hon depan umah. Hahaha ingatkan bunyi hon untuk rumah sebelah. Rupa rupanya hon untuk rumah aku lar haiii...

Buka pintu! Eh eh.. van courier la. Wowww gdex maiii. Ahakssss barang apakah itu? Hihihi bukan apa, banyak giler bli online bulan nih. So tak berapa nak bajet brg apakah itu?

Buka buka sampuljer kan, wowwww ahaksssssss dah sampailarrr, bestnya...

Redemption astroku. Kikikiki. Sgt comel dan sangat kiut okeh... ni haaaa barangnya. 😊😊


So, apa lagi korang...cubala redemp benda2 best dari astro ceria.. eh bukan, astro. 

Till then (^^,)



tiga puluh lima: Good Vibes



I love catching up with people with good vibes.

It’s true isn’t it? Every time I feel negativity start to sneak in, I just drop by to meet my friends or my family whom I can laugh with or have some fun together. Laughter could really ease the tensions, and I’m so lucky to have those people who I can share joy with^^

Sometimes when the stress coming in, I don't even like this feeling, i just only wants to sit at home and feel pity at myself. But that's not good since it’s only going to make me feel worse. That’s why catching with friends and family always a good choice, especially with the positive people. Their positivism is just contagious. And I always ended up going home in much better mood afterwards.


I love my family and my friends so much! 

Thanks! xoxo (^^,)