#2017 17 Eh Eh!


Eh! Eh!

Tajuk entri kali ini

Kenapa eh eh?

Hahahahaha sebab ada sesuatu pada hari ini.

Hehehehehe marilah kita SS.

(^^,)


#2017 16 Apa Khabar Dia?


Apa khabar agaknya dia di sana?
lama sungguh tiada khabar ku dengar.
Moga dia baik-baik sahaja di sana.

Tuhan
Tolong jagakan dia untukku.


Ada yang datang dan pergi dari hidup kita
Namun yang indah tak selamanya selalu dengan kita
Siapa pun mereka di hati kita dahulu atau kini
Moga-moga rasa itu sentiasa ada..
-GM-



.
.
.
.
.
.
.
.



#2017 15 Family Day SKTS 2017


Hai guys
lamanya tak bersiaran
maaf sangat, agak sibuk dengan perjalanan di sekolah, aktiviti harian di rumah serta aktiviti diri yang mana seminggu 2 kali akan ke fitness untuk dance-dance.
Cewah..yo yo o je kan

So, nak cerita sikit ni. Pada jumaat sabtu 22-23september yang lepas, sekolah telah mengadakan family day di telok gorek mersing. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tuk pengetahuan korang, dah lama sekolah tak buat family day yang mana family day yang sebelum ini adalah pada tahun ke dua aku mengajar di sini. 2009. hehehe almaklumlah sekolah kecil ni bukannya ada banyak peruntukan pun untuk ke sana sini kecuali ada sponsor dari sesiapa.

Dan disebabkan penyelaras program kali ini iaitu mr ridzuan, beliau sangat bertanggungjawab dan berwibawa dengan mencari sumbangan-sumbangan dari pihak-pihak swasta seperti syarikat timbang sawit, pejabat umno kawasan dan lain-lain. Hasil sumbangan sedikit sebanyak dapat menampung kos-kos yang diperlukan dalam hari kluarga ini.

Pada kali ini, sekolah membawa 10 orang murid ke telok gorek dan seramai 10 orang guru dan seorang staf sekolah berserta keluarga dapat menghadirkan ke hari keluarga kali ini. Seronok sangat sebab dapat having fun together-gether. :))

Walau kami kecil, kami tetap ada :)

ada beberapa keping gambar yang akan aku upload dan share dengan korang.

 murid baru selesai makan sarapan

 anak-anakku yang aktif tak kira masa :)
 senaman pagi oleh instructor mr.shahril

 murid tak sabar nak join aktiviti
 rebut air laut
 bowling kelapa


 kami (^^,)
 my sayangssss. alhamdulillah tak banyak meragam
 pemenang nombor 3
 pemenang nombor 2
johan! :)


ok semua.

till then
.
.
.
.
.
.


#2017 14 Kembara Mahkota Johor 2017


2 hari yang lepas iaitu pada hari Selasa, KMJ telah melalui jalan parit raja Ayer hitam.
Warga sekolah dan murid murid mengambil peluang berkumpul di tepi jalan untuk meraikan program KMJ pada kali ini.
Orang ramai tidak ketinggalan untuk menyertai dan melihat Sultan Johor yang disayangi ramai dengan lebih dekat. Tidak hanya dari kaum Melayu sahaja, bahkan kaum India cina Bangladesh vietnam juga turut sama memeriahkan.


 Suka gambar ni. Ada sesuatu di sini 😉

          2 ibu dan seorang anak dara.

         Sultan Johor yang sporting


Ini antara gambar sempena KMJ di parit raja.

Sekarang tengah mood exam. Walaupun bukan aku yang ambil dan anak2 murid yang ambil..aku rasa nervous plak walau tak ajar mereka. Hehehe
Kau rasa??

Okbai



#2017 13 Jom Kek Milo Microwave


Hai Korang
Lately ni dah masuk 2 minggu aku asyik ngadap kek milo viral. sampai nak naik muak aku makan kek ni. kahhhhhhhh bukan apa. selang 2 hari pastinya anak-anak aku terutamanya si abang firas suruh aku buat kek milo tu. haishlah anakkkkk
ibu sayang ko nak. ibu turutkanlah. hahahahaha

nak buat kek yang cantik gebu mantap tu semua memang tak lah disebabkan takde oven dan juga kukus. kesian tak???
oven rosak. kukus dah rosak juga time mask lauk masa confinement haritu. kikikiki so..aku gunalah microwave. google dan google dan fb fb nampklah resepi kek milo viral tu.
senangje..heheh

milo dalam 3 sudu
tepung gandum 3 sudu
minyak masak 3 sudu
gula halus 3 sudu
susu cair 3 sudu dan aku guna susu segar sbb susu cair xde :)
baking powder 1sudu kecil
esen vanilla 1 sudu kecil
telur sebiji
mug

campurkan kesemua bahan-bahan di atas ini, gaul hingga sebati dan masukkan dalam mug atau mangkuk tahan panas. dan aku hanya masukkan dalam mug sahaja yg aku beli di ikea dulu. senang! oh korang bakarlah dalam 3-4 minit. aku bakar 4 minit. :)


aku lupa nak snap bahan-bahan masa banyak2 tu. dah siap baru teringat. hahahah jadinya, mana yang ada sahajalah ye ^^

Ni hasilnya yang dah tinggal sedikit. hahahaha sebabnya lupa nak ambil gambar juga sebab anak2 dah tak sabar nak makan.

korang try makan dengan ais krim. wallahhhhhhhhweh lagi lazat menjilat jari. nyum nyummmmm

dan korang kalau nak cuba, buatlah. senang sangat.

#kbai


#2017 12 Hari jualan Sekolah Double F


Hi korang.

Hari ni nak cerita pasal throwback yang lepas. Lama dah, tapi still dalam tahun ni juga lah, Well, tengah tak de kelas ni, aku ambil kesempatan sekejap update blog.

Sekolah double F ada buat hari jualan sekolah yang mana dalam hari jualan tu anak2 tadika ni dilatih menjalankan aktiviti menjual makanan dan minuman, membayar makanan dan minuman yang dibeli, memesan makanan dan minuman yang diminta serta menulis pesanan makanan dan minuman yang diorder.

Dalam kejadian hari jualan sekolah double f ni, si abang firas bertindak sebagai pelayan yang menulis segala jenis makanan dan minuman yang telah dipesan oleh kawan-kawan dia. Manakala si abang faris pula berlakon sebagai pelanggan yang memesan makanan dan minuman.

Seronok aku tengok gambar-gambar wassap yang guru-guru iman ni uploadkan. Macam-macam ragam dan peel yang perlu guru-guru ni handle dengan 'kekecohan' oleh anak-anak iman nih.
Banyak benda anak-anak boleh belajar sewaktu hari jualan ni, at least kalau pergi ke kedai makan nanti anak-anak ni pandai macam mana nak buat pesanan dengan adab dan sopan santun yang betul. kannnnnn :)



ni gambar anak-anak iman berposing sebelum hari jualan bermula :). si abang firas seriusnyaaaaa pegang pensel. tak senyum pun. :))


si abang faris standby nak makan dah dengan kawan-kawannya. si abang faris kuat makan walau badannya comel lote. :))

 kbai


#2017 11 Resepi Cucur Viral


Hai korang

Petang semalam akak rajin sikit nak buat cucur. Selama ini memang buat lah cucur tapi versi akak sendirilah. Tapi, semalam rajin sikit nak buat cucur viral. Apa tu cucur viral? hehehe.. akak sekodeng kat facebook cara-cara buat cucur viral ni. senang je. yang membuatkannya boolat boolat adalah air panas :)

#siscuba
#cucurviral

bahan-bahan
2 cawan tepung gandum (akak nak try so akak cuma guna 3 senduk nasi)
2 cawan air panas mendidih (akak guna 1 cawan je, itupun x habis)
3 sudu gula (akak tukar pada susu pekat)
secubit garam

cara-cara
- akak gaul sebati adunan menggunakan senduk
- kemudian, akak masukkan air panas sedikit demi sedikit
- lepastu, akak bentukkan bulat bila adunan mula suam
- akak goreng dengan mnyak yang banyak
- akak kerap terbalik-balikkan cucur / curah minyak dalam kuali
- last sekali angkat dan toskan


Dah siappppp
Sebenarnya akak lupa nak ambil gambar time banyak-banyak tu. Hahahaha yang ni last kopek untuk si abang faris sebab dia tengah tidur time akak buat cucur. Sian plak, nanti tak dapat, menangis plak abang firas dok citer-citer nanti. So, akak tinggalkan lah sedikit. Petang ni kalau aura rajin akak datang kang akak buatlah lagi. (^^,)

Yeay
Selamat mencubaaaaaa



#2017 10 Cukur Jambul



Salam 1 Malaysia

Hai semua. Nak cerita sikit je ni. Bulan lepas iaitu pada hari jumaat 14 jun 2017, aku dan keluarga buat majlis cukur jambul dan juga tahnik untuk si kecil budak demok muhammad al fatih di rumah ibundaku di peserai. Oleh kerana majlis marhaban wanita akan diadakan di rumah ibundaku pada hari tersebut, maka aku mengambil kesempatan untuk membuat majlis cukur jambul sempena fatih genap 6 bulan. 

Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik dan lancar. Ramai kawan-kawan ibundaku hadir pada hari tersebut. macam-macam menu yang telah disediakan untuk para tetamu seperti roti jala, mee goreng, karipap dan macam-macam lagi. Normally kalau marhaban wanita di rumah ibundaku, menu tidak terlalu berat macam nasi minyak, nasi berani dan lain-lain. Ini kerana, wanita wanita baya ibundaku tidak makan banyak dan sedikit sahaja jamahnya.

Fatih well behave sangat pada hari tu. Walaupun time di tahnikkan tu dia rasa tak selesa sangat sebab dibaringkan, tapi majlis tetap jalan dengan lancar. Syukur sangat..
SAYANG FATIH

So, ada 3 keping gambar time majlis tersebut. (sebenarnya banyak, tapi nak upload 3 je) hahahaha
Nahhh korang







(",)

kbai




#2017 9 Jom Detox


Hi
Korang mesti pernah buat Detox kan? Normally Korang mesti buat dengan buah lemon kan? Betul tak? Hehehe bagus tu..aku dulu selalu buat gitu. Beli lemon banyak2, buat air lemon dan simpan dalam peti ais. Alhamdulillah so far so good. Ape ape pun kenalah istiqomah.

Sekarang ni aku jarang beli lemon sebabnya kalau di tempat aku ni mahal sikit harganya. Kalau nak, selalunya aku beli di carrefour sana. Tapi disebabkan jauh jadinya aku dah lama lah x beli dan proses Detox aku pun terbantut.

Akan tetapi sekarang tidak lagi. sejak aku ada young living essential oil (yl) ni aku berdetox je dengan one of the oil iaitu eo lemon ni. Sangat best mudah ringkas dan menjimatkan. Bermanfaat dan juga berbaloi-baloi.


Sejak ada lemon eo ni senang sungguh aku rasa. Sebabnya ke mana mana sahaja aku boleh bawa oil lemon tu. Ianya kecil dan mudah dibawa. Bahkan dengan eo lemon ni aku dah boleh pakai semula baju aku yang lama lama tu. Walaupun bukan semuanya tapi at least aku cuba.

Bukan nak buat iklan atau apa. Akak cuma nak berkongsi dan luahkan nya sahaja. Peace no war 😉
.....

#2017 8 My new toys


my new toys
i like it so much



young living essential oils (yl)
actually aku dapat tahu benda ni dari kawan lama di matrix si aly. dulu aly, sekarang alya. hehe dah kawin, anak 3, jelita ayu cun cantik menarik. dulu mcm ganas ganas gitu tapi sekarang sopan santun menarik tertarik.
hahahaha ok ok, aku sudah merepek.
ok, asalnya aku ikut insta dia dan aku suka sangat tengok yl dia especially diffuser dia. ok, aku tengok harga..gulp..nak beli selepuk memang kurang berkemampuan. dan aku dm dia, dan dia ajak join anak kutu dia. alhamdulillah. Maka dari situlah aku berminat sangat dgn yl ni. oils nya yang banyak dan setiap satunya ada gunanya dan mcm-mcm boleh digunakan. bukan semata-mata untuk diffuse sahaja, untuk pakai di muka, untuk minum, untuk dilute dan mcm-mcm lagi.
serius korangggg. tak tipu.

Macam malam tadi, aku sapu oil bedtime rub untuk lena tidur. sungguh jam 430 aku baru sedar. normally jam 2,3 pagi aku akan tersedar dari tidur. dan malam td aku tidur dengan lenanya. dengan anak-anak-anak aku sekali tidur dengan lena. suka sangattttt.
Bukan suka apa, suka dapat tidur lena sebab siangnya dah berbengkel..maka, malam mmg perlukan tidur yang cukup giteww....
(",)

aku rasa diffuser ni perlu adalah kat semua rumah. maksud aku, semua orang dah kena ada diffuser ni di rumah-rumah mereka. sebab, pada aku ianya satu keperluan. sebagai aromaterapi gitu. aku suka sungguh diffuse lemon. sebati gitew. anak-anak-anak pun suka. aku suka titiskan lemon ni dalam bath tub baby time mandi nak bg baby selesa dan tak tantrum gitu. dan bila bau, segar giler beb baunya..

time anak-anak tak sihat demam ke aku just sapu pd leher dan dada anak aku tpi kena campur dengan carrier oil la. Lemon ni macam-macam gunanya. Korang boleh detox gak dengan eo lemon ni. seriusssss. boleh pakai balik jeans jeans lama . wowww

eo lemon gak boleh untuk tingkatkan daya ingatan bagi anak-anak yang tengah study. atau kita juga boleh guna time nak ada presentation ke apa ke ujian naik pangkat ke.. hahhahaha

JOY untuk happy, emosi tak stabil
Peace and calming untuk tenang
Stress Away untuk hilangkan ketegangan
dan mcm-mcm oils lagilah

Korang try lah. Syok tau YL nih


ainanni
ID: 4106071

Haaaaaa id number gitu
hahahahahahahahahahahahahaha



#2017 7 Butterflies in my stomach



Morning glory guys
Butterflies in my stomach.




Ntah kenapa pagi ni rasa suka sungguh. Tersengih-sengih dari tadi hinggalah sekarang ni. Hati berbunga riang.

Rasanya biarlah rasa tu seperti ni sahaja. Jangan ada yang lebih dan juga sebaliknya.
Hanya yang baik-baik sahaja.

Insya Allah.





#2017 6 Yaya last (".)





Hari last yaya di SKTS
Sedih sangat
hilang sudah tempat bergurau
Tiada lagi gelak dan tawa
Tiada juga jeritan manja
Tiada lagi adik yang selalu ingatkan kakaknya
Tiada lagi adik yang tahan peel kakaknya
jauhnya adik tinggalkan akak
Jauh sungguh akak tak sangka
"Kak fei, ada surat"
"Kak fei, ada org ppd dtg"
"Kak fei, jum makan"
"Kak fei, meeting"
"kak fei, jum wayang"
"Kak fei, jum makan"
"Kak fei, piah dah pandai.."
"Kak fei, piah demam.."..
Tiap hari ada saja ceritanya
Tiap hari ada saja bebelannya
Kini..semuanya tinggal kenangan..

jaunya ya pergi....
akak xde kawan dah

moga ya happy di samping suami dan anak tersayang
akak rindu ya

kami rindu ya
Jaga diri ya.........



#2017 5 Empati



Empati pada kamu wahai anak muridku!
Bila mana aku mula bekerja setelah 3 bulan aku bercuti, aku dapat seorang anak murid lelaki yang langsung tidak tahu membaca.
Kesian sangat padanya kerana dia tidak pernah bersekolah sejak dari pra sekolah lagi. jua tidak pernah bersekolah tahun 1. tercicir muridku ini.
Aku tak faham kenapa murid ini tidak disekolahkan sejak dari dulu. dan bila mana kerajaan mengenakan denda terhadap ibu bapa yang tidak menyekolahkan anak-anak mereka, maka barulah murid ini disekolahkan.

aku bermonolog sendirian,

APA SEBENARNYA DALAM FIKIRAN IBU BAPA NIH?
MCM MANA MASA DEPAN MURID INI NANTI?

Bertabahlah anak muridku,
cikgu akan cuba membuat kamu membaca, mengira seperti rakan-rakanmu yang lain.
cikgu akan tunggu saat itu..

#hashtagcikgucuba

#2017 4 Bermonolog


Agak sudah lama akak tidak bermonolog kan? akak suka sangat follow @gadismonolog di ig. tapi sejak dua menjak ni akak perasan adik ni dah deactivate akaunnya.

antara salah satunya

Semoga kau selalu baik-baik di sana,
dengan yang lebih membuat kau bahagia.
jika takdir benar-benar tidak menyatukan kita,
semoga kisah ini bukan hanya kilasan tanpa makna,
semoga mampu membuat kita belajar untuk memberikan cinta dengan lebih bijaksana,
kepada dia yang tepat yang membuat kita bahagia nantinya.
nukilan gadismonolog.
suka bait-bait ini.
sungguh puitis.
sungguh sesuatu..


credit to adik @gadismonolog
semoga yang baik-baik sahaja untuk adik (",)




#2017 3 Salam Syawal


Selamat Hari Raya
Salam Aidilfitri
Salam Syawal

Masih lagi di bulan syawal kan? Jadi, tidak terlambat rasanya untuk aku dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.
Alhamdulillah tahun ini, aku raya berlima. Seorang ahli bertambah tahun ni. Si kecil Fatih menyeri keluarga kecil aku.



#2017 2 Mabuk

Aku mabuk


Intro cam apa je kan.?  Mcm mabuk preggie lagi je. Huhuhu xnak lah. Rasa takut masih ada lagi. Nak preggie pun Nanti nantilah.

Sekarang ni aku mabuk nak nengok.
Hahaha
Nengok apa? Nengok dia!
Kahhhhhh
Lariiiiiiiiiii

😄😄😄😄😄

#2017 1 Hi!


Hi!

Saya Fatih dan saya anak ketiga kepada ayah dan ibu saya. Saya ada dua orang abang yang bernama Firas dan Faris.
Saya baru berumur 3bulan 6hari.
Doakan saya jadi anak yang baik, soleh dan comel kepada ibu dan ayah saya ye semua. :)
Sayang semuaaaaaa


ni anak hakak yang nombor 3. alhamdulillah, moga membesar dengan baik ye sayang...akak tak jangka pun akak dapat boboiboy sebab akak tak kisah apa pun jantinanya asalkan sihat dan sempurna sifat. syukur. kalau akak xde rezeki anak gugurl, insya allah nanti menantu, akak dapat anak gugurl. anak menantu semua sama macam anak sendiri. apa pun kita jagalah amanah yang telah Allah beri. Anak-anak pembuka rezeki. Insya Allah.

jangan tanya akak bila nombor 4,5,6,7,8 dan seterusnya ye.
akak serammmm dan fobiaaaaa masih lagi melanda ni.
3 anak..3x induce..hahhhhhh ko rasa??

#hashtagakakseram

Allahu

huhuhuhu

sambung nanti. bai!

#Salam 2017


Hi!

Salam 2017
Hampir setahun ku tidak menhapdate blog ku ini. apa yang boleh aku katakan adalah hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
gelak segelak-gelaknya.

bukannya apa..setelah aku disahkan mengandung anak ke3, aku terus malas semalas-malasnya nak buat apa-apa. apa sahajaaaaaaa. memang sangat malas. buat kerja kat rumah aku malas.. nak buat kerja kat sekolah aku malas.. apatah lagi nak hapdate blog..pun malas. nak buat apa-apa pun aku malas. bukan aku sengaja, mungkin kerana badan aku yang mana hormon 100% berubah, membuatkan semua benda aku jadi malas.
sungguh tak sangka aku mengandung lagi. ini kerana anak aku yang kedua dah pun berumur 5 tahun. berkemungkinan juga disebabkan aku telah membuka implan aku, makanya terus lekatlah hakakkkkkkkk. kikikikiki rezeki jangan ditolak. alhamdulillah Allah bagi :)

Akak dah selamat pun bersalin pada januari 2017 yang lepas dan akak berpoya-poya di rumah selama 3 bulan. harini dah genap 3 minggu akak naik sekolah. dan anak akak yang ke tiga juga boboiboy. syukur semuanya ok. dan rumah akak dipenuhi dengan boboiboy kuasa 4. Huhuhu menjerit je lah kerja akak kat rumah tu, dan confirm lah jiran tetangga akan menjengukkan leher dan kepala mengintai rumah hakak.. hahahaha

BERGEGARRRRRRRRR

ok nanti hakak sambung