#2017 13 Jom Kek Milo Microwave


Hai Korang
Lately ni dah masuk 2 minggu aku asyik ngadap kek milo viral. sampai nak naik muak aku makan kek ni. kahhhhhhhh bukan apa. selang 2 hari pastinya anak-anak aku terutamanya si abang firas suruh aku buat kek milo tu. haishlah anakkkkk
ibu sayang ko nak. ibu turutkanlah. hahahahaha

nak buat kek yang cantik gebu mantap tu semua memang tak lah disebabkan takde oven dan juga kukus. kesian tak???
oven rosak. kukus dah rosak juga time mask lauk masa confinement haritu. kikikiki so..aku gunalah microwave. google dan google dan fb fb nampklah resepi kek milo viral tu.
senangje..heheh

milo dalam 3 sudu
tepung gandum 3 sudu
minyak masak 3 sudu
gula halus 3 sudu
susu cair 3 sudu dan aku guna susu segar sbb susu cair xde :)
baking powder 1sudu kecil
esen vanilla 1 sudu kecil
telur sebiji
mug

campurkan kesemua bahan-bahan di atas ini, gaul hingga sebati dan masukkan dalam mug atau mangkuk tahan panas. dan aku hanya masukkan dalam mug sahaja yg aku beli di ikea dulu. senang! oh korang bakarlah dalam 3-4 minit. aku bakar 4 minit. :)


aku lupa nak snap bahan-bahan masa banyak2 tu. dah siap baru teringat. hahahah jadinya, mana yang ada sahajalah ye ^^

Ni hasilnya yang dah tinggal sedikit. hahahaha sebabnya lupa nak ambil gambar juga sebab anak2 dah tak sabar nak makan.

korang try makan dengan ais krim. wallahhhhhhhhweh lagi lazat menjilat jari. nyum nyummmmm

dan korang kalau nak cuba, buatlah. senang sangat.

#kbai


0 orang dok baca: