^^Akhirnya Bercinta Berdating Berdua :)

Hikhikhik...(ketawa gedik okehh) hahaha.....gatalnya aku..:) 


Malam tadi, aku pergi bercinta berdating berdua sahaja dengan hubbyku. ehem ehemm...hihi apa taknya dah lama kiteorng tak pi berdating berdua je setelah lahirnya firas :)
dating berdua je? firas mana?......................


:) Seperti biasa tiap hujung minggu aku akan pulang ke bp, dan aku mlm td aku saje2 ckp ngn mak aku minta tolong tuk tengok2kan firas untuk malam nih. hehe dan mak aku okje, no prob mak aku kata. 


"pergilah, dah lama tak kuarkan. takpe mak boleh jaga firas."


hihihih sayangnya aku kt mak aku..memahami ;). aku dan hubby apa lagi, suka bagai! :) 
Aku ngn hubby punyai hobi yang sama iaitu menonton wayang yang latest. tapi tengoklah cerita apa yang best dan meletopssss. Kiteorang g dating kat wayang jer, tengok cerita THOR. hahaha.. post entry mcm dating jauh je kan?macam g honeymun berdua jek..padahal g tengok wayang aje. hahaha....wayang tu start jam 830 malam dan abis kira2 10suku malam. 


Tgh dok tgk wayang tu, dalam masa yang sama gak hatini bagai tak tenteram ingatkan firas ngn mak tok kat rumah. hehe..firas ragam ke? susahkan mak tok ke? aduyaii... pala ni asyik dok ingat firas je, sampaikan hubby aku perasan..


"ni nak tengok wayang ke, nak tengok jam je?"


hahahaha..aku sengih. aku ingat kt firas je dn asyik dok tengok jam bila nak habis citer ni. tapi aku khusyuk gak tengok citer THOR ni. mitosss aje, tapi macam best jer orang omputih ni buat citer. kagum aku! Dalam wayang tu sejuknya aircond, tak hengattttt!mengigil aku tak pernah2 mcm tu. kat luar shopping mall tu hujanjer..huhu sejuknya, cptla hbis wyg nih. padahal dh pakai baju sejuk pun masih terasa sejuknya hingga ke tulang nih..


Jam 10suku, citer pun habih. Hubby dok ajak pi ngeteh jap kat mamak. :P tapi, aku tak nak.. sebab aku asyik dok hengat kat firassss... aku takot dia meragam je. bukannya apa pun. huhuh so, tak jadiklah ngeteh. cian aku tgk hubby. huuhuhu..sori yang..hohoho.. on d way back, ada plak ler road block kat depan umah..aler...rajin benor wat kerja tgh2 malam nih. huhuh..sabau je lar..


pix dr google image..
not bad lar..:)
hubby kata akan ada sambungannya sebab loki tak mati. heheheheheh


p/s: Tak sabar nak tnggu umur Firas 8bulan.sekarang ni baru 2bulan lebih.. hehe sebab apa? sebab nak bawa Firas jalan2 makan hangin naik belon..amin insyallah. moga2 dapat makan hangin together2 ngn ibu, ayah dan Firas :)

^^ Enjek Enjek Semuttt...auwww

Firas kene enjek-enjek semut selasa lalu. huhuhu...firas gud boi sgt..nangis ms enjek jer, pas nurse tarik jarum..terus firas diam..hihihi gud boi anak ibu nih :)
Kemudian, balik dari klinik tu terus je bagi firas ubat demam..huhu takot2 dia demam..cepat2 bagi dia ubat. alhamdulillah firas kuat mcm ibu, firas tak demam... hihihi sayang firas!


ni ubat demam yang kk bagi, 2.5 sekali bagi. aduiyaiiii..melalak jap firas pekena ubat kk yg tak sedap nih. hahahaha

kesan enjek, tak nampak sangat sebab kamera hendpone je wehhh..hahaha hp tak canggih pung :P



nyenyak betol tido setelah diberi makan ubat. huhuhu..cian anak ibu setelah penat melalak. hehe

so, next meeting adalah pada hujung bulan 5 nanti. hohoho makin nak membesar, makin besar jugaklah cabarannya. hehe..sayang firas!


^^ Aku Yang Tak Sanggup..

Aku tak sangguplar....sungguh aku tak sanggup.. huhuhu uwawawawawawawa. (nape ni nanee oit?) aduhhhh...sungguh aku tak sanggup nak tinggal kan dak kecik tombam ni kat umah pengasuh. uhuk uhukk.. :(


Aku dah nak naik kerja dah esok.. bila pikir-pikir, ada je rasa dalam hati ni nak berhenti kerja dan jaga dak tembam nih sepenuh masa. kiranya jadi surirumah sepenuh masa gitu.. hahaha beranganlah ko nanee! kalau ko kaya dan kawen dengan jutawan, boleh lah ko dok senang lenang kat umah..beranak pinak jaga anak pastu amik bibik 2,3,4,5 orang. hahaha berangan lerrr! mimpi!!!. Aku tak sanggup nak tinggal dak kecik ni walau sekejap. semalam aku pi kedai jap dan tinggalkan dia ngn ayahnya. aduii mmg tak tenteram dohhhh.. asyik dok pikir dak kecik ni jer.macam tu rupanya dan perasaannya bila tinggalkan anak walaupun sekejap kan?


Tapi....nasib baik aku kerja stengah hari jek. hehehe tghari pas lunch hour aku dh leh amik dak tembam ni dah. moga-moga dia jadi good boi lah kat umah pengasuhnya esok nih (kak mus). ibu tahu firas gud boi.. firas boleh punya.. hihiihih ibu boleh, firas lagilah boleh :)


Kawan-kawan kat scool pun dah tanya bila nak naik kerja? nasiblah aku ni hamek 2bulanjer.. kalau 3 bulan? lagilarrrrr mereka dok tanya bila aku nak naik kerja? hahah rindu jugak korang kat aku kan? ok ok..esok jumpa yay!


Mesti ibu rindukan firas....ayoyoyoyo dia sudah pandai senyum, sengih dan mahu gelak2... adoiiiii yaiiii rindu bahhhhh...


ibu cek suhu firas. heheh :) oooooooo auchhhhhh


Hari ni firas 60 hari dan minggu depan firas harusssss cucuk 2 bulan. adoiiiiii.... cianlar melalak anak ibu kang. hohoho.. FIRAS KUAT! Chaiyokkkk

^^ Hahaha Baru Cecah Seribu :P

Hahaha aku saje nak post entry kali ni dengan tajuk baru cecah seribu. haha korang tgk gambar kat bawah nanti korang akan tahu apa tu seribu. hahaha saje je sbb aku rasa teruja jek. yolarrr... baru nak reti berblogging ni haaaa.. aku kene belajar dengan otai-otai yg mmg rajin berblog walau bz camana sekali pun :)


Hahaha..aku yang jakun......... :) (sukahati aku ler)


Hahahahaha memang aku jakun.. :)





^^ Hehehe Apa Beza?

Salam u ollss.. lamanya aku tak hapdate kat blog nih. sehak firas semakin membesar ni, aku kene adjust betol-betol masa aku. hohoho.. sebab masa firas tido sekarang sedang bertukar-tukar. huhuhu aku kene timing belt betol2. haha.. opss timing tol..


ok, sekarang firas tgh turu a.k.a tidur.. hehe aku belek2 lapotop kecikku yg dh lama tak belek nih. pastu trjumpa gmbr2 yg aku rasa "sesuatu". hehe.. paham tak apa maksud aku ttg "sesuatu" itu? :) kalau korang tengok dua gambar kat bawah ni, korang tengok kat mana lainnya dan apa bezanya? dua-dua gambar ni aku pakai baju purple, tapi berlainan baju lah.. hehe :)






hahahaha bila aku tgk gambar ni, rasa cam..hahahahahaha tak tahu nak kata lah. aku suka tgk gambar sbb aku ni jenis yg makan gambar.. :) makan gambar tu maksudnya suka belek gambar tu sampai nak makan. kuikuikui...


kalau korang tahu apa bezanya, korang bgthu aku hek. kalau betol apa yg korang rasa cam aku rasakan, korang mmg best lah.. hehehe :)

^^ Anak Buahku :)

Alhamdulillah...
Syukur ke hadrat illahi kerana sepupu firas telah lahir ke dunia dengan selamatnya. kakak iparku telah selamat melahirkan bayi yang ke dua dan ianya boi :).. 
Kakak iparku telah selamat menjalani pembedahan pada hari rabu dan akhirnya Ziqri Aqil lahir.. iaitu adik kepada Zahin Aduka :)
Kini, cucu-cucu emak dan ayahku hero-hero belaka. hehehe 'masaklah' nak main kejar-kejar dengan maktok dan tok ayahnya.. :) kuikuikuikui
Sekarang ni Ziqri berpantang di ipoh.. huhuhu selama 2 bulan lebih. rindulah ibu kat anak2 buahku ini.. be gud boi kay :)




Firas di sebelah Ziqri Aqil :)


Dak berdua ni tengah lawan tido.. siapa tido paling lama.. hehehe btw, lawa tak baju firas? pinky lagi okeh.. ni ibu beli special tuk firas. satu kaler je pinky dalam banyak2 baju firas. hahahaha coz i like pinkkkkk... auwww firas menjadi mangsa :) ngeh ngeh ngeh

^^ Apakah?..

Apakah tanda-tanda mahu beranak a.k.a melahirkan anak? bagaimanakah tanda-tandanya? selalunya tanda apakah yang akan keluar dahulu? tanda darah kah? tanda air kah? bahawa sesungguhnya aku tak tahu apakah tanda-tandanya..


Satu pagi di hari ahad 20 februari 2011, aku masih lagi ingat waktu itu jam 6.30 pagi..satu tanda yang lain dari biasa aku alami pagi itu. (yelar, sebelum ni aku asyik keluar tanda darah je..dah jumpa doktor, dia kata itu tanda biasa..tapi jika still keluar lagi u datang lagi hosp okeh? ok doc!

Ok, dan pagi tu tanda yang bukan darah telah keluar..aku panggil suamiku dan dia kata..'jum cepat, tu tanda air tu'..aiyark...aku dah gabra, apa nak buat nih? so, kami ambil keputusan akan pergi ke hosp pagi tu tuk rawatan seterusnya. tapi sebelum tu aku sempat pekena roti canai di mamak dan lakiku pula pekena mee goreng mamak. hahaha..aku lapar pagi tu, jadi aku pegi makan dulu..yelar..even nk beranak pun mesti kene makan sumthing..jangan bagi perut tu kosong.. :)


Selesai sudah sarapan pagi, aku dan lakiku terus menuju ke hosp pantai tuk wat pemeriksaan lanjut. tepat jam 9.45am doctor lau datang..'hi, selamat pagi..kenapa? u dah rasa tanda-tanda nak bersalin ke?' aku sengih.. borak punya borak dan doc periksa bukaan ku masih lagi kecil iaitu 2cm. uhuk..uhuk.. tapi, doc nasihatkan aku takut-takut baby terkena jangkitan kuman better lah u masuk ubat. MASUK UBAT? aduiii.. aku tahu apa tuh.. induce okay. due aku lagi 2 minggu, tapi tanda-tanda tu keep on keluar jer. aku risau, lakiku risau, semua risau..so, aku pun kata  'oklah doc..i tak nak baby kene jangkitan kuman.., i setuju'.. jam 10 suku pagi, aku dimasukkan ubat..huhuhu mcm-mcm perasaan aku rasa masa tu. nk terkencing, nk terberak, semua ada. midwife suh aku duk dandiam je dalam labour room sampai rasa sakit tu datang. tapi, aku ni manalah blh dok diam. 'kak, saya rasa nak terberak ni kak. tak tahan dah ni. huhuh..' sungguh aku nak berak, sebab aku tahu perasaannya. bukan rasa nak teran terberanak okay. mungkin perasaan gemuruh, takot, seram tu datang..maka rasa sakit perut nak terberak pun datang. hehe...tapi, paling kesian kat lakiku lah.. dia pun sakit2 perut cam aku, hinggakan 5kali dia masuk kuar toilet kat spital tu. huhu :P cian dia..

Oh ye, aku nak beranak normal. pada mulanya aku ckp kat diri ni, mampu ke aku nak beranak normal? sbb sebelum ni uriku bermasslah. uriku di bawah..so, chance nak bernaka normal adalah tipis. aku rs moral down time tu.. kene operate ke? hurm... mcm-mcm aku cuba agar uri ni dok naik atas semula. aku ckp ngn baby suh naikkan atas uri ni masa pusing2 dalam perut..hehe :) syukur..uri ku kmbali di atas sewaktu di akhir kehamilan :). SAYANG BABY!

Pas aku membuang air besar, midwife suh aku dok dalam wad dulu sebelum masuk kembali ke labour room. disamping tu alat degupan jantung baby di pasang di keliling perutku. huhu tinggi rendah, rendah tinggi degupan jantung anak ku masa tu. aduiiii.. sebab aku gemuruh ke? entah hek..tapi, mcm2 perasaan adalah time tu. aku berdoa moga ank ku selamat lah dalam kandungan ku ni. selamat dilahirkan hendaknya, insyallah. midwife masih lagi memantau keadaan aku dan baby.. last-last dia amik keputusan suh aku terus masuk dalam labour room. hohoho..masa tu jam 12.00pm.. aku ingat lagi dia suh aku ambil ubat tahan sakit. oklah, aku ambil suntikan tahan sakit di bahagian belakangku... masa tu memang tak rasa sakit apa-apa pun. nak tido je rasanya, tapiii....tak boleh! sebab aku dah mula rasa sakit. sakit nya datang kejap kejap.. kejap datang, kejap pergi.. masa tu jam hampir 2pm.. midwife memeriksa bukaanku dan ianya sudah 5cm. aduh... aku dah nak bersalinlah...

Sakit datang lagi. sakit pinggang macam nak patah! aduhhhhh! sungguh aku rasa sakit, aku mengerang.. aku menarik2 baju lakiku.. aduiiii tak tahan sangat...jam 2lebih aku rasa sakit yang amat. aku besyukur sangat lakiku ada di sebelah aku. masa tu adik aku dah datang dah melawat aku di wad. masa aku di labour room, ana dan kakros datang tapi aku tak dapat jumpa. pastu lakiku kata mak ayah aku pun dah datang. masa tu aku rasa aku nak mak aku je masuk teman aku. huhuhuhu...emakkkkk!! heheh... mak mertua ngn pak mertua ku pun dh datang, adik2 iparku dah datang tapi aku tak dapat jumpa mereka semua sbb aku dh masuk labour room.. dari jam 2 hingga jam 5 aku bertarung dengan rasa sakitku ini..huhuhu habis baju lakiku tarik2..napas pun dah tak betol dah. bidan suh aku ambil gas, tapi aku tak mo.. aku tak leh napas dgn betol time tu, inikan pula nak ambil gas... sakit yg amat. hehehe..

Selang sejam, midwife dok seluk bawah dan rasa bukaanku..ohh sudah 8cm..huhuhu... sejam kemudian lagi, oh 9cm sudah.... 'sabar ni, sabar..selawat byk2 ni, selawat...jangan teran dulu..tnggu lagi 1 cm...' midwife tu cakap kat aku.. 'kak, tak tahan kak..huhuhu'

Lebih kurang jam 5.00pm, doc masuk dan aku dah tak tahu dah apa yg dia buat..yg aku tahu cuma rasa sakit nk meneran.. :( aku mengerang dan masih lagi mengerang.. cuma, aku tak nangis. aku tahu aku tak nangis.. aku cuma mengerang kat lakiku, kat bidan tuh..aduyaiiii.... akhirnya doc suh teran..aku teran..teran dan teran hingga 7-8 kali juga rasanya dan akhirnya zuppppppp...... tangisan anakku kedengaran. alhamdulillah... anakku lahir ke dunia..anakku diletakkan di atas dadaku...it's a boy! Muhammad Firas :) syukur ya ALLAH. air mataku menitis.. aku dah jadi ibu.. lakiku mengazankan di telinga bayi kami. ALHAMDULILLAH.. syukur.

'Apa u rasa bila tengok i mcm tu tadi, yang?' aku tanya lakiku setelah aku kembali ke wad biasa..
'I rs terharu..i sedih tengok u sakit...' aku tengok dia dan aku senyum bila lakiku kata macam tuh..

:P Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu itu melahirkan anak memang tiada tolok bandingnya. Kini, aku rasa apa yang mak aku rasa.. Sayangilah mereka selagi mereka masih ada..doakanlah mereka siang malam, setiap masa tidak kira masa dan tempat.. huhuhuhu..


Muhammad Firas bin Muhamad Fauzi

Ibu dan Ayah sayang Firas sangat... be good boy okay, dear :)