#2017 10 Cukur Jambul



Salam 1 Malaysia

Hai semua. Nak cerita sikit je ni. Bulan lepas iaitu pada hari jumaat 14 jun 2017, aku dan keluarga buat majlis cukur jambul dan juga tahnik untuk si kecil budak demok muhammad al fatih di rumah ibundaku di peserai. Oleh kerana majlis marhaban wanita akan diadakan di rumah ibundaku pada hari tersebut, maka aku mengambil kesempatan untuk membuat majlis cukur jambul sempena fatih genap 6 bulan. 

Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik dan lancar. Ramai kawan-kawan ibundaku hadir pada hari tersebut. macam-macam menu yang telah disediakan untuk para tetamu seperti roti jala, mee goreng, karipap dan macam-macam lagi. Normally kalau marhaban wanita di rumah ibundaku, menu tidak terlalu berat macam nasi minyak, nasi berani dan lain-lain. Ini kerana, wanita wanita baya ibundaku tidak makan banyak dan sedikit sahaja jamahnya.

Fatih well behave sangat pada hari tu. Walaupun time di tahnikkan tu dia rasa tak selesa sangat sebab dibaringkan, tapi majlis tetap jalan dengan lancar. Syukur sangat..
SAYANG FATIH

So, ada 3 keping gambar time majlis tersebut. (sebenarnya banyak, tapi nak upload 3 je) hahahaha
Nahhh korang







(",)

kbai




#2017 9 Jom Detox


Hi
Korang mesti pernah buat Detox kan? Normally Korang mesti buat dengan buah lemon kan? Betul tak? Hehehe bagus tu..aku dulu selalu buat gitu. Beli lemon banyak2, buat air lemon dan simpan dalam peti ais. Alhamdulillah so far so good. Ape ape pun kenalah istiqomah.

Sekarang ni aku jarang beli lemon sebabnya kalau di tempat aku ni mahal sikit harganya. Kalau nak, selalunya aku beli di carrefour sana. Tapi disebabkan jauh jadinya aku dah lama lah x beli dan proses Detox aku pun terbantut.

Akan tetapi sekarang tidak lagi. sejak aku ada young living essential oil (yl) ni aku berdetox je dengan one of the oil iaitu eo lemon ni. Sangat best mudah ringkas dan menjimatkan. Bermanfaat dan juga berbaloi-baloi.


Sejak ada lemon eo ni senang sungguh aku rasa. Sebabnya ke mana mana sahaja aku boleh bawa oil lemon tu. Ianya kecil dan mudah dibawa. Bahkan dengan eo lemon ni aku dah boleh pakai semula baju aku yang lama lama tu. Walaupun bukan semuanya tapi at least aku cuba.

Bukan nak buat iklan atau apa. Akak cuma nak berkongsi dan luahkan nya sahaja. Peace no war 😉
.....

#2017 8 My new toys


my new toys
i like it so much



young living essential oils (yl)
actually aku dapat tahu benda ni dari kawan lama di matrix si aly. dulu aly, sekarang alya. hehe dah kawin, anak 3, jelita ayu cun cantik menarik. dulu mcm ganas ganas gitu tapi sekarang sopan santun menarik tertarik.
hahahaha ok ok, aku sudah merepek.
ok, asalnya aku ikut insta dia dan aku suka sangat tengok yl dia especially diffuser dia. ok, aku tengok harga..gulp..nak beli selepuk memang kurang berkemampuan. dan aku dm dia, dan dia ajak join anak kutu dia. alhamdulillah. Maka dari situlah aku berminat sangat dgn yl ni. oils nya yang banyak dan setiap satunya ada gunanya dan mcm-mcm boleh digunakan. bukan semata-mata untuk diffuse sahaja, untuk pakai di muka, untuk minum, untuk dilute dan mcm-mcm lagi.
serius korangggg. tak tipu.

Macam malam tadi, aku sapu oil bedtime rub untuk lena tidur. sungguh jam 430 aku baru sedar. normally jam 2,3 pagi aku akan tersedar dari tidur. dan malam td aku tidur dengan lenanya. dengan anak-anak-anak aku sekali tidur dengan lena. suka sangattttt.
Bukan suka apa, suka dapat tidur lena sebab siangnya dah berbengkel..maka, malam mmg perlukan tidur yang cukup giteww....
(",)

aku rasa diffuser ni perlu adalah kat semua rumah. maksud aku, semua orang dah kena ada diffuser ni di rumah-rumah mereka. sebab, pada aku ianya satu keperluan. sebagai aromaterapi gitu. aku suka sungguh diffuse lemon. sebati gitew. anak-anak-anak pun suka. aku suka titiskan lemon ni dalam bath tub baby time mandi nak bg baby selesa dan tak tantrum gitu. dan bila bau, segar giler beb baunya..

time anak-anak tak sihat demam ke aku just sapu pd leher dan dada anak aku tpi kena campur dengan carrier oil la. Lemon ni macam-macam gunanya. Korang boleh detox gak dengan eo lemon ni. seriusssss. boleh pakai balik jeans jeans lama . wowww

eo lemon gak boleh untuk tingkatkan daya ingatan bagi anak-anak yang tengah study. atau kita juga boleh guna time nak ada presentation ke apa ke ujian naik pangkat ke.. hahhahaha

JOY untuk happy, emosi tak stabil
Peace and calming untuk tenang
Stress Away untuk hilangkan ketegangan
dan mcm-mcm oils lagilah

Korang try lah. Syok tau YL nih


ainanni
ID: 4106071

Haaaaaa id number gitu
hahahahahahahahahahahahahaha



#2017 7 Butterflies in my stomach



Morning glory guys
Butterflies in my stomach.




Ntah kenapa pagi ni rasa suka sungguh. Tersengih-sengih dari tadi hinggalah sekarang ni. Hati berbunga riang.

Rasanya biarlah rasa tu seperti ni sahaja. Jangan ada yang lebih dan juga sebaliknya.
Hanya yang baik-baik sahaja.

Insya Allah.





#2017 6 Yaya last (".)





Hari last yaya di SKTS
Sedih sangat
hilang sudah tempat bergurau
Tiada lagi gelak dan tawa
Tiada juga jeritan manja
Tiada lagi adik yang selalu ingatkan kakaknya
Tiada lagi adik yang tahan peel kakaknya
jauhnya adik tinggalkan akak
Jauh sungguh akak tak sangka
"Kak fei, ada surat"
"Kak fei, ada org ppd dtg"
"Kak fei, jum makan"
"Kak fei, meeting"
"kak fei, jum wayang"
"Kak fei, jum makan"
"Kak fei, piah dah pandai.."
"Kak fei, piah demam.."..
Tiap hari ada saja ceritanya
Tiap hari ada saja bebelannya
Kini..semuanya tinggal kenangan..

jaunya ya pergi....
akak xde kawan dah

moga ya happy di samping suami dan anak tersayang
akak rindu ya

kami rindu ya
Jaga diri ya.........



#2017 5 Empati



Empati pada kamu wahai anak muridku!
Bila mana aku mula bekerja setelah 3 bulan aku bercuti, aku dapat seorang anak murid lelaki yang langsung tidak tahu membaca.
Kesian sangat padanya kerana dia tidak pernah bersekolah sejak dari pra sekolah lagi. jua tidak pernah bersekolah tahun 1. tercicir muridku ini.
Aku tak faham kenapa murid ini tidak disekolahkan sejak dari dulu. dan bila mana kerajaan mengenakan denda terhadap ibu bapa yang tidak menyekolahkan anak-anak mereka, maka barulah murid ini disekolahkan.

aku bermonolog sendirian,

APA SEBENARNYA DALAM FIKIRAN IBU BAPA NIH?
MCM MANA MASA DEPAN MURID INI NANTI?

Bertabahlah anak muridku,
cikgu akan cuba membuat kamu membaca, mengira seperti rakan-rakanmu yang lain.
cikgu akan tunggu saat itu..

#hashtagcikgucuba

#2017 4 Bermonolog


Agak sudah lama akak tidak bermonolog kan? akak suka sangat follow @gadismonolog di ig. tapi sejak dua menjak ni akak perasan adik ni dah deactivate akaunnya.

antara salah satunya

Semoga kau selalu baik-baik di sana,
dengan yang lebih membuat kau bahagia.
jika takdir benar-benar tidak menyatukan kita,
semoga kisah ini bukan hanya kilasan tanpa makna,
semoga mampu membuat kita belajar untuk memberikan cinta dengan lebih bijaksana,
kepada dia yang tepat yang membuat kita bahagia nantinya.
nukilan gadismonolog.
suka bait-bait ini.
sungguh puitis.
sungguh sesuatu..


credit to adik @gadismonolog
semoga yang baik-baik sahaja untuk adik (",)




#2017 3 Salam Syawal


Selamat Hari Raya
Salam Aidilfitri
Salam Syawal

Masih lagi di bulan syawal kan? Jadi, tidak terlambat rasanya untuk aku dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.
Alhamdulillah tahun ini, aku raya berlima. Seorang ahli bertambah tahun ni. Si kecil Fatih menyeri keluarga kecil aku.



#2017 2 Mabuk

Aku mabuk


Intro cam apa je kan.?  Mcm mabuk preggie lagi je. Huhuhu xnak lah. Rasa takut masih ada lagi. Nak preggie pun Nanti nantilah.

Sekarang ni aku mabuk nak nengok.
Hahaha
Nengok apa? Nengok dia!
Kahhhhhh
Lariiiiiiiiiii

😄😄😄😄😄