#2017 10 Cukur Jambul



Salam 1 Malaysia

Hai semua. Nak cerita sikit je ni. Bulan lepas iaitu pada hari jumaat 14 jun 2017, aku dan keluarga buat majlis cukur jambul dan juga tahnik untuk si kecil budak demok muhammad al fatih di rumah ibundaku di peserai. Oleh kerana majlis marhaban wanita akan diadakan di rumah ibundaku pada hari tersebut, maka aku mengambil kesempatan untuk membuat majlis cukur jambul sempena fatih genap 6 bulan. 

Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik dan lancar. Ramai kawan-kawan ibundaku hadir pada hari tersebut. macam-macam menu yang telah disediakan untuk para tetamu seperti roti jala, mee goreng, karipap dan macam-macam lagi. Normally kalau marhaban wanita di rumah ibundaku, menu tidak terlalu berat macam nasi minyak, nasi berani dan lain-lain. Ini kerana, wanita wanita baya ibundaku tidak makan banyak dan sedikit sahaja jamahnya.

Fatih well behave sangat pada hari tu. Walaupun time di tahnikkan tu dia rasa tak selesa sangat sebab dibaringkan, tapi majlis tetap jalan dengan lancar. Syukur sangat..
SAYANG FATIH

So, ada 3 keping gambar time majlis tersebut. (sebenarnya banyak, tapi nak upload 3 je) hahahaha
Nahhh korang







(",)

kbai




0 orang dok baca: