#2017 12 Hari jualan Sekolah Double F


Hi korang.

Hari ni nak cerita pasal throwback yang lepas. Lama dah, tapi still dalam tahun ni juga lah, Well, tengah tak de kelas ni, aku ambil kesempatan sekejap update blog.

Sekolah double F ada buat hari jualan sekolah yang mana dalam hari jualan tu anak2 tadika ni dilatih menjalankan aktiviti menjual makanan dan minuman, membayar makanan dan minuman yang dibeli, memesan makanan dan minuman yang diminta serta menulis pesanan makanan dan minuman yang diorder.

Dalam kejadian hari jualan sekolah double f ni, si abang firas bertindak sebagai pelayan yang menulis segala jenis makanan dan minuman yang telah dipesan oleh kawan-kawan dia. Manakala si abang faris pula berlakon sebagai pelanggan yang memesan makanan dan minuman.

Seronok aku tengok gambar-gambar wassap yang guru-guru iman ni uploadkan. Macam-macam ragam dan peel yang perlu guru-guru ni handle dengan 'kekecohan' oleh anak-anak iman nih.
Banyak benda anak-anak boleh belajar sewaktu hari jualan ni, at least kalau pergi ke kedai makan nanti anak-anak ni pandai macam mana nak buat pesanan dengan adab dan sopan santun yang betul. kannnnnn :)



ni gambar anak-anak iman berposing sebelum hari jualan bermula :). si abang firas seriusnyaaaaa pegang pensel. tak senyum pun. :))


si abang faris standby nak makan dah dengan kawan-kawannya. si abang faris kuat makan walau badannya comel lote. :))

 kbai


0 orang dok baca: